Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Edisi kali nie adalah mengenai tempat makan di Johor. Ya, Johor. Allah, peliharakan Sultan, Anugerahkannya segala kehormatan........... Sambung sendiri. Lagu Bangsa Johor tue!!!! Huda. Makanan. Makan. Oh, bagai irama dan lagu. Tak pernah menolak makanan walaupun sekeping apam balik RM 2.00. Biar penuh macam mana pun, perut nie mampu isi makanan berulang kali satu hari. Hasilnya? Macam yang korang tengoklah. Berat badan? Tak payahlah tanya! Tumbuk kang!
Huda review kedai bbq & steamboat nie, free, tanpa bayaran. Blog Huda nie hanya memaparkan perasaan Huda dan perasaan Huda sahaja. Sebarang pertikaian pendapat amatlah dilarang. Tapi, kalau ada penambahbaikan atau cadangan, amatlah digalakkan. Senyum! =)
Okey, plan untuk makan-makan nie sudah lama dirancang oleh tuan director iaitu Jannah atau nama famousnya Jenot. Jadi, cuti yang sekejap cuma nie, tetap berusaha memenuhi undangan rakan. Hey, mereka adalah besties sampai mati saya okey. Susah ker senang ker, merajuk ker, kecik hati ker, kongsi rahsia ker, mereka inilah! Tiada yang lain. Plan makan-makan ini tentunya melibatkan girls yang gedik-gedik sahaja. Hahaha. Gurau. Zatie sebagai penolong director yang usahakan mencari kawasan makan-makan yang hebat. Erm, tak mencari sangatlah sebab Zatie adalah customer tetap yang diikuti juga oleh teman serumah beliau, Shasha Bella atau ... Abaikan. Destinasi tempat makan kami adalah di Taman Gaya, Johor Bahru. Pernah dengar? Boleh Google Maps. Dunia dihujung jari bhai~
Tempat nie namanya LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT. 2 dalam 1. Boleh membakar (BBQ) dan boleh juga menggulai (STEAMBOAT). Sejujurnya, ini adalah kali pertama Huda pergi makan-makan macam nie. Makan yang luar daripada kebiasaan. Huda tak pernah makan steamboat sebelum nie. So, keterujaan adalah di tahap 4. Tahap 4 maksudnya teruk, tak boleh dirawat lagi. Mendatangkan kemudaratan. Eh, please jangan lari topik!
Huda bagi 5bintang untuk restoran nie. Tak perlulah meja makan macam kat hotel sebab meja yang disediakan dah cukup besar, bersih dan selesa. Restoran nie jugak selesa walaupun kita makan ramai-ramai. Maksud ramai-ramai tue adalah tak ada private room. Eh, perlu ker private room untuk bbq dan steamboat. Mau berasap korang dalam bilik tue weyh! Makanan yang disediakan pun mencukupi, banyak, ramuannya sedap tekak menelan, service cepat, cekap dan tangkas ibarat harimau menerkam Chebes. Eh? Kebersihan kedai, toilet pun terjaga. Sudah kubilang, kalau toiletnya bersih, makanya kedai itu bersih dong. (Zatie yang dah jenguk toilet dia, dan dia berpuas hati, malahan dengan semangat berkata, 'toilet dia bersih Huda!). Ehem, macam tahu jer kawan dia nie cerewet. Sebab nama pun bbq dan steamboat, korang layan diri lah. Korang sampai ajer kat restoran nie, pelayan dia akan datang tanya, berapa orang. Yelah, nak sediakan cawan dan pinggan malahan nak kutip bayaran. Sebab, tak kira banyak mana kita makan pun, harga tetap RM18.50 seorang, untuk dewasa macam saya~ Lepas tue, kalian boleh terus memilih, mencedok, meragut, membalun dan memanggang segalanya yang terhidang di LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT. Boleh ambil seberapa banyak yang kalian suka. Ambil, ambil dan ambil lagi. Tak perlu risau dikejar ataupun dimarahi kerana RM18.50/seorang pasti kalian wajib bayar sebelum keluar.
Huda memang suggestkan sangat korang datang sini makan. Terutamanya bagi family. Sebab, meriahnya tak terkata. Sambil membakar makanan yang tak melekat-lekat tue, korang boleh ketawa sepuas hati dengan buddies. Seronok sangat. Masa nie lah nak mengeratkan hubungan sesama kita. Bila lagi kan? Berlumba-lumba masukkan makanan dalam mulut, lepas tue sama-sama melepuh lidah sambil mencari air lepas tue air mata keluar hanya kerana mulut tak sabar menyumbat makanan yang baru keluar daripada kuah yang mendidih. Lepas tue sama-sama gelak tak ingat dunia. Sweet ke tidak? Tak sweet? Tak apa. Ada lagi sweet. Sweetnya bila orang lain cemburu tengok kita punya meja penuh makanan, sambil memanggang kita berphoto-photo ibarat besok sudah tiada dan lebih sweet lagi bila ada lelaki cakap kita bodoh! Hah, cukup ke tidak sweetnya tue? #lelaki tue cakap kami bodoh sebab dia salah faham bahawa kotak tisu itu sebenarnya milik kami peribadi, bukannya milik kedai# Hanya kerana kita tak siasat satu perkara tue, tengok apa tanggapan orang pada kita. Kan kan kan?
Apa sahaja soalan dan penambahbaikan sila komen. Penambahbaikan tue termasuk cadangan tempat makan lain yang lebih membakar usus saya dengan kawan-kawan.
Kalau nampak signboard nie, jangan lupa singgah. Nasi goreng, kuew tiau goreng dan segala seafood dan darat food dengan harga tertera. Termasuk aiskrim! |
Deretan pilihan makanan. Pilih pilih pilih. Gaya abang pasar~ |
Vegetarian? Relax. Sebab ada sayur-sayuran disediakan. Lala, kupang, kerang juga menghiasi perut. Sambal juga perbagai jenisnya. |
Sukar mendapatkan telur burung puyuh? Di sini ada! Ce tengok star yang ada mata dan mulut tue. Punyalah Huda mengambilnya untuk budak bertiga tue, nan hadonya dyorang makan! Haish, kita baru nak buat-buat sweet, sekali dyorang kata, tak sukalah star nih! PANG! |
Mari membaham! Eh eh eh! |
Muka masing-masing dah tak dapat dikawal apabila makanan di hadapan mata. |
Peraturan perlu ingat. Siapa membazir, bayar balik. Itulah, jangan tamak, nanti rugi! |
Muka-muka penuh semangat nak membaham! |
Walaupun kita sibuk membedal, posing jangan dilupakan. |
Spot lelaki yang salah faham! |
Oh, eh, kita sahabat! |
Restoran Lagi Best Bbq dan Steamboat
No.31, Jalan Sasa 5, Taman Gaya,
81800 Ulu Tiram, Johor.
Tel: 07-861 4725/ 017-709 9914
Waktu beroperasi : 5pm-12am
Till then, entri seterusnya adalah Danga Bay. Yer, Danga Bay tak lama lagi akan direnovate. Tak lama lagi maksudnya, belum ada tarikh yang sesuai. Sumber: Tak boleh dipercayai.
Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah nenek Jannah yang kembali ke Rahmatullah pagi semalam. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun~
4 comments:
Time kasih sbab wat sy gelak n sntiasa nk jmpe awk ble bca smua entry2 tntg kta
Zatie:
Rasa tak nak balik tau semalam. Sedih sgt. =(
wahhh..macam syok je..erm..thanks suggest kan tempat makan bakar2 nie..qila pantang ade dgr maknan yang kene bakar2 nie..TERUJA (sbb fav)..hik3
Aqiela Amin:
Bagi Huda nie mmg cukup terbaiklah. Tak ada limit masa atau makanan. Makanlah sepuasnya. Ramah tamah semuanya.
Post a Comment