Tuesday, 5 June 2012

Biiznillah~

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Exam cuma beberapa hari lagi. Tapi, hati resah, gelisah dan hilang fokus pada exam. Mengapakah? Sejujurnya, saya bukanlah orang yang sentiasa resah dan gelisah. Apa-apa pun saya masih boleh bergelak ketawa. Tapi, kali ini macam tak mampu nak bertenang pulak dah. Bangun, duduk, bangun, duduk, sampai tertidur. Buku yang dibaca selama beberapa hari cuma muka surat yang sama. Heh!


Keresahan nih berpunya daripada urusan praktikum yang belum selesai. Saya sedia maklum ramai lagi student yang namanya masih tak naik lagi di Facebook PULAMI. Malahan, saya juga bukanlah mahu bertindak mendesak pihak PULAMI mahupun pihak sekolah untuk buat keputusan tersebut. Saya faham, setiap orang ada urusan dan masalah yang hendak diselesaikan. Namun begitu, saya mengahrapkan setiap insan di dunia ini dapat berfikir sedikit untuk insan lain. Jika saya berada di pihak sekolah, tidak kira sebagai kerani, GPK atau waima Pengetua sekalipun, saya akan meletakkan diri saya dalam situasi pelajar/orang lain. Dalam situasi saya ni, saya melihat mereka menganggap urusan praktikum ini adalah satu yang remeh-temeh. Maaf, jika saya membuat andaian sendiri. Mengapa saya katakan begitu? Kerana saya saya telah menelefon pihak sekolah untuk pertama kalinya dan jawapan serta layanan yang saya terima saya andaikan sebagai 'MALAS NAK LAYAN".


Memandangkan pihak sekolah seperti tidak berminat untuk meneruskan bicara, maka saya berhubung terus dengan PULAMI untuk menyatakan yang pihak sekolah tidak menerima surat permohonan saya berpraktikum di sana. Pihak PULAMI dengan menyatakan, surat sudah dihantar ke sana. Saya terdiam, pulang dan masih sabar menunggu. Bila banyak nama sudah naik di Facebook PULAMI, saya makin resah. Maka saya kembali ke PULAMI untuk bertanya lagi. Jawapan yang saya terima berbeza-beza. Ada staff yang menyatakan tiada apa-apa respon. Ada staff pula menyatakan bahawa pihak sekolah hanya memfakskan maklum balas bahawa sekolah tersebut telah pun menerima pelajar praktikum daripada universiti lain. Namun, tiada jawapan pasti mengenai status kami. Kami diminta bersabar dan menunggu lagi. Maka saya menunggu.


Minggu ke-13, saya ke PULAMI lagi untuk bertemu staff. Tujuan saya adalah untuk pengesahan status. Saya bimbang memandangkan sekolah tersebut memfakskan jawapan sudah menerima pelajar universiti lain di situ. Apa perlunya dan apa motifnya mereka memberikan jawapan begitu kepada PULAMI. Saya bimbang kalau-kalau pihak sekolah nak kita sendiri faham yang mereka tak berminat dengan pelajar UPSI. Pemergian saya kali nih menambahkan sedih malah seriau pun ada. Wahaha. Sebab, pihak PULAMI telefon pihak sekolah time tue jugak dan sekolah bagi jawapan, 'Kami tak ambil apa-apa tindakan lagi terhadap permohonan pelajar UPSI, nantilah kami berbincang dengan GPK 1, inshaAllah tak ada masalah untuk menerima'. Erm, tak ambil apa-apa tindakan setelah berminggu. 


Hari nih, saya ke PULAMI lagi. Motif asyik naik tangga ke Tingkat 3. Bagus apa. Boleh turun berat badan tau! Saya nyatakan masalah saya sekali lagi. Okey. Pihak PULAMI telefonkan sekali lagi. Jawapan yang diterima adalah 'Maaf, pengetua tak ada kat sekolah!'. Ayoyoyo. Haritue nak berbincang dengan GPK 1, sekarang pengetua pulak tak ada. Apa ni. Apa ni. Malah, berita yang tambah gusar di hati nih bila kerani tue cakap, 'ada pelajar yang kami tak terima, apa-apa pun nanti kami beritahu bila pengetua dah balik'. Aduh, ada empat orang pelajar UPSI yang memohon sekolah berkenaan. Daripada empat orang nih termasuk saya, siapalah yang tidak diterima tue. Pihak PULAMI beritahu, jangan risau. Sejarah banyak sekolah yang mahu. Nanti dia akan carikan mana-mana sekolah untuk kami praktikum.


Mana-mana sekolah itu bukan masalahnya. Saya memikirkan banyak aspek yang mungkin pihak sekolah dan pihak PULAMI tidak fikirkan. Saya tidak menyalahkan pihak PULAMI 100% sebab apa lagi yang boleh mereka lakukan kalau pihak sekolah sendiri yang kurang efektif dalam permasalahan ni. Namun, saya selalu berfikir, kalau lah setiap orang sentiasa memikirkan nasib, keadaan dan berusaha untuk mempermudahkan yang lain, alangkah bagusnya hidup ni. Allahuakbar.


Mama pesan, banyakkan doa. Solat hajat. Baca yassin. Semoga setiap kesusahan itu ada kemanisan hikmahnya. Huhukhuk. 



Till then, wassalam.


No comments: