Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Jom sambung cerita. Itu hari punya cerita tak siap lagi. Dek kerana malas nak menunggu loading banyak-banyak gambar. 20 keping pun sengsarakan korang nak scroll tengok. Padan muka. Hahaha, kejinya. Saja nak upload, bagi hangat sikit siapa yang tak ikut. Contohnya Kiambunx Kembang. Kekeke. Kiambunx, jangan marah. Ini hanya jalan-jalan kosong saja. Senyum sikit.
Cyah sebagai organizer program reunion tempoh hari sibuk dengan tugasnya untuk mengedarkan t-shirt reunion tempoh hari tue, maka, kami dapatlah berjumpa dengan beberapa rakan yang tak hadir wedding Syahida. Jadinya, janji mahu ketemu di OLD TOWN WHITE COFFEE. Asal capslockkan? Suka hati ar! Tak delah. Sebab....Ini adalah pertama kalinya tuan blog nih menjejakkan kaki ke sana. Sebelum nih, taraf makan kat gerai-gerai tepi jalan jer. Mana mampu nak makan-makan kat Old Town White Coffee. Kalau segelas air sudah RM4 ke atas, memang pandang pun tak lah. Tapi sebab Datuk Seri (Am) nak sangat bawak Datin Seri (Qila) minum kat situ, kami anak buah kenalah follow. Tapi, masa tue, dah rasa sadis dah. Sekalikan. Sekalikan. Zatie cakap, saya belanja awak. Macam nak paksa Pyan, cepat sikit ar bawak pergi Old Town tue. Hahaha, macam ini punya orang pun ada!
Berhenti solat kat Masjid Jamek Kota Tinggi. Jalan-jalan jugak, tanggungjawab jangan lupa. Alhamdulillah, untung dapat suami gini. Bukan Huda punya ar. Sobsobsob, kesat hingus. Lepas solat barulah pergi Old Town. Kali pertama nih, tapi still control jakun. Relax ar. Orang belanjakan, tenang. Sampai jek, setting meja. Nak duduk ramai-ramaikan. Order. Nak order pun amek masa ar. Tengok harga, memang untuk orang-orang gaji RM2k ke atas ar. Kalau RM2k ke bawah, boleh jugak, tapi, lepas tue, ikat perut ar. Sekali sekala, boleh lah. Kalau seminggu sekali, parah. Kalau hari-hari, lebur. Okey ar. Tengok gambar ar. Nanti korang bosan lak dengar daku bercerita.
|
Dah kata kali pertama, mestilah amek gambar semua bendakan. Kalau boleh, kerusi, meja, cashier, semua nak diphotokan |
|
Chocolate Zatie, Tea kot Arif punya dan Pepsi Lemon Huda punya. |
|
Hambek ko harga segelas air dia sama dengan satu set makan tengahari |
|
Walaupun Zatie belanja, tapi, daku telah memilih harga yang murah antara yang termurah. Kesian Zatie kot! Tapikan..Lepas tue zatie tunjuk ada lagi yang termurah. RM3 lebih. Rasa bersalah sangat kat zatie. Tak tahu patut pulang balik air Pepsi Lemon tue atau teruskan minum. Tapi, bila tersedawa, baru sedar, teruskan saja. Hahaha |
|
The only one. |
|
Kita orang bukan pasangan bahagia. Tapi, kita orang bahagia. Understand? |
|
Pilih, jangan tak pilih. Murah-murah saja |
|
Comel dop? Tak tahu status. Minat kena tanya empunya badan. |
|
Ni baju yang digebang-gebangkan tue. |
|
Us. Asal si Zatie nih makin berseri? Kongsilah sikit collagen apa. |
|
Dua-dua pun aku suka. |
|
Hah, ni May. Kawan aku nih. Asal semua gambar aku nak posing mcm perempuan ayu? |
Kami berpisah di sini. Arif comel hantar kami kembali ke kereta yang ditinggalkan demi untuk save minyak. Jangan kawan dengan aku, sebab aku kedekut. Semua nak jimat. Orang lain yang sengsara! Hehehe. Perpisahan dengan mereka membawa ku ke KFC dengan Zatie. Saja nak mengimbau kenangan lama. Kenangan Huda dan Zatie zaman duduk hostel, jalan kaki sama-sama pergi sekolah. Makan KFC nih pun unplanned. Sebab ada masa 1jam lagi sementara tunggu rawatan ibu Zatie, so, okey lah. Lagipun, Zatie nak beli KFC untuk abang ngah dia. Eh, sweet tau panggilan abg ngah Zatie tok dia. Hehehe.
|
Cilok dari KFC Gambar sendiri tak sempat amik, Zatie dah lapah-lapah Pokkits nih. |
Sedap ker tak? Cuba dulu baru tahu. Try dulu baru boleh tahu menyesal ker tak beli. Hehehe. Apapun, ini adalah pertemuan yang menggembirakan. Semoga sentiasa berkekalan. Tapi, macam mana pun, Zatie tetap dengan habitnya. Mencurah air ke badanku. Zatie, Zatie. Tak boleh nak marah. Sebab, itu memang Zatie.
Till then, maaf pada yang tak suka blog nih.
7 comments:
huda,smua blog awk ni wat sye ktawa x hnti2....
suka sgt....
trima ksih cos awk sntiasa ada ngan sye
hihihi..tapi hairan lah knp panggil qila datin seri?
ZATIE:
Haruslah berdua.
Udah tentunya kita partner in crime kot dari sekolah dulu.
QIELA FAIRY:
Udah awak gaya mcm datin.
Segan teman nak berdampingan dgn awak.
Awak pakai Galaxy Note, kawan cuma pakai Nokia Cokia.
Datin ler tue.
Hikhikhiks
upsss..bukan note lah sayang..sII aje ma..dah murah sekarang..hik3..ala qila still mcm dulu lah..xde berubah pun :D
wah....mkn besar ye cik huda kite :P lapaw lak...perut ni....
jeles xdpt join..sob sob sob (nanges sambil guling2) =(
Fadz: Bukan makan Fadz. Minum aje. Segelas air dah RM4.50. Itu pun tak termasuk gov tax
Nessaq: Siapa suruh awk tak nak join? Hah, kan dah menyesal. Tell you, kitaorang gelak aje.
Post a Comment