Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Bila balik Johor, memnag tak sah kalau tak cari kawan-kawan nie. Erm, kawan-kawan yang rasanya macam kakak dan adik kita sendiri. Bila kita sedih, susah, mereka nie lah yang di sisi. Even berkenaan wang ringgit, mereka ini jugak tetap di sisi. Ramai kata kawan ketawa senang dicari, kawan menangis, menangislah kau sendiri. Tapi, THE SISTERS sentiasa ada bersama saya buat masa nie. Bila orang baik dengan kita, kenapa mesti kita berjahat dengan orang. Kami berjanji, kami susah senang bersama. Setakat nie, itulah yang berlaku. =)
Pada awalnya, THE SISTERS cumalah saya, Izzatie, Jannah dan Nessaq. #saya yang meletakkan THE SISTERS merujuk kepada orang yang saya akan cari tak kira suka@duka#. Sebab, bila saya susah, saya sedih, saya marah, saya kecewa, saya akan hubungi tiga orang nie. Lambat atau cepat, tiga-tiga akan membantu saya. Tapi, sekarang THE SISTERS dah ada ahli baru. Shasha Bella. Shasha Bella kawan sekolah saya juga, cuma dulu tak rapat sangat, sekarang dah rapat sebab beliau duduk serumah dengan Izzatie. Masa berubah, maka perasaan juga semakin dekat. Bukankah begitu? Jangan masa berubah, perasaan semakin jauh sudah. Itu yang kita tak mahu! Yang bestnya mengenai THE SISTERS selain sentiasa bersama susah dan senang, tak ada unsur jelly-jelly sesama sendiri, perasaan sayang yang terlalu kuat, sekepala, seirama dan sesese yang lain, THE SISTERS sangat menghormati masa bersama. Pernah tak you guys keluar, girls lah, lepas tue, kawan korang asyik berSMS sepanjang masa bersama. Pernah tak? Mesti pernahkan. But, how lucky I am, bila keluar dengan THE SISTERS, semua tumpuan adalah untuk kami. Yelah, kalau kau sibuk nak mesej pak we kau, apahal kau keluar dengan aku??? Bukanlah tak boleh mesejkan, tapi, agak-agaklah, kita tengah enjoy bersama, tapi kau asyik main mesej. Bosan tahu.
THE SISTERS juga adalah orang yang saya selesa untuk ketawa bersama, tak perlu nak control makan, tak perlu nak control cakap, boleh tidur sama-sama, makan sepinggan, sesudu, minum air dari gelas yang sama. Serius. THE SISTERS jugak orang yang saya jumpa tak berkira. Kami kenal, kami berbual, kami jadi rapat, kami sayang sesama sendiri. Bukanlah bermakna kawan lain tak bagus or whatever, tapi, setiap orang ada rasa yang lebih pada kawan yang berbeza. Faham tak? Bukan kerana manfaat yang diperoleh, tapi, bila bersama orang tue kita selesa. Macam, kita nak kentut pun, main lepas aje lah. Hahahahaha. 12 tahun kami berkawan, owh, seronoknya. Bila nak berpisah, rasa bergenang-genang. Rasa nak peluk kuat-kuat dan cakap, awak, jangan lupakan saya. Kita kawan sampai mati tau. #walaupun kami senegeri, tapi, masing-masing ada tanggungjawab sendiri#
Okey, okey. Tinggalkan sebentar tentang THE SISTERS. Actually nak cerita pasal DANGA BAY. Atau nama Melayunya, TELUK DANGA. Sejarah tempat nie, mohon diGoogle sahaja. Erm, dulu, rasanyalah, tempat nie lebih meriah, lebih cantik dan lebih menggoda. Sekarang nie macam dah suram sikit. Dengar katanya, nak direnovate semula bagi kemeriahan tue kembali bersinar. Mungkin sebab Johor dah banyak sangat tempat rekreasi, jadinya tempat nie jadi malap. Tapi, tak malap terus pun. Masih lagi menjadi salah satu destinasi yang wajib dituju. Huda pun baru jer jejak kaki ke sini. Sebelum-sebelum nie mana ada masa nak menjengah. Akhirnya hari tue, THE SISTERS bawak ke sini. Macam biasa, jakun tahap ke-4. Plan asal, Jenot nak bawak kami ke kawasan istana, yang dekat dengan Wisma Persekutuan (Arkib Sejarah Cawangan Johor) tue. Tapi, malangnya, kawasan istana tengah renovate pulak. Biasalah, untuk generasi kita jugak. Kami ke Danga Bay, berjalan-jalan sampai haus tekak. Bergambar-gambar, ketawa-ketawa. Tapi, kami tak mengumpat. Sorry, tak ada masa nak fikir hal orang lain. Hal sendiri banyak tak settle bhai~ Y(^__^)
Apapun, bila masing-masing nak berpisah, rasa macam tak sanggup nak tengok muka. Rindunya. Bilalah lagi boleh ketawa, berbual, makan dan tidur sama-sama. Biarpun jumpa kawan baharu, yang ini juga yang saya cari setiap kali. Erm...Saya doakan kalian berjaya dalam hidup. I Love you all more than you know. Uhukuhukuhuk.
US! Bella-Zati-Huda-Jannah |
THE SISTERS. Dengan mereka, saya tak perlu nak control. Just be myself~ |
Jannah pilot dan Bella pembantu~ Izzati penunjuk jalan. Huda si jakun! |
Bersyukur dikurniakan kalian |
Siapa yang mahu menunggang, silakan. Selain menunggang, ada train disediakan di Danga Bay. Boleh jugak usha minah salleh yang berjemur atas bot. Wahaha. |
Macam biasa, soalan cepumas. Mana satu jari-jemari saya?? |
Nota: Disebabkan mereka tak pernah ada rasa hasad dengki dengan kejayaan rakan, mereka mudah sahaja beroleh kejayaan dan pekerjaan. What you did, you get it back. Its KARMA. Beware! Bila berkawan, bukan kita tak pernah rasa kecil hati, tapi, bila ukhwah yang dibina itu datangnya daripada Allah swt dan kerana Allah swt, InshaAllah, hati terpujuk sendiri. Masalah yang datang kita kongsi bersama. Kita rasa bersama. Walaupun kadang-kadang kita tak berupaya nak membantu meringankan, tapi, hanya dengan mendengar masalah, sekurang-kurangnya kita membantu meredakan rasa sedih kawan kita. Kawankan cerminan diri kita~ Bila berkawan, jangan mengharap lebih daripada diri mereka tapi, usahalah untuk memberi lebih daripada diri kita, InshaAllah, dengan sendiri Allah swt timbal balikkan semuanya. Syukurnya saya kerana adanya mereka. Allahuakbar!
Till the, rindu kat Nessaq sebab dia sorang aje yang tak ada masa nie.
5 comments:
hurmm..sebut pasal teluk danga nie..aritu baru lah qila menjejak kan kaki kat sane..name je dah duk johor berkurun lame...selalu lalu je tgk dari cermin tingkap kereta..hahaha...
p/s= ape2 pun huda..congratez for ur practical..and now its ur turn to change the thought of our students...yeahhh :)
Qilah:
Sama lah kita, selalunya tengok Danga Bay nie celah tingkap jer. Padahal selalu ke kawasan situ, tapi, apa kes kan nak datang sengsorang. Bila ada yang nak teman, hah, baru ngam. Nanti cuti, sesamalah kita pergi pulak!
Tq. Takut tapi hati tak sabar mahu mencuba!
jeles sbb xde sme..xpe..sye akn pastikn akn dtg i'll be there..hehehehe..pape pon..syg kamu sume!!! ketat2... alot of lurf from me..muahhh!!! =)
Jgn pernah lpka smua kngn kta bersama tau.. Always reember you all
Zatie:
Dah start merana nie. Cepat telefon saya!
Post a Comment