Tuesday 27 November 2012

PD for Port Dickson. LOVE for you.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Port Dickson. Sebagai orang yang mengambil kursus Sejarah, macam malu pulak bila tak tahu sejarah Port Dickson. Boooo...Boooo. Booo diri sendiri.
Itu hari, kakak kena attend course. Tapi itu, kita malas mahu story di sini sebab itu cerita kakak. Adik ngak bisa story. Hihihi. Course tuh buat kat PD, Port Dickson. So, harus lah satu family diangkut sama. Semasa kakak sibuk berjuang dengan course dia, kita nih berjuang jugak. Berjuang dalam air pantai dan shopping complex. Yuhuuu. Actually, ini adalah first time kita pergi ke PD. Walaupun PD tuh dekat dengan Johor, langsung tak pernah jejak kaki lagi. So, macam rusa masuk kampung lah. Family kiteorng nih memang suka buat kerja last minute. Serius. Kalau kata nak pergi somewhere tuh, memang tak ada plan betul-betul pun. Dia macam suka buat kerja, sambil jantung korang berdegup pantas, pembuluh darah mengembang, darah naik ke otak dengan laju, nafas tercungap-cungap. Akhirnya, ketiduran~ So, dah tahu nak pergi PD masa cuti sekolah, hari Sabtu Ahad pulak tuh, langsung tak booking hotel awal-awal pun. Bajet ada khemah agaknya.


Perjalanan okey sebab GPS memberi kerjasama yang maha baik. Hantar kakak ker Pasir Panjang and kami terus ke area pantai PD. Carik hotel dulu. Ya Allah, daripada budjet hotel, sampai lah ke hotel bulan dan bintang, semua full booked. Tak pun tinggal bilik yang ya ampun, mahal macam nak tertonggeng. Walhal nak check-in semalam jek. Lagipun, siapa yang pergi bercuti dengan duduk dalam bilik sepanjang hari kan??? Lainlah pergi honeymoon. Itu lain cerita nya. Tentunya bilik hotel tuh just untuk kita berehat, membersihkan diri dan bersolat sahaja. Masa banyak dihabiskan di luar, meronda-ronda kawasan. Nama pun bercuti, mesti nak terjah semua tempat. So, macam membazir sangat kalau bayar sampai RM300-400 untuk sebuah bilik yang kita duduk sekejap. Walaupun kaya-raya ibarat duit tak putus seperti air sungai, tapi still kena beringat. Beli pakaian dan makanan lebih untung daripada membayar duit hotel itu. (ayat orang miskin, miahahahha)



Hotel yang menjadi pilihan. Cukuplah daripada merempat tepi jalan. Hotel nih cantik tau hiasan dalam dia. Serius. 

Carik punya carik akhirnya kami terjatuh hati dengan e-Hotel kat bulatan PD tuh. Bolehlah. Bilik untuk family, RM 200. Berbanding yang lain, ini okey sikit lah. Keselamatan. Kebersihan. Cukuplah untuk budjet travel macam kami nih. Nak duduk Lexis, lama lagi lah. Hahahaha. Tempat makan pun senang sebab kawasan peranginan mana susah nak carik tempat makan kan. Harga, so far mak ayah kata bolehlah. Mahal lagi milo ais kat Johor. What ??? Aigoo. =(


Apesal mama lagi cantik daripada saya??? Tak adil!!! Mama saya dah 50 lebih, and yes, sudah bersuami. Sorry, you are late! Miahahahahaha.
Owh, sebenarnya gambar nih nak tunjukkan ini adalah kedai makan. Sebelah kanan hotel. So, jalan kaki tak sempat berpeluh pun.

Pergi PD patutnya kena cuba semua watersports dia. Tapi sebab seperate dengan kakak, mama asyik ulang, tak baik, tak baik, tak baik. Tak baik kalau kami bersuka ria tapi kakak sibuk berjuang. Oh, my!!! So, kami cuma round-round pantai, tengok orang lain naik banana boat, main jet ski, mandi manda sikit, dan SHOPPING. Shopping barang murah jek. Tapi, apa kesah??? Yang penting, berhelai-helai dapat. 
* kakak cakap saya sangat gelap selepas berjemur di pantai =( *


Subhanallah. Tak perlu describe pape dah.
Anda sendiri tentukan nak cakap apa.
Auwwwm. Mama.
Apesal ayah macam pondan dalam gambar nih? Matilah macam nih. =D
Maafkan saya ayah. =D
But kan. Sebelum sampai PD, saya ingat PD nih besar dan at least macam kat Lumut. Rupanya PD nih bandar comel. Tapi, so far, best dan terbaik lah. Pantai dia bersih. Sangat bersih lah saya rasa. Inshaa Allah, lepas nih nak ajak family lain datang sini. Baru meriah!!! Tapi, make sure sebelum datang kenalah booking dulu hotelnya. Jangan macam kami nih. Merata carik bilik yang sesuai. Mujur tak tidur kat masjid!


Camera hp jek yang mampu. So, boleh lah layan perasaan masing-masing. Hahahaha.

Nak muntah tengok? Dah tengok dah pun kan. Hahahaha. Chill chill. Gambar jer pun. 
Amirah.

Till then, wassalam!

Monday 26 November 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2, Skyfall, Friendship and Relationship

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Cerita basi sebenarnya nih. Tapi, sebab saya koya, saya nak publish jugak. Peduli apa kan. Blog sendiri. Pilihan sendiri. Hihihihi. Aigoo. Tak mahu lah beremosi tatkala membaca post-post saya nih eh. 


Siapa yang tak tahu Kota Tinggi dah ada PANGGUNG WAYANG sendiri memang tak tahu lah nak cakap apa. Imam kat Masjid Bandar pun tau lah Kota Tinggi dah ada cinema sendiri. So, orang Kota Tinggi toksah ribut-ribu nak ker Jusco hanya untuk menonton. Membazir. Hahahha. 


Dipendekkan cerita, Khamis lepas. Johor cuti kan. Tak ada plan nak keluar pun. Tetiba Izzati, bestfriend for ever call. Dia call ajak pegi bandar tengok wayang. Tanya dia pukul berapa. Dia jawab dengan coolnya, kalau boleh awak pergi mandi sekarang! What?? Walhal saya baru balik jogging 5km. Tercungap-cungap lagi tuh. Tapi, demi wayang FREE dan Izzati yang baik hati, saya gagahkan diri. Mintak izin dengan mama, mama bagi, terus iron baju dengan tudung, mandi, tepek bedak sedas dua, vrooom, sampai rumah Izzati. Rupanya Izzati masih belum siap!!! =D *mata ke atas, tangan kat pinggang*
= Drama berlangsung 15minit seterusnya dengan Izzati mencari kunci rumah, cermin mata abang ngah, telefon ayah, telefon along, akhirnya masuk dalam kereta dan blah =


Dipendekkan cerita lagi, lepas pick-up adik Izzati (Haziq), kita terus pecut ke PANGGUNG WAYANG TERBESAR di KOTA TINGGI, iaitu di Heritage Mall. Yeay. Masing-masing teruja. Sebab masing-masing kampungan. Belum pernah masuk lagi MBO kat Heritage Mall nih. Carik punya carik, jumpa! Yeay. Nasib tak payah tanya guard mana cinema nya. Kalau sampai kena tanya, memang saya tak nak dah tengok wayang. Hahahaha. Izzati dah awal-awal bagitau nak tengok TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2. Tapi Haziq nak tengok SKYFALL. Saya? Tak kesah. Sebab saya follow jek. Yang penting keluar panggung nanti tak rasa nak campak kerusi kat screen. Hahahhahaha. Akhirnya, TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 menang! Haruslah kan. Izzati yang keluar duit, mesti dia menang. 



Alkisahnya, TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 memang BEST dan TERBAIK!!! Serius. Siapa yang belum tengok dan berhajat nak pergi tengok wayang, silakan beli tiket ini. Saya sokong 100% pilihan anda. Sebab, dengan harga RM 11 anda memang akan puas hati till the end. Saya yang baru first time tengok cerita nih pun, yang tak ikuti perkembangan cerita nih pun rasa teruja sangat. Sebab dia memang best. Paling best sebab, dah feeling sedih-sedih, sendu-sendu, rasa kecewa bila ayah Edward mati, serigala kawan Jacob mati, penat dah sedih nih, rupanya khayalan si Aro jek!! Aduh, satu panggung menjerit. Mahu tak tension. Bayangkan korang tengok hero mati, ko nangis tersedu-sedu, pastu tuh cuma mimpi. Apa ko rasa hah?? Hahahhaaha. Itulah yang kami rasa. Sobsobsob. Lagha semua nih.


Habis jek tengok Twilight nih, perasaan puas hati terpancar kat muka masing-masing. Semua muka bercahaya. Walhal lepas tengok Al-Kuliyyah tak ada pun terpancar Nur Iman kat muka memasing. Hahhahaha. Izzati dengan adik dia buat kerja gila. Pergi beli tiket wayang SKYFALL pulak!!! Hal ini terjadi kerana perasaan cinta dan kasih sayang Izzati untuk adiknya Haziq, maka, kita SKYFALL pulak. Saya? Follow! Sampaikan L.O.V.E call sampai 10x pun tak dengar. Hahahha. Kesian dia. 



SKYFALL okey lah best. Dah lama kan cerita nih keluar. Mungkin sebab dah tengok TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2 yang best sangat tuh sampai masa tengok SKYFALL nih, energy habis dah. Tapi, SKYFALL pun tak mengecewakan sebab dapat tengok lelaki yang psycho macam Silva. Part yang memang menggelikan bila Silva cabut gigi palsu dia tuh. Uweekkkss. Nak termuntah rasanya. Serius. Tapi, real sangat-sangat!!! Tapi, kenapa ending mesti bos Bond tuh mati??? Itu yang kita kesalkan. Eh, motif sangat!!! Hahahaha, yang penting SKYFALL pun puas hati!


And, yang paling puas hatinya, sebab dengan tak tersangka, kitaorang jumpa kawan sekolah (DIAN PELANGI!!!) yang rasanya lama sangat tak jumpa dia. 2 tahun kot. Hihihihi. Walhal, masing-masing orang Johor. Langsung tak ada nak contact-contact kan. Camnih ah kan. Yelah, tak ley nak salahkan sesiapa jugak. Sebab, bila makin dewasa, kita semua sibuk mengejar kehidupan masing-masing. Sibuk uruskan family, career, boyfriend, studies. Macam mana nak meet up macam zaman sekolah dulu? Memang tak lah kan.Lagi-lagi yang dah beranak tuh, takkan nak hang dengan botol susu anak, pampers. Susahlah kan. 



And, the best thing jugakkan. Family Izzati sangat best sampai rasanya kitaorang nih macam adik-beradik pulak. Sebab, kalau datang rumah Izzati mesti dapat makan sedap-sedap. Sebab mak dan ayah dia sangat pandai masak!!! Dapat KFC, dapat makan kuah durian (tak tahu nama), makan sambal udang, siap dapat bawak balik roti sebungkus. Mana ada orang nak berbaik hati macam nih dengan orang luar? Dengan sedarah sedaging pun kedekut. Realiti kan. 


Sorrylah entri panjang macam lah good-good sangat. Hihihi. Semoga terhibur dan kalau tak terhibur, bolehlah tidur sekarang. Till then, bye korang. Daaaa~

Friday 23 November 2012

Akhirnya.......Selamat Menempuh Alam Rumahtangga....

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ALONG (ABANG IZZATI) DAN KAK HALIMAH 

Izzati dah macam adik dan kakak saya. So, family Zatie memang family saya jugak. Yeay!! So, saya ada abang, ada adik lelaki. Yeay lagi! Seluruh family adalah orang yang baik. Sangat baik. Masa mak ayah saya mengerjakan umrah lepas, ibu (mak Zati) bekalkan makanan untuk saya. Abah (ayah Zati) tolong tengok-tengokkan rumah saya. Mereka sangat baik, cool dan comel. Semua sekali. Alangkah bagusnya kalau semua orang macam tuh kan.


So, bila Zatie dengan Ibu mintak tolong bantu-bantu, saya tak kisah pun. Even penat drive daripada Kuantan, langsung tak terasa penat bila jer jumpa Zati. Teman Zatie pergi bandar shopping last minute dan   gossip-gossip sesikit. Yeay! Malam tuh balik daripada bandar, walaupun tengah sedih sebab ada cerita tak enak didengar mengenai Onew, semangat melambung-lambung sediakan puding untuk makan beradab pengantin hari esoknya. 


Pagi Ahad tuh, terlewat bangun. 7.30 baru tersedar. Gila. Janji dengan Ibu pukul 6.59. Camne tuh? Mandi ayam sikit, basuh muka, gosok gigi terus pecut pergi rumah Zati untuk bantu-bantu dia sediakan apa-apa yang patut. Tukang masak utama adalah Ekin. So, Iolls cuma bantu-bantu mana-mana yang patut. Sediakan bilik pengantin. Suka. Macam nak kahwin lah rasanya. Hahahhaha. Walaupun badan letih sangat, terasa seronok sebab macam family sedarah yang kahwin. Kenalah semangat lebih!


Part paling best bila kena served untuk pengantin and family kak Limah. Eh, sebenarnya kak Limah nih, muda lagi daripada saya. Tapi, dia kahwin dengan Along, Zati panggil dia kak long, I used to called her, Kak Limah and cium tangan dia ah. Hahhaaha. Walaupun dia terkejut beruk. Yer ah, ada orang perasan muda nih. Hahahha. Cerita pasal served, saya kan budak mentah. Motif sangat ler. Mana tau menda-menda pasal orang kahwin nih. Bila jer saya kena senduk nasi untuk meja makan beradab, berterabur nasi sana sini. Mula-mula sendukkan untuk pinggan last, lepas tuh pergi kat pengantin lelaki, pastu pergi pinggan sebelah dia, eh, sekali tengok pengantin perempuan tak letak lagi. Sangatlah bengongnya saya. Kenapakah saya insan terpilih untuk senduk nasi itu? Kesian pengantin punya majlis. Apa pun semuanya berakhir dengan jayanya. Yeay!!


Petang sikit, orang rancak berkaraoke. Nih memang kelakar tak ingat. Biasa lah bila ada majlis kahwin, abang-abang aiskrim pun datang. Menyibuk. Pastuh, bolehlah pulak abang India kot, penjual aiskrim tuh, dia pun nak karaoke jugak! Sanggup tinggal tong aiskrim dia. Masa dia rancak karaoke tuh, Abang Ngah Zati yang handsome giler tuh pakai helmet dia, start enjin motor dia dan lalu depan dia. Pura-pura jual aiskrim. Memang gamat giler masa tuh. Happy sangat-sangat majlis that day. And, seronoknya berada dalam family tuh. Syukur.

Pengantin perempuan muda belia lagi youuu~

Inilah kerja-kerja tak berapa nak kerja sangat masa kat rumah pengantin. Pembantu tukang masak. Tak membantulah sangat!!! Apesal I lupa nak snap gambar puding buatan sendiri tuh? Hahahaha

Gambar nih memang nak menunjuk-nunjuk pun. Apesal, tak puas hati? Tak pe, you all dah tengok pun. Hahaha. *Kenapa saya tak bersifat keibuan macam Zati???*

Wassalam

Tuesday 20 November 2012

Ikan oh ikan

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Sejak-sejak dah jadi suri rumah nih, update blog pun mestilah hal-hal yang berkaitan dengan rumahtangga. Yedok? Cerita tentang periuk belanga, kain menimbun tak lipat, periuk hangus, tepung terbarai. Semua tuh ah. Hahahahaha. Tak ada lagi cerita pergi ECM dating dengan Onew ker, makan nasi kukus Cikgu Joe belanja ker, langsung tak ada cerita kena relief kelas sampai pengsan. Hihihihi. Yang ada cuma cerita hari nih masak sambal ikan, besok ikan masak kicap lusa bakar rumah! (TENSION)



Hahahax. Itu semua berkait rapat dengan isu yang nak diceritakan. Ya, tengok tajuk. Hari ni puan-puan, tuan-tuan. Kita akan bergosip mengenai ikan. Ya, ikan. Yang handsome dan kacak di laut dan sungai tuh. (bukan kacak dan handsome sama makna???). Ikan nih memang makanan kesukaan den. Memang den akan pilih ikan daripada segala protien yang lain. Tak tahu kenapa. Mungkin faktor ikan lembut dan dia macam mesra alam dengan manusia barangkali. Hihiks. Tak ada kena mengena langsung ah. Walaupun suka makan ikan dan pandai masak ikan, tapi, masalah utama saya adalah TAK PANDAI SIANG IKAN.


Kisah 1
Tak ingatlah bila, ayah beli ikan, terus masuk freeze. Biasanya ayah beli ikan, siang, basuh dan masuk dalam freeze. Tapi, ada satu hari tuh, ayah beli tapi dia tak siang!!! Tapi sebagai perempuan, macam tak cool nak tunggu ayah siangkan. Tak pe. Kita buat percubaan. Setiap orangkan ada kali pertamanya. Ceh. So, sediakan parang dengan papan pemotong. Zassss. Selesai. Basuh. Tumbuk kunyit sikit dengan garam, gaul-gaul dan kita goreng. Hidangkan kat family. 



Tatkala ayah dan mama bukak sahaja tudung saji. Maka, tercenganglah mereka. Soalan ayah, ke manakah kepala ikan nih kak ngah? Habis langsung kepalanya disiang? Hehehhehehe. Jawapan saya, kepala ikan untuk kucing, manakala badan adalah milik kita!! Ya, milik kita manusia!! Yeayy!!! 
*sejak hari itu, tak pernah lagi kulihat ikan belum disiang dalam freeze. takut barangkali*


Wassalam


***Soon, akan bercerita mengenai Kuantan. Hah, bila pergi Kuantan? Tak cerita-cerita pun. Hahahaha.

Friday 9 November 2012

ISTANBUL....AKU DATANG

Assalamualaikum wbt....
Salam sejahtera...


Ya Allah..Ya Allah..Ya Allah..
Seronoknya. Seronoknya. Seronoknya. Hahahahahahaha. Hihihihihi.
Siapa tak seronok kalau dapat jalan-jalan, makan-makan, tengok wayang secara percuma??? I nak! I nak! I nak! Jerit kuat-kuat. Laju-laju. Yeah!!! Actually, tak percuma pun. Being a driver, bolehlah menumpang sekaki. Yeay or yeay!! Hahaha. Pyscho.


Habis semua kerja kakak, kami gerak pergi Jusco. Hajat hati nak pergi karaoke kat Bigbox, tapi, tak mahu keluar duit. Duit nak guna buat beli hadiah untuk someone. Hihihihi. So, sebab tak ada yang mahu support, so, karaoke, cancel!!! Wayang pun wayang jer lah. Actually kan. Nak tengok Istanbul..Aku Datang dengan Onew tapi, alang-alang akak nak belanja, kita YES ajer lah. Jimat kan???


Cerita Istanbul...Aku Datang nih memang best. Best sebab sangatlah menyentap hati. Cerita nih langsung tak berat. Biasalah cerita Melayu selalunya macam lemau, lambat habis, lepas tuh kita dah tahu dah apa yang akan jadi lepas tuh lepas tuh dan lepas tuh. Cerita nih, daripada awal sampai habis bagi Huda sangat best ah. Hahahhaha. *macam tak ada ulasan*


Istanbul..Aku Datang, ada mesej yang disampaikan penulis dan pengarahnya. Tapi, serius, kita takkan perasan yang sebenarnya kita tersindir. Memang realitinya dunia sekarang macam tuh. So, bila tengok kat cerita nih, kita tersengih-sengih malu sendiri. Hakhakhak. Terasa nih terasa. =D


Lepas tuh kan, Lisa Surihani tuh, alolo, comel sangat. Suka sangat tengok muka licin dia tuh. Pastuh pipi dia tembamkan, pastuh mulut dia macam kecik. Hihiks. Comel lah yang pentingnya. Suka!!! And, macam tak percaya, Bernard amek Tomok berlakon. Hehehehe. Suka pulak dengan Tomok bila tengok dia berlakon nih. Macam Tomok sangat skema. Hehehhehe. Cuma, tak suka part Tomok marah-marah Lisa tuh. Sebab, Tomok macam tak real ah. Mungkin susah nak marah-marah orang comel nih. Kikikiki. Lepas tuh kan, saya macam terpegun dengan Beto. Wau wau wau. Hehehehe. Actually, saya bukannya kenal sangat pelakon. Saya admire jer daripada awal Beto keluar. Dalam hati fikir siapa dia nih, siapa dia nih. Dah nak habis cerita nih baru tanya adik, eh, siapa nih. Hahahhaa. Beto sangat macho lah. Tak payah buat apa-apa pun, Beto macam ada aura dia sendiri. Hihiks.


Kalau kena bagi bintang, rasanya, filem nih layak dapat 4bintang. Serius tak rugi bayar duit tiket untuk tengok. Kita tak adalah keluar panggung tuh macam nak cekik orang sebelah kan. Memang best memang best memang best. Yeay!!! So, siapa nak tengok, pergi sekarang pergi sekarang pergi sekarang! 



Wassalam

We are siblings~

Tuesday 6 November 2012

SIBLING

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Tiga beradik. Berbeza perangai. Berbeza minat. 

Rutin harian semenjak berhenti kerja (?) nih memang tak ada lain adalah kena (wajib) bangun pagi untuk solat Subuh. Lepas tuh, sebab perempuan baik-baik (hihiks) kita tak tidur selepas Subuh melainkan malam tuh kita overtime (OTP) dan kita ter-mengantuk. Hihiks. Kalau tak penat, kita sarapan. Lepas tuh rendam kain dalam mesin basuh. Keluar jogging for 2 hours. Then sapu laman rumah sikit sebelum masuk rumah kemas rumah dan masak. Fuhh. Penatnya. Macam nih lah mak-mak kat luar tuh. Except mak-mak tak pergi jogging!!! Hihiks.


Nak dijadikan cerita, hari ni memang bosan sangat rasanya sebab cuaca macam swing-swing sahaja. (?). Lepas tuh tak ada mood pulak. (Perempuan!!!). Lepas tuh perasaan ada macam touching sikit dekat Onew. Urm. Heh, apa benda nih, bosan ah. Cerita cintan-cintun emmang tak menarik hati langsung! Tak cool. Tukar cerita ok tukar cerita ok. OK!


Ok, sebab bosan, pergi bengkel ayah. Bengkel sebelah rumah atau lebih tepat bengkel yang bersambung dengan rumah. Pergi sana dengan kelajuan kapal terbang. Mintak pengikis. Mintak pengikis, bukan kita kaki kikis. Tolong baca betul-betul. Tampar kang!!! Pengikis nak buat apa??? Kikis dinding rumah. Kikis cat-cat yang macam apa kat dinding rumah tuh. Rumah nih, entah lah. Dah macam ladang ternak dah tengoknya. Bertahun-tahun tak bercat sebab semua orang sibuk, bila raya tak raya kat sini. Bila duduk masa cuti nih baru perasan, eh, rumah ker nih? (Ingatkan ZOO). So, duduklah mengikis dinding. Tanggalkan cat-cat yang macam hodoh nak mam tuh. Huhuhu. Kepenatan. Mungkin sebab 1jam setengah punya joging. So, jantung dah tak mampu nak mengikis.


Masa nih, otak terus berfikir. Kenapalah Allah swt tak bagi adik-beradik lelaki kat kita erk? Kita orang tiga beradik. Semuanya perempuans. Lepas tuh kakak sikit punya ayu-ayu longlai. Adik pulak stok-stok lemau. Hahahaha. (Jahat). Masa duduk mengikis dinding tuh, mintak tolong dengan adik kikiskan sekali. Sebab dia dah tak sekolah kan. Dia kikis adalah sebesar coklat cadbury yang RM 3.80 lepas tuh dia lari masuk rumah, silang kaki, atas katil, baca novel!!! How dare you adik!!! 


Kalau ada abang ker adik lelaki mesti seronok. Sebab kita boleh buli dieorang kan. Kita boleh suruh dia buat kerja berat-berat. Ringanlah sikit beban kita yang perempuan nih. Ini tak, ayah sorang jek lelaki. Kalau ayah tak kuat nak buat sendiri, kita yang perempuan kena buat. Tapi, tenaga kita kan lemah. Heh, meroyan! Contoh lain, kita boleh suruh sibling lelaki cucikan kereta kita yang berlapuk dan berhabuk tuh. Sebab lelaki dia malas kemas rumah, tapi, kalau kereta mesti kilat sampai bila terkena matahari bisa membuat kita yang lalu nih bersinar-sinar. (Ah, lebih lah kau!)


Teringat ada satu masa tuh. Kancil kesayangan tuh buat hal. Rosak. Atas jambatan!!! Jambatan kat Kota Tinggi. Kat Sungai Johor tuh. Can you imagine that? Ada 5 orang dalam kereta. Ayah, mama, kakak, saya dan adik. Masa tuh dah molek-molek pakai skirt. Dah kereta rosak, siapa nak tolak. Mustahil nak biarkan kereta tuh mengekang jalan. Dahlah jalan utama. Takkan sebagai anak nak suruh mama tolak pulak. Sungguhlah rasa tak gentlegirl langsung. (Hah??) Terpaksalah tiga dara pingitan tolong tolak kereta. Malu, ,bengang, segan dan bekeng tak usah cakap ah. Tapi kalau ada adik-beradik lelaki, mesti boleh kawtim dengan dieorang. (kita bolehlah berdiri tepi jalan while abang dan adik settlekan kereta!) Hahahaha. Besarnya kebaikan ada adik-beradik lelaki.


Lepas tuh terus terfikir jauh lagi dan jauh lagi-lagi. Kami tiga perempuan. Which is perempuan kalau kahwin, mesti ikut suami. So??? Kami bertiga kena ikut suami. So, mama ayah, macam mana??? (Sedih!!!) Macam mana nak kahwin nih? Nanti siapa nak tengokkan mama ayah? Duduk sekali? Habis suami macam mana? Duduk sebelah rumah? Kerja? Owh, banyaknya terfikir. Senangnya, tak payah kahwin. Heh, boleh gitu pulak! (Dang!!)


Pastu, saya perasan. Orang yang dalam list siblings ada adik-beradik lelaki, dia akan lebih relax dengan kehidupan dia tau. Sebab, hormon dia mungkin bercampur-aduk. (Pekena dengan hormon heh??). Camnih ah. Dia lebih kurang macam dia relax-relax jek. Sebab, adik-beradik lelaki kan chill-chill ajer. Tengok lelaki, kalau bercinta ke apa ker. Relax. Tenang-tenang saja. Apa masalah lelaki tak boleh handle. Hihiks. So, yang perempuan akan terikut-ikut sikit ah sibling dia yang lelaki. Lepas tuh, kebaikan adik-beradik lelaki nih kan, dia macam, yang lelaki mesti jaga yang perempuan gila-gila. Tak adalah dia nak cakap I Love You adik ke akak ker. Cuma dia macam kalau adik ke akak dia ada kawan dengan lelaki, mesti dia 'jaga' ah. Siapa bagi kan orang kacau adik-beradik dia sendiri. (Walaupun kekadang dia pun kacau anak dara orang heh!). Kan3? Betul tak?


Tapi, itu kalau ada adik-beradik lelaki ah. Masalahnya, dalam family nih, hanya ayah seorang lelaki. So, tak dapek ah nak feeling-feeling nak membuli abang ke adik lelaki suruh buat kerja berat. Sendiri jugak ah kena tolong ayah. Apa pun. Syukur dengan nikmat pemberian Allah swt itu yang paling utama. Berhenti mempersoalkan kenapa kenapa dan kenapa. Sebab, semuanya mesti ada hikmahnya. =)



* Sorry ah lately nih menulis macam buat karangan SPM. Mungkin bosan barangkali*


Wassalam

Monday 5 November 2012

Ketika aku....

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu
Ketika aku meluruskan kerana aku tak mahu kau berbelok arah
Ketika aku berdoa untukmu
Ketika aku tersenyum untuk kebahagianmu

Ketika aku memberi harapan saat kau mulai terjatuh
Ketika aku tanpa jemu membantumu
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu

Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf bagimu
Ketika aku menjaga rahsiamu
Ketika kita duduk bersama dan perbicaraan kita selalu tertuju kebaikan

Dan
Ketika suatu saat nanti
Aku harus melepaskanmu dengan keikhlasan
Izinkan aku melabuhkan cinta padamu kerana Allah



Till then, berdoa dan terus berdoa.
Mungkin bukan sekarang tetapi Allah swt tak pernah mengabaikan hambaNya. Kadang-kadang ujian yang diturunkan adalah kerana kerinduannya untuk bersama dengan hambaNya. Terkadang di waktu senang, mudah untuk kita melupakanNya dan hanya bila sukar kita mendekatiNya. Allahuakbar. Persiapkan daku untuk bertemuMu Ya Allah.
Menghitung hari~

Saturday 3 November 2012

KENANGAN SEMALAM...=)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Assalamualaikum cikgu, sihat tak? Dah makan ke belum? Dah minum ke belum? Dah solat ke belum? Cikgu skrang ni macam mana? Rindu kitorang tak? Bila nak melawat kitorang? Kitorang rindu sgt sgt dkt cikgu.
-khalid & deniel-

Khalid dan Deniel. Khalid saya ajar dia. Kelas BB 1. Deniel, saya kenal dia masa sketsa. Tolong bahagian muzik. Then kami hangout sama sebab dia bawak bendera. Then kami jadi rapat. Dua-duanya humble. Cakap tak kasar. Bukan lelaki suka melucah. Personally, bagi saya, mereka berdua tahu menghormati orang lain. Nakal lelaki, biasalah. Tapi, nakal yang bukan kurang ajar. Malahan, ada satu peristiwa yang buat saya rasa Khalid adalah lelaki yang sangat baik. Peristiwa bersama Cikgu Azahir. Kikikiki. Anak didik BB 1 mesti akan ingat hal nih kan. Khalid sesuai jadi calon suami. Don't worry ah. Hihihihi. Cikgu recomended sangat nih. Deniel pendiam, tentu-tentulah boleh.

-Deniel- 
-Khalid-


Mungkin insan lain langsung tak berheran dengan semua nih. But, for me, memang touching habis boh. Dapat jek mesej nih, tetiba hidung guwe berair. Ciss! Saya nih memang sungguh tak macho ah. Sikit jek pun punya hal mesti hidung berair. Apasal kalau sedih hidung berair dulu sebelum mata erk? Ker, saya jek yang hidung berair? Hakhakahak. *Bukan pengotor!*


Saya percaya Allah swt dengan semua perancangannya. Saya tak mahu, tak mahu dan sangat tak mahu bila saya dapat dan kena praktikal kat Sekolah Menengah Vokasional Kuantan. Semahu-mahunya, seboleh-bolehnya saya mahu praktikal di Johor. Di sekolah harian biasa. Alasan sebab, Sekolah Vokasional terlalu ramai lelaki, sekolah tuh terlalu jauh daripada rumah, tak biasa dengan Kuantan. Sampai ker saat akhir, saya tak mahu tak mahu tak mahu praktikal situ. Sampai nangis-nangis dalam bilik kolej dulu. Hakhakahak. *Asyik nangis, tampar kang!*


But then, sekarang dah habis praktikal sana. Kerinduan tahap gaban kat pelajar-pelajar. Saya bukanlah cikgu yang baik dan bagus pun. Ramai jugak yang menyampah, meluat dan nak pengsan heh tengok muka saya nih. Tapi, dalam sekumpulan yang menyampah dan membenci, terselit jugak seorang dua yang menghargai diri ini. Demi Allah swt yang menciptakan saya dengan perasaan, saya pun rindu kalian juga. Kalau Khalid dan Deniel datang Johor, singgah-singgahlah ke rumah saya. Orang Johor menanti-nanti kehadiran orang Kuantan.


Tapi, inilah kehidupan. Kita berkenalan, kita beramah mesra, kita saling bantu-membantu, melengkapi antara kita. Namun, masa bersama itu bukan untuk selamanya. Tapi, kalian kena lah ingat. Walaupun kita jauh di mata, tapi, kita dekat dengan hati. Selagi kalian mengingati cikgu, selagi itu cikgu akan sentiasa ada. Bukan cikgu lupa kalian, bukan tak berkesudian datang melawat, tapi, perjalanan Kota Tinggi ke Kuantan tuh, makan masa 5jam jugak. Insha-Allah, ada kelapangan masa dan kewangan, cikgu sampai juga ke sana. Tapi, agak-agaknya, sampai bila lah ingatan korang masih lagi pada cikgu??? Sebulan berpisah, mungkin masih ingat nama dan muka. Tapi, 6 bulan berpisah, agak-agaknya masih kenal cikgu atau tidak? Entah-entah nama pun dah lenyap daripada ingatan. Tapi, cikgu berdoa sangat janganlah kita terpisah terus jasad dan hati. Kan3?


Erm..Kat sini jugak cikgu mintak maaf kalau ada mesej dan call yang cikgu tak jawab. Aduh, cikgu jugak ada pekerjaan yang harus dilaksanakan. Terkadang tuh, ada mesej yang tak mampu cikgu nak layan kalau non-stop. Hehehehe. Tak bolehlah gitu. Paling tidak, 2-3 mesej masih mampu lagi. Jadi, janganlah kalian salah anggap kata cikgu sombong dan nak putuskan hubungan. Bukan begitu. Cikgu perlua masa untuk diri sendiri juga kan. =)


Apa-apa pun, jom berjuang untuk SPM 2013. Cikgu akan graduate UPSI dan kalian jugak akan belajar buat kali terakhirnya di sekolah. Jadi, mari kita sama-sama berjuang untuk kejayaan masa hadapan kita. Chaiyok!!!


Wassalam