Tuesday, 24 July 2012

Hari ke-21 : Ini Ramadhan yang penuh erti!!! Pertama kali dalam hidupku~

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Isnin (23 Julai 2012)
Setiap orang ada pengalaman tersendiri. Begitu juga saya. Ini adalah Ramadhan penuh erti walaupun penghujungnya nanti akan ada titisan air mata selaju air gunung. Ewah, bersastera di Ramadhan ketiga~ Ramadhan kali ini dengan status seorang guru. Apabila berstatus guru, tak perlulah nak anggap, Ah, guru pelatih saja. Ah, guru praktikum saja. Bukannya semua guru itu sentiasa ada amanah dan tanggungjawabnya? Sibuknya tak mengira guru tetap atau guru pelatih? Tak gitu???

Walaupun kurang tidur (Yeke?) sebab baru tiba daripada Johor yang tercinta, tapi, semangat hadir ke sekolah untuk mentamadunkan manusia sentiasa berkobar. Lega dan riangnya hati bila tengok pelajar-pelajar masih bersemangat walaupun tekak masing-masing haus dan perut berkeroncong. Oh, kelegaan ini waktu jam 7 pagi. Habis perhimpunan mingguan, masuk kelas 4 PPN. Hati sedikit resah dan sayu. Mana anak bangsaku???? Hanya beberapa kerat pelajar sahaja yang dilihat. Wajah yang sama yang dilihat setiap minggu. Irfan, Umarul, Rosdie, Sulhi, Hasnornadhirah, Nabiela Syuhaida, Sariela, Zubaidah dan beberapa nama yang masih kabur di ingatan. Maafkan cikgu. Nama-nama yang disebut ini yang acapkali saya lihat dalam 4 PPN. Dan nama ini jugaklah yang akan memberi perhatian dalam pengajaran saya. Menyiapkan tugasan saya. Yang lain mana? Dimana letaknya tanggungjawab seorang pelajar itu? Erm, macam nie rupanya kecewanya seorang guru kalau anak muridnya acap kali ponteng sekolah. Bab 7 habis diajar hari ini untuk 4 PPN. Pelajar yang tak hadir hampir 10 orang. Bagaimana mereka nak ujian bulan 8 nanti? Belajarkah mereka di rumah? Walaupun malas, datanglah sekolah. Tak banyak, sedikit yang guru hamburkan, ada jugak melekat di minda masing-masing. Belajar bukan lama mana pun. Cikgu pun tahu penatkan, jadi hargailah masa belajar yang hilangnya nanti pasti tercari-cari. Tak percaya? Tanya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran, apa kata mereka??? Jangan tepuk dada, nanti tersedak-sedak. =)

Lepas rehat, masuk pula 4 JKA. Hari nie mereka diserang, dimarah, nyaris dimaki oleh guru kelas mereka. Kenapa cikgu kelas sanggup bertindak begitu? Nampak macam cikgu-cikgu tak cukup sabar. Dalam kes begini, jangan asyik nak salahkan cikgu sahaja. Ingatlah bahawa cikgu juga manusia. Macam situasi saya, mungkin saya baharu lagi. Masih ada kesabaran lagi untuk menyimpan semua kemarahan dan kesedihan daripada terhambur kepada pelajar. Tapi, saya memahami perasaan guru tersebut. Kalau pelajar terlalu malas, ujian pun tak nak buat, apa lagi yang cikgu nak cakap? Nak biarkan? Ini amanah. Jatuh bangun, menjadi atau tidak seorang pelajar tue, cikgu juga penentunya. Seorang guru yang mementingkan kualiti dan tanggungjawab, tentulah tak boleh nak biarkan pelajar-pelajar buat tak endah arahan. Tentulah kemarahan terluah juga walaupun niat di hati bukan nak menghamburkan caci maki. Guru kelas tersebut bukanlah orang yang kasar. Mengenalinya sebulan nie, saya tahu dia komited dengan kerja. Kalau sampai dia terhambur kesat, tentunya kerana pelajar-pelajar terlalu berlebih laku. Saya masuk kelas tersebut, pelajar-pelajar tidur. Ada yang ketawa menganjing cikgu tadi. Saya terus panggil nama yang tak jawab exam bahasa Melayu dan paksa mereka jawab. Mereka mendengus. Saya katakan, ilmu tak berkat kerana tidak ada redha cikgu! Saya tunggu kamu siapkan exam hari nie dan masa nie jugak sebab hari nie saya nak key in markah ujian. Dan, untuk pelajar lain, saya mengajar mereka karangan. Aduh, mengajar di bulan puasa, bukan mudah. Memang mereka senyap kerana tengah hari begitu, tekak masing-masing kering, tapi sikap angkuh dan sombong tetap ada. Masing-masing berkeras tak mahu buat arahan guru. Bagaikan saya mengajar hantu dan toyol! Akhirnya, saya katakan kepada mereka, kebencian mereka pada saya tidak saya pedulikan asalkan amanah saya jalankan. Kalau mereka tak mahu belajar, sudah, pergi balik rumah. Jangan terus-terus menyakitkan hati guru yang beriya-iya mahu mereka cemerlang. Bila air muka saya berubah ke awan mendung, barulah, seorang demi seorang terhegeh-hegeh datang bertanya, macam mana nak buat karangan cikgu? Ajarlah. Hah, tahu pun cikgu berkecil hati. Allah, kuatkan hati, kuatkan semangat dan letakkan pelajar-pelajarku dalam kalangan hamba yang Engkau redhai dan berilah mereka petunjukMu. Jangan Engkau sesatkan mereka dan jangan Engkau ketepikan mereka daripada pandanganMu.



Nota : Saya bukan mahu jadi cikgu yang popular kerana mesra pelajar, tapi, saya mahu saya diingati dan semangat saya menjadi semangat pelajar saya. Mama kata, cikgu yang rajin akan buat pelajarnya rajin. Tapi, kalau cikgu ke sekolah, selenge, selebet, lemau, memang pelajar lemau tahap berjalan pun terhegeh-hegeh. Jadi, biarpun Ramadhan mengujiku, maka semangat mengajar tak boleh luntur. Kalau nabi Muhammad saw dan umat Islam dahulu boleh berperang dan membina parit ketika peperangan, mengapa kita mahu mengeluh hanya kerana naik tangga tingkat 4 dan menggunakan suara yang tidak seberapa??? Ayuh, muhasabah diri, motovasi diri, pelajar perlukan kita~


Till then, menghitung hari.

No comments: