Thursday, 17 May 2012

Umrah Ramadhan 2011: Makkah AlMukarramah

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Mari menyambung. ENTRI NIE SANGAT PANJANG. MAAF.
Ok, 3 hari jer kat Madinah. Tak lama pun. Memang pakej macam tuh. Kami bertolak ke Makkah siang selepas Subuh dan selepas ziarah Wida', tapi sampai kat Makkah malam raya. Tak ada terawihkan malam tuh. So, tak delah terlepas ker melepas. Perjalanan ambil masa 5-6 jam. Yer. Makkah dan Madinah bukan sekangkang kera. Sebelum terlupa, malam akhir terawih di Masjid Nabawi, Subhanallah. Lautan manusia. Serius sesak. Kami hampir menangis sebab tak ada tempat dan tak ada laluan langsung. Cerita sikit eh. Untuk pengalaman korang, mana tahu ada yang nak pergi masa Ramadhan.


Masa Ramadhan, memang sesak. Umat Islam seluruh dunia tak mau ketinggalan bermunajat dan berdoa di tempat yang dicintai Allah. Sebab kebanyakan negara Arabkan cuti masa Ramadhan. Hormatkan waktu tue dan banyakkan masa tok ibadah,ibadah,ibadah. Jadinya, masa Ramadhan tuh, kami akan makan selepas Maghrib. Kami Maghrib kat masjid, lepas solat Maghrib baru kami balik hotel dan makan. Sebab seharian tak makan, cuaca panas, mau tak mengejar nasikan. So, balik jugak hotel makan. Tapi, kat masjid memang akan ada makanan berbuka taw. Roti dengan Laban (macam Yogurt). Sedap, tapi, tekak Melayu mana boleh tak makan nasik weyh. Lepas tuh, cepat-cepat pergi masjid balik. Sekangkang kera jer. Selalunya penuh jugak masjid tuh, tapi malam terakhir terawih, awak macam tak nampak jalan. Nak pitam dibuatnya. Badan kita melekat dengan badan orang lain. Langsung tak ada celah nak menyusup pun. Masa tuh, mama kata doa banyak-banyak, mesti ada ruang nak solat nih. Semua bertolak-tolak, biasalah, selain orang Malaysia, semuanya besar dan tinggi, orang Malaysia terpaksalah redha~ Alhamdulillah, dapat jugak ruang walaupun hampir betul dengan pintu pagar masjid. Jadiler. Ingat, nanti kalau korang pergi, malam akhir tuh, jangan balik hotel kalau tak nak bersesak gini. Tahan lapar. Tahan lapar. Lepas tuh, balik hotel dah tak ada makanankan. Tak apa. Kedai nasi Arab banyak. Belilah. Kongsi ramai-ramai. Nasi dia banyak. Standart lah. Tengok orang dia besar mana. (tapi, masa kami pergi tuh, mmg kena save bajet ler, pergi 1 family)


Okey. Continued with Makkah. Takkan nak cakap jugak utama kat sini apakan. Yang utamanya adalah ada Kaabah. Tapi, please jangan taksub macam segelintir umat yang meratap-ratap kat Kaabah tue yer. Kaabah itu simbol sahaja. Yang disembah tue Allah. Kadang-kadang boleh  khurafat nih. Tapi, for sure lah, kena mengadap kiblat, berkat. 



Okey. Sampai kat Makkah malam raya. Dalam keadaan berihram. Kena jaga pantang larang. Tak boleh korek hidung, takut bulu hidung tanggal. Tak digalakkan mandi nanti rambut jatuh kena dam. tak boleh tidur tutup muka. Nanti kena dam. Kentut boleh lah. Takkan kentut pun kena dam! Tapi, masa kursus umrah, ada jugak yang tanya ustaz. Kentut kena dam tak?? Apa salahnya tanyakan. Malu bertanya sesat jalan! Walaupun malam tuh dalam keadaan pantang, saya tidur nyenyak jugak. Sedar-sedar dah jam4. Adoi, cepat-cepat bersiap pergi masjid. Hajat hati nak selesaikan Tawaf Umrah lah. Lepas solat tuh, dah boleh buat Saie. Nak cepat ler konon. Sekali kaw, penuhnya Masya Allah. Tak de laluan. Then, solat Subuh dan solat raya jer lah dulu. Lepas tuh baru kitaorang selesaikan Umrah kitaorang. Itu pun sembahyang kat luar tau. Penuh dah masjid. 


So, tengok gambar lah.

Al-Hijaz Palace Hotel. Tapi, hotel nih sekarang dalam proses untuk dirobohkan katanya untuk tujuan pembangunan kota Makkah. Mungkin nak bina hotel yang lebih besar yang mampu menampung jemaah haji.


Hah. Nih gambar masa Hari Raya Pertama di Kota Makkah. Nih gambar selepas solat Zuhur. Ramai ker tak??


Ni pulak masa lepas solat Isyak di Masjidil Haram. Ramai ker tak? Kitaorang stuck masa nih. Tak boleh jalan. So, kita amik-amik gambar ler. 


Ramai tak?


Nah, ramai ker tak? Masih tak mengakui lagi?


Nih keadaan Masjidil Haram. Kebanyakan mereka nih memang stay kat masjid, tak sewa hotel. Makan, tidur semua kat sini.


Katanya nih kediaman Raja. Tapi, kebenarannya belum diselidiki. Betul-betul bersebelahan dengan masjid.


Mama & Ayah. Tersekat dalam kesesakan.


Lepas sembahyang, semua berpusu-pusu mencari makanan. Kedai nih macam KFC gitu. Sedap sangat!


Ais krim Makkah, sedap. 3 Riyal-10 Riyal. Tak tahulah ada mahal lagi ker tak.


Air zam-zam percuma. Macam nih lah keadaannya kat sana tiap kali lepas solat.



Walaupun keadaan macam sesak, tapi, semuanya berjalan dengan lancar. Huda nak pergi lagi, nak lagi, lagi dan lagi. Next entry Huda paparkan gambar Kaabah pulak.




Wassalam.

2 comments:

ejulz said...

bertuah huda muda2 dah g sana.. :)

Unknown said...

Alhamdulillah, rezeki mama & ayah, dapatlah saya juga menumpang senang.