Tuesday, 26 June 2012

Hari Pertama: Bergelar Guru Pelatih

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

25/Jun/2012 (Isnin)
Hari nie kelam kabut ke sekolah, masing-masing menggelabah nak berhadapan perhimpunan pertama. Penampilan diri mestilah kena jagakan, tapi, tudung masing-masing buat hal. Mujur jugaklah tudung Huda nak jugak dibentuk. Sementara tunggu Asni bersiap, pergilah panaskan engine kereta dulu. Bila Asni dah sudah, naik kereta, masuk gear, sekali, langgar pintu pagar rumag. Memang tak terkata hanginnya tue. Mood pagi nak ke sekolah hancur melihat kereta sedikit tercalar. Sedikit cukup buat mood hilang okey!

Jalan bukanlah sesak sangat sebab masih awal pagi, tapi sebab traffic light, jadi lambat. Ya, sangat lambat dengan sikap pemandu yang terkial-kial lagi nak bergerak. Sampai sekolah, punch card, pukul 7.24 pagi. Alhamdulillah, hari pertama tak lewat. Dua orang sahabat course Sains daripada UPSI sampai dan kami guide merekalah dengan persekitaran sekolah. Masuk dewan perhimpunan, amek seat belakang sekali. Menggeletar tak payah cakaplahkan. Mujurlah ada cikgu lelaki yang masa kami lapor diri tue ada. Dia yang buat kami taklah rasa cuak sangat. Maklumlah, kita tak ada pengalaman mengajar, mahu tak berdebar. Lain orang, lain rasanyakan! Okey, perhimpunan bermula. Serius, rasa sebak sangat. Dulu, kat SMK TUN HABAB, saya sebagai pelajar. Saya berdiri di bawah tengok cikgu-cikgu duduk atas stage. Sekarang, saya di atas stage. Bukan bermakna boleh membangga diri, tapi, inilah perjalanan hidup saya. Saya pula yang menyaksikan pelajar menguruskan dewan sebelum majlis perhimpunan rasmi. Rindunya saat itu.

Sepanjang perhimpunan, saya berkenalan dengan cikgu TESL/English. Banyak yang diberitahu kepada saya. Buat saya rasa macam belum mencuba dah mengalah. Sedihnya rasa. Tapi, hati kata, sabar dan cuba. Masa nie, belum tengok kelas lagi, tapi, masa entri nie ditulis........

Tiba masa pengetua bagi ucapan, dia panggil kami berdiri kat depan sekali, depan guru-guru lain. Untuk sesi pengenalan diri. Malunya, menggeletarnya, macam hape dah. Macam Pokemon bertukar jadi Doraemon pun ada. Hish, memang tak boleh blahlah muka. masa pengetua sebut, cikgu NurulHudaTaib, tak semena-mena, tersenyum lebar pulak. Haish, tak sopan pulak dah. Hahaha. 

Kami dah pun dapat jadual. Saya akan mengajar kelas 4 BB 1, 4 PPN, 4 ABM dan 4 TKA. Erm, tadi saya dah masuk 4 TKA. Erm, macam mana nak cakap erk? Senang cerita, mereka cakap, pelajar-pelajar nie hanya ke sekolah untuk dapatkan sijil kemahiran, tapi dipaksa ambil SPM, jadi macam nie lah. Tadi pun, datang sekolah tak bawak buku, tak bawak pen. Erm, mungkin luahan nie macam orang yang tak sanggup nak pegang profesion perguruan. Tapi, sejujurnya, sebagai seorang guru pelatih, saya belum bersedia. Serius belum bersedia. Terasa besar sangat tanggungjawab yang wajib saya galas sepanjang 4bulan di sini. Pelajar tak mahu belajar, pelajar lari dari sekolah, ponteng kelas, merokok dalam kelas, makan. Dan, saya juga akan mengajar menggunakan buku khas yang disediakan kerajaan negeri Pahang. PERHALUS. Buku nie menyediakan pelajar untuk cukup sekadar lulus. Walaubagaimanapun, semua nie dinamakan cabaran. Kenalah saya tanggung dan lalui. Inikan amanah. Walaupun pelajar maki saya dalam kelas, kenalah saya diam, sabar. Walaupun mereka tidur sungguhpun dikejut, kenalah saya bertenang. Waktu macam nie, kesabaran memang perlu. Kalau tak sabar, mungkin kereta saya kena boom kot!

Saya dah dapat guru pembimbing. Kak Ifah. Setakat nie, Alhamdulillah sahaja yang mampu diluahkan. Semoga hari mendatang lebih baik. Semoga urusan dipermudahkan. Semoga pelajar mampu memberikan kerjasama pada saya. Saya tak maulah nak denda mereka jemur tengah panas ke hape. Hihihi. Saya dah dapat tugasan kokurikulum. Menjadi instruktor untuk Senam 1 Malaysia, 10 Julai 2012. Mulanya ragu-ragu, tapi, saya semangat nak buat. Bila lagi nak buat sesuatu yang jauh daripada kebiasaan kitakan. Jom, kita bersedia untuk J-robik!






Till then, berusaha mencari rumah terdekat sebab ada banyak program sekolah akan dijalankan pada waktu malam. Oyeh oyeh oyeh!

2 comments:

SHAFIQA AHMAD said...

NICE BLOG...FOLLOW ME BACK...
sALAM PERKENALAN ^_______^

Fani said...

Kena bagi ucapan perkenalkan diri dekat perhimpunan ke?