Monday, 4 June 2012

Cerita saya dan blog


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Entri ini ditulis sebab mata langsung tak mahu pejam walaupun selalunya kalau pegang buku Sejarah mesti terus lena. Kenapakah? Apakah yang berlaku? Mungkin jugak sebab malam-malam makan Maggi kari sebab siangnya langsung tak berselera pada nasi minyak ayam? Banyak persoalan berada di minda~





Blog. Ramai orang sekarang suka berblog. Kenapa?
First time Huda tahu apa itu blog adalah masa Huda ikut Bengkel Penulisan anjuran Dewan Bahasa. Adik Zurin yang kenalkan apa itu blog. Adik Zurin cerita macam-macam berkenaan blog. Lepas tuh, kak Ana Balqis pun beritahu, macam-macam boleh jumpa dalam blog. Ada blog yang tulis novel, penulisan bagus cuma tak dibukukan dan diterbitkan sahaja.


Then, daripada situ Huda berjinak-jinak dengan blog. Hajat hati bolehlah sampai tahap menulis paling tidak sebuah cerpen. Walaupun masa tunjuk kat kak Ana Balqis tuh, dia kata, cerita nih klise lah Huda. Haha. Kecewa weyh. Yelah, kita hadir bengkel tue pun sebab  pihak pengurusan kolej minta sebagai wakil. Wakil kolej katanya. Tapi, serius, masa join bengkel tue, terbakar jugak semangat nak menulis sebuah cerpen. Tapi, betul kata kak Ana Balqis. Kalau nak menulis, kena banyak membaca. Kena banyak tahu ayat/perkataan. Kalau setakat tulis biasa-biasa, ke tong sampahlah jawabnya. Bukanlah nak melemahkan kita. Tapi, beliau cakap tue betul. Penulis kat Malaysia nih ramai. Tapi, yang disebut-sebut berapa kerat kan? Kalau kita tengok penjualan novel pulak. Berapa buah novel yang laku? Balik-balik orang cari penulis yang sama jugak. Betul tak? Betul tak? Huda memang suka menulis sejak sekolah lagi. Bagi yang mengenali Huda secara dekat, tahulah. Cuma, keseronokan menulis tue belum sampai ke tahap ayat-ayat gramatis. Biasanya hanya dicurahkan untuk pertandingan menulis esei sahaja. Alhamdulillah, kenangan naik pentas untuk pertandingan menulis esei asrama atau sekolah masih segar dalam ingatan walaupun trofi kemenangan lapuk dimamah usia. Erm...


Blog Huda nih, blog suka hati Huda. Apa Huda nak tulis, Huda tulis. Tak kiralah ada yang baca ker tak, suka atau tak. Huda tulis untuk senangkan hati Huda nih. Lagipun belajar dekat UPSI, jauh daripada mama ayah, tak ada Chebes ataupun Cuput, siapa nak kawan dengan Huda kalau buku diari yang satu nih? Kalau nak keluar berjalan, akaun bank RM10, sebab takat tue jer limit keluar duitkan. HAHA. Nak baca buku sepanjang hari kat library, takut lain jadinya pulak. Jadi, masa Huda banyak dihabiskan di bilik (kolej) dengan menulis blog walaupun kadang-kadang entry tue Huda peram 3bulan lamanya. Tapi, kalau dekat rumah Johor, jarang sekali nak tulis-tulis. Sebab, bangun pagi dah kena buat itu ini. Belum lagi Chebes tumpahkan makanan atau Cuput curi telur atas meja bawak lari bawah kerusi. Aish, keduniaan betul~



Ada jugak yang kata mengata bila kita tulis blog nih. Katanya nak show off kehidupan kita. Promote diri dengan letak setepek dua gambar kita bermuncung itik. Bila kita tulis tentang travel, orang kata, bajet engkau sangat loaded lah. Tak kurang juga yang menganggap ini blog murahan. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Tiada ilmu yang boleh kita kongsikan. Nasihat saya, kalau kalian suka, teruskan membaca, kalau kalian tidak suka, terus klik X kat bahagian atas tuh. Saya cuba untuk tidak menyakitkan hati sesiapa menerusi blog saya ini. Harapnya memang belum ada menyakitkan sesiapa. Walaupun follower saya tak seberapa, namun, saya tak kisah. Pada awal penulisan saya lagi, yang saya mahukan adalah saya boleh improve penulisan saya. Itu sahaja. Kalau nak glamour, mungkin saya akan join Vokal Bukan Sekadar Rupa. Opss... 




Akhir kata........
Terima kasih kepada semua yang membaca blog saya dari awal sampai ke entri terakhir.



Kebencian anda kekuatan saya



Update: Sedangkan Rasulullah yang sempurna itu juga ada yang tidak menyukainya, apatah lagi saya insan biasa. -Dena Bahrin-
Sila tegur kalau saya menyimpang landasan. Terima kasih. 

Till then, wassalam.

4 comments:

NessaQ NasiR said...

Saya sokong ayat awk..nie blog kita..sume yg kita rasa ditulis dan dikongsi bersama..sape yg xske jgn la bace kn..huhuhu..nie la cara nak luahkn ape yg d rase...sob sob sob

Unknown said...

Nessaq:
Saya tak menghalang mana-mana pihak atau sesiapa sahaja utk meninggalkan komen mahupun teguran. Cuma yang saya minta, menghormati saya sebagai penulis. Kadang-kadang rasa kita tue tak sama kan? Mungkin mereka yang gemar mengkritik orang lain nih, merasakan mereka terlalu sempurna. Apapun husnuzhon jer lah.

Anonymous said...

tau xpe..suke hti la nk tulis ape..just nk share ape yg drse dn shre pengalaman..kpd yg suke, teruskn dn kpd yg tak suke, gi duk jauh2..hahaha

Unknown said...

demukdebab:
napa lah awk guna nama demuk debab. aish. tidak mengapalah. =)