Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Beberapa hari nih ramai kawan-kawan yang berbahagia. Bertukar status diri. Tak kira lah in a relationship ke, engaged ke, waima married sekalipun. Syukur buat hati-hati yang sedang berbahagia. Namun, ada juga hati-hati yang sedang sengsara. Mengapa?
Sesungguhnya dalam kehidupan ini, bukan semudah yang kita sangka. Bukan kita minta A maka A terus kita dapat. Mungkin untuk pertama kalinya kita hanya berjaya mendapat B. Namun begitu, rasa syukur itu perlu ada supaya Allah sentiasa meletakkan kita dalam pandangannya. Menyentuh tentang bersyukur, terpanggil saya untuk melihat situasi-situasi yang berlaku sekarang. Sejujurnya, saya menulis ini dengan melihat situasi seorang teman sekolah. Saya tak mahu mengulas tentangnya berlebih-lebih di sini. Demi banyak hati yang membaca blog ini. Semuanya adalah kawan saya. Maka, banyak hati perlu saya teliti.
Namun, untuk si gadis teman yang dikhianati,
Percayalah. Tidak Allah swt itu mengadakan sesuatu untuk menyeksa kita. Segala yang berlaku pasti besar nikmat dan hikmahnya buat kita. Saya dan kawan-kawan yang lain sentiasa ada untuk bersama awak. Yakinlah, seorang lelaki yang meninggalkan awak itu, pasti Allah swt menggantikan dia dengan seseorang yang nyata lebih baik untuk awak. Tambahkan kekuatan awak dengan doa dan ikhlaskan hati dengan pemergian dia. Belum tentu kalau dia bersama awak, dia adalah yang terbaik. Betul tak??
Ingatkan diri kita bahawasanya, kalau kita redha akan kehilangan sesuatu, maka, Allah akan gantikan kita dengan sesuatu yang jauh lebih bernilai. Kadang-kadang kita terlalu menginginkan seseorang. Kita rasakan tutur katanya lemah lembut, budi bicaranya santun, serasi dan selesa bila kita bersama. Namun, percaturan Allah itu lebih tepat buat kita. Maka, redha dan bersyukurlah pada ketentuan Allah.
Ingatlah, bila kita sayangkan seseorang, namun dia memilih yang lain sebagai pasangan hidupnya, jangan pernah kita memusuhi dirinya. Biar orang yang kita sayang bahagia dengan orang yang dia sayang dan kita juga pasti menemui orang yang menyayangi kita lebih daripada dirinya. Bukankah aman damai hidup ini kalau kita boleh redha dengan sesuatu yang berlaku. Tapi, benarlah pepatah lama. Bercakap itu memang mudah, namun, hati yang menanggungnya, siapa yang tahu. Buat sahabatku, senyumlah. Kamu wanita yang akan bahagia di dunia dan akhirat. Insya-Allah. Jangan kita mendoakan sesuatu yang tidak baik buat si dia sungguhpun si dia menghancurkan hati kita. Berbaiklah dengan semua orang.
Allahuakbar. |
Love, Huda.
No comments:
Post a Comment