Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
IBU |
Setakat nih, tak meragam pun. |
Tidur di mana ada tempat, tak kisah selesa atau tidak |
Menemani kakak pagi-pagi. Kenangan: Sejadah tue dapat daripada jemaah dari Turkey. Hadiah katanya. |
Sebenarnya, masa nak ambil kucing nih dari kak Jue, takut jugak. Sebab pernah jaga baby kucing yang tak ada mak atau ada mak. Semua tak bertahan. Kalau bertahan pun seekor dua. Kali nih, harap sangat anak-anak bulus nih akan bertahan lama. Sampai besar. Biar lima-lima anak dia besar dan sihat. Almaklumlah, di rumah yang menjaganya ayah dan mama. Mereka pula sibuk kerja. Petang baru ada masa nak menengok semuanya. Tapi, harap semuanya akan hidup sempurna. Besar, gemuk, sihat.
Ibu kucing nih, bagi saya lah, sangat adorable. Walaupun tak secomel baka kucing Siam ker Parsi ker, tapi dia comel. Dia betina yang berwajah jantan. Kekekeke. Ibu baik, tak nakal tapi asyik mengiau. Mungkin perubahan tempat buat dia rasa tak selamat. Masa di Kolej Ungku Omar, ibu tak melasak pun. Tak membuang bersepah pun. Sentiasa menjaga tingkah laku. Tapi, anak-anak jangan cerita lah. Buat bilik Huda macam padang ragbi. Arghh..Tapi, bila kita sayang kucing, segalanya akan rasa, ok. Lagipun, masa nak amik nih, Huda dah fikir masak-masak. Sanggup ke tidak. Huda sanggup so tak boleh tak bertanggungjawab lah. Cuma buat masa nih, Huda tak boleh jaga dyorg sepenuhnya dan akan mengharap ayah untuk jaga mereka. Semuanya ayah~
Ayah sampai dah pening lalat sebab pergi Kipmart jumpa kucing, amik. Pergi pasar borong beli ikan kering, jumpa kucing, bawak balik. Kata nak makan kat Pasak, jumpa kucing amik. Tapi, hari-hari biasa, kalau tak cuti, semua ayah yang uruskan. Kucing kat rumah Huda, campur yang dah mati, lebih 200 ekor agaknya. Sentiasa bertukar ganti. Mati/hilang. Kami tak pernah buang kucing. Semuanya ayah jaga. Bagi makan dan bersihkan tempat. Dari ayah kuat, sampailah ayah dah sakit-sakit belakang. Sekarang nih jer, lebih 20 ekor kat rumah tue. Mudah-mudahan ayah dapat kesihatan yang baik. Nanti kak ngah habis belajar, kak ngah ganti tempat ayah jaga semuanya. Janji!
Till then, sarangheyo~
Till then, sarangheyo~
2 comments:
penyayang si huda ni :) dulu byk la kucing..afta bpak n mak fad x cehat...sbb sakit2 blkg la...trus kurgkn kucing..lastly tgl 3 ekor jew...
Fadz:
3 ekor pun cukup bermakna tue Fadz.
Sebab adanya rumah Fadz, dapatlah 3 ekor menumpang teduh
Post a Comment