Friday, 8 June 2012

Berat badan dan pisang

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Hidup bersendirian di bilik tanpa teman berbual atau menyakat membuatkan Huda telah menghabiskan masa blogwalking ke sana sini. Seronok. Ada yang buat gelak sampai keluar air mata, tak kurang jugak yang menitiskan air mata sampai ada bunyi sokseksoksek. Ohyeah.



Sambil blogwalking tue, tengok Youtube tue, terjumpalah makanan kesihatan untuk badan. Terutamanya untuk mereka yang nak kurangkan berat badan. Digalakkan makan pisang. Oh, yeke. Bukan baru tahu pun. Dah lama tahu. Pisang adalah makanan kesukaan Huda dari kecil hingga sekarang. Masa kecil dulu, kalau jumpa pisang, mesti nak makan setandan sorang. Wahaha. Hasilnya, tengoklah badan Huda sekarang. Dulu masa sekolah rendah tak risau makan banyak, sebab Huda habiskan 1/3 masa kat padang. Masuk sekolah menengah habiskan masa atas katil hostel. Sangat malas nak menyarung kasut sukan walaupun untuk berjoging. Ahak!


Pisang juga boleh dimakan bersama-sama monyet. Hehe. Bukan makan monyet tue, tapi berkongsi pisang dengan monyet. Contohnya, awak kopek kulit pisang bagi monyet, suruh monyet kopek kulit pisang bagi awak pulak. Alamat, setandan pisang awak takkan merasa. HAHAA

Cerita pasal pisang nih, Hudakan penggemar tegar pisang. Sebab pisang lembut. Malahan pisang sedap dibuat cekodok. Cekodok adalah pisang dilenyek-lenyek bersama tepung dan ditambah sedikit gula lantas digaul bersama air, likat dan pekat lantas digoreng secara deep fryer! Huda kurang makan pisang sekarang atas dua faktor. Faktor yang pertama kerana harga pisang di pasaran ya ampun mahal giler. Pisang yang cenonet mahu dijual dgn harga RM3. Saya tak mau beli! Haha. Sebab, saya ini orang kampung. Keliling rumah ada pokok pisang. Cuma pokok sahaja. Dah bertahun tak berbuah. Itu bukan salah siapa-siapa. Sudah ditakdirkan, pisang hanya berbuah sekali. Jangan sampai pisang berbuah dua kali bhai! 



Faktor kedua saya kurang makan pisang sekarang adalah kerana, dulu saya baca majalah. Dalam majalah tue ada cerita pasal angkat berat. Sorry, lupa ahli angkat berat yang mana. Dia ceritalah. Dia nak masuk pertandingan angkat berat. So, untuk masuk ke pertandingan tue, dia makan pisang supaya berat badan dia mencapai jumlah yang ditetapkan penganjur. Walaweyh. Saat itu, terus saya takutkan pisang. Sebab, mentaliti 50/50. Beranggapan makan pisang, berat badan boleh sampai tahap ahli bina badan dan angkat berat. HAHAHA. Maafkan tahap pemikiran yang tak berapa nak cerdas. 

Siapa nih? Kenal? Saya Google jek. Tak tahu dia siapa. Sukan bina badan nih memang tak minat. Even tak ada apa nak tengok pun, takkan tengok sukan nih. Kalau Gimrama ker, memang terpacak depan tv lah!

Tapi, sekarang dah tak berapa nak takut lagi. Sebab, banyak baca kat majalah, banyakkan makan makanan berserat. Supaya penghadaman berkesan. Makan pisang hari-hari sambil berbaring atas katil. Boleh gitu? Ya, ngak boleh lah! Makan pisang sambil kayuh basikal ke Proton City. Itu baru MAMPU!




Till then, bubye korang. Tidur sementara menunggu~
Hihihi. Sweetnya awak. Ya, awak yang sedang membaca tue!

No comments: