Wednesday, 16 May 2012

Umrah Ramadhan : Madinah Al-Munawwarah

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Meh sambung cerita meh. Sambung pengalaman umrah Ramadhan Huda. Actually, ni memang macam entry show off ler bak kata korang. Wah, siap up status kat Facebook lagi. Hahaha. =)

Ok. Lepas sampai kat Jeddah tuh, kami naik bas 2jam ke Madinah. Letih dalam flight kan. Zzzzz ler semuanya. Kekeke. Tapi sebelum tuh kami dijamu dengan Nasi Ayam Penyet (tak tahulah betul ke nasi ayam penyet) yang sedap. Memang sedap weyh. Orang Indonesia yang masak. Memang ler sedap. Then, mutawwif bawak kami ke terus menuju ke hotel. Pergh, sampai hotel, kunci lambat dapat pulak. Mata dah nak terpejam. Kalau lambat dapat bilik, nanti bangun lambat. Tak sahur cane?? Untuk pengetahuan anda, pukul 3 lebih dah Subuh. So, bukan bangun jam5 nak bersahur. Dan, suhu kat sana masa Huda pergi tue adalah siangnya 42 darjah celcius. Kadang-kadang naik 43-44 darjah celcius. Mana Huda tahu? Kat jam Masjid ada tulis, tahulah!


Kat Madinah nih, tumpuannya cuma 1. Rawdah. Tempat Nabi Muhammad s.a.w. Tempat mustajab berdoa. Insya-Allah dikabulkan jika kena dengan doa dan istiqamah doanya. Lepas tuh, pergi melihat tempat-tempat bersejarah. Sejarah Anbia. KIta akan melawat Bukit Uhud, Masjid quba', Masjid Qiblatain (Dua Kiblat) dan perkuburan syuhada'. Seronok walaupun panasnya mencengkam muka. Tell you, panas memang panas, tapi, langsung tak mengganggu kita. Badan tak berpeluh. Kenapa erk? Padahal kat Malaysia, panas jer ketiak dah kuyup. Hehehe.


Lain-lain, pergi ke Pasar Kurma, Ladang Kurma. Tempat shopping memang banyak kat sini. Tapi tak syok. Sebab mata wang Malaysia lebih tinggi daripada Dinar Arab. Jadi, tok balancedkan tue, dieorang kawkaw main harga. Huda pun tak beli banyak barang except belikan kurma+gula-gula untuk kawan-kawan kat UPSI. Ada sikit ler cenderahati untuk bestie. Itu sahaja. Pakai duit mak kot. Ingat boleh dapat macam-macam. Say bye-bye ler. Tapi, tau, punyalah sakit hati nih. Ada orang buang kurma+gula-gula yang Huda bawak untuk dieorang tuh. Haih, ingat tuh. Ingat. Takkan lupa. Next time pergi, aku tak nak bagi kau lagi! Depan aku kau buang! Cait!


Subhanalllah. Maafkan saya. 
Jom layan~



Hotel tempat kami berteduh. Hotel Durrat Al-Fayroz. Tak sampai 5 bintang pun. Tapi, perfect!
Madinah biasanya akan served kita hotel yang selesa banget. Sebab Madinahkan bandar terancang.
Sejarah weyh, sejarah~

Masjid Nabawi. Rindu. Rindu.


Madinatul Munawwarah. Ini jalan yang Huda lalu setiap kali nak pergi masjid. 5minit kot perjalanan laju-laju.


Madinah. Kawasan membeli-belahnya. Lupa. Lupa. Madinah bandar yang bersih tau. Nak jumpa sepuntung rokok pun payah.


Pintu masuk Masjid Nabawi. Tengok-tengok, setiap pintu ada guard. Oh ya. Pintu lelaki & wanita beza tau. Jangan suka hati nak redah. Ni pintu masuk lelaki. 

Nampak tak board hijau tue? Itu pintu masuk Rawdah. Huda tak boleh nak tunjuk gamabr yang jelas sebab...
Ada sebab kenapa dieorang tak bagi ambil gambarkan. So, Huda tayang sikit lah. Buat pembakar semangat korang ke sana.

Us. Hehe. Muka bajet comel adalah kemahiran saya~
Tapi, kenapa emak dan embah lagi rendah dari saya??

Kreatif kan? 


Opah (tudung hitam) & Embah (tudung coklat) depan Masjid Quba'.

Ayah dengan mutawwif kami. Student daripada Indonesia yang belajar kat Universiti Makkah kalau tak silap.


Itu Jabal Uhud/Bukit Uhud. Ambil gambar, tapi semua mata terpejam sebab terlalu panas.


Contoh kubur kat sana. Simple.


Ini perkuburan syuhada'. Maaf lagi saya lupa namanya. =(


Ini Ladang Kurma. Tapi masa nih, kurma tak menunjukkan buah yang banyak. Segan-segan gitu. Kata penjual kurma tuh, kurma nih, semakin panas cuaca, semakin menjadi dia. Maknanya, semakin panas, semakin sedap kurma tuh. Gumuk-gumuk kurmanya nanti.


Ayah happy lepas balik Ladang Kurma. Tengok lah beg plastik sebelah ayah tuh. Atas bawah weyh.


Kita lah. Dengan kakak kita. Macam Anjelina Jolie pulok bibir.
Maafkan saya~


Mama-Opah-Embah-Ayah


Mama dan adik gedik. Adik kita Form 3 tahun nih. Good luck Amie!


Beginilah kami di sana. Sebab bukan senang nak pergi sini, kami akan sentiasa ambil gambar apa sahaja. Ibadah tuh memanglah, tapi takkan tak boleh photo-photo.

Tengok. Madinah pun ada fitness dah. Masa tahun 2006, Huda pergi belum ada lagi semua nih.


Tengok. Kereta pun banyak. Kat Madinah nih, majoritinya pakai Honda, Toyota. Yang mahal-mahal tau. Tapi, semuanya kemek-kemek. Apahal?
Katanya lah, beli kereta kat sini murah tapi lain-lain pengurusan mahal. Ye ke idak tak tahu ler. Dengar-dengar angin lalu jer lah.


Ini kedai buku. Sebelahnya Hospital.


Penggemar KFC, dont worry. Madinah will served you guys. Hey, kalau datang Madinah, jangan beli KFC, beli ayam original Madinah punyalah. Baru syiok. KFC Malaysia pun ada.


Begini lorh Madinah. Rumah-rumah dia besar-besar. Cantik-cantik. 




Setakat sini dulu lah cerita Madinah. Next entry kita cerita Makkah pulak eh. Pergi sini, sebulan pun tak cukup kot nak explore semuanya. Sebab masa terhad, kenalah lama di masjid. Jadi, hanya berjalan sikit-sikit jer. And, Madinah dah banyak pokok-pokok hijau. Bukan lagi bergunung-ganang sahaja macam dulu. 


Okey semua. Sudi-sudilah tinggalkan komen dan follow kita ok. xoxo




Updated : Kita dah perbaiki entry nih sebab mama kita strict dengan setiap yang tertulis kat blog nih. Mama kitakan peminat setia blog nih. HAHA

1 comment:

NURUL HUDA TAIB said...

nath : kekeke. sambil menaip dengar lagu Ramlah Ram, mau tak spelling error. rajin2 melawat yer. nanti saya belikan, itupun kalau kamu jaga onyeh saya. haha