Saturday, 30 June 2012

Hari Kelima : Relief dan thinking

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


29 Jun 2012 (Jumaat)
Walaupun hanya bergelar guru pelatih, tapi, saya mahu belajar sebanyak mungkin. Erm, ada students saya beritahu, "cikgu, jangan mengajar macam style universiti tau!!". Erm, fahamlah saya maksud dia tue. Budak-budak, mana boleh kita samakan dengan kita yang dah agak dewasa nie. Sungguhpun mereka nie dah terdedah dengan arus kemodenan, tapi, masih lagi ortodoks bab-bab suruh belajar akademik nie~ Semua nak kita suakan kat muka memasing. Buka buku teks bab 7, muka surat 178, baris pertama....Mengada-ngadanya sebijik ler macam adik dekat rumah tue. Buat nie macam nie, tulis gini, tampallah macam nie...Aish..Tapi,...seronoknya, Allah swt sahaja yang tahu. Rasa macam nak mintak UPSI buat praktikum 6 bulan ker. 4 bulan macam sekejap sangat nak mesra-mesra Bob AF dengan mereka.

Walaupun pelajar-pelajar nie agak nakal, buku pun tak ada, sabar tue asas pada kerja sebagai guru. Sedih tue memanglah, kita masuk kelas, buku nota tak bawak, buku latihan lagilah bayang tak ada. Lepas tue buat muka sedih jumpa kita nie. Cikgu, saya tak ada buku teks. Kenapa tak ada, saya tanya. Saya lupa buku teks letak mana! Hah, tengok! Almari bukan main besar gedabak kat kelas, tapi, tak mahu digunakannya. Masing-masing bawak beg ke sekolah, tapi, entah apa isinya. Kalau dah malas sangat tulang empat kerat tue nak bawak buku, letaklah dalam almari kat kelas, tentunya balik rumah membuta, tak pun merayap, memang takkan bukak buku. Ye dak? Kalau takut hilang, beli kunci, manggakan kelas tue. Dah tentu awak sekolah satu sesi, tak akan adanya orang lain selain awak amsuk kelas tue. Ini tak, kelas jadi tempat sidai baju bengkel dia sesaja. Budak, budak!

Tapi, lima hari kat sini, dapatlah menyelami perangai pelajar-pelajar. Wah, dah menyelam kau! Jangan memain. Besok-besok, kita scuba pulak!!! Pelajar SMV Kuantan nie bukanlah jahat pun. Boleh kita bentuk lagi sikap dan kesedaran mereka. Tapi, bukan dengan kekerasan. Kena rajin melayan mereka nie. Ajak mereka berbual, tengok apa yang mereka suka. Kalau masa 80minit kelas tue, saya tak akan mengajar cukup-cukup 80 minitlah. Sebab, sekejap-sekejap kena bawak mereka ke alam lain pulak. Sebab, kalau tak, mereka dah sampai syurga dah! Membutalah jawabnya. Apa taknya, kelas Sejarah waktu genting, tengahari. Masa matahari tegak atas kepala. Sure semua letak kepala atas meja. Bila saya tepuk meja suruh bangun, masing-masing terperanjat, menjerit, cikgu nie rock lah. Banyaklah rock, orang sibuk menerang, awak dah terbang!

Macam hari nie, saya free. Tak ada kelas, Jumaat hari saya berehat. Hihihi. Tapi, tiba-tiba diminta relief kelas Sejarah 4 KFL. Kak Sham ada emergency case pulak. Okey, saya pergi. Tapi disebabkan kak Sham bukan guru pembimbing saya, saya tak boleh sesuka hati nak mengajar kelas tue. Saya buat latihan jer lah. Budak-budak, kalau nampak cikgu baru, memang dia suka. Suka sebab apa, sebab nak dibulinya cukup-cukup. Saya datang jer, bersorak. Cikgu, hari nie Jumaat, cikgu Shamsiah tak mengajar selalunya. Dia buat ceramah motivasi. Eh, terkejut saya. Betul ker? Mereka semangat mintak saya bagi ceramah motivasi. Aduh, manalah saya pandai nak bagi ceramah motivasi nie. Kalau dok ceramah si Amie tue, tahulah. Saya kata, tak payah ceramah, buat latihan. Memasing muncung sedepa! Saya kata tak buat, tak boleh balik. Baru sorang-sorang keluarkan buku. Pergerakan jangan cakaplah. Serupalah dengan siput berjalan atas tar. Terhegeh-hegeh! Lepas tue sibuk mintak saya take over kelas mereka, alasan dah malas nak belajar dengan cikgu Shamsiah. Berani ler kau orang cakap gitu, mentang-mentang cikgu Shamsiah cuti. Kalau depan cikgu Shamsiah, menikus semuanya. Bukan tak tahu!

Tengah saya menulis soalan di whiteboard, sorang student cakap, cikgu, apasallah cikgu serupa pembaris? Saya toleh, "APA AWAK CAKAP???" "SERUPA PEMBARIS???" Meh sini saya bariskan awak tengah panas nak?? Budak-budak sini agak bahaya sikitlah, tapi, tak adalah sampai nak buat jahat dengan cikgu sendiri. Kalau tengok kita tue, memang dia scan dari atas sampai bawah. Hah, tue kena bewarelah. Pandai-pandailah bawak diri kita sebagai cikgu perempuan. Pakai yang sopanlah. Budak-budak pun, orang jugak. Lepas tue dok sibuk nak tanya status kita. Saya jawab dah kahwin jer. Mereka nie takkan kacau cikgu yang dah kahwin. Sebab, surelah cikgu tue dah tua kan. Hahaha. Tapi, budak sekarang nie bujak-bijak belaka. Siap cakap, "Kalau dah kahwin, mana cincin cikgu? Cikgu menipu!!". Hah, amek kau. Dapat cop penipu terus hari kelima praktikum. Baguslah tue.

Yang lagi pelik budak-budak nie, kelas besar macam nak masukkan 60 orang pelajar, tapi, sibuk nak buat kerja kat meja guru jugak. Nak menyempit beramai-ramai. Lepas tue sibuk berrtonyeh itu ini dekat kita. Dah kita jawab, tanya lagi. Jawab, tanya lagi. Bila saya kata, sudahlah tue, buat kerja, sibuk tanya hal orang buat apa. Dioerang cakap, saja, nak ajak cikgu hang out malam-malam. Hah, hang out tau! Saya jawab, tak payah! Siap cakap, nanti saya bawakkan burger ke rumah cikgu eh. Heh, budak-budak. Kadang-kadang tue, tak rasa macam tengah mengajar, macam tengah melepak sambil ketawa besar-besar. Haih, awet mudalah jawabnya saya nie. 

Bila fikirkan kesusahan nak mendidik sekarang nie, saya rasa kesabaran mesti letak bahagian atas sekali. Ingat pada matlamat kita. Kenapa kita pilih profesion nie? Abaikan segala rasa tak senang dalam diri dan gantikan dengan perasaan, mereka adik-adik saya. Wajarlah saya didik mereka sebaik mungkin. Kesusahan tue mesti ada ganjarannya nanti. Itu janji Allah yang pasti. 


Nota : Asni ajar peribahasa hari nie. Tapi, dek kerana saya nie jenis yang suka bermain-main dan ketawa-ketawa, saya terlupa peribahasa tue. Tapi, lebih kurang macam 'bagai khinzir berlari-lari di padang'. Ada ker?? Tanya balik Asni dia pun lupa!! Deng!! (cikgu dan pelajar adalah SAMA:PELUPA)


Till then, terima kasih mama ayah sebab bagi nama Nurul Huda. Bukankah maksudnya Cahaya Petunjuk? Maka, terangilah insan sekeliling dengan sedikit ilmu yang saya ada. Anda juga! Wsalam



Friday, 29 June 2012

Hari Keempat : Cikgu!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


28 Jun 2012 (Khamis)
Menjadi cikgu nie, bukan sahaja mengajar isi kandungan buku teks semata-mata. Tapi, cikgu juga ibarat ayah dan ibu di sekolah. Salah anak kena ditegur. Mama pesan, bila pelajar nakal, cubalah kita nasihat mereka dengan kata-kata kebaikan, jangan fikir nak marah mereka saja. Jadi, bila saya kelas 4 BB 1, which is kelas Binaan Bangunan, budak-budaknya agak berilmu sedikit berbanding kelas-kelas saya sebelum nie. Tapi, nakal dan riuh rendahnya tetap sama. Bila saya masuk jer kelas, konon berpura-pura terperanjat. "Eh, kenapa cikgu Latifah (merujuk kepada guru Sejarah sebelum nie) bertukar rupa?". Mengada kan. Macamlah tak tahu saya bakal mengajar mereka sehingga bulan 10. Saya tanya, " Kenapa, tak suka cikgu ajar?". Mereka jawab, "Sukalah cikgu, tapi, jangan ajar laju-laju macam cikgu Latifah." Budak-budak, memanglah kan. Dengan kita, dia cakap suka kita, dengan orang lain, dia suka orang lain pulak. Eh, cikgu Latifah sangat bagus tau. Beliau tercalon dalam Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Masakan guru muda macam saya mampu menggantikan tempat dia. But, one day, I will. Hihihi. 

Mengajar kelas 4 BB 1 taklah mencabar macam mengajar kelas lain yang mana bila keluar kelas, suara jantan saya terkeluar terus. Apa taknya, baru saya cakap tengok Bab 7, mulalah ada yang bangun, ada yang mengusik rakan sebelah, ada yang berdengkur. Saya kenalah "BANGUN!!", "DIAM!!!", "KELAS, TENGOK BUKU TEKS MASING-MASING!!!. Macam-macam lagilah. Bila saya tarik muka marah, mulalah buat perangai mengada-mengada. Taknak belajar dengan cikgulah, nak cikgu Latifah, cikgu Latifah. Macam tue lah budak-budak. Kita pun pernah macam tue kan. 

Bila mereka mula hilang titik fokus pada pelajaran, saya mulalah bersyarah. Saya tak mahu membebel, tapi saya beri mereka cerita realiti. Untuk mereka yang sedang berpraktikum atau bakal berpraktikum, ingin saya kongsikan sedikit. Pelajar tak suka kita membebel pada mereka, mood belajar akan hilang, tapi, mereka insha-Allah menerima cerita realiti kita. Saya beri mereka cerita realiti kehidupan seorang pelajar. Putaran kehidupan. Mereka senyap. Mendengar. Akhirnya, kelas terkawal. Mereka sedar, mereka perlu lulus dan berjaya. Hanya teknik yang kita gunakan boleh mengawal mereka. Tapi, semua tue perlu dilihat juga aspek persekitaran. Kalau macam kelas 4 BB 1 nie, bolehlah saya gunakan teknik sebegitu, kalau kelas 4 JKA, lain pula. Kena lebih lemah-lembut dan melayan aje lah cerita-cerita mereka termasuklah Euro 12. Walaupun tak minat sangat dengan bola, sekarang semua kena peka, sebab, budak-budak, terutamanya lelaki, memang suka cikgu melayan mereka. Sampaikan semalam, ajak saya bertaruh RM 400, kalau Italy boleh kalahkan Jerman. Erm, kalau saya tahu, saya terima. Yelah, Jerman kalahkan. Hihihi. Rugi besar saya!!! (Perbuatan bertaruh HARAM dalam Islam)

Semalam hari yang agak tenang bagi saya melainkan saya menaglami kecederaan mulut apabila terkena ulser kecil di mulut. Atau orang Jawa panggil 'lumpangan' atau ada jugak yang sebut, 'mata ikan'. Uh, memang sakit. Ada lebih 5lubang kat mulut termasuk pangkal tekak. Mungkin sebab cuaca yang sangat panas, kami duduk dalam aircond, lepas tue, bila keluar, berpanas terus. Itu yang pecah-pecah. Walaupun sehari saya minum lebih 3botol air!!! 

Apapun, kelas semalam berakhir dengan jayanya bagi saya apabila waktu pengukuhan saya dapati pelajar dapat memahami kandungan pelajaran. Saya arahkan pelajar menjawab soalan dan menulis muka surat buku teks yang mengandungi jawapan tersebut di sebelah jawapan mereka. Saya gunakan teknik yang diajar oleh guru saya, cikgu Amad Bahri Mardi untuk pelajar saya kini supaya apabila mereka buat latihan ulang kaji nanti, mereka senang untuk tahu di mana tajuk tersebut perlu dirujuk. Tak payahlah nak selak satu-persatu muka surat buku teks tue. Tahu dah, pelajar memang menyampah nak buka buku Sejarah. Contohnya, di bawah soalan Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara, tentang Snouck Hurgronje, mereka tulis muka surat 178, maka bila nak mencari mengenai Snouck Hurgronje, terus mereka merujuk muka surat 178. Tak perlu terkial-kial. Kawan-kawan boleh juga aplikasikan teknik nie supaya pembelajaran lebih mudah, kondusif dan berkesan. Arahkan pelajar untuk buka dan rujuk buku teks. Biasakan mereka dengan kaedah merujuk dan merujuk. 

Baiklah, sampai sini dululah untuk kali nie. Siapa-siapa yang nak berkongsi tips, bolehlah menulis jugak. Sama-sama kita menaikkan martabat bidang perguruan. Jangan biarkan bidang kecintaan kita diperkecilkan masyarakat kerana kita memikirkan manfaat berbanding memberikan manfaat!



Till then, masih menyesal bila memikirkan duit RM 400 tue~ Hahahahahahahahaha

Thursday, 28 June 2012

Hari Ketiga : Belajar menjadi seorang GURU

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Masih lagi menceritakan kehidupan sebagai seorang guru pelatih, bukan perempuan yang gemar bersosial bersama teman-teman cantik seperti dulu. Hihihi. Bersosial tak salahkan, asal jangan melepasi batas yang digariskan. Berhibur tiada salahnya...sila sambung~

Mengajar kelas 4 JKA. Kelas 4 JKA nie, dikatakan sebagai kelas tercorot dalam sejarah SMV Kuantan. Pada awalnya, saya beranggapan begitu jugak. Sebab tingkah laku mereka yang yoyok habis. Masa tuh, guru asal yang mengajar Bahasa Melayu ada dan saya sebagai pemerhati bebas. Ewah, tak bebas pung! Tapi, yang memeranjatkan, bila saya take over kelas tue, sendirian, mereka tahu menghormati saya, tapi, dengan cara tersendiri. Erm, saya mulakan dengan survey tahap bacaan mereka, sebab, ada dalam kalangan yang agak lemah dalam pembacaan, spot sikit-sikit yang mana harus saya tekan dan tekan! Lepas tue saya buat survey tahap pemahaman terhadap sesuatu perkara. Basic thing. Erm, nak mengajar Bahasa Melayukan. Saya mesti tahu sejauhmana mereka faham sesuatu perkataan tue. Jangan kang saya mengajar, melongo semuanya. Itu yang kita cuba elakkan. 

Alhamdulillah, mereka masih berfungsi seperti pelajar-pelajar kelas lainnya, cuma, dengan mereka nie, kita kena bergerak setapak demi setapak. Tak boleh nak cepat. Mereka dapat membezakan kata nama khas dan kata nama am itu sudah cukup baik bagi saya. Malangnya, nota dan latihan sangat berterabur. Saya tak mahu nak ungkit soal nie sebab kalau pengurusan daripada awal bagus, rasanya masalah nie dapat kita atasi. Kalau kita tahu pelajar malas bawak buku, buku mudah hilang, terpaksalah kita guru susah sedikit dengan kutip buku hari-hari, simpankan untuk mereka, supaya besok kita mengajar, masih ada buku untuk mereka tulis. Macam nie, saya nak tengok buku, buku pun tak ada. Buku teks memang mereka langsung tak adalah. Erm, tapi, alhamdulillah, cikgu sebelumnya baik hati sebenarnya. Ada memberi tunjuk ajar. Cuma, sedikit penambahbaikan perlu dalam mengawal pelajar yang semacam nie. Kelas berakhir dengan riang apabila saya menamatkan kelas dengan kisah Euro 12. Memang kesukaan merekalah tue!!! Dah semuanya lelaki, apa lagi mereka suka kalau bukan bola? Dah terang lagi bersuluh, kalau disuruh pilih isteri atau bola, dicarinya bola jugak~

Habis kelas, dipanggil untuk mesyuarat guru. Pengetua bebel macam-macam kat semua guru. Jangan datang lambat sampai punch card merah, jangan keluarkan murid awal. Macam-macam lagi amaran keras pengetua. Guru pelatih UPSI pun tak ketinggalan. Jangan buat tak peduli masalah pelajar dan sekolah. Ambil bahagian dalam pengurusan pelajar dan buat aktiviti. Baik, kami menurut perintah cikgu besar!!! Mesyuarat berakhir dengan besok diwajibkan turun PERHIMPUNAN KHAS di dewan perhimpunan. Oh, yeah! Mulalah sesi mencuci otak memasing termasuk cikgu~ Jangan main-main, hidup orang di tangan kita kan. Mana boleh sambil lewa. Kami diarahkan buat latihan J-robik dengan baik sebab pengetua nak kami tonjolkan UPSI terbaik di SMV Kuantan. CABARAN!!! Kami akan buktikan walaupun tarian kami nanti akan sedikit macam tarian naga campuran. Hahaha. Biasalah, last J-robik nie time menengah rendah. Badan pun dah berat dah nak menari-menari segala nie. Hihihi.



Till then, resah dengan perkhabaran kurang enak. 

Tuesday, 26 June 2012

Hari kedua : Menjadi guru pelatih

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

26/06/2012 (Selasa)
Entri ditaip dengan meminjam broadband Asni sewaktu beliau ketiduran.<-------ditujukan buat MAMA (sila buat-buat fahamlah)
Semoga readers tak bosanlahkan. Nie baru hari kedua. Saya akan terus menerus menulis pengalaman saya di blog ini. Sekurang-kurangnya, ahli keluarga terutama mama di rumah akan tahu perkembangan saya di sini. Di Kuantan yang sangat sibuk dan panas~

Hari nie saya mengajar Sejarah. Kelas 4 ABM. Oh ya. Semua pelajar saya lelaki. Tidak ada perempuan. Sebab jadual dah dapat awal-awal lagi, saya memang tiada masalah tentang preparationlah. Kita pun dah bincang dengan guru Sejarah yang kita take-over kelas dia, bagaimana dia menagjar, sampai mana dia mengajar, jadi, semuanya diatur perlahan-lahan. Bukan senang kerana saya hanya guru pelatih. Keadaan sekolah, kalian pun dah sedia maklum. Dulu, Amie, adik saya pernah cakap, kawan dia perempuan berdiri atas meja masa cikgu menagjar, kiranya pelajar yang terlebih diajarlahkan. Sekarang saya berada dalam situasi tue. Segala momokan Amie saya lalui. Ya, agak sukar buat masa ini tapi, saya percaya saya boleh. Cuma, bulan puasa nanti saya semput sikitlah rasanya. Mana boleh meneguk air macam sekarang nie. Serius, kering tekak bila habis 80 minit untuk satu kelas tue.

Pelajar tak pandai, pelajar bising, pelajar malas, pelajar kurang ajar dan segala keburukan lagi. Banyak yang saya dengar. Saya bukak telinga besar-besar dengan semua rungutan guru-guru. Ada juga guru yang positif dengan semua nie. Berbeza semuanya. Ada yang begitu, ada yang begini. Pokok pangkalnya, USAHA GURU. Betul tak? Macam saya sekarang. Sekolah start jam 7.30 pagi dan tamat P&P jam 3.30 petang, tak termasuk sukan dan ko-kurikulum. Sebab, sekolah vokasional memperuntukan lima masa sehari untuk kelas SKM. Masa belajar jadi panjang. Agak keletihan dengan jarak rumah dan sekolah yang jauh. Tapi, akhirnya, saya sedar. Semua tue berbaloi apabila kelas tamat, pelajar ucapkan, TERIMA KASIH CIKGU! Saya rasa seronok bila saya berjalan di sekolah, pelajar ucapkan, ASSALAMUALAIKUM CIKGU! Saya sedar, sesetengah pelajar memang tak minat berada dalam kelas, makanya mereka berperangai tak senonoh masa kita mengajar, tapi, di luar kelas, sangat menghormati guru. Setakat ini, Alhamdullillah, saya bersyukur.

Macam kelas 4 ABM hari nie, saya sampai awal ke kelas. Cikgu Wan Fadhli belum habis mengajar. Tapi, dipaksanya cikgu Wan Fadhli keluar, nak jumpa cikgu baru katanya. Sibuk bukakan pintu untuk saya masuk. Cikgu Wan geleng kepala tengok telatah pelajar SMV nie. Bila cikgu Wan keluar, sibuk ditutupnya pintu tingkap, tak bagi cikgu Wan kacau mereka nak belajar dengan cikgu baru. Budak-budak~ Sabar aje lah cikgu Wan! Bila saya start mengajar, Ya Allah, mereka punya suara. Itu yang kering tekak saya dibuatnya. Saya kata DUDUK! Mereka ramai-ramai jawab, DUDUKLAH! Saya kata KELAS, SENYAP! Mereka jawab balik, KELAS, SENYAP! Hah, macam mana tue? Saya suruh keluarkan buku teks, buku nota Sejarah. Jawapan mereka, TAK ADA BUKU TEKS, LUPA BAWA BUKU NOTA. Sabar! Ada yang sibuk tak dapat buku teks. Saya tanya, kenapa tak dapat, jawapnya apa tau? Macam mana nak dapt cikgu, kalau hari nie dapat besok hilang! Haih, macam nak dihempuk saja! Saya kata itu bukan tak dapat. Itu tak tahu menghargai. Ketawa sajalah.

Daripada zaman saya budak-budak pun, tak sah kelas kalau tak bagi nick name kat kawan-kawan. Ada yang dinamakan AYAM, ada yang dinamakan RABBIT. Macam-macam lagi. Macam nie, tengok rambut budak tue kelakar sikit, digelarnya rerambut rambutan! Tak habis-habis disakatnya kawan dia, rerambut rambutan, diulang-ulang. Seorang pelajar yang duduk depan sekali tue pulak, asyik tersengih bila saya mengajar. Saya suruh tutup mulut, tumpukan perhatian. Kawannnya cakap apa bila saya kata begitu, CIKGU, MULUT DIA TAK BOLEH TUTUPLAH! Merujuk kepada fizikal pelajar tersebut yang giginya agak kedepan (jongang). Sabar aje lah. Nak ketawa, tapi ditahan, tapi, namanya manusia, terhambur jugak!

Tapi, yang seronoknya, dalam malas nak salin nota, dalam mata terpejam tertutup, dalam mulut tak berhenti mengomel, dalam tawaf keliling kelas tue, bila saya buat latihan pengukuhan, saya andaikan 70% berjaya. Saya syukur jugaklah. Iyalah, masih boleh dilentur lagi mereka tue, tapi, kena polish hari-hari. Saya berazam nak beri mereka sedikit tenaga saya nie untuk dicurahkan sehabis-habisnya untuk emreka selama 4 bulan nie. Mungkin masa terdekat masih tak mampu tengok hasilnya, tapi, sekurang-kurangnya, perbezaan antara saya dan guru sebelumnya, mampu memberikan impak berbeza. Oh, bukan saya kata saya lebih baik daripada guru sebelumnya, tapi, saya katakan, saya orang baru, tenaga dan semangat masih PANAS!

Serius muka cuak nak masuk kelaskan. Hihi. Itulah namanya pengalaman dan kenangan.


Nota: Kak Ifah, guru pembimbing saya pesan, jadi cikgu, bukan tiket kemewahan. Kalau awak pilih profesion ini kerana gaji yang bakal awak dapat, maka kesusahan yang sentiasa awak rasa. Tapi, kalau awak pilih profesion nie kerana cinta awak pada ilmu dan anak bangsa, maka, setiap kesusahan awak takkan pernah awak rasa. Jadi cikgu, ikhlaskan hati, takkan alami sakit mental. Kak Ifah dah mengajar 16tahun sejak dipostingkan masa umur 25tahun, tapi, yang mengejutkan saya, saya ingatkan umur dia baru 25tahun sekarang. See, kerja dengan rasa kecintaan pada profesion itu lain rasanya dengan kerja kerana manfaat daripada pekerjaan itu. Mungkin sebab tue mama selalu ulang, kerja itu menjadi darah daging! Jangan impikan kereta mewah atau rumah besar, bersyukur dengan segala yang kita ada~



Till then, rumah tak ada elektrik, badan panas, tapi terpaksa jugak gagahkan diri menyiapkan makanan bekalan hari esok. Kami cikgu tanpa elaun RM 1300, makanya kena berjimat cermat. Hihihi. Saja keluar statement nie sebab cikgu Joe hari-hari minta kami beli barang jualan dia, AVON lah, TUPPERWARE lah, kain ela untuk rayalah. Pisang pun diskaun RM3. Sabar ajerlah dengan KELAB BILIK GURU nie. Hihihi. Katanya, HEY CIKGU UPSI, KAU BELI NIE AKU JUAL, KAU KAN DAPAT DUIT RM 1300 SEBULAN. MEH BELI, 3x BAYAR!!!!

Hari Pertama: Bergelar Guru Pelatih

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

25/Jun/2012 (Isnin)
Hari nie kelam kabut ke sekolah, masing-masing menggelabah nak berhadapan perhimpunan pertama. Penampilan diri mestilah kena jagakan, tapi, tudung masing-masing buat hal. Mujur jugaklah tudung Huda nak jugak dibentuk. Sementara tunggu Asni bersiap, pergilah panaskan engine kereta dulu. Bila Asni dah sudah, naik kereta, masuk gear, sekali, langgar pintu pagar rumag. Memang tak terkata hanginnya tue. Mood pagi nak ke sekolah hancur melihat kereta sedikit tercalar. Sedikit cukup buat mood hilang okey!

Jalan bukanlah sesak sangat sebab masih awal pagi, tapi sebab traffic light, jadi lambat. Ya, sangat lambat dengan sikap pemandu yang terkial-kial lagi nak bergerak. Sampai sekolah, punch card, pukul 7.24 pagi. Alhamdulillah, hari pertama tak lewat. Dua orang sahabat course Sains daripada UPSI sampai dan kami guide merekalah dengan persekitaran sekolah. Masuk dewan perhimpunan, amek seat belakang sekali. Menggeletar tak payah cakaplahkan. Mujurlah ada cikgu lelaki yang masa kami lapor diri tue ada. Dia yang buat kami taklah rasa cuak sangat. Maklumlah, kita tak ada pengalaman mengajar, mahu tak berdebar. Lain orang, lain rasanyakan! Okey, perhimpunan bermula. Serius, rasa sebak sangat. Dulu, kat SMK TUN HABAB, saya sebagai pelajar. Saya berdiri di bawah tengok cikgu-cikgu duduk atas stage. Sekarang, saya di atas stage. Bukan bermakna boleh membangga diri, tapi, inilah perjalanan hidup saya. Saya pula yang menyaksikan pelajar menguruskan dewan sebelum majlis perhimpunan rasmi. Rindunya saat itu.

Sepanjang perhimpunan, saya berkenalan dengan cikgu TESL/English. Banyak yang diberitahu kepada saya. Buat saya rasa macam belum mencuba dah mengalah. Sedihnya rasa. Tapi, hati kata, sabar dan cuba. Masa nie, belum tengok kelas lagi, tapi, masa entri nie ditulis........

Tiba masa pengetua bagi ucapan, dia panggil kami berdiri kat depan sekali, depan guru-guru lain. Untuk sesi pengenalan diri. Malunya, menggeletarnya, macam hape dah. Macam Pokemon bertukar jadi Doraemon pun ada. Hish, memang tak boleh blahlah muka. masa pengetua sebut, cikgu NurulHudaTaib, tak semena-mena, tersenyum lebar pulak. Haish, tak sopan pulak dah. Hahaha. 

Kami dah pun dapat jadual. Saya akan mengajar kelas 4 BB 1, 4 PPN, 4 ABM dan 4 TKA. Erm, tadi saya dah masuk 4 TKA. Erm, macam mana nak cakap erk? Senang cerita, mereka cakap, pelajar-pelajar nie hanya ke sekolah untuk dapatkan sijil kemahiran, tapi dipaksa ambil SPM, jadi macam nie lah. Tadi pun, datang sekolah tak bawak buku, tak bawak pen. Erm, mungkin luahan nie macam orang yang tak sanggup nak pegang profesion perguruan. Tapi, sejujurnya, sebagai seorang guru pelatih, saya belum bersedia. Serius belum bersedia. Terasa besar sangat tanggungjawab yang wajib saya galas sepanjang 4bulan di sini. Pelajar tak mahu belajar, pelajar lari dari sekolah, ponteng kelas, merokok dalam kelas, makan. Dan, saya juga akan mengajar menggunakan buku khas yang disediakan kerajaan negeri Pahang. PERHALUS. Buku nie menyediakan pelajar untuk cukup sekadar lulus. Walaubagaimanapun, semua nie dinamakan cabaran. Kenalah saya tanggung dan lalui. Inikan amanah. Walaupun pelajar maki saya dalam kelas, kenalah saya diam, sabar. Walaupun mereka tidur sungguhpun dikejut, kenalah saya bertenang. Waktu macam nie, kesabaran memang perlu. Kalau tak sabar, mungkin kereta saya kena boom kot!

Saya dah dapat guru pembimbing. Kak Ifah. Setakat nie, Alhamdulillah sahaja yang mampu diluahkan. Semoga hari mendatang lebih baik. Semoga urusan dipermudahkan. Semoga pelajar mampu memberikan kerjasama pada saya. Saya tak maulah nak denda mereka jemur tengah panas ke hape. Hihihi. Saya dah dapat tugasan kokurikulum. Menjadi instruktor untuk Senam 1 Malaysia, 10 Julai 2012. Mulanya ragu-ragu, tapi, saya semangat nak buat. Bila lagi nak buat sesuatu yang jauh daripada kebiasaan kitakan. Jom, kita bersedia untuk J-robik!






Till then, berusaha mencari rumah terdekat sebab ada banyak program sekolah akan dijalankan pada waktu malam. Oyeh oyeh oyeh!

Sunday, 24 June 2012

Lapor diri : Sebagai Guru Pelatih. Hihihi.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


22/06/2012. SM VOKASIONAL, KUANTAN.
Allah swt tetapkan begitu, maka saya husnuszhon sahajalah dengan 1001 rasa dalam hati. Rumah kami ke sekolah adalah dalam 20minit menaiki kenderaan kalau tak jammed. Sebab jammed boleh jadi 30minit atau lebih. Berdasarkan ukuran masa peratma kali pergi. Aritue, mula-mulqa pergi terasa dekat, masa time lapor diri, terasa jauh pulak. Wat masa nie, kami still guna GPS. Almaklumlah, masih baru untuk hafal jalan. Kikiki.

Sampai sekolah lebih kurang jam 10.20 pagi. Kami terus ke pejabat. Biasalah, awalnya memang kena berurusan dengan pejabat dulu. Mana boleh main terus redah nak merayap-rayap dalam sekolah. Tau peraturan ker tak?? Ehehehe, padahal, mama yang ajar semua tue. Mula-mula masuk gate sekolah tue, seriau rasa sebab mata terus tertancap kat [elajar-pelajar lelaki yang..Ya Allah, ramainya. Tinggi-tinggi, besar-besar, confident! Sedangkan diri ini yang bakal bergelar guru pelatih, hanya mampu tertunduk dan menggenggam tangan. Bukan nak menumbuk dyorang, itu petanda, nervous tahap keempat!

Masuk pejabat, jumpa dengan kerani N1. Dia cakap pengetua sedang bermesyuarat. Okey, kami cakap, lama lagi ker? Dia kata, tak tahu. Okey, kami cakap, kami tunggulah. Dia buat tak tahu. Ehehehe. Tak mengapa. Telefon mama. Ehem, anak mama memang begini. Akhirnya, settle. Encik Wan, kerani lain yang uruskan kami. Alhamdullillah, setelah menanti selama dekat 1jam lebih, kami berjaya bertemu dengan pengetua sekolah dan GPK 1. Emm, tapinya, ada beberapa hal yang tak sedap pulak dengan pihak kerani 1. Tak mau cerita sinilah. Tapi, siapa-siapa ada sedara mara yang bekerja sebagai kerani, please, jangan membeza-bezakan orang sangat, bayangkan anak anda diperlakukan sebegitu. Sedangkan pengetua menjemput kami duduk, takkan lah awak boleh berkasar dengan kamikan. Erm, sebenarnya, kami tidak diterima si sekolah itu, sebab lambakan guru kat sekolah tue. Tapi, memandangkan pihak PULAMI salah faham aritue, sekolah terpaksa terima kami jugak. Buat masa nie, doa sajalah yang terbaik. Selepas perbincangan beberapa minit dengan pengetua dan GPK 1, kami dibawa oleh GPK 1 ke pejabat.

Masa nie, kerani 1 dah tak over sangat. Kerani 1 merujuk kepada kerani N1 yang mula-mula kami temui. Dia dipaksa untuk menyiapkan punch card kami. Hihiks. Muka ketat saja! Hihihihi. Kami senyum saja. Hari tersebut, bermulalah kehidupan sebagai guru pelatih. Kami diingatkan supaya datang sebelum jam 7.30 pagi dan balik selepas jam 3.15 petang hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat balik pukul 12.15 tengahari. Kami kemudian dibawa ke bilik guru. Kebetulan cikgu-cikgu ramai yang packing barang nak balik dah. Hihiks. Rupanya macam nie suasana menjadi cikgu~ Saya dapat meja no 49 dan Asni meja no 50. Sebelah kami cikgu Sejarah jugak. Sebelahnya cikgu handsome. Hihiks. Kami akan mengajar pelajar Tingkatan 4. Uhuhu. Pelajar perempuan sweet-sweet semuanya. Kecil saja. Hihiks. Pelajar lelaki jer menakutkan. Hihiks. InshaAllah, cuba yang terbaik. Kami disuruh duduk kat bilik guru sampai masa persekolahan tamat. Tapi, kami pemalu dan kekok. Jadi, kami mintak izin untuk buat lawatan sosial kat sekolah. Maka, berjalan-jalanlah kami keliling sekolah. Mencari mana satu dewan perhimpunan, mana tandas, mana surau, dan mana kantin,. Penting tue, perkara asas yang kita kena tahu. Lepas tue baru cari mana bangunan  Tingkatan 4. Sekolah kami kecil saja. Ada dua blok kelas kalau tak silap. Alhamdulillah, semuanya okey, kecuali pelajar-pelajar nakal sebab mereka membengkokkan cermin kereta saya! Memang nak kena tue!

Asni tak sabar-sabar nak punch card balik. Tepat jerk jam 12.15, kami pun punch card, Aik, sekali punch card kat tempat datang. Apa tue? Ah, bedal jelah. Kami terus memecut balik. Memikirkan nasib hari esok pula. Insha Allah, walaupun dibuli oleh pelajar dan kerani, cikgu-cikgu lain boleh dikatakan mesra pengguna. Huwahuwa.

Selamat Datang ke SMVokasional, Kuantan. Cikgu Huda~
Persekitaran sekolah
Pejabat. Erm, sedikit macam klinik kesihatan. Dua orang budak lelaki yang dilayan oleh kerani 1 sambil ketawa-ketawa. Beza dengan layanan terhadap kami!
Carta sekolah dan jadual aktiviti sekolah.
Sekolah tempat kami menabur bakti lebih kurang 3 bulan lebih nie~






Pada awalnya kami telefon sekolah berkenaan rumah sewa dan pejabat cakap tak ada rumah, sekali, masa pertemuan dengan pengetua dan GPK 1, mereka sudi menyediakan rumah pula. Aiseyman, rugi, rugi! Malahan, ada cikgu tue pelawa kami tinggal bersama. Alahai, bukan rezeki kami. Kalau tak, dekat dah nak ke sekolah. Tapi, percaya jer lah pada rezeki Allah swt. Mungkin ada hikmahnya kami susah begini.




Till then, merindui saat-saat di rumah. Merindui si Chebes yang comel dan manja. Merindui si gedik Ciput & Cuput. Juga anak-anak bulus lain. Rindu jugak nak membebel pagi-pagi kat Amie sebab malas kemas rumah! Hahaha. Semoga semuanya baik-baik saja. 
RIndu jugak kat Zatie. Rindu nak cakap-cakap, peluk-peluk dan ketawa-ketawa. Huwaaaa....(kami bukan lesbo!)

Saturday, 23 June 2012

Kisah hidup yang entah apa-apa

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Hari nie jom cuci gigi. Eh, apahal?
Ahak, gurau. Dah namanya Huda, mesti ada sesi memboomkan diri sendiri. Ok, ok, cakap sopan eh. Jaga adab sebagai manusia!

Kisah 1:
Pernah tak jalan-jalan kat bandar/pekan, shopping complex/kedai or apa sahaja. Yang penting, situasi sedang berjalan. Sekali ternampak sekumpulan budak lelaki yang handsome, separa handsome dan langsung tak handsome. Lepas tue terus langkah diatur sopan-sopan. Kepit-kepit. Sekali masa melintas depan lelaki tue, kaki korang terpelecok. Heh, what the rock lah kan! Pernah kena?

Kisah 2:
Jalan berpayung dalam hujan. Angin kuat. Terpaksa jalan bersopan sebab bawak barang banyak. Angin dan air hujan tak payah cakaplah kan. Dah macam buat klip video, Hujan dan Air Mata. Eh, motif sangat. Lepas tue, jalan sopan-sopan, sekali kereta dari arah depan melintas sebelah dengan laju sambil memercikkan air lopak. Oh, memang awesome sangat sampai terus campak payung ke tanah. Pernah rasa?

Kisah 3:
Keluar makan-makan dengan orang yang suka. Yang mana satu? Yang paling kita suka tue lah. Yang mandi tak basah, tidur tak lena tue. Makan dengan control seayu mungkin. Takutlah dianggap perempuan tak sopan masa pertemuan makan-makan pertamakan. Sekali korang tersedak pulak. Aiyak, apa nak buat nie, apa nak buat nie. Gelabah tak hingat lah. Pernah alami?


Haha, saja aje buat kisah hidup yang merepek. Pernah ker berlaku kat korang? Hihihi. Dekat Huda? Kalau tak pernah kena, takkan lah boleh tulis. Muahahaha. Macam mana kes korang pulak? Ececeh. Takkan ler selama hidup nie kisah cun-cun ajer kot. Nampak benor nipunya tue~

Till then, cepatlah balik Johor!!!!

Tuesday, 19 June 2012

Danga Bay, Johor Bahru. THE SISTERS~

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Bila balik Johor, memnag tak sah kalau tak cari kawan-kawan nie. Erm, kawan-kawan yang rasanya macam kakak dan adik kita sendiri. Bila kita sedih, susah, mereka nie lah yang di sisi. Even berkenaan wang ringgit, mereka ini jugak tetap di sisi. Ramai kata kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, menangislah kau sendiri. Tapi, THE SISTERS sentiasa ada bersama saya buat masa nie. Bila orang baik dengan kita, kenapa mesti kita berjahat dengan orang. Kami berjanji, kami susah senang bersama. Setakat nie, itulah yang berlaku. =)

Pada awalnya, THE SISTERS cumalah saya, Izzatie, Jannah dan Nessaq. #saya yang meletakkan THE SISTERS merujuk kepada orang yang saya akan cari tak kira suka@duka#. Sebab, bila saya susah, saya sedih, saya marah, saya kecewa, saya akan hubungi tiga orang nie. Lambat atau cepat, tiga-tiga akan membantu saya. Tapi, sekarang THE SISTERS dah ada ahli baru. Shasha Bella. Shasha Bella kawan sekolah saya juga, cuma dulu tak rapat sangat, sekarang dah rapat sebab beliau duduk serumah dengan Izzatie. Masa berubah, maka perasaan juga semakin dekat. Bukankah begitu? Jangan masa berubah, perasaan semakin jauh sudah. Itu yang kita tak mahu! Yang bestnya mengenai THE SISTERS selain sentiasa bersama susah dan senang, tak ada unsur jelly-jelly sesama sendiri, perasaan sayang yang terlalu kuat, sekepala, seirama dan sesese yang lain, THE SISTERS sangat menghormati masa bersama. Pernah tak you guys keluar, girls lah, lepas tue, kawan korang asyik berSMS sepanjang masa bersama. Pernah tak? Mesti pernahkan. But, how lucky I am, bila keluar dengan THE SISTERS, semua tumpuan adalah untuk kami. Yelah, kalau kau sibuk nak mesej pak we kau, apahal kau keluar dengan aku??? Bukanlah tak boleh mesejkan, tapi, agak-agaklah, kita tengah enjoy bersama, tapi kau asyik main mesej. Bosan tahu.

THE SISTERS juga adalah orang yang saya selesa untuk ketawa bersama, tak perlu nak control makan, tak perlu nak control cakap, boleh tidur sama-sama, makan sepinggan, sesudu, minum air dari gelas yang sama. Serius. THE SISTERS jugak orang yang saya jumpa tak berkira. Kami kenal, kami berbual, kami jadi rapat, kami sayang sesama sendiri. Bukanlah bermakna kawan lain tak bagus or whatever, tapi, setiap orang ada rasa yang lebih pada kawan yang berbeza. Faham tak? Bukan kerana manfaat yang diperoleh, tapi, bila bersama orang tue kita selesa. Macam, kita nak kentut pun, main lepas aje lah. Hahahahaha. 12 tahun kami berkawan, owh, seronoknya. Bila nak berpisah, rasa bergenang-genang. Rasa nak peluk kuat-kuat dan cakap, awak, jangan lupakan saya. Kita kawan sampai mati tau. #walaupun kami senegeri, tapi, masing-masing ada tanggungjawab sendiri#

Okey, okey. Tinggalkan sebentar tentang THE SISTERS. Actually nak cerita pasal DANGA BAY. Atau nama Melayunya, TELUK DANGA. Sejarah tempat nie, mohon diGoogle sahaja. Erm, dulu, rasanyalah, tempat nie lebih meriah, lebih cantik dan lebih menggoda. Sekarang nie macam dah suram sikit. Dengar katanya, nak direnovate semula bagi kemeriahan tue kembali bersinar. Mungkin sebab Johor dah banyak sangat tempat rekreasi, jadinya tempat nie jadi malap. Tapi, tak malap terus pun. Masih lagi menjadi salah satu destinasi yang wajib dituju. Huda pun baru jer jejak kaki ke sini. Sebelum-sebelum nie mana ada masa nak menjengah. Akhirnya hari tue, THE SISTERS bawak ke sini. Macam biasa, jakun tahap ke-4. Plan asal, Jenot nak bawak kami ke kawasan istana, yang dekat dengan Wisma Persekutuan (Arkib Sejarah Cawangan Johor) tue. Tapi, malangnya, kawasan istana tengah renovate pulak. Biasalah, untuk generasi kita jugak. Kami ke Danga Bay, berjalan-jalan sampai haus tekak. Bergambar-gambar, ketawa-ketawa. Tapi, kami tak mengumpat. Sorry, tak ada masa nak fikir hal orang lain. Hal sendiri banyak tak settle bhai~ Y(^__^)

Apapun, bila masing-masing nak berpisah, rasa macam tak sanggup nak tengok muka. Rindunya. Bilalah lagi boleh ketawa, berbual, makan dan tidur sama-sama. Biarpun jumpa kawan baharu, yang ini juga yang saya cari setiap kali. Erm...Saya doakan kalian berjaya dalam hidup. I Love you all more than you know.  Uhukuhukuhuk.

Kami sahabat! Izzati & Huda. Ini adik saya. Hehehe. Sebab, dia macam orang yang berhubungan darah dengan saya. Apa jua masalah, Zati mesti di sisi. Macam manalah hidup nie kalau kami bukan sahabat? Zati yang tak berkira, Zati yang tak pernah merungut, Zati yang tak ada hasad dengki. Zati adalah sahabat yang sangat baik untuk dicontohi. Serius!
Kami skandal! Huda & Jannah. Jannah kawan yang cukup happening, buat kerja gila bersama, kalau bab menjerit, memang vokal kami cukup mantap, kami memang double yang cukup buat orang lain jelek. Tapi, kami tak kacau orang!
Kami malu-malu kucing! Shasha Bella & Huda. Dengan Bella mungkin tak serapat Zati & Jannah, tapi, masa akan buat kami lebih rapat. Tak gitu Cheps? Masa nie, macam pelik, sepatutnya ada gambar berdua dengan beliau, tapi, puas dicari, tak jumpa. Serius pelik!
US! Bella-Zati-Huda-Jannah
THE SISTERS. Dengan mereka, saya tak perlu nak control. Just be myself~
Jannah pilot dan Bella pembantu~
Izzati penunjuk jalan.
Huda si jakun!
Bersyukur dikurniakan kalian
Siapa yang mahu menunggang, silakan. Selain menunggang, ada train disediakan di Danga Bay. Boleh jugak usha minah salleh yang berjemur atas bot. Wahaha.

Macam biasa, soalan cepumas. Mana satu jari-jemari saya??



Nota: Disebabkan mereka tak pernah ada rasa hasad dengki dengan kejayaan rakan, mereka mudah sahaja beroleh kejayaan dan pekerjaan. What you did, you get it back. Its KARMA. Beware! Bila berkawan, bukan kita tak pernah rasa kecil hati, tapi, bila ukhwah yang dibina itu datangnya daripada Allah swt dan kerana Allah swt, InshaAllah, hati terpujuk sendiri. Masalah yang datang kita kongsi bersama. Kita rasa bersama. Walaupun kadang-kadang kita tak berupaya nak membantu meringankan, tapi, hanya dengan mendengar masalah, sekurang-kurangnya kita membantu meredakan rasa sedih kawan kita. Kawankan cerminan diri kita~ Bila berkawan, jangan mengharap lebih daripada diri mereka tapi, usahalah untuk memberi lebih daripada diri kita, InshaAllah, dengan sendiri Allah swt timbal balikkan semuanya. Syukurnya saya kerana adanya mereka. Allahuakbar!


Till the, rindu kat Nessaq sebab dia sorang aje yang tak ada masa nie. 

LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Edisi kali nie adalah mengenai tempat makan di Johor. Ya, Johor. Allah, peliharakan Sultan, Anugerahkannya segala kehormatan........... Sambung sendiri. Lagu Bangsa Johor tue!!!! Huda. Makanan. Makan. Oh, bagai irama dan lagu. Tak pernah menolak makanan walaupun sekeping apam balik RM 2.00. Biar penuh macam mana pun, perut nie mampu isi makanan berulang kali satu hari. Hasilnya? Macam yang korang tengoklah. Berat badan? Tak payahlah tanya! Tumbuk kang!

Huda review kedai bbq & steamboat nie, free, tanpa bayaran. Blog Huda nie hanya memaparkan perasaan Huda dan perasaan Huda sahaja. Sebarang pertikaian pendapat amatlah dilarang. Tapi, kalau ada penambahbaikan atau cadangan, amatlah digalakkan. Senyum! =)

Okey, plan untuk makan-makan nie sudah lama dirancang oleh tuan director iaitu Jannah atau nama famousnya Jenot. Jadi, cuti yang sekejap cuma nie, tetap berusaha memenuhi undangan rakan. Hey, mereka adalah besties sampai mati saya okey. Susah ker senang ker, merajuk ker, kecik hati ker, kongsi rahsia ker, mereka inilah! Tiada yang lain. Plan makan-makan ini tentunya melibatkan girls yang gedik-gedik sahaja. Hahaha. Gurau. Zatie sebagai penolong director yang usahakan mencari kawasan makan-makan yang hebat. Erm, tak mencari sangatlah sebab Zatie adalah customer tetap yang diikuti juga oleh teman serumah beliau, Shasha Bella atau ... Abaikan. Destinasi tempat makan kami adalah di Taman Gaya, Johor Bahru. Pernah dengar? Boleh Google Maps. Dunia dihujung jari bhai~

Tempat nie namanya LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT. 2 dalam 1. Boleh membakar (BBQ) dan boleh juga menggulai (STEAMBOAT). Sejujurnya, ini adalah kali pertama Huda pergi makan-makan macam nie. Makan yang luar daripada kebiasaan. Huda tak pernah makan steamboat sebelum nie. So, keterujaan adalah di tahap 4. Tahap 4 maksudnya teruk, tak boleh dirawat lagi. Mendatangkan kemudaratan. Eh, please jangan lari topik!

Huda bagi 5bintang untuk restoran nie. Tak perlulah meja makan macam kat hotel sebab meja yang disediakan dah cukup besar, bersih dan selesa. Restoran nie jugak selesa walaupun kita makan ramai-ramai. Maksud ramai-ramai tue adalah tak ada private room. Eh, perlu ker private room untuk bbq dan steamboat. Mau berasap korang dalam bilik tue weyh! Makanan yang disediakan pun mencukupi, banyak, ramuannya sedap tekak menelan, service cepat, cekap dan tangkas ibarat harimau menerkam Chebes. Eh? Kebersihan kedai, toilet pun terjaga. Sudah kubilang, kalau toiletnya bersih, makanya kedai itu bersih dong. (Zatie yang dah jenguk toilet dia, dan dia berpuas hati, malahan dengan semangat berkata, 'toilet dia bersih Huda!). Ehem, macam tahu jer kawan dia nie cerewet. Sebab nama pun bbq dan steamboat, korang layan diri lah. Korang sampai ajer kat restoran nie, pelayan dia akan datang tanya, berapa orang. Yelah, nak sediakan cawan dan pinggan malahan nak kutip bayaran. Sebab, tak kira banyak mana kita makan pun, harga tetap RM18.50 seorang, untuk dewasa macam saya~ Lepas tue, kalian boleh terus memilih, mencedok, meragut, membalun dan memanggang segalanya yang terhidang di LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT. Boleh ambil seberapa banyak yang kalian suka. Ambil, ambil dan ambil lagi. Tak perlu risau dikejar ataupun dimarahi kerana RM18.50/seorang pasti kalian wajib bayar sebelum keluar. 

Huda memang suggestkan sangat korang datang sini makan. Terutamanya bagi family. Sebab, meriahnya tak terkata. Sambil membakar makanan yang tak melekat-lekat tue, korang boleh ketawa sepuas hati dengan buddies. Seronok sangat. Masa nie lah nak mengeratkan hubungan sesama kita. Bila lagi kan? Berlumba-lumba masukkan makanan dalam mulut, lepas tue sama-sama melepuh lidah sambil mencari air lepas tue air mata keluar hanya kerana mulut tak sabar menyumbat makanan yang baru keluar daripada kuah yang mendidih. Lepas tue sama-sama gelak tak ingat dunia. Sweet ke tidak? Tak sweet? Tak apa. Ada lagi sweet. Sweetnya bila orang lain cemburu tengok kita punya meja penuh makanan, sambil memanggang kita berphoto-photo ibarat besok sudah tiada dan lebih sweet lagi bila ada lelaki cakap kita bodoh! Hah, cukup ke tidak sweetnya tue? #lelaki tue cakap kami bodoh sebab dia salah faham bahawa kotak tisu itu sebenarnya milik kami peribadi, bukannya milik kedai# Hanya kerana kita tak siasat satu perkara tue, tengok apa tanggapan orang pada kita. Kan kan kan?

Apa sahaja soalan dan penambahbaikan sila komen. Penambahbaikan tue termasuk cadangan tempat makan lain yang lebih membakar usus saya dengan kawan-kawan.

Kalau nampak signboard nie, jangan lupa singgah. Nasi goreng, kuew tiau goreng dan segala seafood dan darat food dengan harga tertera. Termasuk aiskrim!
Deretan pilihan makanan. Pilih pilih pilih. Gaya abang pasar~
Vegetarian? Relax. Sebab ada sayur-sayuran disediakan. Lala, kupang, kerang juga menghiasi perut. Sambal juga perbagai jenisnya.
Sukar mendapatkan telur burung puyuh? Di sini ada! Ce tengok star yang ada mata dan mulut tue. Punyalah Huda mengambilnya untuk budak bertiga tue, nan hadonya dyorang makan! Haish, kita baru nak buat-buat sweet, sekali dyorang kata, tak sukalah star nih! PANG!
Mari membaham! Eh eh eh!
Muka masing-masing dah tak dapat dikawal apabila makanan di hadapan mata.
Peraturan perlu ingat. Siapa membazir, bayar balik. Itulah, jangan tamak, nanti rugi!
Muka-muka penuh semangat nak membaham!
Walaupun kita sibuk membedal, posing jangan dilupakan.
Spot lelaki yang salah faham! 
Oh, eh, kita sahabat!



Restoran Lagi Best Bbq dan Steamboat
No.31, Jalan Sasa 5, Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram, Johor.
Tel: 07-861 4725/ 017-709 9914
Waktu beroperasi : 5pm-12am



Till then, entri seterusnya adalah Danga Bay. Yer, Danga Bay tak lama lagi akan direnovate. Tak lama lagi maksudnya, belum ada tarikh yang sesuai. Sumber: Tak boleh dipercayai.

Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nenek Jannah yang kembali ke Rahmatullah pagi semalam. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun~

Monday, 18 June 2012

Cerita kita

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Entri nie dah berminggu tapi baru disiar rayakan. Sebab, ikut turn lah. Eh, tapi, ada jer cerita yang kita keluarkan panas-panas. Saja. Ikut mood. Yang nie memang saja bagi basi dulu. Hihihihi. Ceritanya, kami, ahli rumah B-1-8, Kolej Ungku Omar buat jamuan kecil besar kami. Sempena kami berpisah sementara. Tapi, for surelah, semester 8 nanti datang balik dah terpisah terus semuanya. Actually, rumah B-1-8 nie rumah ex-JMK dgn Rexco KUO. So, memang ngam-ngam soi lah. Hihihi.

Mulanya atas sebab-sebab peribadi malas nak buat jugak jamuan nie. Tapi sebab mengenangkan ini mungkin terakhir kalinya buat kami, saya turutkan jua. Plan laju-laju. Makanan atas request adik-adik rumah yang teringin nak makan tom yam, ayam goreng, sedikit sayuran dan telur dadar. Maka, saya turutkan juga dengan hati riang gembira. Sudah alang kepalang mengadakan jamuan, mesti saya buat bersungguh. Well, saya kan suka benda-benda macam nie walaupun nanti saya penat tergolek-golek. Tapi, keadaan masa tue memang macam parah sikitlah. Maklum, baru balik dari Sg.Klah, badan seriau jer rasanya. Tapi demi keseronokan adik-adik dan teman, saya gagahi jugak. Membeli barangan dapur dan ehem-ehem selama lebih 2jam di pekan Tanjong Malim. Kutipan duit RM10 seorang digunakan sebaik mungkin untuk membeli makanan yang secukupnya. Hihihi. Bukan apa sangat makanan hari tue, hanya tomyam, ayam goreng, telur dadar, sayur kangkung goreng ikan masin, buah-buahan, nugget, dan fries. Saya memang dilahirkan suka menghidangkan sesuatu untuk orang lain. Rasa berpuas hati sangat bila tengok orang makan sampai tak toleh kiri kanan. Seronok bukan kepalang walaupun sebenarnya dada hampir pecah sebab letih.

Bagi saya persahabatan itu sesuatu yang tulus. Kita berkenalan dan menjadi rapat. Kita rasa sayang pada kawan kita. Bila dia sedih, emsti kita susah hati. Bila dia gembira mesti kita nak jadi orang pertama yang ucapkan tahniah. Dalam berkawan, sudah tentu ada rasa tergores. Apakah manusia itu tidak tahu sedih dan terluka??? Hebat jika ada manusia begitu. Kita bukan malaikat. Sudah tentu rasa marah, kadang-kadang terbit rasa benci pasti ada. Tapi, itulah pentingnya kita mengawal diri kita supaya kita tidak menyakitkan hati teman. Tapi, itulah, bercakap lebih mudah daripada melakukan. Betul, kerana saya juga begitu. Semakin dewasa ini, semakin saya rasa perubahan itu perlu dilakukan. Maka, kuranglah rasa marah, walaupun dikenakan saman 2hari berturut-turut. 

Sesungguhnya, saya memohon kemaafan daripada seluruh ahli rumah, kalau ada rasa kurang senang yang terbit daripada perlakuan saya, kata-kata saya mahupun apa sahaja yang melibatkan diri saya. Kebaikan itu datangnya dari Allah swt dan kelemahan-kelemahan itu, saya jua yang menerbitkannya. Semoga, segala rasa itu berlalu pergi dengan kenangan manis yang kita cambahkan bersama. Jadikan perpisahan ini sebuah kerinduan yang utuh dalam jiwa kita. Buat Nelly, dua semester bersama, banyak mengajar saya erti kesabaran, erti tanggungjawab, erti perhubungan. Terima kasih. Buat adik-adik, kalau akak marah tue, sebab akak anggap kalian sama macam adik akak. Kalau akak suruh berkemas rumah, maknanya akak memang anggap kalian ahli keluarga akak. Jangan simpan dalam hati ya. Buat Ieda, jangan sedih-sedih. Walaupun akak jauh, akak tetap ingat Ieda. Belajar rajin-rajin, fahamkan betul-betul apa itu sejarah ok. Jangan cepat nak menghafal, kena faham dulu. Saya sayang kalian kerana Allah.


Makanan pada hari itu. Tomyam served dalam periuk jer senang. Hahaha. 
Tue dia. Bila dah menyantap.
Masa yang dinanti-nanti. Sesi camwhore dan photoshoot studio's style. Walaupun sebenarnya hanya menggunakan paparan dinding rumah KUO sahaja. Apa kesah??
Amacam? Maaf, belum pandai edit gambar.


Atas: Gambar serumah
Bawah: Gambar sebilik
Ce tengok mulut siapa paling besar tersenyum? hihi
Kami sahabat!





Till then, IMY & ILY.

Saturday, 16 June 2012

Bertemu blogger kecintaan. Haruslah SUKA!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


14 Jun 2012.
Balik ke Johor setelah tamatnya peperiksaan akhir Semester 6. Allah swt sahaja yang tahu betapa risaunya hati dengan paper tersebut. Erm. Putus harapan. =(
Sampai kolej, mama ayah dah menunggu. Nak cepat ke USIM untuk hal yang harus diselesaikan di sana. Ehem, mohon doanya agar urusan tersebut berhasil sebaik-baiknya. Allah swt menetapkan sesuatu dengan perancangan rapi. Bukankah begitu? Andainya doa tidak dimakbulkan, maknanya Allah swt ada perancangan yang lebih baik. Husnuszhon sahajalah.


USIM terletak di kawasan Nilai. Which is di mana AYUNAR terletak. I'm sure most of girls emsti tahu AYUNAR tue apa. Saya pun dah pernah review tentang AYUNAR. Ehem, saya takkan riview baik-baik kalau service orang tue tak baik. Tapi, setakat saya berurusan dengan pihak AYUNAR, mereka memang dalam kategori tip top. Saya malas nak cakap pasal kualiti sebab itu memang syarat utama dalam berniaga. Tapi, saya paling pentingkan keselesaan dan sikap peniaga pada saya. Walaupun kita beli secara online, tidak bertentang mata, kita boleh rasa apa itu selesa, dan apa itu rasa hormat orang terhadap kita. Saya memang peminat setia AYUNAR. Saya bukan sahaja membeli untuk diri saya sendiri, malahan menjadi personal shopper buat rakan-rakan yang ingin membeli barangan AYUNAR. AYUNAR menjual, shawl, pashmina yang memang cantik, syria labuh, bawal dan yang bestnya, baju-baju terkini yang ya Allah, cantiknya! Kalau berurusan dengan AYUNAR, mesti anda akan selesa. Yang penting, buat ikut arahan. Yang selalu jadi masalah tue bila pembeli tak nak, malas baca arahan. tengok cantik, terus terpekik-pekik depan laptop, nak nak nak. Hantar komen kat Facebook orang tue, how to buy, how much it is, I want it. Betul tak, betul tak? Better, tengok dulu, keseluruhan page peniaga. Fikirkan, ada jutaan manusia yang melayari online shop tue, mana ada masa nak jawab satu persatu komen. Lepas tue cakap peniaga tue tak layan dan tak profesional. Ynag sebenarnya awak tue yang rakus tak hingat dunia. Walah.


Pengalaman berurusan dengan AYUNAR memang serius 100% terbaik. Setakat ini. Alhamdulillah. Saya hantar order form hari nie, hari nie saya dapat jawapan. Saya buat pembayaran, attach bukti pembayaran(resit deposit) dan mereka bagi saya feedbacklah mengatakan order diproses. Biasanya urusan membeli saya diselesaikan dalam masa 3-5hari dan kurang. Setakat nie belum lebih tiga hari lagi. Saya rasa kagum, cepatnya mereka buat kerja. Kelewatan mungkin sebab pengurusan di pejabat pos. Yelah, bukan barang kita sahaja yang harus dihantar. Beribu yang lain kot. Kenalah tunggu turn. Jadinya, masa pergi Nilai hari tue, puaslah saya memujuk Mama untuk pergi terus ke kedai AYUNAR. Saya bukan sahaja nak membeli sesuatu, tapi saya mahu bertemu dengan kakak cantik, Ayunisa Abd Rahman atau Ayun Ayunar (Fb). Saya sangat teruja. Bukan kerana kakak itu seorang yang cantik tetapi kerana dia seorang yang rajin bekerja walaupun pada usia yang muda. Muda macam kita. Kita sibuk berhoye-hoye tapi beliau dah berada pada level tersendiri. Kagum tak? Lebih kagum sebab dia adalah Islam yang berniaga untuk kemajuan diri. Entri ini bukan bersifat keagamaan atau kekauman. Hanya luahan kekaguman diri mengenai ruang lingkup peribadi saya.


Mulanya, macam tak dapat nak pergi sebab urusan di USIM lambat siap. Tapi, Allah swt dah tetapkan saya akan jumpa kakak tue. Akhirnya pergi juga. Sampai kat sana saya tak tengok barang dulu, tapi sibuk melilau nak tengok kakak tue. Tapi tangan sibuk menggapai-gapai items AYUNAR yang meriah you alls. Gerenti masuk jer kedai tue, mata korang bling bling. Hihi. Just like me. Akhirnya, nampaklah kak Ayun yang cantik tapi simple. Tapi dia memang cantik sangat. Masa saya datang tue, saya rasa dia langsung tak mengenakan mekap sebab muka dia nampak tak bermekap lah. Haiyak. Yang penting, kak Ayun tue, sangat cantik, bersih jer muka dia. Ah, terasa malu. Tapi, alang-alang dah jumpa depan mata, buatlah tak malu. Tegur kak Ayun. Slow jer. 'kak Ayun'. Hihi, I know, gedik. Hihihi. Dia jawab mesra, 'pilih-pilih dulu eh'. Masa tue kak Ayun tengah sibuk. Pastu ada sesi mengambil gambar items AYUNAR untuk jualan online. Jadi, nantikan. Salah satunya sudah berada dalam almari saya. Jangan cemburu bhai. Siap memilih, saya cakap kat kak Ayun, nak ambil gambar bersama boleh. Kak Ayun nie, cakap dia sopan aje tau. Sopan sebab memang personaliti dia personaliti profesional kot. Yang penting, kita macam rasa malu bila dengan dia sebab dia pakej lengkap sedangkan kita secomot-momot person dibandingkan dengan dia. Uwaa. Tapi, peduli hapa. Saya mahu gambar dia ada dalam laptop saya!


Saya berjaya ambil gambar. Kak Ayun adalah berusia lebih tua daripada saya tetapi malangnya, bila bersebelahan dengan beliau, saya nampak lebih keemak-emakkan berbanding beliau. Mengapakah? Saya perlu bersenam nie. #dah 6 semester ulang benda yang sama!# Kak Ayun jugak bagi special harga bagi siapa yang datang membeli di kedai. Mama cakap, harga AYUNAR boleh tahan sebab beli banyak tapi harga murahlah. Tapi, kena datang kedailah. Kat AYUNAR jugak, korang boleh pilih nak warna inner apa, then dia akan buatkan terus kat situ. Tak payah susah-susah. Kedai AYUNAR tue, selesa. Nak berlari, duduk-duduk, nak camwhore pun boleh. Macam Huda. Sebab ada cermin besar yang kita memang rasa oh, mantap betul nak tengok diri sendiri. Pihak AYUNAR juga tak sibuk mengacau atau mengekor kita masa kita memilih. Yelahkan, pembeli mesti nak privacy memilih. Tak macam sesetengah kedai. CCTV berlambak pun, masih 24jam mengekor. Rimas woo. Oh, baru perasan, panjangnya cerita. Ok,ok, tamat sini eh. Silalah melayani gambar!

Mari berambang mata. Eh, ayat apakah? Ini kedai AYUNAR. Dipilih-pilih!

Kualiti gambar adalah kurang kerana hanya berbekalkan hp sahaja. Tapi, in person, kakak nie memang sweet okey. Thanks kak.



Till then, selamat bershopping.