Wednesday, 4 July 2012

Malaysia yang semakin hilang harga dirinya~

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Serius hari nie hari yang sangat letih dan mengantukkan. Tapi, kekangan kerja buat saya masih gigih berjaga. Entri nie fresh daripada ladang. Saya baru sahaja balik daripada menyaksikan raptai dan persiapan masjlis Sukan Malaysia (SUKMA) yang bertempat di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. Saya hadir sebagai salah seorang guru daripada SMV, Kuantan. Walaupun bertitlekan guru pelatih sahaja. Jemputan dan permintaan GPK KOKO sangat mustahil untuk ditangkis~ Urm...Tentang SUKMA nie, saya review kemudianlah sebab tajuk utama kali nie adalah tentang sikap manusia yang DURJANA!

Lepas tengok kontigen SMV Kuantan di stadium, saya nak baliklah. Masa tue, terpandangkan ini.





Ya, gambar yang kalian lihat adalah 3 ekor kucing yang dikurung dalam sebuah sangkar yang kotor. TANPA MAKANAN atau MINUMAN. Sangkar dipenuhi NAJIS! Tapi, baik hatinya, mereka tutup sangakr tue dengan sehelai tuala kotor. Bagus. Bagus. Sungguh mulia hati pelakunya. Hey, kalau aku kurung kau orang dalam rumah, tak bagi kau tempat buang air besar ke kecil, lepas tue aku tinggalkan kau semua tanpa makanan dan minuman, apa kau rasa hah??

Tolonglah orang Malaysia. Janganlah bersikap macam nie. Hilang mood tengok keadaan nie tau. Kucing lapar, mata kucing-kucing sampai tersembul sebab lama sangat terkurung dengan keadaan kotor, tak dapat matahari! Saya sedih, sebabnya kucing tue berada dalam kawasan SUKMA yang bakal berlangsung. Ramainya umat ISLAM khususnya di sana. Tak kira lelaki atau wanita. Tapi, semua buat tak endah dengan keadaan malang kucing nie. Kenapa?? Sebab kita manusia dia binatangkah? Aduh, rasa betul-betul down dengan keadaan nie. Malaysia dah tak ada rasa prihatin agaknya. Malaysia dah tak ada rasa perikemanusiaan agaknya. Kalau ada pun, segelintir, sedikit!

Aku bukan perempuan syok baik dekat sini. Tapi, aku nak ingatkan semua. What you did, you get it back. Sikit kau beri, banyak yang kau dapat. Buatlah baik, bukan depan boyfriend kau aje kau tunjuk kebaikan kau, tapi, pada seluruh alam semesta nie kau kena berbakti kerana kita, manusia, bersedia menjadi KHALIFAH di bumi Allah swt yang mana makhluk lain tak berani memegang tanggungjawab ini!!!!



Nota: Kucing tue ada dengan saya sekarang, namun, terpaksa disembunyikan berikutan saya tinggal di rumah sewa. Sesiapa yang bersedia menghulur bantuan menjaga mereka dengan lebih baik, mohon hubungi saya. Jika tidak, seadanya saya lakukan, saya lakukan. Ibu kucing trauma dan tak mampu untuk bergerak keluar daripada sangkar pada tika dan saat entri ini ditaip!

2 comments:

Hani El Zahra said...

Ya ALLAH! kesiannya kucing2 tu...mmg manusia skrang ni byk yg hati busuk...kt tmpt saya ni pun byk manusia hati busuk...dgn haiwan pn nk sakit hati...org2 mcm ni kalau baling dlm kandang singa pn singa telan pastu muntah balik...hati busuk tahap berulat bernanah bagai...

Alhamdulillah kerana masih ada insan sebaik anda. terima kasih kerana menjaga kucing2 tu...semoga anda & keluarga dilindungi ALLAH & dimurahkan rezeki...amin... :)

Unknown said...

betul, saya paling tak tahan dgn dunia skg nie, ramai orang yang memilih apabila nak buat kebaikan. sayang dgn kucing tapi cuma nak yg comel2 jer. yg kacukan punya. yg terbiar nie, tak da sapa peduli. lepas tue, skg nie, byknya penganiayaan pd binatang.

tak sabar nk kerja supaya saya boleh bina sebuah rumah @ kawasan utk mereka. sy manusia hina yg tidak ada kebaikan, cuma yg ada rasa sayang pd haiwan nie. kerana, zmn sekrang, haiwan lebih mulia kedudukannya berbanding manusia.