Assalamualaikum wbt dan selamat membaca...
Entri lepas dah bercerita mengenai Nasi Ayam Serai dengan Puding Roti bersos Krim, entri kali nih nak share pulak pasal cubaan menyediakan Spaghetti...Dulu, pernah lah Encik Superhero belanja Spaghetti kat Kenny Rogers, tapi, serius tak tertelan tekak nih...Tapi, baru-baru nih, Huda jadi peminat tegar makanan ala-ala western nih...Dulu, Huda langsung tak mahu jejak kaki kat Pizza Hut, alasan, tak makan daging...Sekarang nih, mengidam nak masuk Pizza Hut aje..Sebab, keenakan pizzanya terbayang-bayang...The point is, bila asyik terbayang pizza, Pizza Hut tue, setiap malam, mesti usha website Pizza Hut, nampaklah deretan/pilihan pizza mereka...Hati berbunga-bunga, perut menari-menari...Hiperbola..
Bila check akaun BIMB, duit biasiswa semakin hari semakin menyusut...Memang tak lah nak makan pizza guna duit sendiri...Itu hari, masa balik Johor, ada pujuk mama dengan nada gedik-gedik ajak makan kat Pizza Hut, sebab promotion mereka hebatkan...Harga 50%...Tambah pulak makan lunch, 11pg hingga 2.30ptg...Berganda murah..Tapi, bila ahli keluarga tak cukup, tak sampai hatilah..So, Huda decide, okey, Google resepi Spaghetti paling sedap+simple+guna bahan yang murah...Then beli barang pakai duit mama...Semuanya selamat dan gerenti poket dan hati senang, perut tenang...Haha...Huda pilih resepi spagheti Aunty Nani Rostam lagi...Serius, sedap sangat...Terlampau...Haruslah kan...Sendiri masak, sendiri makan dan sendiri puji..Harapkan korang? Hampeh..HEHE
Untuk resepi spaghetti sedap nih, cuma perlukan beberapa bahan..
Tomato
Pasta
Tomato cincang
Serbuk lada hitam
2 Bawang besar (Holland)
5 Bawang putih
Ayam cincang
Garam
Oregano
Minyak zaiton
Stok ayam
Cara-caranya:
1. Rebus pasta sehingga lembut.
2. Tumis bawang besar Holland dan bawang putih yang dimayang halus.
3. Masukkan ayam cincang dan masak sehingga ayam setengah masak.
4. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan stok ayam. Semuanya mengikut keperluan.
5. Apabila ayam kelihatan masak, masukkan tomato cincang dan masak sehingga mendidih.
P/S: Untuk spaghetti yang Huda buat, sengaja Huda tambah dengan tomato cincang sebab Huda beli tomato puri jek... Lepas tue, Huda tambah air sebab Huda suka kuah yang banyak...Tapi, kalau anda suka yang pekat, tak payah letak..Terpulang kepada kita untuk hasilkan masakan yang kita suka..Huda juga tak guna minyak zaiton masa nih dan hanya guna minyak biasa..Tapi, hasilnya tetap okey..
Alhamdulillah, hasilnya memuaskan...Huda tak pandai nak hias masakan Huda..Hanya masukkan dalam pinggan biasa dan tabur oregano...Ini jugak pertama kali Huda mencuba oregano dan ianya agak pahit ditekak...Tapi, bila dah lama-lama, sedap lah pulak...Huda harap, korang cubalah...Sebab, tak ambil masa lama dan lebih jimat daripada makan di kedai....Tak percaya, tanya Nelly...Sampai tak tidur malam membayangkan keenakan spaghetti tue...*berani dia condemm spaghetti Huda, memang tidur dalam tong sampah lah jawabnya dia!* HAHAHA...*muka berubah mcm Angry Bird*
Jangan dipandang rupa yang hodoh tak membawa rasa yang sedap...(: |
Celoteh: Kalau Morris aka Idris baca blog picisan Huda nih, Huda dah boleh masak spaghetti...Mau ker? Hehehehe....Buat Nelly, thanks sudi menjamah resepiku ini...Lain kali saya belajar buat yang cheese ea...
2 comments:
Sesiapa yg ingin merasai NINIE"S LASAGNA(chicken or beef)..bleh mmbuat tmpahan bermula february ini...spical promotion NINIE"S PIZZA(homemade)...Sbrg pertnyaan bleh kol saya@my wife..~@Ninie Ayieeriz..0166994581.
untuk melihat photo of lasagne bolehlah lihat di facebook kami..t.q...
“KEJUJURAN, KETELUSAN & PERKHIDMATAN TERBAIK DIUTAMAKAN”
Sesiapa yg ingin merasai NINIE"S LASAGNA(chicken or beef)..bleh mmbuat tmpahan bermula february ini...spical promotion NINIE"S PIZZA(homemade)...Sbrg pertnyaan bleh kol saya@my wife..~@Ninie Ayieeriz..0166994581.
untuk melihat photo of lasagne bolehlah lihat di facebook kami..t.q...
“KEJUJURAN, KETELUSAN & PERKHIDMATAN TERBAIK DIUTAMAKAN”
Post a Comment