Friday 8 March 2013

Rasa rindu itu....

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.







Kamu tak tahu perasaan cikgu. Cikgu hargai kamu. Walaupun selalu cikgu marah kalian. Cakap itu ini yang tak seronok. Tapi cikgu cuma mahu kamu jadi yang terbaik. Yang sangat baik. Lebih baik dpd cikgu sendiri. Cikgu marah bukan kerana cikgu membenci. Semoga kalian berusaha lebih untuk SPM tahun nih. Love, Cikgu Huda.


Ya. Terkadang timbul perasaan rindu pada mereka ini. Selama lebih kurang 4 bulan bersama. Tipulah kalau langsung tidak ada perasaan rindu. Sungguh saya rindu. =(

Pertama kali masuk ke kelas mereka, saya pulang ke rumah sewa dengan linangan air mata. Telefon mama di rumah. Saya katakan saya tidak sanggup menjadi seorang guru. Saya tak layak untuk menajdi guru sebab saya lemah. Pada masa tuh, saya rasakan saya tak mampu nak berhadapan dengan pelajar. Kebetulan, saya masuk ke sekolah vokasional. Maaf, kalau kata-kata saya bakal menyinggung beberapa hati. Tapi, iya, sekolah vokasional atau dulu familiar dgn nama sekolah teknik memang menjadi 'hantu' bagi saya. Tapi, Allah swt menetapkan apa yang kita takutkan, apa yang kita rasa kita benci sangat itulah DIA beri kita. Uji kita. Seminggu meleleh-leleh air mata tiap-tiap malam. Hahahaha. Bila ingat-ingat balik, macam kena dera pun ada. Sampai kawan praktikal, Asni, pun tak sanggup nak melayan. 

Bukan sebab pelajar vokasional jahat dengan saya. Cumanya, saya masih tak biasa dengan suasana sekolah masa tuh. Kelas pula majoriti lelaki. Mana-mana sekolah, trust me. Masalah rokok memang tak boleh elak. Garang macam mana guru disiplin pun, payah nak capai 0 masalah rokok. Masalah lain in sha Allah ok. But, sekolah perempuan, maybe taklah ada isu rokok nih kan. =)

Sebab rokoklah saya takut dan menangis masa kena ajar sekolah vokasional. Apesal? Sebab dia gini tau. Masa masuk kelas pertama saya, which is kelas JKA, saya nampak putung rokok penuh kat lantai. Masa tuh pulak, saya melangkah masuk je, semua pelajar tengok saya. Pandangan mata mereka tuh bukan pandangan yang mesra tahu. Serius, pandang saya macam, jap lagi aku tumbuk cikgu nih. Hah, gitu rasanya (perasaan saya ker lah). Terus saya macam, saya tak boleh saya tak boleh saya tak boleh. Mesti korang cakapkan. Apa kejadahnya cikgu takut dengan students nih??? Yup, saya tak malu mengaku yang saya takut dgn students saya. Mungkin sebab kelas mereka majoriti lelaki.

Lepas tuhkan. Saya give up tau mengajar. Sekejap. Sebab kadang-kadang macam saya cakap sorang-sorang. Mereka tidur. Berbual. Bergurau senda. And, the worst thing about diri saya. Saya tak hafal pun lagi nama dyorang. Lepas tuh, walaupun saya tengok dyorang tak bersemangat, saya langsung tak kisah. Saya terus jer mengajar. Betapalah lemahnya skill menagjar saya masa tuh. 

Lepas tuh, guru pembimbing saya yang sangat baik hati. Serius. Saya rasa tak rugi UPSI bayar elaun beliau. Teliti, betul-betul bersungguh-sungguh. Dia ajar saya. Kena buat macam nih. Kalau mereka malas, buat macam nih pula. Lama-lama, saya rasa saya dah boleh masuk dengan pelajar kelas JKA nih. Lepas tuh, saya rasa saya macam masuk kelas tadika pun ada. Saya ajar mereka, mereka pun beri kerjasama pada saya. Bila saya soal, tak de lah macam masa awal dulu. Adalah 2,3 orang yang mampu beri respon yang baik. 

Hinggakan masa saya nak tinggalkan sekolah tuh, saya cakap pada diri saya. Hal yang paling sedih bagi saya adalah nak meninggalkan kelas JKA. Banyak sungguh yang mereka ajar pada saya tentang erti kehidupan. Tentang erti perguruan. Saya guru biasa, tak layak dipanggil cikgu, tapi, kerana kelas nih, saya tekad untuk menjadi guru yang baik. Tidak sebaik orang lain, tapi, saya nak berusaha menjadi baik.


Sekian.