Assalamualaikum wbt.
Selamat sejahtera.
Google. |
Saya ada terbaca post seorang rakan saya yang mengatakan wanita bertudung itu tak semuanya baik tapi hanya menutup kejahatan dirinya sahaja. Menutup kejahatan dengan bertudung?? Please lah. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Bercakaplah dengan akal, jangan bercakap dengan emosi.
Baiklah, saya bukan orang yang layak untuk mengulas isu ini. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang boleh mengulas hal sebegini. Tapi, saya tetap tak bersetuju dengan penghujahan beliau mengenai hal ini. Saya berpegang kepada kata-kata rakan lelaki saya sewaktu kami sama-sama menjadi Jawatankuasa Mahasiswa Kolej.
Katanya:
Wanita bertudung itu belum tentunya baik tetapi wanita yang tidak bertudung itu sudah jelas tidak baik. Kerana dia dengan jelas mengingkari perintah Allah. Menutup aurat itu satu perintah. WAJIB.
Maafkan saya ye kawan. Saya hanya bersedih dengan sikap awak. Memang awak kata, lebih baik awak tak pakai tudung tapi awak baik. Memang bertudung, solat 5 waktu belum cukup membuktikan seseorang itu baik. Tetapi, sekurang-kurangnya, dia tahu kewajipan dan tuntutan Allah itu. Biarpun bershawl, namun, saya percaya, perlahan-lahan akan sempurna tudungnya.
Hei, saya tak kata pun orang tak bertudung tue jahat ok. Saya ada ramai kawan yang free hair. Saya terima mereka seadanya dan saya yakin dan percaya satu hari nanti mereka akan bertudung. Masa dan keadaan akan menentukan segalanya. Wallahualam.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment