Friday 31 August 2012

Pengkisahan Merdeka

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

27 Ogos 2012-30 Ogos 2012

Bukan mudah. Tak senang. Tapi, ia bukan MUSTAHIL.
Pada awalnya, semangat berkobar-kobar nak buat itu nak buat ini bila saja diberi tugas dan kepercayaan. Pertengahan kerja rasa macam tak mampu. Hampir mengalah. Perlukan sokongan daripada pihak berkenaan. Perlukan lebih banyak tunjuk ajar. Alhamdulillah, kemuncaknya berlangsung bagi saya boleh dikatakan  cemerlang untuk guru biasa, guru baru dan guru pelatih macam saya. Walaupun tak semua idea, tak semua flow berjalan dengan baik, saya bangga sebab saya tahu, anak didik Vokasional Kuantan adalah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Kalau kita beri mereka peluang, sudah pasti, mereka lebih berkemampuan berbanding sekolah lain.Alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah saja mampu keluar dari bibir ini. Walaupun ada mulut-mulut yang mengatakan biasa saja, saya tak kisah. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Saya terima itu sebagai cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik lagi masa hadapan.

#Terima kasih buat kak Shamsiah M, kak Iffah, kak Yah, cikgu Jeff, kak Hafzan, kak Yus, kak Ton, cikgu Hamdann, cikgu Salah, cikgu Fazli, staff sokongan SMVK, cikgu-cikgu lain dan much love untuk anak didik yang melibatkan secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah, SMVK bagi tahun 2012#

#Terima kasih juga untuk ruang, peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menjadi pengacara sekaligus memainkan peranan dalam pengkisahan kemerdekaan SMVK. Saya terlalu bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus Allah swt berikan buat saya dalam keadaan saya dihujani dengan fitnah dan dendam oleh mereka yang tidak pernah kenal erti sahabat dan perjuangan#

##Syukur juga saya dalam hasad dengki itu, Allah swt lorongkan hati-hati senior untuk menilai mana intan dan mana kaca. SubhanAllah, sesungguhnya fitnah itu kembali kepada si pelakunya. Allahuakbar!!! Tapi, maaf, hati ini belum mampu menerima mereka lagi, bukan menjadi pendendam, ya, sedang Nabi Muhammad saw ampunkan umat, malangnya, saya hanya manusia biasa. Rasa kecewa itu belum mampu memaafkan kalian.##

***************************************************************************************




























PELUANG BIASANYA HADIR SEKALI DALAM HIDUP KITA. KALAU KITA LEKA, KITA MEMBUANG MASA, MELEWAT-LEWATKANNYA, MERASAKAN IA MENUNGGU KITA, MAKA KITA ADALAH GOLONGAN YANG RUGI.
Anak-anak didikku, telah cikgu katakan kepada kalian, kalian diberikan peluang ini, buat dengan baik, kerana ia takkan berulang lagi. Sekalipun berulang, keadaannya tak mungkin sama. Apa pun tahniah, kerana berani menyahut cabaran.
*49 hari lagi di bumi Kuantan*


*Kenapa pulak rasa sedih bila 'dia' marah dan malas nak layan? Pelik betul, tension betul.*

Wednesday 29 August 2012

Sana sini tunang, majlis perkahwinan dan jamuan raya!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Sabtu (25 Ogos 2012)
Owh, hari yang bagi saya memang awesome giler!!! Tak tahu nak cakap apa. I was very happy and macam giler pun iya. Sebab, saya keluar bertemu dengan kawan-kawan yang best dan awesome sangatlah!!! Hey guys, thanks for being my friend and thanks sebab tak malu nak berjalan dengan orang sakai nie. =) Teehee. 

Tahun nie macam raya dah suram, indeed of me lah kan. First sebab ayah mama jauh di perantauan (ececeh) lepas tuh, I thought boleh konvoi raya dengan kawan-kawan but semua macam tak available pulak dah. Semua ada urusan masing-masing. Yang bertunang, bertunang, yang balik kampung, balik kampung, yang ada kelas, ke kelas (merujuk kepada Chepot) dan yang sibuk mencari nafkah pun iya jugak/ Okeylah, camni lah kan. Time I ada kat Malaysia, semua pun sibuk. Time I tak de, korang siap naik bukit pergi rumah Ulul Azmi kan. Emo lah macam nie. Stress tau I korang nie. Tapikan tapi, walaupun ada macam-macam halangan, dugaan dan segala macam alasan, saya happy jugak sebab dapat jugak jumpa dengan some of my friends. Owh, itu sangat mengujakan! Macam first time saya masuk kelas mengajar!!! Woohoo.
#Thanks Izzatie for accompany me, muah muah muah#
#Thanks Jannah for the soto, thanks Shabila and Tiara, thanks Bongek & Lokman, thanks Has for the invitation, thanks Qila coz tahan dengan kerenah Huda, thanks Ulul, Zieha, Khai, Abg Azli and Abg ___ (tak ingat, tapi kenal, hehehe) and big thanks jugak untuk Pyan sebab tak pernah sombong!!!#

Cumanya, hati teringin sangat nak jumpa Dila dan Dian. Entah kenapa. Macam sangat lama tak jumpa mereka nie. Last jumpa tahun 2010 kot masa raya gak lah. Ada juga ke Aping Timur tapi, tak berjodoh langsung nak bertemu. Ingatkan adalah mereka masa kenduri C-yah tapi, tak ketemu jua. Pape pun, harap korang sentiasa baik-baik sahaja yer. Harap-harapnya next time kita bolehlah kembalikan konvoi raya tuh supaya silaturahim kita sentiasa erat dan rapat. Yerlah, some of us kenal dah dari sekolah rendah, tapi rata-rata kenal sejak Tingkatan 1 kan. Duduk asrama, jadi macam adik-beradik, rindu tau tau tau bila lama tak jumpa. Jumpa-jumpa semua macam kaku. Sebab habis form 5 bawak haluan memasing. Tak mau tak mau gitu ok! Biarlah macam mana kita sekolah dulu, macam tuh lah kita sekarang dan akan datang!!! Ok, janji. (Macam cakap sendiri dan untuk diri sendiri pulak!)

Apapun, entri nie sebenarnya nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk KAK EZA MIZA sempena persandingannya yang berlangsung pada 25 Ogos 2012. Majlis yang super meriah sebab ada klon Ramli Sarip, hakhak, lepas tuh pelaminnya sangat-sangatlah awesome, cantik, sejuk mata memandang dan pengantin lelakinya sangat handsome dan cute. Opss, sorry kak. Gurau saja. Lauk pauk kenduri pun sedap sampai nak tambah lagi tapi otak kata DIET. Thanks jugak kat Has yang jemput. =)

Tahniah jugak buat KAK IETA yang bertunang jugak pada 25 Ogos 2012. Erm, ramai betul yang mengikat tali pertunangan raya nie. 

Big thanks tok family JANNAH untuk soto yang sedap tuh. Maceh-maceh.

And, takkan dilupakan sepanjang hayat adalah, IBU Zatie yang sentiasa membekalkan lauk-pauk untuk saya sepanjang cuti raya nie. Terima kasih ibu!!! Jasamu dikenang sehingga akhir hayat.











Berakhir sudah entri cuti-cuti raya dan kita akan kembali semula dengan kisah-kisah praktikum!!! Hebatnya rasa hidup ini kalau sentiasa memberi dan menerima. Indahnya hidup ini kalau hati dipenuhi rasa kasih sayang pada semua orang. Cerianya hidup ini kalau kita tahu menghargai insan sekeliling kita. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday 25 August 2012

Majlis pertunangan Asiah Tokichor dan Shapii Omar (21 Ogos 2012)

Assalamualaikum wbt. 
Salam sejahtera.


Too excited to see both of them atas pelamin. 

Dipendekkan cerita, saya mengucapkan selamat berbahagia buat kedua bakal mempelai. Semoga apa yang dimulakan ini akan disimpulkan dengan ikatan yang sah iaitu nikah dan semoga keduanya bahagia hingga ke anak cucu. Semoga cinta yang hadir akan berkekalan hingga ke Jannahnya. Semoga segala yang dirancang dipermudahkan oleh-Nya. Perbanyakkan doa, perbanyakkan yang sunat. InshaAllah segalanya akan berlangsung dengan baik. Jaga diri, biasalah, darah manis.
#Terima kasih kerana menjemput saya hadir di hari bahagia kalian#


Tetiba teringat zaman persekolahan dulu yang mana Shapii atau Pie selalu kacau C-yah atau Asiah. Ejek-ejek C-yah 'Rabbit'. Tak sangka, yang diejek-ejek itu bakal menjadi suri rumahnya. Hikhikhik. Selalunya macam tuelah, luar keras hati di dalam macam nak gila memendam rasa. Yea yea. Tak pasal-pasal tertulis jiwang pulak.
#Terkadang, jauh kita berjalan mencari kebahagian diri yang didambakan, sedang kita tak perasan 'dia' hanya di depan mata.#


Untuk yang lain, segera-segerakanlah urusan tuh. Yang dah 8 tahun tuh, hah, cecepat sikit naik pelamin. Tak sabar nak pergi shopping hadiah korang nie. Hehehehehe. 


Doakan kami pula mengikuti jejak langkah kalian. 




#Gambar lain akan menyusul kemudian, photoG masih tak menjumpai talian internet#
# Ucapan tahniah turut diberikan buat sahabat universiti, Still Alive@ Zuraidah yang juga mengadakan majlis pertunangannya. Tahniah korang. Semoga segera terikat#

Thursday 23 August 2012

Masih Syawal lagilah!!! Jom raya!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Holla. (baru balik Spain, huwahuwahuwa)
Walaupun mama ayah tiada di sisi, tapi daku memang enggak bisa diam. Yerlah. Tak tahu punyalah bosan nak mati (propa) duduk silang kaki depan tv sambil tengok cerita raya! Balik-balik Bujang Sepah. Balik-balik Cinta Meriam Buluh. Heh, tahun lepas cerita tuh, tahun sudah pun cerita tuh. Tahun nie pun cerita tuh sampai daku tak payah tengok dah tahu kesudahannya. Owh, BENCI!!!! Dahlah tuh, tengok tv pulak sensorang. Boleh mati kesunyian tau. Menangis sesorang, feeling sesorang. takut sesorang, last-last gelak sesorang. Rasanya cukup dah syarat masuk hospital bahagia tuh. Sabar jer lah~~~


So, bila Izzati text ajak mingle-mingle around sesama, why kita nak tolak kan. Mesti mau!! (promote Twisties jap!). Zatie kata pukul 11 tau kita keluar. Pergh, macam tak de hal lah nak keluar pukul 11. Sekali, jam dekat pukul 12, pakai tudung pun tak lagi. Teringat kucing tak makan lagi, dapur gas tak matikan lagi. Owh, BENCI!!! Hidup sebatang kara memang macam nie. Sabar,sabar dan sabar. Tak sabar dah lama meletup rumah nie. Hahahaha. Bla.bla.bla. Siap jer, kunci pintu rumah segala terus gerak pergi rumah Zatie. Sampai rumah dia, Zatie dah bling-bling menunggu. Abang dia pun dah hello,hello bro dah. Salam mak pak dia terus gerak. Paling sadis dalam hidup bila nak berjimba-jimba macam perempuans kaberet adalah bila meter minyak lip lap lip lap. Hehh, memang tak jahat punya kereta (emosi seorang anak terbiar). Pergi isi minyak kat kedai kampung, isi RM10 berapa liter ajerlah, sekejap jer dah berkelip balik lampu minyak tuh. Kedekut punya pak cik!!! Patutnya Kedai 1 Malaysia mesti ada kat kampung dan minyak kereta pun termasuk dalam perkhidmatan!!! (Emosi perempuan gila!)


Zatie nampaknya kecewa sebab kedai idaman, Papa Mama Chicken Chop dia tak bukak sebab owner sibuk beraya lagi, lagipun stok ayam habis dek kerana rendang ayam, ayam masak merah, rendang nogori dan banyak lagi juadah berasaskan ayam. Last-last kami makan di Pizza Hut~  Pizza Hut Kota Tinggi nie, sepatutnya dia kena hired lebih ramai pekerja sebab servis dia sangat lemau ibarat keropok tertinggal dalam kereta, dua hari lepas tuh baru perasan, bila kita makan, terpaksa ready tok gigi palsu!!! Bayangkanlah, kitaorang sampai, tak ada waiter/waiteress datang amek order even bagi buku menu or whatever. Sampai kiteorang dah camwhore bajet artis pun dia tak layan jugak. Zatie sampai dah angkat-angkat meja, gigit-gigit sudu, hentak-hentak pinggan barulah dia datang hantar buku order. Sabar jer lah~ Lepas tuh, Zatie sampai nak ke kaunter panggil dia pulak suruh ambil order kiteorang. I memang tak mau masuk campur sebab kalau saya dah amsuk campur, elak saya amek order diri sendiri lepas tuh pergi bakar sendiri pizza tue, lepas makan chow tak payah bayar. Hak hak hak. Pulak yang menyedihkan tuh, salad bar dia kehabisan makanan. How sad it is??? Janji kalau dah isi nak bagitau, tapi, tak bagi tau pun sampailah habis tuk kali kedua agaknya. Pebenda nie?? Dahlah saya nie tak dapat makan rendang, awak buat saya naik angin nie. Pastu, azab menunggu makanan dihidangkan pulak. Memanglahkan. Nak kena betul Pizza Hut Kita Tinggi nie. Balik-balik saya nampak muka akak sorang tuh jer terkejar ke sana ke mari. Dia yang amek order, dia yang hantar order, dia jugak cashier. Apa kes???? Pekerja lain, adalah sorang tuh, ya ampun, masa hantar order macam baru balik perang!!!! Adakah muka saya nie macam tentera Israel sampai awak buat muka camtuh kak oiii???? Zatie order pizza Chicken Supreme. Bolehlahkan pizza tuh, nak macam mana lagi rasanya. Mujur tak hangus macam masa makan dengan Arif Wahid dulu. Boleh patah gigi I nie!! Tapi, walaupun tak hangus, pizza Zatie ada ketumbuhan pulak!!! Apa nie? Kesian Zatie tau. Hilang selera makan dia tengok bintik-bintik ketumbuhan pada pizza dia. Awak nie kan memang tau!!! Mana manager awak? Biar saya marah dia. Hahahaha. Tolonglah Pizza Hut Kota Tinggi, hari nie jer, berapa ramai pelanggan awak yang merungut servis agak lemau. Janganlah kedekut nak hired lebih ramai pekerja. Orang datang nak syok-syok gathering dengan family, friends, tapi servis mengecewakan. Mestilah orang hilang moodkan. So far, kualiti makanan memanglah masih top. Tapi, kualiti lain masih perlu dipertingkatkan yer.


After makan, pergi Nationwide Express amek barang. Winkwink. Suka. Dan..........Camwhore ibarat perempuans tak ada hala tuju. Haha. Sila sila jenguklah hasilnya. Ok, sekian, laporan mengarut dari saya. Chow.


Edisi beraya dengan kembar!!! Syoknya raya. 
Cer tengok, Zatie dah hangin tuh. Nak meng'order' pun dah macam taiko.
SEBAHAGIAN daripada orders. Yang lain belum tiba dan telah selamat diperut. Huwahuwahuwa.
Tak payah cakap, memang den tahu den kuat makan!
Sekolahku syurgaku!!! Hampir 4 tahun tak jejak kaki kat sekolah nie. Awak bukan pelajar cemerlang, mana ada jemputan, datang pun tak dialu-alukan.
Okey, dulu buat kain rentang guna kain biasa, sekarang dah advance!
Btw, skirt yang dipakai adalah daripada RnR collection. Serius terbaik berbanding blogshop lain.
Kenapa Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana nampak lebih meriah daripada SMK Tun Habab?? Nie tak ley jadik nie. Bukan sekolah I sekolah yang vogue ker???
Okey, buat haters dan lovers sekalian, nah, tengok lama-lama ok. ('-')Y
Belum mampu nak pose ayu macam Zatie. Mati balik kaki I tergeliat. Aww, sejak lahir keras semacam.
Dikesempatan ini, kami berdua menyusun 20 jari jemari kami, memohon jutaan ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri kami. Selamat Hari Raya!!! 



Jom puasa 6. Walaupun sunat, apa salahnya tambah pahala. Top up dosa-dosa kita yang menggunung tingginya tuh. Ayuh!

Sunday 19 August 2012

Selamat Hari Raya!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Puasa gagal mengempiskan pipi. Kecewa.

Alhamdulillah, sampai juga saya ke Syawal penuh ceria nie. Dalam hati sudah berkira-kira masa yang sesuai untuk puasa enam. Erm, ingat nak ajak budak kecik puasa sekali lah! Hehehe. Siapa budak kecik? Adalah orang tuh. Budak kuat cemburu. Hakhak.


Erm, Syawal kali nie tak adalah terasa meriah sangat macam tahun-tahun sebelumnya, which is kami beraya kat Makkah. Tahun nie, just parents yang pergi dengan kak long dan Ami. Kiranya saya sajalah yang beraya bersendiri kat sini. Actually, tak adalah sendiri pun. Masih ada atuk dan opah. Jugak Embah. Erm, tapi, lainlah rasanyakan. Orang beraya dengan mak ayah, kita sendiri. Pulak tue, kakak dan adik pergi dan kita yang tinggal pulak. Nak buat cane. Dah begitu perancangannya. Yang penting mereka puas hati dan gembira kat sana. Mestilah gembira, sampai lupa nak telefon orang kat sinikan. Erm, lupakanlah cerita yang best langsung nie. Marilah kita cerita-cerita yang seronok saja.


Tahun nie, officially tak ada rendanglah sebab tak ada tukang masaknya. Opah masak ketupat, kuah kacang dengan sayur lodeh, saya masak ayam masak sambal, dan atuk masak kari daging. Settle! So far, soal makan, tak ada apa yang kurang bagi saya walaupun tak makan masakan mama. Apa yang ada itu sudah syukur alhamdulillah. Saya pun bukan makan banyak sangat. Hehe. Tak berapa banyaklah. Hakhak.  Lepas acara makan-makan sampai buncit, jawapannya adalah berehat-rehat. Tahun nie jugak, kita tak dapat solat sunat Aidilfitri. Jangan tanya kenapa, memang kena jitat kepala tue. =) Lagi la rasa macam eh, dah raya ker? Baru nak bangun sahur. Kekeke. 

Rasanya tahun nie macam suram pulak rayanya. Even mesej bertalu-talu masuk. Tapi, pelik, bestie sendiri tak ada text mesej. Owh, sebab saya pun tak mesej mereka. =) Saja. Nak tengok berapa ramai yang ingat diri ini if kita just menyepikan diri. Rupanya masih ada yang ingat. Oh, nevermind. And, thanks untuk budak kecik. Memang awak orang pertama mesej saya. Appreciate it!! Sangat-sangat. And, thanks be my side everytime!!! Hehehe. And thanks pada yang sudi menghulur kad raya. Bukan senang orang nak susah payah pergi beli, tulis dan pos. If saya dah kerja nanti, dah ada gaji sendiri, pretty sure, saya nak hantar kad raya kat kawan-kawan. Nak kembalikan semula tradisi yang lenyap. Kalau zaman sekolah dulu, berebut-rebut beli kad rayakan. Tulis, masukkan dalam locker bili study. And, semua kad raya tue, masih saya simpan sehingga sekarang. Tak akan dibuang walaupun nampaknya persahabatan semakin hari semakin pudar. Biasalah, bila berjauhan. Saya selalu fikir, dengan hadirnya kad raya, tentu rasanya akan berbeza dengan hadirnya SMS. Sebab tue, saya malas nak taip mesej hantar kat orang. Sebab, secara peribadi, saya akan tengok siapa penghantarnya, kemudian saya taip balik ucapan balas. Selepas raya pertama, saya akan buang semua mesej tuh. Bukan sebab tak menghargai, tapi, penuh inbox saya!! Lagipun, saya percaya, semua orang pun akan dapat mesej yang sama. Sebab, mudahkan cuma forward mesej tuh kat sesiapa yang kita nak. Berbanding kad raya, nilainya lain sangat. Kita akan pilih kad, kita akan pilih kata-kata dan kita berusaha untuk hantar. Thats it! 
#Tetiba emosi hanya kerana kad raya!#


Raya nie jugak saya ikut atok dan opah ke rumah sedara mara. Kemesraan masih terasa walaupun bersua hanya ketika raya. Biasalah manusia. Sebab beraya dengan atok dan opah, memang banyak sangat hal yang kelakar. Ada yang nak cerita kat sini pun terasa tak sesuai. Macam selebet sangat. Hahaha. Atok tuh memang selalu buat orang lain rasa jengkel tapi akhirnya tergelak. Yelah, bayangkan, orang nak keluar rumah, baru sibuk nak cari minyak rambut. Lepas tue, orang dah naik kereta, baru nak bagi kucing makan! Pastu tak ley blah bila tengok atok pakai songkok siap cop 1 Malaysia. Aduh atok. Boleh tak jangan patriotik sangat?? Nak beraya nie tok. Tapi, namanya pun atok. Dahlah menyakat opah sampai bertekak jer. Sabar sabar sabar. And, raya nie jugaklah baru saya tahu babi tuh ada nama manjanya. ABI. Hakhakhak. Cucu adik angkat opah, sibuk sebut ABI,ABI,ABI. Saya ingatkan dia panggil bapak dia ker. Ala-ala Islamik gitu budak kecik. Rupanya, dia panggil BABI yang selalu mengacau pokok ubi atok dia tuh. Pergh, boleh buat orang salah faham tau dek! 

Selamat hari raya daripada Tok Majid. 1 Malaysia. Janji ditepati.

Apa pun, 1 Syawal dah melabuhkan tirai. Semoga 2 Syawal nanti akan memberikan lebih banyak kegembiraan dan kesyukuran. Btw, sebab dah tua, hanya berjaya mengaut RM50 sahaja. Syukurlah daripada tak ada langsung. Apa pulak cerita raya anda???

Friday 17 August 2012

Resepi Tomyam (simple)


Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera.

Resepi hari nih nak review lah sikit macam mana Huda masak Tomyam. Eleh, korang yang tak suka tengok Huda show off pasal masak-masak nih, bolehlah klik button X. Kita tak sukalah 'hama' datang blog kita. HAHA. Gurau jek. Korang boleh judged siapa sahaja korang suka. Masa timbangan akhirat nanti, tanggunglah~


Bahan-bahan:
Sayur-sayur (cendawan/kobis/lobak/tomato)
Serai 1 batang
Cili api
Bawang besar 1 labu
Bawang putih
Halia
*Ayam/Sotong/Udang/Daging
Daun limau purut nombor 8
Perencah Tomyam Adabi
Perencah Cukup Rasa Maggi


  1. Macam biasa, bahan-bahan pastikan dibasuh bersih.
  2. Hiris bawang besar, bawang putih, cili api dan giling sikit halia tuh.
  3. Tumis sampai naik bau bersama dengan perencah tomyam Adabi
  4. Masukkan serai, tumislah
  5. Masukkan sayur-sayuran
  6. Masukkan air, ikutlah suka, nak banyak ker sikit
  7. Masukkan perencah Cukup Rasa Maggi (memang tak tinggal)
  8. Masukkan tomato, bawang dan cili tambahan jika perlu


Ada orang yang masukkan bawang dan cili api tuh last sekali. Tapi Huda biasanya tumis sekali dengan perencah tomyam. DAN, kalau nak letak tomato, janganlah masuk sekali dengan sayur-sayur lain. Karang tak nampak mana tomatonya. Hee. Di UPSI, Huda tak adanya buat tomyam guna ayam/udang/sotong ker daging. Hanya buat tomyam sayur. Kalau kat rumah baru buat tomyam sayur. Kalau letak ayam semua tuh, lepas tumis bawang semua tuh, masukkan bahan-bahan nih dulu. Sebab bahan-bahan gini nak masak dia lama sikitkan.



Okey, kalau sesiapa yang tak suka guna perencah Adabi tuh, korang bolehlah guna tomato. Means, guna cara tradisional. Blender tomato tuh jadikan dia kuahnya. Tapi. Tapi. Huda nak cepat jek selalu. Lagipun, perencah tomyam Adabi nih bagi Huda dah cukup sedap woo. Pedas dia pun lengkap. Pendek kata, korang boleh masak Tomyam lebih kurang setengah jam. Percayalah. Korang boleh komen kat bawah, kalau ada yang tak faham atau nak tambah baik. Bab-bab masak memang Huda suka weyh. HAHA


Till then, kenapa tak cuba??

Hari ke-36+37 dan 38 : Mood raya sudah datang

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Rasanya sudah culas menaip beberapa hari ini. Kesibukan yang teramat sangat sampaikan buku pelajar juga tak bertanda. Bukan apa, pentingnya menanda buku pelajar ini adalah yang utamanya, kita dapat mengenali dan mengingati nama-nama pelajar kita dengan mudah. Keduanya, kita dapat mengesan sikap para pelajar kita. Mana yang rajin berusaha, mana pula yang kuat angannya. Bukan untuk kita kutuk dan hina, tapi, untuk kita dekati dia dan bawa dia seiring dengan matlamat kita. Jangan sesekali menjadi guru, kita bersikap sambil lewa. 'Kalau tak mahu belajar, sudahlah, yang penting tiap bulan saya cash out gaji!'. Semoga Allah swt kuatkan hati dan iman saya walaupun 30 tahun saya mengajar, saya takkan mengalah hanya kerana pelajar tak mahu belajar. I realize yang dunia pendidikan sekarang tak sama dengan tahun mak ayah saya dulu. Even masa saya sekolah dulu pun tak sama. Masih segar dalam ingatan saya, saya di Tingkatan 3, dah Tingkatan 3 tau masa tuh, tapi once nak lalu satu tempat tue kalau ternampak ada cikgu kat depan saya, automatik saya tukar laluan lain. Sanggup meredah longkang dan tanah semata-mata tak mahu bertembung dengan guru. Pelajar sekarang, dia yang meninggi suara depan saya. Terkadang terbit sedih dalam hati nie, tapi, saya percaya, suatu hari nanti, pelajar-pelajar akan sedar, kenapa mereka harus menghormati guru atau insan lain baik yang tua daripada mereka atau setaraf umurnya.

Terus pada rentetan kenangan setiap harilah.

Isnin (13 Ogos 2012)
Sepatutnya pagi tue ada penggambaran guru-guru sekolah. Jumaat lepas, kak Wan Munah, which is kakak yang sangat baik dah hantar kad jemputan untuk majlis penggambaran guru-guru tersebut. Sifat keibuan kak Wan terserlah sangat. Being perantau, jauh daripada keluarga, adalah sangat bagus bila kita dikurniakan insan-insan baik sepertinya. Adalah tempat untuk kita mencurah rasa. Kak Iffah pun dah pesan awal-awal pakai blazer tau masa amek gambar nanti. Its means, walaupun hanya guru pelatih, tapi kami dijemput sama untuk mengabadikan foto kami selaku pendidik SMVK. 

Malangnya, pagi tue, berlaku sedikit salah faham sesetengah guru yang ingat kami tidak perlu berada dalam set penggambaran. Erm, even terkilan, I noticed yang no need to be sad. Kenangan yang hadir setiap hari cukuplah tersemat di memori dan hati. So, saya just masuk kelas 4 PPN untuk teruskan membuat latihan bersama mereka. Erm, agak sedih sebenarnya kalau masuk 4 PPN. Bukan semua pelajar boleh terima kita. Bukan tujuan saya merungut atau mengaibkan, tapi, Ya Allah, keluar saja dari kelas tuh, saya rasa macam tak best sangat. Sebab, saya takut kalau ilmu saya beri tak diterima mereka. Saya sediakan latihan, saya sediakan nota. Terkadang berhabis duit sendiri. (Sedia maklum saya hanya guru pelatih berbekalkan wang biasiswa yang di situlah terkandung segala wang perbelanjaan saya termasuk sewa rumah, minyak kereta dan makan!) Tapi, sedih, usaha saya masih diibaratkan mencurah air ke daun keladi. Saya sedia maklum, mereka bijak-bijak belaka. Tapi, apasalahnya kalau letakkan sedikit rasa hormat buat cikgu anda. Tak nampak ker mereka saya berdiri di hadapan kelas, terpekik-pekik mengajar.  Sebab, mama ayah selalu ingatkan, apa yang kita tonjolkan di luar, adalah GAMBARAN SIKAP IBU BAPA KITA. Kalau buruk perangai kita, buruk juga nama baik ibu bapa kita. Masha Allah. Walaubagaimanapun, Ramadhan akhir nie, saya hanya mengharapkan, kalau tak banyak, Allah swt letakkan sedikit kesedaran di hati-hati mereka, biar hati mereka cintakan ilmu. 


Tengaharinya, saya mengajar 4 JKA. Mengajar KOMSAS. Alhamdulillah, walaupun proses mengajar agak lambat sebab terpaksa menjerit menyuruh mereka diam, menyuruh mereka bangun dari tidur dan menyuruh mereka duduk di tempat masing-masing, pengajaran selesai dengan baik. Daripada lebih kurang 15 orang yang hadir, 3 orang daripadanya mampu mencapai hasil pembelajaran dengan baik. Faham apa itu tema, faham apa itu persoalan, faham apa itu watak dan perwatakan serta nilai. Pengajaran mereka lain daripada yang lain kerana saya berbekalkan modul PERHALUS. Walaupun diberitahu mereka kurang aktif dalam berfikir, alhamdulillah, sebulan mengajar, saya lihat ada peningkatan dari segi USAHA. Cukuplah. InshaAllah, akan ada peningkatan dari segi pencapaian pula nanti. Doa dan usaha saya belum lagi ada noktahnya. Cuma yang ingin saya kukuhkan adalah membantu mereka mencari nilai diri sendiri. Kalau masih terumbang- ambing, memang mengajar macam mana pun, mereka takkan faham erti hidup dan keperluan belajar itu.


Selasa (14 Ogos 2012) ( Birthday MAMA)
Hari Selasa adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu sebab cuma mengajar satu kelas saja. Yeah yeah. Lagipun mengajar 4 ABM. Ah, small matter tuh. Sekarang nak ajar diorang nie senang sebab rata-rata mereka mudah memberikan kerjasama. Suruh dengar dan buat latihan, mereka buat. Peliknya, lelaki lebih rajin daripada perempuan. Patutlah chef lelaki, tukang kemas rumah lelaki, tukang jahit pun lelaki! (merujuk pada Chef Wan, Eric Leong dan Radzuan Radwill dll). 

Hari nie dah masuk bab baru. Saya ajar bab 9. Yeah yeah. Seronok. Tak tahulah mereka faham tak saya ajar sebab, almaklum guru baru. Skill pun tumpul lagi. Saya akan cuba perbaiki cara pengajaran saya supaya mereka lebih mudah faham dengan cara saya memberi penerangan. Penerangan guru sangat penting taw. Kadang-kadang ada reaksi guru waktu menerang yang diingati pelajar, terus mereka ingat bait-bait patah yang disebut oleh guru. Bukankah begitu juga bagus?

Ada pelajar mengatakan saya bias sebab asyik puji 4 ABM. Kalian harus sedar, guru juga manusia. Guru ada perasaan sedih dan kecewanya. Guru ada perasaan riang gembiranya. Tentulah guru akan menyebut tentang pelajar yang sering membuat hatinya gembira. Buat apa nakl disebut pelajar-pelajar yang buat dia rasa sedih dan kecewa. Betul tak? Bukan bersikap pilih kasih, tapi, saya hanya manusia biasa. Kalau guru lama pun ada kelas pilihan mereka, saya yang baru nie tentulah ada kelas pilihan saya. Tentulah saya sukakan kelas yang pabila saya mengajar, mereka memberi tumpuan, apabila saya memberi latihan, mereka laksanakan. 


Rabu (15 Ogos 2012)
Pengajaran hanya ada satu waktu sahaja. Awal pagi lagi, kak Asiah dah pesan, 'Huda, hari nie latih budak sajak pukul 9.30 pagi'. Baik~ Actually, saya bukan seorang yang hebat dalam bersajak. Hanya boleh gitu-gitu saja. Tapi, bersyukur sangat sebab dulu, di SMK Tun Habab, aktiviti bersajak, berpuisi, nyanyian semua diketengahkan seiring dengan akademik yang cemerlang. So, banyak cendekiawan dan ahli sastera lahir di Tun Habab. Bakat mereka, keterampilan mereka serta kelunakan suara mereka akan sentiasa dalam ingatan saya. Ilmu yang baik, saya cedok dan simpan kemas untuk kegunaan saya. Untuk masa-masa macam nie lah. Thanks buat Pn Mahnita yang ilmu dan kata-katanya saya ingat hingga kini walaupun hanya berkesempatan belajar sewaktu bengkel Bahasa Melayu SPM sahaja. Terima kasih juga buat junior, Ain Taham, kerana bakat dan keberaniannya, mampu saya mengalun suara bersajak di hadapan students saya. Ada pelajar 4 KFL jumpa saya dan berkata, 'Cikgu, mana cikgu belajar semua nie? Cikgu pandai ajar Sejarah, cikgu bersajak sedap, saya suka'. Erm, alhamdulillah, semuanya kurniaan Allah swt. Sebagaimana awak masih belajar, saya juga begitu. Saya tiada apa-apa yang boleh dibanggakan lagi. Belum ada pencapaian bertaraf negeri pun. Hanya usaha dan doa yang berterusan.


Sebut mengenai 4 KFL, sudah saya ceritakan di entri-entri awal. Saya kerap kali relief kelas mereka untuk subjek Sejarah. Hari nie pun sepatutnya saya relief, tapi, masuk ke kelas, adalah 4 orang pelajar. Hari akhir persekolahankan. Manalah pelajar rajin nak datang. Masuk jer kelas, saya katakan pada mereka, ok, cikgu relief kelas awak nie, tapi, cikgu tak sukalah tengok kelas bersepah. Kemas kelas dulu boleh? Nanti kita tengok persembahan. (Saya angkut sekali budak yang saya latih sajak ke kelas nie, sebab masa suntukkan). Ya Allah, sekali saja saya minta, dengan suara yang lembut pulak tuh, terus mereka, 4 orang, kemas kelas! Ya, pelajar 4 KFL nie, saya respect kat mereka. Patutlah kak Shams M selalu cakap, dia suka mengajar 4 KFL. Mereka memang dengar cakap. Tak perlu nak terjerit-jerit mereka memang dah bagus. Tak sampai setengah jam, kelas bersih. Kerusi meja tersusun rapi. Lantai licin. Kipas berkilat, laju jer pusingan anginnya. Doa cikgu, masukkan ilmu yang baik untuk kalian, semoga kalian akan berjaya di dunia dan akhirat. 

Saya juga menyudahkan kerja-kerja mengutip borang pertandingan kemerdekaan. Walaupun penyertaan suam-suam kuku sahaja, saya masih bersyukur. Kadang-kadang bila rancangkan sesuatu, janganlah kita sangkakan semuanya akan berjalan menurut kehendak kita. Kadang-kadang ia perlukan waktu. Yang pertama saya anjurkan ini, sungguh saya mengharap yang terbaik walaupun yang datang nanti hanya seorang. Suatu hari nanti mereka akan sedar juga.

Sesi persekolahan berakhir dengan baik. Semuanya berjalan lancar. Saya juga menghantar pelajar balik ke rumah mereka. Malahan diberikan pula kuih-muih hari raya. Aduh, jadi guru nie, memang selalu menyentuh hati. Seronoknya menajdi cikgu ini tak terkata. Tapi, saya tak mahu jadi cikgu yang baik dengan pelajar, disukai kerana lembut, tapi, saya mahu jadi cikgu yang diingati kerana semangatnya, mahu jadi cikgu yang dihormati kerana ketegasannya dan disukai kerana lembutnya mendisiplinkan pelajar. Profesion ini kecintaan dari kecil saya, saya mahu jadikannya kerjaya seumur hidup saya! 

Kuih raya pemberian mak HasnorNadhirah. Terima kasih mak cik.
Anak didik 4 Binaan Bangunan 1.
Kelas lain tak sempat saya nak ambil sebab bersepah ke sana-sini budaknya. Alah, ada masa lagi nak penuhkan folder. Hikhikhik.
Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji.
Mendidik dan membimbing, putera puteri negara kita!


TERIMA KASIH ANAK DIDIK SM VOKASIONAL KUANTAN. KALIAN MENDEWASAKAN CIKGU. KALIAN AKAN SENTIASA DALAM INGATAN CIKGU.



Bersendirian di rumah, menunggu tibanya Syawal. Mujurlah anak kucing sentiasa mengeow. Kurang sedikit rasa sunyi. And thanks pada yang tak jemu-jemu menghantar mesej. Hekhekhek.