Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera.
Resepi hari nih nak review lah sikit macam mana Huda masak Tomyam. Eleh, korang yang tak suka tengok Huda show off pasal masak-masak nih, bolehlah klik button X. Kita tak sukalah 'hama' datang blog kita. HAHA. Gurau jek. Korang boleh judged siapa sahaja korang suka. Masa timbangan akhirat nanti, tanggunglah~
Bahan-bahan:
Sayur-sayur (cendawan/kobis/lobak/tomato)
Serai 1 batang
Cili api
Bawang besar 1 labu
Bawang putih
Halia
*Ayam/Sotong/Udang/Daging
Daun limau purut nombor 8
Perencah Tomyam Adabi
Perencah Cukup Rasa Maggi
- Macam biasa, bahan-bahan pastikan dibasuh bersih.
- Hiris bawang besar, bawang putih, cili api dan giling sikit halia tuh.
- Tumis sampai naik bau bersama dengan perencah tomyam Adabi
- Masukkan serai, tumislah
- Masukkan sayur-sayuran
- Masukkan air, ikutlah suka, nak banyak ker sikit
- Masukkan perencah Cukup Rasa Maggi (memang tak tinggal)
- Masukkan tomato, bawang dan cili tambahan jika perlu
Ada orang yang masukkan bawang dan cili api tuh last sekali. Tapi Huda biasanya tumis sekali dengan perencah tomyam. DAN, kalau nak letak tomato, janganlah masuk sekali dengan sayur-sayur lain. Karang tak nampak mana tomatonya. Hee. Di UPSI, Huda tak adanya buat tomyam guna ayam/udang/sotong ker daging. Hanya buat tomyam sayur. Kalau kat rumah baru buat tomyam sayur. Kalau letak ayam semua tuh, lepas tumis bawang semua tuh, masukkan bahan-bahan nih dulu. Sebab bahan-bahan gini nak masak dia lama sikitkan.
Okey, kalau sesiapa yang tak suka guna perencah Adabi tuh, korang bolehlah guna tomato. Means, guna cara tradisional. Blender tomato tuh jadikan dia kuahnya. Tapi. Tapi. Huda nak cepat jek selalu. Lagipun, perencah tomyam Adabi nih bagi Huda dah cukup sedap woo. Pedas dia pun lengkap. Pendek kata, korang boleh masak Tomyam lebih kurang setengah jam. Percayalah. Korang boleh komen kat bawah, kalau ada yang tak faham atau nak tambah baik. Bab-bab masak memang Huda suka weyh. HAHA
Till then, kenapa tak cuba??
No comments:
Post a Comment