Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
22/06/2012. SM VOKASIONAL, KUANTAN.
Allah swt tetapkan begitu, maka saya husnuszhon sahajalah dengan 1001 rasa dalam hati. Rumah kami ke sekolah adalah dalam 20minit menaiki kenderaan kalau tak jammed. Sebab jammed boleh jadi 30minit atau lebih. Berdasarkan ukuran masa peratma kali pergi. Aritue, mula-mulqa pergi terasa dekat, masa time lapor diri, terasa jauh pulak. Wat masa nie, kami still guna GPS. Almaklumlah, masih baru untuk hafal jalan. Kikiki.
Sampai sekolah lebih kurang jam 10.20 pagi. Kami terus ke pejabat. Biasalah, awalnya memang kena berurusan dengan pejabat dulu. Mana boleh main terus redah nak merayap-rayap dalam sekolah. Tau peraturan ker tak?? Ehehehe, padahal, mama yang ajar semua tue. Mula-mula masuk gate sekolah tue, seriau rasa sebab mata terus tertancap kat [elajar-pelajar lelaki yang..Ya Allah, ramainya. Tinggi-tinggi, besar-besar, confident! Sedangkan diri ini yang bakal bergelar guru pelatih, hanya mampu tertunduk dan menggenggam tangan. Bukan nak menumbuk dyorang, itu petanda, nervous tahap keempat!
Masuk pejabat, jumpa dengan kerani N1. Dia cakap pengetua sedang bermesyuarat. Okey, kami cakap, lama lagi ker? Dia kata, tak tahu. Okey, kami cakap, kami tunggulah. Dia buat tak tahu. Ehehehe. Tak mengapa. Telefon mama. Ehem, anak mama memang begini. Akhirnya, settle. Encik Wan, kerani lain yang uruskan kami. Alhamdullillah, setelah menanti selama dekat 1jam lebih, kami berjaya bertemu dengan pengetua sekolah dan GPK 1. Emm, tapinya, ada beberapa hal yang tak sedap pulak dengan pihak kerani 1. Tak mau cerita sinilah. Tapi, siapa-siapa ada sedara mara yang bekerja sebagai kerani, please, jangan membeza-bezakan orang sangat, bayangkan anak anda diperlakukan sebegitu. Sedangkan pengetua menjemput kami duduk, takkan lah awak boleh berkasar dengan kamikan. Erm, sebenarnya, kami tidak diterima si sekolah itu, sebab lambakan guru kat sekolah tue. Tapi, memandangkan pihak PULAMI salah faham aritue, sekolah terpaksa terima kami jugak. Buat masa nie, doa sajalah yang terbaik. Selepas perbincangan beberapa minit dengan pengetua dan GPK 1, kami dibawa oleh GPK 1 ke pejabat.
Masa nie, kerani 1 dah tak over sangat. Kerani 1 merujuk kepada kerani N1 yang mula-mula kami temui. Dia dipaksa untuk menyiapkan punch card kami. Hihiks. Muka ketat saja! Hihihihi. Kami senyum saja. Hari tersebut, bermulalah kehidupan sebagai guru pelatih. Kami diingatkan supaya datang sebelum jam 7.30 pagi dan balik selepas jam 3.15 petang hari Isnin hingga Khamis dan hari Jumaat balik pukul 12.15 tengahari. Kami kemudian dibawa ke bilik guru. Kebetulan cikgu-cikgu ramai yang packing barang nak balik dah. Hihiks. Rupanya macam nie suasana menjadi cikgu~ Saya dapat meja no 49 dan Asni meja no 50. Sebelah kami cikgu Sejarah jugak. Sebelahnya cikgu handsome. Hihiks. Kami akan mengajar pelajar Tingkatan 4. Uhuhu. Pelajar perempuan sweet-sweet semuanya. Kecil saja. Hihiks. Pelajar lelaki jer menakutkan. Hihiks. InshaAllah, cuba yang terbaik. Kami disuruh duduk kat bilik guru sampai masa persekolahan tamat. Tapi, kami pemalu dan kekok. Jadi, kami mintak izin untuk buat lawatan sosial kat sekolah. Maka, berjalan-jalanlah kami keliling sekolah. Mencari mana satu dewan perhimpunan, mana tandas, mana surau, dan mana kantin,. Penting tue, perkara asas yang kita kena tahu. Lepas tue baru cari mana bangunan Tingkatan 4. Sekolah kami kecil saja. Ada dua blok kelas kalau tak silap. Alhamdulillah, semuanya okey, kecuali pelajar-pelajar nakal sebab mereka membengkokkan cermin kereta saya! Memang nak kena tue!
Asni tak sabar-sabar nak punch card balik. Tepat jerk jam 12.15, kami pun punch card, Aik, sekali punch card kat tempat datang. Apa tue? Ah, bedal jelah. Kami terus memecut balik. Memikirkan nasib hari esok pula. Insha Allah, walaupun dibuli oleh pelajar dan kerani, cikgu-cikgu lain boleh dikatakan mesra pengguna. Huwahuwa.
Selamat Datang ke SMVokasional, Kuantan. Cikgu Huda~ |
Persekitaran sekolah |
Pejabat. Erm, sedikit macam klinik kesihatan. Dua orang budak lelaki yang dilayan oleh kerani 1 sambil ketawa-ketawa. Beza dengan layanan terhadap kami! |
Carta sekolah dan jadual aktiviti sekolah. |
Sekolah tempat kami menabur bakti lebih kurang 3 bulan lebih nie~ |
Pada awalnya kami telefon sekolah berkenaan rumah sewa dan pejabat cakap tak ada rumah, sekali, masa pertemuan dengan pengetua dan GPK 1, mereka sudi menyediakan rumah pula. Aiseyman, rugi, rugi! Malahan, ada cikgu tue pelawa kami tinggal bersama. Alahai, bukan rezeki kami. Kalau tak, dekat dah nak ke sekolah. Tapi, percaya jer lah pada rezeki Allah swt. Mungkin ada hikmahnya kami susah begini.
Till then, merindui saat-saat di rumah. Merindui si Chebes yang comel dan manja. Merindui si gedik Ciput & Cuput. Juga anak-anak bulus lain. Rindu jugak nak membebel pagi-pagi kat Amie sebab malas kemas rumah! Hahaha. Semoga semuanya baik-baik saja.
RIndu jugak kat Zatie. Rindu nak cakap-cakap, peluk-peluk dan ketawa-ketawa. Huwaaaa....(kami bukan lesbo!)
1 comment:
hehe..tolong kirim salam kat cikgu yang duduk kat sebelah meja cikgu sejarah senior tu boleh..??almaklum lah..pape pn..congrat n goodluck cikgu huda... =p
Post a Comment