Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Hari nie tak ada koko atau aktiviti wajib sekolah. Tapi, saya ada latihan untuk aerobik. Jadinya, gigih jugaklah ke sekolah untuk buat latihan. Tapi, mata ngantuk sangat. Walaupun terlompat-lompat, terkinja-kinja, tapi, mata mengantuk yang amat sangatlah. Tak tahu kenapa. Semalamnya tidur awal jugak. Dasyatnya penangan tidur~
Yang sedih-sedih pada hari nie, tak kuasa nak cerita. Nak cerita yang happy-happy sesaja. Sebabnya, saya tak kuasa nak melayan mood sedih. Anggaplah yang sedih tue ujian Allah swt supaya saya lebih kuat dengan hidup~
Okey, hari nie, habis latihan, teman Asni pergi cari barang sekolah. Sebagai cikgu, macam-macam kena beli. Inilah yang lecture cakap, beza cikgu lama dengan cikgu baru. Macam-macam nak dibuatnya. Erm, saya pun ambil peluang untuk membeli buku untuk pelajar saya. Erm, nampak macam, kenapalah sibuk-sibuk nak belikan untuk mereka. Tapi, saya dah habis fikir, saya nak jugak belikan mereka seorang sebuah buku tulis, yang akan memuatkan segala nota dan latihan saya. Saya tahu mereka perlukan semangat baru, mungkin cara nie akan buat mereka sedar bahawa ilmu itu sangat berharga. Apalah gunanya kalau saya susah-susah bersengkang mata menaip, mencari isi penting, print, photostatekan untuk mereka, last-last, saya nampak kertas tue berterbangan. Saya sendiri yang sedih bergenang-genang air mata. Jadinya, saya buat keputusan, untuk belikan pelajar saya sebuah buku tulis. Seorang akan dapat satu. Lepas mengajar, mereka wajib pulang balik buku tue pada saya. Senang. Kat rumah pun mereka takkan baca. Biar saya bawak buku tue datang sekolah, bawakkan pergi kelas. Bila tamat saya mengajar nanti, saya akan kembalikan pada mereka. Untuk mereka buat kenang-kenangan, MUNGKIN. Susah sikit untuk memberi ilmu itu apa salahnya kan. Ok. Cuti, lupakan sebentar hal mengajar-mengajar nie.
Kembali kepada kehidupan perempuan kuat makan+makan+makan. Balik dari Mydin, memang letih sangat. Asni pun lapar tahap beruang penat bersembunyi. Asni request nak makan kat Ayam Penyet (AP). Erm, tak surelah Asni yang nak makan ker saya yang nak makan. Tapi, tekak saya boleh makan apa sahaja makanan di dunia nie melainkan makanan berunsurkan daging. Biar daging kambing atau lembu. Kerbau dan unta tentulah jauh sekali. Kat pusat bandar Kuantan nie, nak pergi satu-satu tempat tue, memang jenuhlah korang nak buat U-turn. Memanjang U-turn sesaja. Nak makan Ayam Penyet (AP) pun stress. Sambil Asni dah tertidur tahu, itu tandanya stress peringkat keempat dah datang! Sampai Ayam Penyet (AP) agak ramai orang, mujur ada seat kosong. Duduk dan order. Perut berlagu-lagu dah. Order memang gila-gilalah. Nasi+lauk, aiskrim, kentang goreng dan memasing order air 3 layer. Hebat bukan tekak anak dara nie! Tak jadi orang nak ngurat. Bajet makan besar~
Ayam Penyet (AP) nie, saya suka bukan sebab makanan dia sedap sangat, banyak lagi restoran yang sedap. Tapi, setakat nie saya puas hatilah dengan layanan restoran nie. Cepat dan tangkas. Portion dia biasa sahaja, sesuailah dengan harganya. Tapi, dulu AP nie tak semahal sekarang. Sekarang dah naik sikitlah, tapi sebab sedap, masih okey lagilah. Kedainya pun seronok jer nak makan sebab tak adalah rasa high class ke hape ker. Sesuai jer untuk kita-kita nie. Cuma, kena pertingkatkan lagi beberapa hal. Contoh, jangan letak tong sampah kat tengah jalan. Kikiki. Apa pun, try lah makan kat AP. Tapi, macam mana pun, masih merindukan rasa ayam penyet kat Jeddah, sedapnya sampai saya makan 3 bungkus. Sedap sangat. Gorengan tempe dia pun syok ajer nak makan. Tambah pulak ada ikan tempura. Seronok sangat. Nyummy, nyummy.
Ada orang suka kalau saya pakai spek. Mana-mana pun boleh~ |
Asni malu-malu beruang. Padahal dah kenyang makan. |
Makan dan makan. Jangan malu-malu~ |
Balik dari AP, Asni dah seronok memejam mata dia. Saya nak tidur jugak, tapinya, ada hal lain yang perlu dikerjakan. Kekeke. Apa pun, sebab AP, saya tak payah makan apa-apa dah untuk hari nie. Yeah!!!
Till then, tengok gambar dan senyum. Y(^__^)
No comments:
Post a Comment