Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Rabu (1 Ogos 2012)
Permulaan bulan baharu. Erm, kenapa cepat sangat masa berjalan nie? Tahu tak yang saya belum buat apa-apa lagi untuk diri malahan untuk adik-adik didik yang dikasihi jugak masih tak mampu mengubah mereka. Sedihnya, sedihnya.
Hari nie saya mengajar kelas 4 JKA macam biasa. Did I tell you guys, yang saya merajuk dengan mereka Isnin lalu?? Hikhikhik. Dah besar-besar pun mengada nak merajukkan. Macamlah budak-budak tue peduli. Heh, dyorang pedulilah. Kan dah bagitahu, kelas 4 JKA pandai amik hati cikgu muda nie hah. Hahahhaha. Masuk jerk Rabu tue, semua diam. Nak bagi salam serba salah, nak duduk pun serba salah. Then saya kata, bagilah salam. Hahaha. Mood kengkonon tak baik lagi padahal Allah jer tahu yang saya dah tak tahan gatal perut nak ketawa. Wawaa. Terus bagi buku latihan yang dah bertanda, bagi lampiran petikan Rumusan. Bagi arahan, dalam masa 30 minit kena siap!!! Melopong semuanya. Amir, budak nie memang selalu tanya itu dan ini pada saya. Tapi hari nie cuak nak tanya. Tapi, saya nie, marah dan rajuknya tue sekejap saja. Bila tengok semua terkulat-kulat, terus saya pergi ke satu-satu meja, terangkan, tunjukkan dan clearkan!!!! Alhamdulillah, masa awal dulu, semua lost. Sekarang nie, bila suruh buat rumusan, petik-petik jari depan cikgu. Alhamdulillah, syukur ya Allah.
Sepatutnya hari Rabu, saya cuma ada 1 masa iaitu 40 minit sahaja. Tapi, disebabkan cikgu-cikgu banyak yang sibuk dengan urusan pemberian laptop 1 Malaysia dan hal-hal lain, saya diarahkan untuk relief kelas. Wow. 80 minit+80 minit. Tanpa henti. Dan, bukan sekadar relief duduk berbual ya. Saya harus mengajar. Sebab nie relief kelas Sejarah. Saya kena mengajar. Walaupun tak prepare, saya hentam sajalah. Hentam-hentam pun, semput mak nak bercakap. Tapi, Alhamdulillah, pelajar-pelajar nampaknya sangat baik. 4 KFL. Tak nakal, dengar cakap, hormat guru. Saya suka. Siapa yang baca blog nie dari awal tahulah yang saya dengan 4 KFL nie dah biasa dah. Selalu relief kelas Sejarah mereka. Ganti kak Shams M. So, tak de problem langsung untuk mengajar kelas nie. Mereka dah tahu, cikgu Huda is garang dan tak pernah miss latihan!! Kalau Azizul satu hari nanti baca blog nie, cikgu nak Azizul tahu yang kamu murid yang baik. Dengar kata dan cikgu doakan kamu berjaya di dunia dan akhirat. Di mana kita berada bukan satu alasan untuk kita malas belajar, yang penting hati kita. Pemikiran humanisme. Wahahaha. Lepas relief kelas 4 KFL, saya relief kelas 4 KFL. Hahaha. Tak lawak. Ya, relief kelas yang sama, hari yang sama, cuma waktu yang berbeza. Sampai muntahlah korang tengok muka cikgu. Yang kelakarnya tue, bila nak balik, tanya saya, cikgu, raya nie kita pakai colour sama nak tak? Muahahaha. Gelak sajalah~
# Ya Allah, terangkan hati anak muridku Ya Allah. Semoga mereka diberikan kemudahan dalam menuntut ilmu ya Allah. Janganlah Engkau gelapkan hati mereka ya Allah. (saya sayang anak murid saya sangat-sangat) #
Khamis (2 Ogos 2012)
Awal pagi masuk kelas 4 JKA. Masuk jerk terus teruja. Wow, semuanya tidur!!! Jam pukul 7.30 pagi, semuanya tidur? Eh, semalam tak balik rumah eh?? Saya pun apa lagi. BANGUN!!!!!!!! Nie pukul berapa awak dah nak tidur nie. Haih, sabar ajelah. Cepat bagi salam. Semua malas-malas bangun dan bagi salam. Lepas tue senyap. Saya pun apa lagi, haih, cepat baca doa belajar. Kenapa nie?! Barulah masing-masing tadah tangan...Bis..millah...hirroh...man...nir...rahim....Selembab-lembab siput pun tak selambat nie membaca doa!!! Sabar ler duhai hati. Nak mengajar dan mendidik bukan mudah. Ada 1% peningkatan pun, syukur Alhamdulillah. Perlahan-lahanlahkan. Lepas tue saya tanya, rumusan semalam apa cerita? Dah siap ke belum? Ada yang jawab dah, ada yang jawab belum. Ada yang terkial-kial nak cari buku. Saya pun apa lagi. Melantun lah suara. Bukak buku cepat! Buat rumusan cepat. Mana yang dah siap rumusan semalam, salin nie soalan pemahaman dalam buku yang sama!! Kita akan belajar menjawab soalan pemahaman petikan umum.
Tanpa saya sedar, dalam saya terpekik-pekik, terlolong-lolong, terjerit-jerit tue, pengetua, En.Ruslan ada memerhati kat luar!!!!!!!!! Habis ayat saya yang terakhir, dia pun masuk. Terus mata dia tertancap pada dua orang pelajar yang sedang tidur. Tiagu dan Syahiran. Dia tanya, kenapa tidur? Cikgu bercakap sekuat-kuat tue pun awak boleh tidur? Yang lain diam menikus. Tangan masing-masing lincah menyiapkan latihan. Saya? Buat rondaan ler dari satu meja ke satu meja. I tak campur!! (penat dah tekak saya jerit, bangun, bangun, bangun). Sekali sekala kena dengan cikgu lelaki, baru ler memasing buat baik macam Imam Muda gitu. Yang kelakarnya, kelas 4 JKA yang meriah dengan gurau senda terus menyepi. Pengetua terus berdiri di tengah kelas. Dia cakap, saya masuk nie, awak tak tahu hormat ker?? Semua diam. Tak faham. Saya pun bisik kat seorang pelajar cakap, berdirilah bagi salam. Barulah semua bangun bagi salam. Saya ketawa, kikiki jer dalam hati dengan terbayangkan cikgu Mustafa Sani dulu selalu rotan budak yang tidur masa exam. Zuppp! Zass! Habis pengetua menakut-nakutkan budak, pengetua menakut-nakutkan saya pulak. Tanya saya ajar apa, buat latihan apa. Lastly, dia kata. Bagusnya pelajar cikgu. Kelas bersih. Pelajar pun terkawal masa saya memerhati tadi. Semua tekun menulis. Teruskan usaha cikgu. (sebenarnya, dia sindir ke puji erk? sampai sekarang dok memikir!)
Habis kelas 4 JKA, masuk pula 4 ABM. 4 ABM supposed to be kelas yang paling meriah, paling ramai dan paling vogue. Awww. Budak 4 ABM okey-okey saja. Nakal-nakal lelaki. Mengatal pun gaya lelaki, bukan pondan. Saya suka ajar kelas 4 ABM nie sebab walaupun satu dunia, (propa) kata mereka degil, nakal, saya tetap suka mereka. Suka to the max. Hahaha. Sebab, rajin dengar bila saya bagi penerangan. Suka bertanya. Suka menjawab bila ditanya. Sampai riuh rendah kelas kalau saya tanya itu apa ini apa. Tak adalah senyap macam mengajar kelas murid kurang upaya. Dok bagi isyarat mata saja. Haish! Dalam ramai-ramai tue, saya tertarik dengan sikap Dalel. Dia nie, setiap kali nak jawab mesti berhemah. Walaupun yang lain bising terpekik-pekik menjawab, santunnya Dalel nie tetap ada. Angkat tangan, tunggu sampai saya pandang dan bagi peluang untuk dia bercakap. Seronoknyalah ai dalam dunia serba orang hilang kesopanan nie, masih ada yang mengamalkan sopan santun. Cuma masalah Dalel nie, dia kena lebih banyak membaca buku sebab jawapan yang diberi selalu lari walaupun dia faham sebenarnya kehendak soalan kita. Dan, kelas berakhir dengan Izzudin yang dikatakan anak emas saya membantu mengangkat buku. Terima kasih Izzudin, memang cikgu suka awak sebab rajin belajar pun. Lebih rajin lagi nanti ya, dan ajak kawan-kawan supaya rajin sama.
Habis cerita 4 ABM. Tibalah cerita sedih di 4 BB 1. Erm, sedih to the max. Sebab hari nie akan diselia guru pembimbing. Kak Iffah. Memanglah kak Iffah baik. Tapi, kak Iffah tegas, tepat, dan mementingkan kesempurnaan. But then, saya kurang menyerlah dari sudut penerangan. Saya sendiri rasa berdebar-debar. Padahal nie dah masuk kali kedua diselia. Kenapa pulak berdebarnya lain macam. Sampaikan cakap pun tak betul. Kucar-kacir. Lepas tue, pelajar-pelajar tidur. Ya, tidur. Tak ceria langsung macam sebelum nie. Kecewa tahu kecewa. Apa yang pasti, lepas nie, saya nak ajar yang nak belajar jer, yang bosan, yang nak tidur, blah. Sila blah. Sebab, saya dah bagi sepenuh tumpuan saya, saya dah bagi seluruh tenaga saya, saya dah nasihat, tegur dan cakap berulang kali, tapi kalau masih nak berkeras, nak kekalkan sifat malas belajar, silakan. Jangan menyesal di kemudian hari ok~ Apa pun, bersyukur saya bila mengajar, ada pelajar macam Ardila,Elnie,Sara,Shafiq,Soleh, Izwan, Ipin yang saya tengok dia memberi sepenuh tumpuan walaupun masa tue saya agak kucar-kacir. Dan, ada juga Isyam yang sebenarnya bagus tapi tak tahulah kenapa periksa tak lulus-lulus. Kalau tanya, tahu! Terima kasih korang. Sangat-sangat. Sebab tengok semangat merekalah, saya nak jugak buat yang terbaik dan terbaik. Walaupun masih kaku dan beku. Maafkan cikgu semua. Maafkan cikgu. Cikgu yang tak pandai mengajar, bukan kerana kamu yang tak mahu belajar. Sob,sob,sob.
# Esok macam mana? Entah, saya buntu. Lagi-lagi bila mengira hari, mama ayah akan berlepas ke tanah suci, dan sebagai anak, saya sedih sebab sudahlah tak dapat ikut bersama, malahan untuk menghantar ke airport juga saya tak berupaya kerana tidak dibenarkan cuti. Semoga semuanya baik-baik saja. Mesti nanti saya tak berupaya mengajar sebab tahu bila balik raya tak ada siapa-siapa kat rumah. Tak ada rendang, kuah kacang mama #
Atas permintaan ramai (PANG!) cikgu Huda sedia di-photo-kan dan menghadiahkan Y. |
2 comments:
Macam2 ragam..but later...sweet memory 4 u my dear... ^_^
rendang n kuah kcg huda ade kn.. bole la tuh..
Post a Comment