Wednesday, 23 May 2012

R&R Jejantas Sungai Buloh. Rehat & Rawat. Boleh jugak membajetkan diri sebagai seorang yang anggun~


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.



Entry nih kesinambungan daripada entry lepas. Sila check kalau korang bukan penggemar blog nih. Saya paksa!


Pagi tue, sebagaimana yang dirancang, Huda dengan Asni bergerak menuju ke destinasi yang dirancang. Awal pagi weyh dah meredah hutan belantara dengan poket kosong tapi bukan perut yang kosong. HAHA. Bukan Huda namanya kalau tak membedal secukup-cukupnya. Energy perlu ada! Nanti Dr. Suppiah marah. Opss, kisah nih cerita lain kalilah. Begitulah, kami gerak dari Tanjung Malim untuk ke R&R Jejantas Sungai Buloh untuk jumpa Kak Jue. Lepas tue baru nak ke KL. Keluar rumah jam 8.30 macam tue. Reasonnya, cutikan jalan jem. Lagipun nak cepat balik nak settlekan asignment yang tak pernah selesai! 


Sampai kat R&R Jejantas Sungai Buloh, lebih kurang jam 9 pagi. Sebab Kak Jue datang around 10.30, ajak Asni berjalan-jalan dulu. Asni pulak kata nak makan sebab pagi kan. Dia belum menjamah makanan. Baik, saya menemaninya. Tak familiar pun tempat tue, cuma, kalau bas UPSI berhenti rehat, kami akan makan kat KFC. So, ajak Asni makan kat KFC. Datang KFC pagi-pagi, ada makanan sarapan jer lah. Sebab kami nih bukan kaki KFC sangat (sangat ler) tak tahu nak pilih apa. Cashier pun macam nak tak tahan tengok kami yang decide nak makan apa sampai 15 minit. Waahahaha. Akhirnya Asni pilih Set Chicken Porridge Combo (RM 4.50/combo) dan Huda cuma request Milo ais sebab.....tak ada duit weyh. Sedih. Sekali cashier cakap, 'Alah, rugilah beli air Milo jer. Baik awak ambil satu set kita nih. Lagi murah tau. Awak dapat makanan dan Milo ais regular.' Sebaik terdengar perkataan jimat, okey, baik. Kita amek set. Jangan risau. Pasal jimat, takkan menolak. HAHA. So, feeling-feeling orang putih datang Malaysia, kita amek Set Blueberry Pancake Combo (RM 4.60/combo). 




Asni belanja. Eh, yer ker Asni belanja? Sesuka hati jer. Nanti kena belanja Asni balik gini. Waaa.. Sadisnya hidup sekarang. Sedap tak korang rasa? Nah, tengok lah sendiri. 


Blueberry pancakes. Dalam roti ada blueberry. Dimakan dgn syrup dan mentega. Si cuput mesti suka nih.
Bubur ayam. Asni makan laju sangat. Tak sempat rasa. Jadi, mesti sedap tue.

Saya tuan blog. Saya sangat suka makan tanpa peduli size badan saya. Tapi, lagi suka kalau orang belanja.
Y(^__^)
Untuk awak. Pembaca setia saya.
Candid nih. Asni capture by tangan dia dan camera dia. Me, mana ada camera!
Mampu? Pagi-pagi keluar rumah bersantap di RnR Jejantas.

Tapi, secara jujurnya, saya lebih suka lempeng yang ayah saya buat makan panas-panas dengan sambal tumis ikan bilis masakan mama. Weyh, orang Tanjung Sedili nih weyh. Bukan lahir kat Argentina. Erk?


Next time, mungkin saya akan amek Set Riser Combo (RM 4.80/combo) atau Set Twister Combo (RM 6.80/combo) jer lah. Makan apa yang kita biasa. Pancake KFC bukan tak sedap, tapi tekak nih lagi nak lempeng ayah jugak! Disebabkan tekak Melayu kuat sangat, Pancake Blueberry dimakan bersama sos Chilli Thai. Tapi, apa pun, memang puas hatilah. Nak sangat western kan...... Tapi, makan atas jambatan tue yang mahal. HAHA. Ekau ado??


Lepas tuh, tengok jam baru pukul 9.40. Nak buat apa nih? Malulah duduk lama-lama kat KFC. Pancake dah hadam dah nih. Ajak Asni meronggeng kat sekitar R&R. Korang ada jalan-jalan kat R&R macam jalan kat Pavilion? Tak adakan. Akhirnya, terhasillah  ilusi misteri empunya blog.




Seluar besar itu boleh dapat di Batik Valley.





Untuk itu, sekian, selamat bekerja.


Psssst....Aku asyik sebut jambatan jerk masa kat sini & Asni asyik betulkan, jejantas lah. Huwahuwahuwa..orang kampung, begitulah.

No comments: