Thursday, 8 March 2012

DaripadaNya kita datang..........KepadaNya kita kembali.............

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Bumi Tanjung Malim masih suram sewaktu entri nih Huda tulis...Walaupun kesedihan ini mungkin tidak dikongsi bersama seluruhnya, tapi, Huda yakin, hampir seluruh warga UPSI merasakan kehilangan dua orang mahasiswi UPSI yang terlibat dalam nahas jalanraya di Baling, Kedah, 6 Mac lalu...Pemergian Fatini dan Hidayah sangat dirasai...Huda yang hanya bergaul suam-suam kuku dengan mereka pun terasa kehilangan, apatah lagi sahabat seperjuangan yang akrab dengan mereka...

Kematian itu sesuatu yang pasti...Berakhirnya hidup di alam dunia, maka bersambung di alam kubur pula...Rantaian kehidupan ini pasti akan kita semua lalui...Huda juga akan melaluinya...Namun, sejujurnya, Huda belum bersedia...Huda sangat takut dengan amalan Huda yang sangat sedikit...Tidak cukup untuk bertemuNya...Sesungguhnya, Huda malu....Pemergian arwah Fatini, sahabat ketika menjadi JMK dulu, menyedarkan Huda bahawa bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil menghadapNya...Bersediakah kita???

Melihat ketenangan air muka arwah (Fatini), tak dapat digambarkan sayunya hati Huda...Dalam hati terdetik, "adakah matiku nanti setenang dan sesuci ini?"...Allah...Melihat pula kepada sokongan yang diterima arwah, Huda sangat kagum....Bayangnya, kalau tak silap penghitungan, sebanyak 4 bas pelajar UPSI hadir di majlis pengebumian...Tidak termasuk konvoi berkereta yang sedari awal lagi sudah ke Kedah untuk mengiringi jenazah kembali ke Kelantan...

Kalau seseorang insan itu, di dunianya, baik dengan semua orang, tidak pernah berhasad dengki, sentiasa menjalin silaturahim, tambahan amal ibadahnya sempurna, begitulah nikmat Allah swt kirim buatnya...Sungguhpun untuk ke Kelantan itu jauh, letih, semuanya tidak terfikir bagi semua sahabat arwah demi memberi sokongan akhir kepada arwah...Sesungguhnya arwah (Fatini) memang seorang yang Huda kagumi...Lembut tutur katanya...Sentiasa menasihati Huda setiap kali Huda beremosi dengan sikap segelintir rakan sejawatan dulu...Tidak pernah terdengar rungutan arwah mengenai apa pun...Arwah sangat sibuk dengan perjuangannya....Melihat ketenangan wajahnya selepas dikapankan, Huda berasa lega...Sekurang-kurangnya, arwah dapat berehat daripada segala keletihan semasa hidupnya yang tak pernah dibazirnya masanya...

Kenangan tangannya menyuap Huda ketika Iftar masih terasa...Begitu juga dengan arwah Hidayah...Itulah silaturahim yang tak mampu Huda lupakan...Semoga, kelak, Huda menjadi seperti mereka...Mungkin perubahan itu tidak sedrastik insan lain, tapi, Huda mahu seperti mereka...Mudah-mudahan dipermudahkan hijrah Huda itu..


Corat-coret : Mudah-mudahan kalian berdua telah menghalalkan semua kelakuan,kesalahan dan apa sahaja saya pernah lakukan terhadap kalian...Semoga urusan bertemuNya dipermudahkan...Huda tahu, kalian tenang di sana..

No comments: