Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Salam kasih sayang dan terima kasih daripada pemilik blog...Kehkeh...
Huda teruskan Edisi Khas Melaka dengan meneroka kawasan rekreasi kat Melaka pulak...Dah tengok warisan sejarah, marilah kita menenangkan fikiran dengan berjumpa flora dan fauna...Kelas kau maria!! (tak ada point) Huda pergi 3 tempat rekreasi...
Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh : Masuk Percuma, tapi untuk ronda-ronda boleh buat pilihan sama ada berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan buggy...Setiap kenderaan yang disewa ada kadar bayarannya sendiri mengikut jenis..Masa Huda pergi hari tue, Huda sewa buggy...Tapi buggy untuk 2 orang tengah servis, so kami guna buggy untuk 4 orang..Harganya RM35/30minit..Setiap 10minit lewat akan dikenakan denda sebanyak RM5..Thanks to Farah Faber sebab kenalkan Huda dengan Taman Botanikal nih...Tak rugi dengan pengalaman yang awesome! (tak payah beli Astro Beyond dah awesome)
Kampung Buku Malaysia : Masuk Percuma..Ada banyak buku untuk dibaca...Boleh dibeli jugak...Suasana yang selesa untuk membaca di sini...Serius!
Zoo Melaka, Ayer Keroh : Bayaran sebanyak RM10 seorang...Ada diskaun harga untuk student yang berpakaian seragam sahaja...Zoo nih boleh masuk siang dan malam...Ada pertunjukan gajah...Bagi yang lutut terketar-ketar, boleh baik tram dengan bayaran RM5...Bagi yang kuat harimau, boleh jalan kaki...Serius, kering tekak korang lepas tue...
Jom layan gambar lah...
Dua-dua tempat nih serius best bagi Huda...Zoo Melaka macam menakutkan tapi tak bahayalah sangat pun...Cuma, banyak sangkar/kandang yang kosong...Mungkin binatang mati agaknya...Dan, ada binatang yang hanya ada seekor sahaja...Binatang pun tak mesra alam...Masa Huda datang, kebanyakannya tidur...Sabar jer lah...Penat den jerit-jerit, tak ada pun bangunnya...Yang spoilednya masa nih cuma Huda jatuh tergolek depan zirafah...Choi...Nasib baik zirafah sopan-santun...Gelak pun dalam hati...Hahaha...Taman Botanikal okeyhlah jugak...Kurangnya tumbuh-tumbuhan yang menakjubkan macam kat Taman Botani Putrajaya...
Owh yer, berdekatan dengan tempat-tempat nih ada Wonderlands...Boleh lah siapa yang ada anak kecil tue bawak pergi mandi-manda...Tempat nih kurang risikonya..Cuma, Huda tak rasa harga tiket dia sesuai dengan servis yang ditawarkan...Itu sahaja kelemahannya...
Mari berfikir, destinasi seterusnya dan siapa pula teman saya nanti...Thinking! |
Sekali lagi, maafkan kekurangan pada kualiti gambar...Enjoylah apa adanya ya...Boleh komen pedas dan manis..Semua saya telan...Ini adalah entri terakhir edisi khas Melaka...=) Jumpa lagi dalam entri ke Pulau Pangkor pula! Much love untuk mama, ayah yang bersusah payah demi Huda...Juga much thanks untuk Bello sebab susah payah datang dalam hujan tolong repair kete. Sobsobsob
Till then, Wassalam..
1 comment:
Huda nk tnye kt taman botani tu bleh x duduj tuk mkn2...
Post a Comment