Sunday, 5 August 2012

Hari ke-30 : Siapa yang kena tangkap dan dijemur tengah panas tue?

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Jumaat (3 Ogos 2012)
Jumaat memang free. Sebab jadual free ler. Tapi, minggu nie kena relief pagi. Relief diselamatkan oleh bacaan yasin. Daripada masa 80 minit tinggal 10 minit. Hambek ko!! Tapi, masa 10 minit tue pun sangat berharga sebab saya sangat sayang dengan students 4 JKA. Saya tetap masuk, bagi kerja sekolah dan sedikit penerangan. Saya seronok mengajar mereka walaupun masih dalam proses mendisiplinkan mereka. Walaupun seorang yang buat kerja saya, saya tetap seronok. Sebab....Tak tahulah. Mungkin sebab mereka nie macam budak-budak tak cukup umur kot. Saya cuba letakkan target, periksa bulan 9 nanti, nak pastikan sekurang-kurangnya 3 orang lulus Bahasa Melayu. Erm, agak-agaknya tercapai tak?? Please, doakan untuk anak-anak didik saya yer. Mereka baik dan rajin, cuba perlu disergah setiap kali. Eh, comel pulak guna perkataan sergah.

After kelas relief tue, memang tak ada kelas langsung, sampaikan saya mampu menyiapkan RPH sehingga minggu depannya. Yeayeayeah!!! Happy!!! Sambil buat RPH tue, mood balik melonjak-lonjak gila. Seronoknya mengira jam nak ke pukul 5 petang. (tiket bas jam 5)

Erm, Jumaat tue jugak settle bagi hadiah kat anak didik 4 ABM yang banyak memberi bantuan kepada saya sepanjang saya mengajar. Terima kasih sayang-sayang sekalian. Nanti rajin lagi eh. Hahaha. Sekalikan, lepas rehat macam tue, kami warga SMVK dikejutkan dengan pengumuman yang dibuat oleh cikgu disiplin. 

"Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Maaf menganggu. Perhatian kepada warga SMVK. Pelajar-pelajar yang sedang berdiri di kolam ikan merupakan pelajar-pelajar yang tidak berpuasa pada hari ini kerana mereka ditangkap sedang merokok dalam kelas. "

Haish, budak-budak. Payah sangat ker nak tinggal rokok tue?! Ada seorang budak Tingkatan 5 cakap, apalah budak-budak nie. Orang kalau tak puasa makan dan minum puas hati jugak kalau ditangkap, nie tak, hisap rokok. Tak berbaloi betul, ditangkap dan hanya dapat asap! Fikir-fikir betul jugak. Apa daa. At least berbaloi jugak kena tangkap kalau perut kenyangkan. Ini dahlah dapat asap jer lepas tue dapat malu sekali. Hukuman nie memang saya sokong 100%. Bukan sengaja nak malukan mereka, tapi, mereka sendiri tak tahu malukan?? Memang sesuailah kena macam tue. Saya percaya, ramai lagi yang macam tue cuma terselamat pada hari kejadian dan sebelum-sebelumnya. Semoga hukuman nie jadi iktibar pada mereka dan kita semua. 

# Jumaat yang trouble. Keracunan makanan akibat makan murtabak di Indera Mahkota. Cetttt!! Keluar masuk tandas lebih 5 kali. APTB. #


Beberapa perkara tak seronok berlaku :
1. Arnab-arnab kesayangan MATI tanpa dapat diketahui puncanya. Tinggal Choco seekor diri. Sedih dan terkilan.
2. Anak kucing yang baru dilahirkan juga MATI sebab dapat ibu yang malas jaga anak.



Till then, telah selamat di bumi Tanjung Sedili.

No comments: