Tuesday 31 January 2012

Pulau Pangkor-Lumut. Part 1. Check harga+Jeti Marina Island+Bazaar Lumut+Teluk Batik+Marina Cove+Teluk Muruh

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...


Masa CNY lepas, Huda dan family bercuti kat kawasan Lumut..Pergi ke Pulau Pangkor lepas tue...Percutian nih bukanlah dirancang dengan teliti ataupun sudah booking hotel awal-awal...Tapi, plan main-main dan bila tiba masa, bawak kain baju dan terus pergi...Hebat bukan? Kakak Huda yang teringin sangat nak berjalan, yelah, orang dah kerja, duit banyak...Banyaklah, sebab dia seorang yang sangat kedekut dan berjimat-cermat...Serius...*isi minyak kereta pun fikir 10x,huihuihui*



Kami stay kat motel...Motel D'Batik, Teluk Batik...Bolehlah best...Mula-mula tue nak stay kat Marina Cove..Tapi, Marina Cove tak ada buat watersports untuk family, hanya untuk grouping...Pekerja dia suruh stay kat Teluk Batik, ada kawasan untuk watesports dan pantai...Motel nih harganya RM 220...Sebenarnya tak ler murah...Tapi, berbaloi...Kalau Marina Cove, untuk bilik 4orang, boleh dapat RM 288...Ok, motel nih cuma ada 4 single beds yang dijadikan double beds..Yang bestnya bilik air yang sangat bersih..Itu yang penting,huihuihui...Biliknya besar tahap nak duduk 10 orang...Serius...Opss, kami ambil pakej Lily..Lily 02...Ada TV jek, peti ais tak ada...Sedih! Tapi, nak ke pantai sangat lah dekat, sedekat berjalan kaki berpeluh ketiak...*motif lah sangat*



Lepas check in dan tidur 2 jam, baru kami berjalan-jalan...Lupa nak bagitau, motel nih, korang boleh check in ikut suka pukul berapa korang sampai tapi kena keluar jam12 tengahari besoknya tanpa kompromi..Means, kalau korang terhegeh-hegeh nak keluar, pekerja motel akan humban barang korang sesedap rasa...*tipu* Tapi, betullah, kena keluar tepat jam 12 tengahari...OK..Kami pergi pantai, plan nak main banana boat tak pun kayak...Lepas tue, mamat yang uruskan banana boat tue, boleh pulak tidur...Macam nak jek Huda ketuk-ketuk kepala dia...Dahlah tak ada orang lain yang handle...Ada satu family Cina nih kejut-kejut dia pun, mamat nih boleh keraskan badan..Sah-sah malas! Give-up dengan mamat kaki tidur, kami pergi cari warung untuk makan...Serius kedai makan nih sangat berbaloi kalau rasa-rasa nak makan sampai meletup perut...Order air untuk 5orang, 2pinggan mee, 3bungkus tomyam campur, 2 bungkus kangkung goreng belacan, 5set telur dadar, semuanya RM44...Murah sangat! Lepas tue, makanan dia tak kedekut pun...Banyak woo dia letak perencah...Udang, sotong, ayam dan daging...Serius, puas hati! Psssttt, tuan kedai siap bagi kiteorang ubat kurap untuk kucing..=) Baikkan...Nanti korang pergi Teluk Muruh, makan kat kedai dia tau...



Sebab hati macam tak best nak melayan watersports Teluk Batik, so, ktorang pergi berjalan-jalan ke kawasan Marina Island dan kawasan jeti..Membeli-belah sedikit..Sebab mahal berganda kan...Baju yang biasanya harga RM45 jadi Rm59...Mahal ler tue...Singgah pasar malam tapi still mahal...Mungkin sebab kawasan pelancongan kot...Hari pertama tak apa istimewa ktorang buat melainkan survey kawasan dan harga...Macam Yb kan...=) Sesi berjalan berakhir dengan Huda, akak dan adik hanya beli selipar untuk kami bertiga dan cenderamata kenangan untuk rakan-rakan awesome kami..=) Mama masih tak dapat buat keputusan samaada patut @ tidak beli sotong kering...Atau mahu beli di P.Pangkor saja nanti...Ayah tak peduli apa-apa...Comel jek!



Then, balik berehat dan memikirkan untuk hari esok...Enjoy lah sedikit gambar untuk entri bercerita yang panjang...=)


Boleh tengok bagaimana kami menghabiskan masa hari pertama kami. Okey, jangan salah faham. Yang coklat kat tengah-tengah tue budaka dik-beradik mahupun bibik, tapi kucing kedai yang nak inteframe. Hey! Tak tahu ker kucing sekarang banyak yang jadi model iklan makanan sendiri???

Sudah sampai Lumut mengapa tidak kita singgah kawasan membeli-belahnya. Tapi, kedai di Lumut nih, tutup awallah pulak. Hampeh gituu~



Sekian, jangan lupa untuk Part 2 yang lebih mencabar minda! Muahahaaha...

Tuesday 24 January 2012

::: Apam Polkadot, bantat :::


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Simple story...Belajar buat apam polkadot melalui resepi rahsia PuanYati...Sebab ambil resepi tak mintak izin lepas tue kena sumpahan pari-pari, buat apam tak jadi...Bukan sahaja tak berbentuk apam, malahan polkadot jadi cacar air...rasa sedih, tapi mama kata rasanya sedap...Terus bangga sampai goyang inul...*choy!*

Dah ikut resepinya tanpa kurang walau sedebu tepung...Tapi kesilapannya adalah Puan Yati kukus apam polkadotnya, tapi saya bakar apam polkadot saya...Makanya? *Bukan bakar guna api, tapi guna oven!* Hati meronta-ronta nak mencuba lagi lain kali...Sila ajar saya siapa yang mahir buat polkadot...Cepat.........

Walaupun tak jadi, still nak tunjuk gambar apam polkadot saya...Enjoy peeps...

Bahan...Boleh dibeli di pasaraya...Tapi bukan Mydin...
 3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
3 sudu teh serbuk penaik
1 sudu ovalette
150 ml susu cair
Pewarna 
Filling yang digemari (coklat, kiwi, strawberry, blueberry, bery-bery)
Mangkuk kertas
Periuk kukus
Loyang beserta kawan-kawannya


* Masukkan kesemua bahan. Pastikan telur dibasuh. Tepung diayak. For sure bahan kena ikut sukatan. 
* Asingkan adunan tadi kepada beberapa bahagian, ikut warna apam yang kita mahukan. Sama ada 1 warna sahaja atau 2,3 warna.
* Titiskan pewarna, agak-agak der. Jangan men curah 1 botol pulak.
* Dengan mesra, masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas sedikit, kemudian letakkan filling kegemaran, kemudian masukkan lagi adunan ke dalam mangkuk kertas. Agak-agaklah jangan penuh sangat...Apam kan tembam...
* Sebab polkadot, dot-dotkanlah apam korang tue...


* Kukus dalam 10 minit. Huda bakar selama 30 minit dengan kekuatan api 80 darjah celcius...=)


Resepi Puan Yati yang sesuka hati Huda buat ikut pemahaman Huda...HAHA...Ntahlah, betul ker tak...MAcam betul, tapi still apam bantat...

Proses memasukkan bahan ke dalam mangkuk..Masa nih rasa macam cantik...Dah bajet boleh meniaga...Sekali~Hampeh...

Taraaa...Hasilnya....Memang apam polkadot lah weyh...HAHA

Ini adalah kegagalan pertama Huda dalam membuat resepi percubaan...Berbanding cheesetart, rasanya apam nih senang, tapi, tuelah, tak da rezeki nak menjadi...Tapi, tak bermakna, tak boleh cuba lagi...Eh, kalian cepat follow blog Puan Yati sebab beliau sangat pandai memasak...apam polkadot beliau superb cantik...sebab tue Huda terpikat...Agak-agak Puan Yati ada anak teruna tak??? Gatal~ Ok, so guys, cuba lah,...Belum cuba belum tahukan...*cuba resepi apam polkadot, bukan mengurat anak Puan Yati!* 



Till then, salam...





::: Bujang terlajak belum terlanjur bersama kekasih :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Hai semua...Buat apa CNY nie? Bagi yang bekerja, mesti seronok sebab banyak company cuti seminggu...Bagi student macam Huda, memang cuti ler...Cuti nih, bantai berjalan jerk...Ikut mama ayah ke sana ke mari...Dan, masa bertemu kekasih hati yang lama dirindui....Huda dan kekasih hati Huda menghabiskan masa seharian berjalan-jalan...Bershopping-shopping, tengok wayang dan kekasih hati telah celebrated birthday Huda...Sangat gembira dan bersyukur mendapat kekasih sepertinya...=)

Kami celebrated birthday Huda kat Secret Recipe, dengan kek dan Ice blended Mocha Espresso yang kureng pulak rasanya tak macam selalu tapi alhamdulillah, orang belanja, rezeki Allah..Lpeas tue bershopping-shopping...Tapi, sebenarnya Huda teman kekasih jerk...Huda student, belum mampu nak bershopping sakan...Sedih! Tapi tak jadi sedih sebab kekasih hadiahkan ini sempena birthday yang lalu...Senyum balik...Tapi, rasa bersalah sebab, semuanya kekasih yang bayar...Bila nak kerja dan belanja dia balik??

Terima kasih daun keladi, tahun depan besar lagi! =)

Sebab tengok Bujang Terlajak Belum Terlanjur, mari kita kongsikan perasaan menonton itu...Huda memang sangat tak puas hati lah, sebab di Today's Mall, Tiram, Johor, student's card tak boleh guna...Kena bayar full...Mujur lah kekasih bayar...Kalau Huda yang bayar, cane? Sabar jer lah...*sebab tue student tak digalakkan menonton wayang, duit tiket kena beli buku!* Cerita Bujang Terlajak Belum Terlanjur dimulai dengan deretan iklan, dan ada iklan Adnan Sempit 2, dan Huda macam, "Oh, my Gucci, kena tengok cerita tue lah!" dengan nada ala-ala Fazura...*monolog dalaman* Haruslah Fazura sebab dia watak utama dalam BTBT...HAHA...BTBT nie ok lah...Nak kata tak kering gusi tue taklah...Tapi kering tekak tue mungkinlah...




Cerita nih, lawak Saiful Apek, Nabil, dan Johan yang berusaha nak mengurat Fazura nih, macam lawak basi sikit lah...Bagi Huda...Bagi kalian, Huda tak tahu...Tapi, ada some parts yang Huda ketawa...DAN, pada akhir cerita, ada mesej tersurat yang dapat diketengahkan bila Fazura buat pilihan antara tiga jejaka nih tadi...So, mula-mula Huda just nak bagi 3/5 tapi sebab mesej akhir tue, hati macam tersentuh, Huda bagi 4/5 bintang...Baikkan Huda...Cumanya, Huda sangatlah rasa bosan dengan cerita lawak Malaysia, even lawak, bagi Huda, logik itu harus ada...Contohnya, mana ada orang buta selalu mendongak macam watak ayah Fazura tue..Mustapha Kamal kot...HEHE...Lain-lain tue, ok lah...Kita tahu, mereka berusaha...Huda suka part Apek terjun nak selamatkan Jibab masa klimaks cerita...Dalam menipu tue, masih ada belas kasihan dan prihatin...Part komedi dia,  Huda suka time Johan kena lempang masa pertunjukan silap mata...Muka Johan memang macam terkejut sangat...Ebby Yus, ok lah kot...HEHE...Macam ada tak da pun tak beri makna...Samalah macam watak mak Fazura...Tapi, Huda lagi suka kalau ada Zizan...Macam bila ada Johan, comel jer ada Zizan...HEHE...Tak da kena mengena...

Yang pastinya, Huda puas hatilah berbanding kekecewaan tengok Ombak Rindu...(setiap orang ada perasaan sendiri dalam apa yang ditonton)..Kalau kalian nak tengok cerita tue, Huda rasa berbaloi lah...Tak da lah rasa keluar panggung nak maki hamun pengarah dan barisan pelakonkan...Dan lagi, Fazura sangat cantik...Dan, Fazura memang sangat sesuai...Fazura memang natural beauty...Eh, pehal nih??? Ok, fine, teruja tengok wanita mulus...So, pergilah ajak mak ayah tengok Bujak Terlajak Belum Terlanjur...Sokonglah filem Malaysia...

Habis wayang, ada hal yang sangat choy lah bagi Huda...Tak mau cerita! Sebab marah sangat tapi still perasaan terkawal...Mujur ada kekasih yang baik hati...Sejuk hati tau...Yang pastinya, hari nih berlalu dengan perasaan syukur pada Allah swt sebab memberi kesempatan yang menggembirakan buat Huda...So, that's my love...*sentap mak*

SAHABAT kerana Allah ia berkekalan hingga ke syurga, insya Allah...



Till then, Salam...






Friday 20 January 2012

::: Sup Ayam dan saya...Boleh gitu?? :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hari yang sibuk bagi Huda dan hari ini hanya masak sup ayam simple untuk makan tengahari dan malam pergi kenduri dan makan soto...Sup jugak!! Sup simple tapi family cakap sedap...Makan pulak dengan sambal kicap..Pergh...Mengancam...Saya suka, anda bagaimana?? Nak tahu ramuan sup? Jom tengok...


Ayam
Daun sup
Daun Bawang
Serai
Lada hitam
Bawang merah
Bawang putih
Sup bunjut
Segala rempah ratus dalam paket (tak tahu nama cuma tau ada batang kayu manis)
Garam
Kentang
Lobak

Huda tak belajar masak daripada sesiapa...Selalu tengok mama masak jer...Lepas tue google lah resepi yang mama masak sedap dan Huda try buat sendiri...Huda tak tahu sukatan, biasa pun tak ikut sukatan...Ikut suka hati jer...So, korang pun cubalah...Senang sangat...Tumis dan rebus...Tak tau term memasak...*tunggu masuk Masterchef, haha* So, here the photo!


Huda suka sangat daun bawang dan daun sup, so, Huda bubuh banyak...Korang buatlah ikut sedap tekak memasing yea...=)


And, me at kenduri...Kenduri ramai budak, saya suka buka mata besar-besar...Saja bajet garang. bajet cikgu le~






Till then, salam ya salam...

Thursday 19 January 2012

::: Best Shopping di AYUNAR :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Mari support bisnes orang Melayu kita...Mari....Untuk itu, memperkenalkan AYUNAR...Hehehehehe...Ramai dah tahu mengenai produk AYUNAR nih...Serius...Bagi Huda, kualiti memang terjamin...Tapi apa yang Huda suka adalah sikap mereka...Serius, Huda adalah pembeli online yang tegar...Satu-satunya blogshop yang mesra, cepat dan betul adalah AYUNAR...Setakat ini Huda belum ada masalah berurusan dengan pihak AYUNAR...Huda nih banyak tanya dan banyak cekadak...Pihak AYUNAR sangat tangkas dan kerjasama pun sangat baik...Order tak sampai seminggu sampai...Harga? Berbaloi dengan kualiti barang...

Huda lama dah survey nak beli dengan AYUNAR, tapi takut lah servis lambat dan kurang sebab dah popularkan...Tapi, serius, tidak...Apa barang yang tak da, awal-awal mereka dah mention...So, tak adalah masalah macam biasa Huda alami...Tunggu almost 2 bulan, barang tak sampai...Penjual senyap...Nak pulang duit pun berbulan-bulan...But them, betul-betul berniaga kerana Allah...Alhamdulillah...

So, saya dah mencuba...Kalian??? Urm, sesiapa yang ada blogshop best-best, tinggalkan link anda...Huda kaki shopping online...=)


Till then, bye-bye...

Wednesday 18 January 2012

::: 18 Januari 2012 :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Apa istimewanya tarikh nie? Tarikh keramat nih...Sebab, hari ini adalah hari lahir Huda...Nothing special about hari lahir Huda...Cuma yang specialnya, sebab tarikh nih mengingatkan Huda kepada susah dan payahnya mama melahirkan Huda...Tak terbalas sangat keperitan itu...Sepanjang 23 tahun usia Huda, banyak kali buat mama marah, geram, sedih dan macam-macam lagi...Dosa bertimbun tak boleh nak ingat...So, umur 23 tahun ni, Huda mengharapkan Huda menjadi anak yang lebih baik untuk mama dan ayah...Family..Kawan-kawan...Semua yang berjasa dengan Huda...Cikgu-cikgu daripada taska sampailah ke universiti...Terima kasih atas kebaikan kalian sepanjang tempoh saya membesar....Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-Nya...


Merek kekuatan saya selama ini...Terima kasih~

Selain daripada niat merubah diri tersebut, Huda juga berazam...Yeah...Berazam weh...Tak pernah-pernah dalam hidup Huda ada azam...Selalunya hidup ikut rentak,ikut nafsu...Main bedal jerk...Sekarang dah berazam...Mestilah...Dah pangkat mak-mak nih...HAHAHA....Azam Huda adalah menurunkan berat badan sebanyak 20kg...Banyaknya...Sebab Huda dah overweight sekarang nih...Ikut nasihat pakar kesihatan, Huda mesti loose 20kg...Banyak dan susahnya...Tapi, why not kita trykan...Untuk kesihatan jugak...Kalau tak, mesti jantung problem...Tak nak...Muda-muda lagi dah semput naik tangga 4 tingkat...Spoiled...Masalah berat badan nih, tak boleh main-main....Sebab lemak yang terkumpul dan mendak kat laluan jantung akan bermasalah untuk pengepaman darah...Lebih kurang macam tue lah yang Huda faham...Nanti kalau dah kritikal, kena guna macam pam ker apa erk, HEHEHE, lupa, untuk pecahkan lemak yang terkumpul tue...Sakit dan belum tentu akan membantu...Mungkin kita semakin parah...Sementara umur masih muda, tenaga masih kuat nih, Huda nak tanamkan kesedaran dalam diri untuk jaga kesihatan...Bila kita sihat, for sure, kita akan cantik...Mak suka!!! Untuk merealisasikan azam nih, Huda akan megurangkan dan beransur-ansur menghentikan tabiat :

1. Makan masa nak tidur...Memang style Huda nih...Sebelum tidur makan...Makan nasi pulak tue!!!
2. Lepas makan baring...Memang pemalas sangat...
3. Nak perbanyakkan minum air masak...Sebab, sebelum nih, Huda tak suka minum air putih/air masak/air jarang...
4. Mengurangkan makanan fast food...Erm...KFC, Marrybrown, Kenny Rogers terpaksa dilupakan...
5. Mesti jogging dan sit-up...Ececeh...=)


Agak-agaklah, 20kg berapa bulan boleh lupus? Jom mengira hari pelupusan 20kg bermula sekarang...HEHHEHE...Ayah Huda selalu ketawa jer kalau Huda kata nak diet dan bersenam...Sebab, lepas berlari, Huda balik carik nasi dan air batu...So?? Lemak berketul-ketul menari-menari dalam badan! Memanglah Huda tengok azam nih macam mustahil dengan sikap Huda, tapi, Huda yakin ia bukan sesuatu yang mustahil untuk Huda lakukan...Hendak seribu daya, tak hendak banyak dalihnya...Doakan ea guys...Walaupun Huda kata nak loose 20kg, tapi, Huda tak berniat untuk menghentikan makan...Sebab, ada yang Huda tengok tue, terus tak mau makan nasi...Huda takut lah effect kat kesihatan pulak...Huda buat slow-slow gitu...Perubahan itu mesti ambil masa yang lamakan...

Mari menurunkan berat badan!!


Till then, thanks for all wishes...Memang Huda hidden birthday Huda kat Facebook sebab Huda nak tengok berapa ramai kawan-kawan yang ingat birthday Huda...And, memang Huda off wall, sebab.....Nanti penuh lah wall...HEHEHE...

Tuesday 17 January 2012

::: Mana kesedaran kita? Tolong ambil setengah jam masa anda untuk baca sampai habis, saya merayu :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Tuan-tuan dan puan-puan, bumi Johor telah Huda takluki...Hehehe...Sebenarnya malam semalam sampai, tapi mustahillah nak terus online kan...Macam rakus tak ingat dunia pulak..Hari nih Huda bangun lambat...Pukul 10.30 pagi baru bangun...Hambek ko! Yelah, bendera merah, tak fikir apa dah...Tidur senyenyak-nyenyaknya...Lain rasanya tidur kat rumah sendiri dengan tempat orangkan...Sangat puas hati walaupun hanya tidur di atas sofa usang...=)

Topik hari ini bukanlah mengenai bangun lambat atau bendera merah penyebab bangun lambat...Tapi, hari ini adalah mengenai KESEDARAN MANUSIA zaman global ini..Sepanjang perjalanan balik dari Tanjung Malim ke Johor, Huda jumpa bangkai haiwan di jalan raya lebih daripada 20 bangkai...Mati...Kena langgar...DAN, paling hebat, di highway yang super class pun banyak bangkai monyet yang mati...Kenapa? Sebab, siapa yang suruh monyet tue melintas jalankan...Dah tahu kereta nak lalu...Lagipun, takkan kereta nak elak monyet yang tak berkepentingan tue kan...Nanti, kerana nak elak monyet, kita pulak yang kena langgar dengan kenderaan lain..HAMPEH! HAMPEH PUNYA JAWAPAN!!!

Huda tak suka sangat dengan Malaysia sebab benda nih lah...Patut salahkan siapa? Salahkan haiwan? Salahkan pemandu? Salahkan pihak bertanggungjawab? (siapa yang Huda maksudkan pihak bertanggungjawab? JAWAB SENDIRI ). Tadi pun, masa Huda on the way ambil adik balik sekolah, Huda nampak, sangat banyak bangkai haiwan...Ada jugak 2 orang bro nih, plat JGM ****, wira capuk-capuk, dah nampak ada banyak monyet tepi jalan, ibu monyet dukung anaknya, mamat mangkuk hayun nih still nak memotong Huda ikut kiri...IKUT KIRI ok...Nak potong ikut kanan dia takut sebab jalan tak cantik sangat...Memang Huda tak bagi...Sebab, Huda mengenangkan kalau dia potong ikut kiri, sure dia akan terlanggar sekumpulan monyet tersebut...Monyet mestilah terkejut dan bertempiaran lari dan mungkin terberlari ke araj jalan raya...Huda tak sanggup bayangkan sebab pernah dulu, ada kereta langgar anak monyet yang sedang melintas jalan, then ibu monyet patah balik nak selamatkan anak dia dan dia turut dilanggar sekali..Depan mata Huda...

Wahai pemandu-pemandu Malaysia, kita manusia...Kita diberi akal fikiran...Kita diberi peluang untuk lebih baik daripada mereka...Manusia tak sama dengan haiwan...So, please...Gunakan akal kita untuk bertindak lebih CEMERLANG daripada haiwan...Guna hati kita untuk wujudkan rasa PRIHATIN....Saya tak tahu situasi di negeri lain di Malaysia...Tapi di JOHOR, lebih spesifik, di sepanjang jalan Tanjung Sedili ke Kota Tinggi, sehari, akan ada lebih 10 bangkai haiwan yang mati...Biawak, anjing, monyet dan kucing...Terlalu banyak...Memang hal ni bukan berada dalam kawalan kita...Kita sedang memandu, tiba-tiba monyet/kucing/anjing melintas...Kita nak elak pun tak sempat...Tapi, Huda percaya...Sekali sahaja anda melalui kawasan itu, anda sudah menyedari bahawa kawasan tersebut adalah kawasan banyak haiwan..Paling nyata monyet...Kita dah boleh agak kawasan tue tempat tinggal dia...So, bila kita lalu jerk situ, why not kita slow kan kenderaan kita...Paling sakit hati tue, kalau dah ada seekor yang melintas, tentu ada yang lain ikut..Kenapa kita nak tekan minyak jugak??? Ada ke melanggar haiwan itu satu KEPUASAN? Satu KEBANGGAAN??

Hari ini jugak Huda tertinggal kunci rumah...So, Huda dan adik lepak kat satu kawasan nih...Huda terkejut sangat...5 bulan lebih tinggalkan Johor, tiba-tiba pergi tempat tue, kawasan hutan seciput dah ranap di tebang!!! Seingat Huda kawasan tue banyak monyet...Macam mana dengan monyet kat situ?? Pokok-pokok masih ada tapi jumlahnya sedikit...Dan, kawasan rehat yang dibina di situ telah menyebabkan kawasan tue jadi penuh dengan SAMPAH...Bila Huda stay jerk, Huda nampak monyet-monyet terlalu kurus..Yelah, bila pokok diranapkan, cuaca semakin panas..Cuba anda duduk kat bawah panas selama 1 jam, apa jadik?? Haiwan pun tak tahan...Monyet bukan duduk satu jam tapi berjam-jam...Dah lah panas, air kotor, makanan tak ada...Kawasan pulak kawasan bandar...Kalau monyet-monyet yang hilang tempat tinggal nih merayap ke kedai-kedai, mesti kena pukul, kena tembak, kena simbah air panas dan asid mungkin...So, mana kesedaran kita?? 

Nak buat pembangunan ke, nak buat banyak-banyak kawasan rehat pun, cubalah buat sesuatu yang betul-betul sempurna...Means, pembangunan yang kita buat tidak mengganggu ekologi alam...Tengok sekarang...Nampak macam Malaysia membangun..Menuju kemajuan...Tapi apa jadi dengan hidupan lain...Hanya manusia sahaja ke yang nak hidup?? Please PIHAK BERTANGGUNGJAWAB, pelaksanaan anda harus mengambil kira semua aspek..Jangan kita ketepikan tanggungjawab kita...Sebut mengenai tanggungjawab, semua daripada kita bertanggungjawab...Sebab??? Fikirkan...

Serpihan pokok yang tinggal...

Habitat musnah...
Longgokan sampah...

Air yang menjadi minuman monyet..
Monyet yang riang bersama sedikit rezeki...

Bukan masalah ini sahaja...Banyaknya kucing jalanan yang Huda tengok...Bukan salah kita pun...Dah haiwan tu kahwin, mestilah beranak-pinak...Lagipun, aku tak suka kucing, so?? HAMPEHNYA! Apapun, fikirlah...Memang hal ini luar daripada kawalan kita...Tapi, bila kita makan, datang kucing/anjing terbiar, tak salah kita beri sedikit daripada makanan kita...Huda ada seorang kawan...Anak yatim piatu...Sepanjang pengajiannya di UPSI, beliau selalu beri kucing makan...Walaupun hanya sisa makanan dia, tapi kesedaran dia untuk berikan pada kucing tue, Huda kagum...Mesti dia akan beri kucing makan...Anak yatim ok...Belum pernah lagi dia mengemis minta sedekah dengan hanya memberi sedikit rezekinya pada haiwan..Kita? Berapa ramai yang akan hulur makanan pada stray cats/dogs? Kita tak mampun nak selamatkan seluruhnya, tapi kita mampu untuk menolong sekadar yang mampu...Jangan pukul, jangan tendang itu dah cukup baik...Pernah berlaku depan Huda..Couple...Tengah makan...Kucing datang mintak kat mereka...Si perempuan tue tendang kucing tue...Kalau Huda jadi lelaki tue(pasangan), Huda blah tinggalkan perempuan tue...Mana letaknya sikap penyayang perempuan? Takut kucing? Penggeli? Macam lah awak tue pembersih sangat..Muka cantik, bilik air penuh rambut...Kan? Kan?

Apapun, marilah kita bersama-sama...Letakkan diri kita di tempat haiwan tersebut..Sanggup ker kita tengok insan kesayangan kita dilanggar lari? Kena tendang sebab nak mintak secebis makanan?? Bantulah mereka kerana kita diberi keupayaan yang sangat HEBAT berbanding mereka...Kemewahan kita hari ini kerana mereka..Tak percaya? Fikirkan...

A030
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Monday 16 January 2012

::: Entri 10 minit ::::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Sempat lagi update blog walaupun sudah mahu bergerak pulang ke Johor...Oh yeah!!! Macam tak percaya yang hari nih akan balik bercuti dan bergoyang kaki...Goyang kaki lah sangat...Semester depan melingkup lagilah....Yang pastinya, kembali ke Johor membuatkan hati bertambah girang...Tak dapat diungkap dengan kata-kata...*malangnya tangan laju menaip pulekkk*

Bagilah masa untuk berhoye-hoye sebentar sebelum semester depan...=)


Apapun, doa sangat gigih biarlah semuanya mendapat A semester nih...Sangat cuak dengan penurunan pointer yang agak ketara...=(




Okey..Doakan perjalanan saya selamat sampai di Johor, Insya-Allah, subuh besok sampailah...Izzati....Tunggu daku balik bertemumu...Kita berbulan madu yer....


Till the, sayonara..

Sunday 15 January 2012

::: Penat dah, take 5 dulu :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Besok last paper Huda..Paper subjek major, Malaysia Abad ke-20...Paper sangat susah..Tapi macam relax jerk boleh blogging lagi...Macam hebatkan...Hahaha...Actually, Huda dah sangat bosan bersendirian dalam bilik..Makanya, bila membaca sahaja, mata cepat kelip-kelip lepas tue mulut bukak besar-besar...=) So, berhenti jap..Exercise jari-jemari update blog...

Tak ada apa yang penting sangat saat ini melainkan semoga apa sahaja nota yang dibaca dapat dicurahkan securah-curahnya kat paper exam besok pagi...Oh ya! Huda sudah sembuh 90% batuk dan selsema...Makanya, takkan ada bunyi-bunyi tak sedap masa dalam dewan exam nanti...Tak perlu jugak bawak tisu dan tekup hidung...Leceh!!!

And, doakan jugak perjalanan mama datang ke TM nih selamat dan semoga ayah di rumah juga baik-baik sahaja...Yang penting, Huda sangat tak sabar nak jumpa mereka...Juga anak-anak bulus yang super comel...Oh...Sebelum terlupa, Huda ada dua ekor anak rabbits baru yang cute...Tak dapat nak tunjuk sekarang, nanti Huda update mereka yer...

And, tentunya....Huda sangat tak saabr nak jumpa kawan-kawan yang sangat baik...Semoga mereka jugak tak sabar nak jumpa saya yang comel ini...Opss...Counting days for our first reunion...Siapa dah kahwin? Siapa dah ada anak? Eeeh, kurusnya dia... Wah, handsomenya dia, rugi tak ngurat dulu... Hukhukhuk...Dapat dah bayangan reunion nanti...=)


Ok..To be continued..Banyak entri tertangguh...Balik nanti kita pulun habis-habisan erk...

Till then, sayonara..

::: TAMAT TUGAS?? sedih+gembira+bosan+jerit kuat-kuat :::

Assalamualaikum wbt...Aish...Rasa touching woo masa nak taip nie...Kenapa erk?? Actually, saya sudah pun sah tamat bertugas sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej untuk Kolej Ungku Omar yang tercinta...Rasa lega dah tamat, tapi...Macam something pulak...Sebab, apa yang Huda impikan tak tercapai lagi sebenarnya dalam JMK nih..

Bila masuk jerk 1 Disember aritu, hati dah rasa sayu sangat...sebabnya, mungkin ini adalah penghujung kepada tugas Huda sebagai Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Ungku Omar...Sedihnya...Masa start jadi JMK dulu pun dah rasa sedih sebab tak lama lagi akan berakhir semua nie..Yelah, semua yang bermula itu pasti ada akhirnya...Mana ada sesuatu yang kekal melainkan Allah swt jua...

Ya Allah..sungguh banyak yang Huda belajar sepanjang menjadi Exco Akademik & Kerjaya nie...Actually, bahagian Akademik belum buat apa-apa program besar lagi...Sepatutnya tahun 2012 nantilah program kami akan berlangsung...Teruja sangat nak menunggunya berlangsung..Tapi, program-program Exco lain sudah pun berlangsung, dan untuk itu, banyak dah Huda belajar...Macam mana nak menguruskan mesyuarat..Buat minit mesyuarat..Memo hebahan..Pinjaman barang..Tempahan makanan, makanan VIP, protokol majlis...Berurusan dengan pegawai HEP, BHKA...Sangat seronok pinjaman Allah nie...

Perjalanan seawalnya tidaklah begitu menggembirakan, tapi, semakin lama perjalanan tue semakin menggembirakan...Perjalanan tue menemukan Huda dengan pelbagai ragam manusia..Kelakar, geram, sakit hati, menyampah, meluat, semua berbaur menjadi satu iaitu puas hati...Puas hati bila kerja siap, bila program selesai and so far boleh kita kata sebagai semuanya berjaya..

Before jadi Exco Akademik & Kerjaya nie, Huda jadi Rakan Exco Integrasi & Perpaduan..Masa tue tugas tak semelambak nie tau...Masa tue, kami Rakan Exco adalah seramai 10 orang and ada portfolio yang ambil ramai lagi rakan exco untuk bantu mereka...But, tahun nie, perubahan demi perubahan berlaku...Semuanya untuk kebaikan, Insya Allah...Huda dengan partner yang tersangatlah bagus, Alyn, memegang jawatan nie dengan bantuan 5 orang rakan Exco...

Rakan exco nie, Huda sukalah..Huda tak ada masalah dengan orang till orang kacau hidup Huda..If tak, okey jek..Setakat nie adik-adik, Lia, Aizaf dan Anis sangatlah rajin...Banyak membantu meringankan bebanan Kak Huda..And...Huda syok sangat sebab sepanjang jadi JMK nie, Huda rasa Huda nampak muda..Nampak comel...Kui..Kui...Kenapa? Entahlah..Tapi ramai yang ingat Huda nie baru sem 3 walhal sem 5 dah adik-adik semua...Panggil saya kakak eh...Hihihi...

Untuk Jawatankuasa Mahasiswa Kolej KUO yang baharu, laksanakan tanggungjawab sebaik mungkin..Huda percaya, mereka adalah dalam kalangan yang terbaik..Yang pastinya lebih baik daripada Huda...Sudah terlatih dan mampu berkomunikasi dengan teman seperjuangan..Buang sikap negatif pasti boleh!


Last but not least..Enjoy it...Priceless...

Bermula dengan kem JMK di Hulu Langat, Selangor..Kita berjanji menjaga ukhwah, saling menghormati, bertolak ansur...Buat tak?


Kewajipan kepada Allah swt itu yang utama tak kira dalam keadaan yang bagaimana pun..


Ceh..Selesai..Tapi, SIJIL tak diperakui lagi...Kesian saya..




Jom berBBQ..Sedap deh..


Orang kuat plus orang yang sangat rajin...


Saya rajin makan jerk...Hehehehe...Kami memang macam nih...Semua pasal makan tak da control punya...


Berhoye-hoye di Mines, Serdang...Syiok habis time nih...Berhoye guna duit sendiri lah tapi..Tambang jerk percuma...
Kami berkawan baik sangat..=)
Kawan kita ok..


Masih menjadi JMK... 

Rindu nak berhoye-hoye dengan kalian lagi...Jom~
Penat dan puas..


Marhaban di rumah pengetua baharu, DR BAZRUL
Marhaban lagi...


Hari Patriotik UPSI.


Ikhlas berdoa semoga cepatlah redup...Panas deh


Bajet tekun mendengar ceramah...Padahal dalam otak, apa nak makan jap lagi...Hakkhak


Perbarisan KUO..Baris, baris, sedia... 
Seminar Keusahawanan MARA...Sem depan boleh tak nak pakai baju koprat lagi? Ker orang kata tak sedar diri lak?


I smile you all mesti smile jugak...
Last program as JMK KUO, rindu moment kena marah, kena kutuk sijil buruk dan banyak lagi...
Thanks selalu dengar bebelan....Mesti you dah sampai Sabahkan masa I publish entry nih...Hukhukhuk
Need I say more? Tak payah lah...Nak loading gambar pun lama tau...Hehehe...Apa pun yang berlaku, benda tue dah pun berlaku...Tak perlu mengingati yang buruk, jadikan ia sebagai sempadan...Ambil yang baik sebagai kenangan  dan pengajaran...Terima kasih daun keladi kepada adik-beradik JMK KUO 2011, YUSOF, KAK TIQAH, MADI, KAK NURUL, FHAZRUL, KAK SU, SYANA, SHIKA, KAK SUKMA, NELLY, FIDA, KAK SYAFA, SYAFI, FIZI, DAUS, PAR, FADHLI, QAMAR, HANIM, ANIRA, ALYN, TINI, CHIKOO, FARIS, IWAN, FANA, NISA, dan ASLISA..



Till then, sayonara...


Thursday 12 January 2012

::: Sehelai selepas solat memadai jika terlalu sibuk :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...










Hadis mengenai Al-Quran dari Ibnu Mas'ud daripada Rasulullah saw :
   Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah (Al-Quran), maka baginya satu kebajikan dan setiap    kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Aliif Laam Miim satu huruf, tetapi, Aliif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.


*terlalu banyak lagi hadis mengenai ganjaran membaca Al-Quran, tapi Huda ambil yang paling mudah untuk beritahu kalian, bahawa satu huruf sudah pun besar ganjarannya.




Kelebihan membaca Al-Quran :
   Daripada Rasulullah saw :
      Barangsiapa membaca Al-Quran, dan mereka beramal dengan kandungannya, nescaya ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat dan sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Bayangkan pula untuk diri orang yang mengamalkannya.


*banyak lagi kelebihannya..tapi Huda tertarik dengan yang ini sebab, amalan yang lakuka
Berapa ramai yang ambil peduli hal nih? Berapa ramai yang membaca Al-Quran setiap hari? Kalau solat, sudah tentu kita ada membaca surah-surah dalam Al-Quran...Tapi...Masalahnya, majoriti termasuk saya sendiri, lazimnya hanya membaca surah pendek..Ayat-ayat lazim...4 Kul..Paling havoc pun baca 10 ayat pertama dalam Al-Baqarah..


Kadang-kadang, kita bukanlah sibuk mana pun...Boleh berblog, berSMS, baca majalah hiburan, melepak sana sini, tapi, untuk duduk membaca sepotong ayat Al-Quran pun asyik alasan tak da masa...Kalau Al-Quran pun payah, terjemahan apatah lagi kan...Jom, mulai hari nih, kita ringan-ringankan tangan, ambil Al-Quran dan baca...Kita, manusia, serupa...Perlu sentiasa diingatkan...Sesama Muslim, saling tegur-menegur, nasihat-menasihati perlu...Huda juga sedang berusaha untuk tidak meninggalkan amalan yang dituntut ini..




Jangan tunggu Al-Quran dimakan semut yer...

Wednesday 11 January 2012

::: VCO..Rasai keberkesanannya... :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua..

Huda sedang mencuba VCO..Harap ok...Belum boleh announce kesan sebab sedang demam..Tak tahu kesan ubat or memang dah takdir, nak demam...Tapi, 5 hari ambil VCO Softgel, Huda tak miss poopoo...Hehehehe...Alhamdulillah...

Huda ambil VCO Softgel..2 kali sehari...

Kita bukan nak cantik di luar saja, tapi kita mahu sihat...


Selain supplement macam nih, kenalah rajin solat kalau nak cantik luar dan dalam...=)