Saturday, 10 March 2012

Sekadar meluahkan apa yang dirasa.........

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera.....

Semester nih, Huda masuk semester 6...Semester yang bagi Huda, awalnya sahaja dah tersangat mencabar...Apa yang tak mencabarnya, awal-awal lagi dah ada bad impression mengenai lect...Bukan saja nak  judged orang...Lebih-lebih lagi insan yang hidupnya berbakti kepada kita...Lect macam cikgu juga...Kita nak keberkatan ilmu kenalah hormat pada tenaga penagjar...Tanpa ilmu mereka, siapalah kita...Tapi, awal-awal dah rasa sedih dan macam malas nak belajar bila, ada sesetengah lect yang tukar jadual kuliah...Tak seperti yang kita add mula-mula dulu...Alasannya, nak memudahkan urusannya ke sana ke mari, ada urusan hari tersebut & bla.bla.bla....Lepas tue, kelas tutorial pulak problem bila ada lect yang hatinya berat untuk consider keadaan kami...Kami nih student...Kami dikerah untuk berkuliah merata-rata...As yang korang tahu, UPSI paling banyak tempat kuliah yang hanay tak bertumpu pada satu tempat...Even Huda ada kereta, mustahillah Huda boleh catch up semua tempat tue kan...Kalau dah kelas 8-10, 10-12, 12-1, 1-2, 2-5....Tempatnya pulak ambil masa 10-15minit lah paling laju Huda boleh sampai ke satu-satu tempat...As penyelesaian, lect cuma cakap, kalau awak tak boleh attend kelas saya, just drop dan ambil semester hadapan...Semester hadapan saya praktikum lah!! Tapi, alhamdulillah, semuanya sudah selesai sekarang...Walaupun terpaksa berkejar ke sana ke mari, Huda berjaya cukupkan 18 jam kredit Huda untuk semester 6 nih...So, semester 8 nanti, lega sikit dah ringan.....Fuhhh.......

Tak cukup dengan masalah add drop kursus tue....Kereta Huda buat hallah pulak...Aish...Masa-masa macam nih lah nak buat hal...Sadis...Padahal, ayah dah berhabis banyak untuk repair kereta tue masa rosak kat Melaka dulu...Sekarang buat hal lagi...Masa macam nih lah baru kita tahu, siapa kawan dan siapa kawan...Hah?? Yelah, semua kawankan...Tapi, kawan yang mana yang akan tolong kita...Atau, kawan tue cuma tengok jer...Sekali lagi duit melayang...Nasib badan...Siapa suruh bawak kereta...Awak tue kan student lagi...!!!! Pang! Bila cucuk ATM, keluarkan duit repair kereta, terus terlintas di fikiran Huda...Terus...Huda selalu dapat panggilan/SMS daripada kawan-kawan...Huda, nak pinjam kereta...Huda, nak pakai kereta...Adalah beberapa kali Huda bagi dan banyak kalinya Huda tak bagi...Sebabnya, tengoklah sekarang...Bila kereta Huda rosak, siapa yang tolong Huda? Tak ada pun...Balik-balik, mak ayah jugak!...Huda bersikap kedekut pada sesiapa sahaja yang nak pakai kereta Huda, sebab Huda jugak student macam kalian...Bawak kereta tak bermakna poket Huda sentiasa penuh...teringat Huda masa tue...Ada program...Pakai kereta Huda...Waima RM1 pun mereka tak hulur duit minyak...Even, minyak kereta Huda dah merah! Masih nak claimed Huda as kedekut? Lantak korang lah...Susah Huda pun bukan kalian yang tolong! Yup, hidup nih kenalah selalu berbaik dengan orang, jangan harapkan balasan semata...I get it...Tapi, bergantung kepada situasi...Tapi, bukan semua orang tak boleh harap...Thanks to Asni yang tolong hantar pergi bengkel dan thanks kat Hindijoe bagi pinjam motor.......


For those yang selalu mencaci Huda tue, thanks guys...korang cukup terbaik di sisi Allah swt...do it again and again...


Till then, wassalam...

5 comments:

mySara said...

Hamboi, melampau ye depa! Tak kan lah minyak kete tak sisi lngsung??? BIADAP tu!

Unknown said...

ntah lah may...part yang paling sedih tue, bila ada orang post kat FB dia, dgn kawan pun nak berkira....bagi huda, ini bukan soal berkira...tapi, huda ambil kira aspek, kita sama-sama pelajar...kalau kita jer nak senang, orang lain macam mana....kalau hal-hal penting melibatkan kesihatan ker, huda tak akan berkira...cuma, kalau untuk berseronok-seronok, maaflah...carilah kereta sewa...

mySara said...

Diaorang ni bila tak kena pada diri sendiri, memg sedap je dok mengata kedekut, berkira.. so, pasni..belajar jadi bakhil sikit. hahah. :P

Unknown said...

Huda dah cukup bakhil nie...sampaikan ramai yang tak mau bertegur apatah lagi pandang muka huda...hehehe

cydayf said...

sabar ye.. tau perasaan tu.. hehehehehe.. be strong girl!