Wednesday, 4 July 2012

Hari Ketujuh : 4 ABM, cikgu Jeffery dan SUKMA

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Selasa (3 Julai 2012, Birthday Izzati)
Genap tujuh hari mengajar. Bergelar guru pelatih. Sedang berpraktikal. Erm, tak pernah rasa bosan dengan tugas nie. Mungkin semangat dan darah muda barangkali. Kalau dah 10tahun nanti, saya tak tahu apa perasaan saya dan bagaimana kelakuan saya. Tapi, yang pasti, saya masih bersemangat. Sebagaimana setiap hari saya mengupdate blog nie. Tentunya mama dan ayah di rumah nak tahu, macam mana saya kat sini. Erm, jadi, selagi blog nie terupdate, tak perlulah keluarga risau, tentunya saya masih bernafas. Kalau dah sepi blog nie, hah, time tue, semua kena risau termasuk korang!!!

Well, well, well. Eceh! Hari Selasa, memang hari yang menguji kesabaran, menguji mental dan menguji vokal. Saya tak tahu macam mana cikgu lain. Tapi yang saya tahu, hari Selasa, dah dua kali, saya mesti nak nangis bila habis mengajar kelas 4 ABM. Saya betul-betul buntu. Apa yang mereka nak dalam hidup? Apa maknanya mereka hadir ke sekolah? Satu kelas adalah pelajar lelaki. Size badan, normal, Malaysia punya size lah. Hanya ada seorang bukan Islam dan lainnya Muslim. Tahap membaca adalah rendah, bukan buta huruf tapi tak berkeupayaan mencantumkan huruf-huruf. (ada bezakan dengan buta huruf?) Tapi, tahap menghormati guru adalah sangat rendah. Erm, bukan semua, tapi sebahagian besarnya. Saya tak mahu mengaibkan students saya, berdosa. Tapi, hari nie, saya kecewa. Ada seorang pelajar yang berkelakuan tak senonoh bagi saya. Even saya muda berbanding guru-guru sebelumnya, tak wajar sungguh tindakan dia. Terkilannya hati saya sampai bergenang air mata. Dek menahan jangan termenangis depan mereka, saya sampai tak terkeluar suara. Punyalah kecewa. Bagaimana pulak perlakuannya terhadap perempuan lain?? Harap dia sedar dan berubah, Amiin. Pelajar kelas nie, adalah yang paling memerlukan perhatian saya rasa. Result paling tinggi Sejarah, Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah 37 dan paling rendah adalah 08. Besarnya tanggungjawab saya untuk bimbing mereka kembali. Guru kelas dia bagi amanat kat saya, cikgu Khuzaini namanya, 4 bulan awak di sini, buat sesuatu. Takkan tak ada apa yang boleh awak bantu mereka nie. Sekurang-kurangnya seorang dua mesti ada yang luluskan. Ya Allah, takutnya rasa. Pelajar memang agak lemah gemalai time Sejarah, saya paksa jugak mereka hantar buku, ugut nama akan dihantar ke GPK barulah terhegeh-hegeh semuanya membuat. Lega jugak. Bila mereka hantar buku pada saya, saya nasihat perlahan-lahan seorang-seorang. Alhamdulillah, habis kelas, beberapa orang pelajar jumpa saya. Katanya, "cikgu, saya bukan jahat, tapi, saya tak tahu apa patut saya buat sebab keadaan kelas dah begini, saya terpaksa ikut". See, besarnya pengaruh lembutnya kata-kata seorang guru hingga bisa menghiris hati seorang brutal~

Keduanya cikgu Jeffery.  Erm, first day saya jumpa cikgu Jeffery nie, macam nak baling dia dengan buku persediaan mengajar. Serius. Menyampah. Upss, lupa nak beritahu. Dia guru Sejarah yang mana saya take over kelas dia. Erm, masa mula-mula jumpa, kerek lah wa cakap sama lu. Pandang muka saya pun tak bila saya bersapa dengan dia mengenai kelas. Tapi, hari demi hari, eh, cikgu Jeffery orang yang baiklah. Kita orang dah start berbual dengan baik. Berbincang mengenai prestasi pelajar, bincang macam mana kaedah yang baik untuk pelajar. Malahan, menegur dan mengajar saya mengenai Sejarah. Alhamdulillah. So, dont judge book by its cover~ Cikgu Jeffery orang Johor barangkali, berdasarkan flat keretanya. Kita serupa~

Penat jugak hari nie. Macam-macam yang GPK mintak kami settlekan by this week jugak. So, masa untuk berhoye-hoye dalam bilik guru memang tak ada macam minggu pertama dulu. Sesi menyakat pun tak ada sebab mata tertancap kat persediaan mengajar, latihan, senarai kehadiran pelajar dan rekod prestasi pelajar. Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Sampaikan mak cik cleaner yang datang bersihkan bilik guru pun perasan bahawasanya, tetiba, meja bilik guru penuh dengan habuk getah pemadam, sedangkan sebelum nie, tak ada guru pun yang tekun memadam macam tue sekali. Penangan RPH, sibuk nak garis cantik-cantik guna pensil, salah sikit padam, salah sikit padam. Memang Huda lah tue! Sampai rumah 6 lebih, lepas Isyak bergerak keluar untuk memberi sokongan dan dorongan kat kontigen SMV, Kuantan yang akan membuat persembahan bagi upacara perasmian SUKMA XV beberapa hari saja lagi. Jadi tadi, rehearsalnya. Seronok jugak tengok project planner organise program besar macam nie. At least, I learnt something~ Dan, SUKMA XV jugak menampilkan gajah dalam perarakan masuk Sultan Pahang nanti. Dan, dan, dan, nantikanlah saya di hari perasmian tue, sebagai penyibuk. Hahahaha. Okeylah, anak-anak bangsaku, tiada beza antara kita melainkan pengurusan diri kita yang sentiasa membezakan kita.



PROUD TO BE UPSIAN AND PROUD TO BE HISTORIAN
PENAT TEMAN MENUNGGU, GAJAH BUATAN YANG TIBA. HAHAHAHA


Till then, baru reda kemarahan. Nak tahu, tengok entri sebelumnya. Bye-bye.

No comments: