Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Semakin hari semakin dewasa. Ramai kawan-kawan dah mula mendirikan rumahtangga. Sedangkan diri masih mencari. Wah, ayat. Gituuuu. Tak mengapa, jodoh, ajal dan maut urusan Allah. Kalau tidak di dunia, pasti di akhirat akan bertemu. Wah, lagi....
Majlis kali nih adalah majlis kedua yang saya hadiri selepas perkahwinan kawan satu hostel dulu, Azie-Hanafi. Ini majlis Syahida, rakan semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab (SMKTH) dulu. Masa sama-sama di kelas RKA. Bezanya, dia pelajar cemerlang jurusan Arab, manakala saya pelajar cemerlang tidur dalam kelas. =( Selepas tingkatan 3, Syahida sambung belajar di SMKA Bandar Penawar, kalau tak silap saya. Sekarang dia dalam pengajian lagi. Kalau tak silap di IPG Kampus Pengajian Islam, Bangi. Sudah rezeki Syahida, awal bertemu jodohnya. Semoga masjid yang dibina, kekal membawa hingga ke syurga. Amiin.
Seronoknya kali ini, kedatangan kami ke rumah pengantin dengan rakan-rakan sekelas, memang gamat. Macam-macam dibualkan, ketawa dan bergosip tentunya. Ahh, rindunya kenangan zaman sekolah. Pihak keluarga pengantin pula, sangatlah mesra dan baik. Datang bertanya, kami siapa, sudah makan ke belum. Dialu-alukan senang kata. Dalam majlis yang sebegini, kadang kala, ada yang terlepas pandang. Tetamu datang disuruh menunggu tidak dilayan. Biasa terjadi. Alhamdullilah, keluarga Syahida ramah mesra, maklum, mengerjakan majlis, bukan hanya sibukkan pengantin harus berdandan cantik, tetapi tetamu yang datang harus menjadi keutamaan. Alhamdulillah. Tapi, kerana kami ada urusan lain, tak dapatlah nak naik pelamin bergambar bersama sebagaimana harapan pengantin. Namun, dapat melenjan bilik pengantin dah seronok dah. Teehee. Terima kasih Syahida dan keluarga atas layanan mesra itu.
|
Pengantin. Cute. |
|
Pengantin lagi |
|
Busana pengantin untuk majlis bersanding |
|
Di atas pelamin |
|
Ringkas tapi meriah |
|
Mak andam sibuk menjalankan tugas |
|
Jantung hati Syahida. Yang pakai spek tue pengapit lelaki. hehe |
|
Tinggi jugak orangnya. |
|
Pengantin lelaki berdebar-debar masa nih |
|
Pengantin lelaki |
|
Di Johor, ini dipanggil TOL. Sebelum jumpa pengantin perempuan kenalah bayar tol(duit) dulu. |
|
Yeayea. Renjis-renjis dipilis...Ditaburilah mawar... Sambung ah, tak tahu |
|
Semoga ini adalah yang pertama dan terakhir buat mereka |
|
Pasukan kompang. Johor, mestilah biru. Aik? |
|
Suasana di rumah pengantin |
|
Hadiah pengantin. Malam nih kita buka yer. Eh,eh, over lak.
|
Nanti kita sambung lagi. Takut berat pulak nak loading. Nak upload pun 1jam. Haih, kata Streamyx. Salam.
2 comments:
wah...huda bila lgi??/ ngeee :P
Fadz:
Huda nak bagi mak ayah gaji Huda dulu. Nak panjat gunung kinabalu dulu. Kalau ada rezeki, nak melawat Korea dulu. Hehehe. Banyaknya wishlist
Post a Comment