Tuesday 15 May 2012

Umrah Ramadhan 2011 : Dari Malaysia ke Jeddah


Assalamualaikum wbt.

Hehe. Tengok tahun tue. Tengok. Punyalah lama baru nak cerita. Motif? Bagi yang sentiasa mengambil berat blog nih mesti dah pernah baca Huda pernah post dah pasal umrah Ramadhan tuh. Cuma lepas tuh Huda simpan balik sebab gambar tak habis upload. Kekeke.


Spot Cik Ren, orang Johor kalau tak kenal Cik Ren memang tak ikut perkembangan politik ler!! Hahaha

Bertolak selepas sahur. That's why gelap lg.
Ayah di KLIA sebelum masuk ke balai berlepas. Handsome tak? Umur dah nak masuk 60 nih.

Muka ceria semuanya bila dapat masuk flight

Kami orang Malaysia

TV peneman perjalanan kami.

Kakak-Adik-Huda (muka lapar, puasa hampir 24 jam, perubahan masa Malaysia-Arab Saudi)

Mari berbuka puasa. Mari. Tak pernah seumur hidup hanya makan buah & roti untuk berbuka. Kali nih, redha jer lah. Tapi, sampai jer Jeddah (flight memang berhenti sana, naik bus ke Madinah)
Bye Malaysia. Assalamualaikum Tanah Arab.
Labbaikallah. Hummalabbaik.
When I typed this, cannot control my sadness. Its true.
Tiba di Lapangan Terbang Jeddah

Opah (mak mama) dan Embah (mak ayah)


Sebelum pergi tuh, macam biasalah, buat pasport. Siapa yang ada pasport pun kena tengok jugak. Buatnya dah tarikh luput, apa cerita. Pasport bukan seumur hidup macam IC. Lepas tuh, kena cucuk-cucuk dulu. Bagi badan tegar melawan penyakit. Nak pergi tempat orangkan. Kos umrah Ramadhan, kena tengok pakej gak. Tengok agensi jugak. Lepas tuh, bergantung pada hotel mana kita duduk kat Makkah dan Madinah nanti. Macam Huda nih, lebih kurang 15hari 13 malam rasanya. Hehe. Lama dah kot. Tak berapa ingat parents bayar. Tapi almost RM4k/seorang. Bayaran nih merangkumi tiket kapal terbang pergi dan balik, makan, hotel, bas lawatan dan segalanya kecuali duit shopping. Kuikuikui.


Kami pergi dengan Andalusia Travel & Tour. Hei korunk, kalau sampai kat Makkah or Madinah nanti, korunk akan nampak bertaburan rakyat Malaysia pergi dengan agensi nih. Serius tak tipu. Nih first time Huda pergi dengan Andalusia nih. Sebelum nih ikut Tabung Haji dan Utas Travel. So, Huda bagi 4/5 bintang lah. Sebab, makan ok. Hotel dekat dengan masjid. Layanan pun baik. Student dari Indonesia yang guide perjalanan kami masa tuh. Very humble. Handsome. HAHA.


Pergi umrah time Ramadhan, serius mencabar. Siapa kata tak mencabar, meh Huda lepuk mulut tuh. Kenapa mencabar? Sebab serius macam pergi Haji. Huda belum pernah pergi Haji, tapi parents cakap lah. Sebab, masa Ramadhan, seluruh umat Islam seluruh dunia, akan menhabiskan masa untuk beribadah kat sini. serius sesak. Masa nak terawih, macam nak menangis cari tempat solat. Kalau nak solat, kena datang awal. Siapa datang lambat, kaki lima pun tak de ruang untuk korunk. Tak percaya? Tunggu part seterusnya. 



Till then, salam~

No comments: