Tuesday, 28 February 2012

Nasi Ayam Serai dan Puding Roti bersos Krim...Kenangan yang tak mampu dibeli~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Seperti yang digembar-gemburkan dalam entri sebelum nih, Huda cakap Huda balik Johor kan...Balik rumah Hudalah...Kalau kat rumah, memang tak berhenti mengGoogle segala macam resepi untuk dihidangkan buat keluarga tersayang...Memang tak sah kalau tak mencuba sesuatu yang baharu kat dapur usang Puan Rahmah...Balik hari Khamis malam dan sampai pagi Jumaat...Hari Sabtu terus ajak mama, haruslah kan...Mama banker terbaik kat rumah...Ajak mama pergi beli barang-barang dapur untuk aktiviti masak-masak...Mama dan ayah Huda memang senang hati untuk membeli asalkan kita rajin nak menyediakannya...Bukan hangat-hangat tahi lembu...*peribahasa baharu ikut isu semasa*

So, Huda dah pilih resepi Nasi Ayam yang Huda rasakan mudah, sebab nih pertama kali Huda nak masak Nasi Ayam...Selalunya asyik membedal kat Restoran Basir yang sepinggan dekat RM5 tuh...Huda pilih resepi Nasi Ayam Serai resepi Kak Yati..Buat reader yang belum jenguk blog kak Yati, memang agak rugilah sebab kak Yati banyak kongsikan resepi masakannya yang memang beliau masak hari-hari...Resepi nih bagi Huda tak berat sangat lah...Tapi, nama pun masak nasi ayam...Mana boleh siap kurang daripada 3jam kan...Nak perap ayam lagi...So, tak perlulah Huda tulis balik resepi nasi ayam tuh...You guys just klik nama Kak Yati dan tengok sendiri resepinya...Ada banyak pilihan nasi ayam kat situ...Tapi, hasil nasi ayam Huda nih, disukai oleh seisi keluarga termasuk atok yang memang hebat skill memasaknya..Baru atok tahu penangan cucu kedua dia! Sampai telefon pagi-pagi buta mintak resepi nasi ayam nih...Terima kasih buat resepi Kak Yati...Mudah-mudahan, satu hari nanti boleh merasa air tangan beliau...Hasilnya................


Hanya hiasan cincai, tapi, rasa tak menegcewakan...Tambah dengan sup ayam hebat, memang licin pinggan...

Thanx kat mama sebab banyak tolong...Kalau tak, lambatlah makan tengahari kita...Bagi yang ingat, Huda pernah buat sup ayam...Resepi sup ayam nih juga Huda guna untuk makan dengan nasi ayam serai nih...Refer kat sini, SUP AYAM.



Sambil masak Nasi Ayam Serai tuh, Huda buat puding roti sekali...Lama dah nak mencuba sendiri buat puding roti...Sebab, selalunya tengok Aunty Nani Rostam *bajet dah lama berkenalan* selalu buat puding roti untuk santapan keluarganya...So, Huda pun berangan lah nak buat...Tambahan, ayah Huda, pak Taib, sangat suka makanan manis-manis..So far, Alhamdulillah, ayah tak ada masalah diabetes...Buat puding roti nih, cukup simple...Sebab pendek sahaja, Huda kongsikan resepinya di sini ya...

Puding roti:
Roti (Huda pakai roti Gardenia biasa, tapi lebih afdal pakai roti butter)
Telur 6 biji
Susu penuh krim 1 tin
Whipping krim 1 kotak
Butter setengah buku
Gula 5 sudu
Kismis untuk hiasan
Brown sugar untuk ditabur
Esen vanilla setitis

Sos krim: 
Tepung jagung *untuk likatkan sos, ikut kadar kelikatan yang diperlukan*
Susu penuh krim *ikut keperluan masing-masing*
Gula *sedikit mengikut keperluan*
Strawberry atau buah-buahan yang disukai
Esen Vanilla


Cara-caranya:
1. Sapu loyang/casserol dengan butter.
2. Susun roti dalam loyang...Agak-agaklah nak makan untuk berapa orang.
3. Putarkan susu, whipping krim, telur, titisan esen vanilla, gula, butter dan kemudiannya tuangkan ke dalam susunan roti tadi...
4. Biarkan roti tadi kembang selama 1 jam.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Tapi Huda bakar lama, sebab nak puding agak garing. 
P/S : Kalau ikut resepi nih, Huda gerenti, puding roti you all takkan keras...Sedap dan pastinya boleh diratah tanpa sos pun..Macam makan kuih bakar..*tetiba!*

Untuk buat sos pulak:
1. Panaskan susu. Huda letak sedikit air dan masukkan gula mengikut keperluan.
2. Masukkan tepung jagung sampai kadar kelikatan yang kita mahukan. Pastikan tangan sentiasa mengacau dengan api sederhana sebab khuatir sos berketul-ketul apabila tepung jagung dimasukkan..
3. Titiskan esen vanilla. Hanya nak beri bau yang menyegarkan...Jangan sampai masukkan 1 tutup pulak...
3. Sejukkan sos nih. Bila nak makan, masukkan strawberry potong. Gerenti 3x ulang.

Bagi sesiapa yang pernah tengok resepi Aunty Nani Rostam mesti rasa ada kelainan dalam resepi Huda...Biasalah..Huda masih buat ikut cara Aunty Nani, cuma Huda sesuaikan ikut selera Huda dan keluarga..Hasilnya.............









Huda memang suka menyediakan sesuatu untuk keluarga, sebab kadang-kadang nak berkumpul sekeluarga tue sangat payah...Semua dah jauh...Bila dapat bersama, mesti ada moment yang nak diingati bersama...Nak beli kat luar, memang keluarga kami kurang berkemampuan...Yelah, untuk sepotong kek pun menelan belanja RM 5-6...Lebih baik kita beli bahan, buat sendiri dan hasilnya kita puas hati...Soal halal, kita jaga...Selain tuh, pengalaman dan pengetahuan bertambah...Masa bersama keluarga jadi lebih bermakna...Hubungan kekeluargaan jadi bertambah-tambah erat...Tak percaya, cubalah!


Sekian, selamat mencuba...Salam..

3 comments:

Mata Pena Fadz said...

wow...sedapnye ~ lapo ite

mySara said...

nak nak nak yg tsrawberry tuu..alahai, manis lomak berkrim hoiii. -___-

Huda said...

hehe..sedap tau may...jemput2 datang kota tinggi, nanti huda buatkan...