Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Holla. (baru balik Spain, huwahuwahuwa)
Walaupun mama ayah tiada di sisi, tapi daku memang enggak bisa diam. Yerlah. Tak tahu punyalah bosan nak mati (propa) duduk silang kaki depan tv sambil tengok cerita raya! Balik-balik Bujang Sepah. Balik-balik Cinta Meriam Buluh. Heh, tahun lepas cerita tuh, tahun sudah pun cerita tuh. Tahun nie pun cerita tuh sampai daku tak payah tengok dah tahu kesudahannya. Owh, BENCI!!!! Dahlah tuh, tengok tv pulak sensorang. Boleh mati kesunyian tau. Menangis sesorang, feeling sesorang. takut sesorang, last-last gelak sesorang. Rasanya cukup dah syarat masuk hospital bahagia tuh. Sabar jer lah~~~
So, bila Izzati text ajak mingle-mingle around sesama, why kita nak tolak kan. Mesti mau!! (promote Twisties jap!). Zatie kata pukul 11 tau kita keluar. Pergh, macam tak de hal lah nak keluar pukul 11. Sekali, jam dekat pukul 12, pakai tudung pun tak lagi. Teringat kucing tak makan lagi, dapur gas tak matikan lagi. Owh, BENCI!!! Hidup sebatang kara memang macam nie. Sabar,sabar dan sabar. Tak sabar dah lama meletup rumah nie. Hahahaha. Bla.bla.bla. Siap jer, kunci pintu rumah segala terus gerak pergi rumah Zatie. Sampai rumah dia, Zatie dah bling-bling menunggu. Abang dia pun dah hello,hello bro dah. Salam mak pak dia terus gerak. Paling sadis dalam hidup bila nak berjimba-jimba macam perempuans kaberet adalah bila meter minyak lip lap lip lap. Hehh, memang tak jahat punya kereta (emosi seorang anak terbiar). Pergi isi minyak kat kedai kampung, isi RM10 berapa liter ajerlah, sekejap jer dah berkelip balik lampu minyak tuh. Kedekut punya pak cik!!! Patutnya Kedai 1 Malaysia mesti ada kat kampung dan minyak kereta pun termasuk dalam perkhidmatan!!! (Emosi perempuan gila!)
Zatie nampaknya kecewa sebab kedai idaman, Papa Mama Chicken Chop dia tak bukak sebab owner sibuk beraya lagi, lagipun stok ayam habis dek kerana rendang ayam, ayam masak merah, rendang nogori dan banyak lagi juadah berasaskan ayam. Last-last kami makan di Pizza Hut~ Pizza Hut Kota Tinggi nie, sepatutnya dia kena hired lebih ramai pekerja sebab servis dia sangat lemau ibarat keropok tertinggal dalam kereta, dua hari lepas tuh baru perasan, bila kita makan, terpaksa ready tok gigi palsu!!! Bayangkanlah, kitaorang sampai, tak ada waiter/waiteress datang amek order even bagi buku menu or whatever. Sampai kiteorang dah camwhore bajet artis pun dia tak layan jugak. Zatie sampai dah angkat-angkat meja, gigit-gigit sudu, hentak-hentak pinggan barulah dia datang hantar buku order. Sabar jer lah~ Lepas tuh, Zatie sampai nak ke kaunter panggil dia pulak suruh ambil order kiteorang. I memang tak mau masuk campur sebab kalau saya dah amsuk campur, elak saya amek order diri sendiri lepas tuh pergi bakar sendiri pizza tue, lepas makan chow tak payah bayar. Hak hak hak. Pulak yang menyedihkan tuh, salad bar dia kehabisan makanan. How sad it is??? Janji kalau dah isi nak bagitau, tapi, tak bagi tau pun sampailah habis tuk kali kedua agaknya. Pebenda nie?? Dahlah saya nie tak dapat makan rendang, awak buat saya naik angin nie. Pastu, azab menunggu makanan dihidangkan pulak. Memanglahkan. Nak kena betul Pizza Hut Kita Tinggi nie. Balik-balik saya nampak muka akak sorang tuh jer terkejar ke sana ke mari. Dia yang amek order, dia yang hantar order, dia jugak cashier. Apa kes???? Pekerja lain, adalah sorang tuh, ya ampun, masa hantar order macam baru balik perang!!!! Adakah muka saya nie macam tentera Israel sampai awak buat muka camtuh kak oiii???? Zatie order pizza Chicken Supreme. Bolehlahkan pizza tuh, nak macam mana lagi rasanya. Mujur tak hangus macam masa makan dengan Arif Wahid dulu. Boleh patah gigi I nie!! Tapi, walaupun tak hangus, pizza Zatie ada ketumbuhan pulak!!! Apa nie? Kesian Zatie tau. Hilang selera makan dia tengok bintik-bintik ketumbuhan pada pizza dia. Awak nie kan memang tau!!! Mana manager awak? Biar saya marah dia. Hahahaha. Tolonglah Pizza Hut Kota Tinggi, hari nie jer, berapa ramai pelanggan awak yang merungut servis agak lemau. Janganlah kedekut nak hired lebih ramai pekerja. Orang datang nak syok-syok gathering dengan family, friends, tapi servis mengecewakan. Mestilah orang hilang moodkan. So far, kualiti makanan memanglah masih top. Tapi, kualiti lain masih perlu dipertingkatkan yer.
After makan, pergi Nationwide Express amek barang. Winkwink. Suka. Dan..........Camwhore ibarat perempuans tak ada hala tuju. Haha. Sila sila jenguklah hasilnya. Ok, sekian, laporan mengarut dari saya. Chow.
|
Edisi beraya dengan kembar!!! Syoknya raya. |
|
Cer tengok, Zatie dah hangin tuh. Nak meng'order' pun dah macam taiko. |
|
SEBAHAGIAN daripada orders. Yang lain belum tiba dan telah selamat diperut. Huwahuwahuwa. |
|
Tak payah cakap, memang den tahu den kuat makan! |
|
Sekolahku syurgaku!!! Hampir 4 tahun tak jejak kaki kat sekolah nie. Awak bukan pelajar cemerlang, mana ada jemputan, datang pun tak dialu-alukan. |
|
Okey, dulu buat kain rentang guna kain biasa, sekarang dah advance!
Btw, skirt yang dipakai adalah daripada RnR collection. Serius terbaik berbanding blogshop lain. |
|
Kenapa Sekolah Menengah Kebangsaan Laksamana nampak lebih meriah daripada SMK Tun Habab?? Nie tak ley jadik nie. Bukan sekolah I sekolah yang vogue ker??? |
|
Okey, buat haters dan lovers sekalian, nah, tengok lama-lama ok. ('-')Y |
|
Belum mampu nak pose ayu macam Zatie. Mati balik kaki I tergeliat. Aww, sejak lahir keras semacam. |
|
Dikesempatan ini, kami berdua menyusun 20 jari jemari kami, memohon jutaan ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri kami. Selamat Hari Raya!!!
Jom puasa 6. Walaupun sunat, apa salahnya tambah pahala. Top up dosa-dosa kita yang menggunung tingginya tuh. Ayuh!
|
1 comment:
trima kasih kerana awak satu-satunye kawan yang rajin bawa saye jalan2 dan sentiasa ingat kat saya....
Post a Comment