Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Isnin (2 Julai 2012)
Erm, saya masih lagi dengan kisah saya mengajar. Hari nie, saya masuk kelas cikgu Jeffery. Erm, cikgu Jeffery, cikgu yang disukai oleh murid-muridnya sebab dia cikgu yang tak tahu marah barangkali. Nak masuk kelas dia, saya agak gugup. Sebabnya, saya cikgu yang garang, suka membebel, tentulah kebencian pelajar-pelajar. Almaklum pula, kelas saya majoritinya kaum Hawa. Erm, seriau rasanya. Tapi, semangat saya tetap utuh, sebabnya, minggu lepas, belum lagi saya masuk kelas, masa Perhimpunan Khas sekolah, ada pelajar kelas 4 PPN jumpa saya. "Cikgu, nama cikgu, cikgu Huda kan?". Saya jawab "Ya, kenapa?". Terkejut masa tue. Pelajar tersebut jawab, "Cikgu akan ajar kelas kami kan? 4 PPN. Kami tunggu cikgu tau!". Terharunya, Allah sahaja yang tahu. Inilah seronoknya menjadi seorang guru. Biarpun dah dah bersara, panggilan guru, hormatnya murid pada guru, takkan pernah pudar. Dengan syarat, kita sebagai guru, jadilah guru yang dedikasi dan komited dengan tugas kita. Berhentilah mengeluh dan pandang ke depan. Pelajar perlukan kita, kita akan berkhidmat untuk anak bangsa mungkin dalam tempoh 30tahun ke atas. Apa kerja pun tetap penatkan. Jadi, kawan-kawan semua, hapuskan rasa penat, hapuskan rasa bosan, hapuskan rasa menyampah, gantikan dengan azam dan iltizam yang kita akan memberikan sesuatu walaupun hanya 4 bulan berkhidmat! JANJI!!
#updated 14 Ogos : Budak yang tegur saya tue, saya akan ingt dia sampai bebiler. REMY, 4PPN#
Okey, sambung. 4 PPN nie budak-budaknya okey saja. Nakal tidak, baik pun boleh jugak. Sederhana. Cumanya, kuat mengusik. Yang mengusik tue bukan pelajar lelaki tapi pelajar perempuan. Bila saya bercakap, mereka bergosip. Biasalah, hari pertama jumpa cikgu baru. Mestinya nak cakap macam-macamkan. Saya pernah jadi murid, maka saya tahulah. Kita akan scan cikgu tue, daripada cara bercakap, macam mana cikgu berjalan, cara berpakaian cikgu, semua diteleknya. Sampaikan khusyuk macam lah bagi tumpuan kat cikgu yang pot pet pot pet mengajar Sejarah tue. Kelas tamat dengan baik, dan sebagai habuannya, latihan diberikan. Mereka merungut letih, saya katakan, keletihan awak sekarang akan dibayar Allah suatu hari nanti, sabar, buat dengan ikhlas. Adalah bahagian awak nanti. Semua diam. Pasrah ler kekonon tue~
Masuk bilik guru, GPK 1 panggil. MESYUARAT. Ada pembincangan antara GPK 1, guru pembimbing dan guru pelatih. Alhamdulillah, walaupun saya belum diobserved oleh guru pembimbing atau kak Ifah, apabila GPK 1 bertanya kepada beliau, kak Ifah cakap, Huda is a good teacher, insha Allah. Hehehe. Kak Ifah cakaplah kan, bukan saya memandai. Dia cakap, setiap pekerjaan saya tersusun, sentiasa bertanya dengan beliau, setiap nota, setiap latihan disediakan awal dan dirujuk terlebih dahulu dengan guru pembimbing. Erm, kenapa saya sentiasa berjumpa dengan gruu pembimbing adalah kerana saya adalah guru pelatih. Saya mahu manfaatkan sepenuhnya 4 bulan nie untuk kaut semua ilmu 'orang lama' supaya ada sesuatu yang saya bawa pergi daripada SMV Kuantan nie. Jauh pengembaraan saya, habis duit mak ayah saya, rugilah kalau saya datang dan balik dengan tangan kosong. Kawan-kawan juga kena sentiasa berdamping dengan rakan-rakan guru, tanya mereka. Walaupun di universiti andalah raja segala aktiviti berpesatuan, dunia realiti perguruan itu tidak mungkin sama. Timbalah ilmu sebanyak mungkin. Erm, saya juga budak mentah, terlalu cetek ilmu dan keyakinan. Mari sama-sama belajar~
GPK 1 juga beritahu, mulai minggu nie, saya akan sibuk dengan kelas ganti (relief). Sebab pihak sekolah nak bagi peluang kami berdamping dengan ragam pelajar yang berbeza-beza. GPK 1 mintak semua guru pelatih TEGAS dengan pelajar. Jangan terlalu melayan mereka. Biar mereka tahu ada jarak antara guru dan pelajar. Tak salah baik dan mesra, tapi, ada batasnya. Kita nak beri ilmu nie, kena tegas sikit. Takut mereka ingat kita senang 'dimakan' maka 'digulai-gulai'nya kita. Kikiki.
Hari nie jugak, saya mengaplikasikan kali pertamanya pemberian buku kepada pelajar. Macam entri lepas, saya katakan saya belikan buku latihan untuk pelajar. Ya, nampak macam beria-ia, macam membazir. Tapi, janji kamu buat sesuatu dengan niat yang ikhlas, maka, tak terasa langsung kesusahan itu. Walaupun awalnya bergenang air mata telefon mama di rumah, tapi, sekarang, tak lagi. Saya gembira kerana saya NURUL HUDA TAIB. Saya diberikan nama begitu oleh keluarga saya supaya saya memberi tunjuk ajar kepada mereka. Masa saya edarkan buku, pelajar tanya, cikgu, "Kenapa cikgu belikan kami buku?" Saya jawab, "Saya nak kamu pandai". Semua terdiam. Saya edarkan nota dan lembaran latihan. Mereka tanya lagi, "Kenapa cikgu susah payah taip dan photostate untuk kami?". Saya jawab, "Saya tak kisah kalau pensyarah penyelia saya bagi saya B sekalipun untuk praktikum nie, tapi, saya nak tengok, kalian lulus dalam peperiksaan". Ya, kelas yang saya ajar sekarang nie, majoritinya buta huruf. Bagaimana mahu menerangkan kalau membaca pun mereka tidak lancar. Tapi, sekurang-kurangnya, cikgu garang nie akan membantu mereka setiap hari untuk membaca. Tadi pun, cikgu Wan (guru asal BM), terperanjat sebab pelajar dapat menyiapkan latihan yang saya berikan. Ketawa besar dia sebab saya berjaya memaksa pelajar menulis. Ya, saya bukan yang terbaik, tapi, saya cuba beri yang terbaik. Kalau mereka tak boleh menulis, saya tuliskan untuk mereka. Tak boleh membaca, akan saya bacakan dan eja kan depan mereka. Janji, mereka kena sedar dan bangkit berusaha.
Ada pelajar yang suka mengacau rakannya. Apalagi, mulut saya pun mulalah membebel. Saya beri mereka kata nasihat dan pilihan hidup. Masa saya beri tazkirah 10minit tue, semua tunduk. Haish, nie yang lemah bila kita beri tazkirah semua tunduk. Tersentuh hati dan nak nangis pun ada. Mereka cakap dengan saya, "Apa boleh buat cikgu, kami nie kelas yang tak pandai, cikgu ajar pun, kami memang tak pandai". Saya katakan pada mereka, "Kalau kamu rajin, inshaAllah, kamu akan jadi murid yang pandai". Yang membezakan kita nie bukanlah paras rupa tapi, sejauh mana usaha kita. Betul tak? So, kena lah rajin muhasabah diri balik. Setiap hari adalah pembelajaran.
Erm, nak dijadikan cerita, rezeki Allah swt tue, tak pernah mengira hari dan siapa orangnya. Hari nie, saya dapat hadiah. Mungkin hadiah kesabaran barangkali. Kikiki. See, cantik tak??
Semoga Allah swt membalas kebaikan anda dengan kebaikan jua. Selamat maju jaya~ |
Till then, kakak senior kat SMV Kuantan kata, kalau nak balik Johor, balik dengan dia saja. Seronoknya. Tak sabar nak balik Johor~ Besok, 3 Julai 2012 adalah birthday sahabat sejati saya, Nur Izzati Abd Rahman. Ingin saya mengirimkan sesuatu buatnya, tapi, belum berkesempatan. Doakan saya murah rezeki!!
No comments:
Post a Comment