Friday 12 August 2016

Sudah Menikah (25 Mac 2016)

Assalamualaikum.

Sebenarnya lama betul nak menulis kisah menikah nih, sebab aku takut betul satu hari nanti aku terlupa ke apa. Paling penting takut aku lupa orang-orang penting masa majlis aku ni. Serius, majlis aku ni memang majlis yang meyaksikan keluarga yang memang rapat dengan keluarga aku dan kawan-kawan yang memang kawan-kawan akulah. Heee. Aku tak tahu majlis orang lain, tapi majlis aku tak adalah macam 'smooth' sangat ye. Ada jugak huru-hara, gopoh-gapah, kelam-kabut dan serabut. Sampai pengantin meleleh air mata. Hahaha. Yelah, keluarga aku kecil kot, ada aku, mak aku, ayah aku, adik dan kakak aku. Aku macam haik takkan lah nak kahwin aku nak serabutkan mak cik pak cik aku siapkan akukan. Malulah aku. Actually, tak adalah serabut bebenor tu, cuma yang remeh-temeh ni je lah. Contohnya macam malam nak kahwin baru aku gelabah nak hias bilik. Yang sebelum-sebelum tuh, aku BERIYA cakap kat mak aku, bilik TAK PENTING MAMA! Gitu kau tak penting lepas tuh, bila bilik pengantin macam stor aku pulak yang gelabah ayam terus nak melalak. Aku rasa, Izzati (BFF) aku tu mesti dah serabut tengok aku. Yelah, mana ada pengantin yang gelabah macam aku. Masa tu aku sibuk nak jahit manik, nak buat 'dessert' untuk tetamu, masa tu nak fikir 'goodies bag'. Aku sebenarnya dah biasa mak ayah aku 'settle'kan kerja aku, bila aku kena buat sendiri hah begitulah ye. 

Itu pun korang tak tengok lagi aku paksa pak cik aku untuk siapkan baju aku. Punyalah aku mencari 'design' yang sesuai dengan aku lepas tu aku tak percaya orang lain jahit untuk aku pastu nak paksa jugak pak cik aku yang sibuk tu siapkan jugak baju aku. Hee, tq pak usu much! Ada lagi baju kakngah tak siapkan....=)

Lepas tu, aku boleh tak pakai inai. Sebab mak aku kata tak payah pakai inai, masa tuh lah aku kena jerkah dengan kawan baik aku si Jane, sengajalah aku carik pasalkan. Mujur jugak Nessak, Jannah, Qila dengan Ezzah datang awal tolong aku. Mereka nilah yang pakaikan inai dan siapkan hantaran aku ye. Terima kasih korang terima kasih. Tak tahu nak balas dengan apa, bagi button badge pun paling murah tapi suruh korang berpeluh buat kerja. Ekekeke. Mujur juga aku punya 'turn' nikah pukul 5 petang kalau pagi memang aku tadah muka cantik aku je la. Heheheh. Cerita pasal barang hantaran aku yang tak sesiap itu adalah kerana pembantu-pembantu yang sepatutnya hadir tidak menghadirkan diri. Dan jugak kucing-kucing aku yang bikin sentap pi robohkan hantaran tersebut. Cisss. 

Okey untuk majlis aku ni aku guna khidmat bridal Miza Collection dan aku rasa aku sangat berpuas hati dengan pelamin yang aku dapat, baju malam berinai yang aku dapat, shawl dan segala aksesori dan yang terbaik sekali adalah 'make up'. Serius, ramai cakap naik seri pengantin. Hahahaha, kasi can lah kan sekali je kot. Yang penting,tak pakai bulu mata pelesu okey untuk ketiga-tiga majlis di rumah aku. Tapi, hasilnya memang aku puas hati sangat, muka aku tak berminyak okey.Dan muka aku tak tumbuh fungus-fungus lepas make up.Itu paling pentinglah kan. Daripada 10 bintang aku bagi 10 bintanglah. Ko tahulah aku cerewet dan gelabah macam manakan, tapi si Fina aka anak owner relaks je layan kerenah aku yang hampeh ni. (kalau dia marah belakang aku tak pelah yang penting dia tak pernah marah depan aku hahaha). Dia melayan je aku yang serabut nak kahwin bajet seciput tapi mintak ala-ala Dato Siti. TQ FINA TQ.

Bunga telur semua memang buat sendiri by mak aku lah. Hehehe. Jimat kos, tapi kesian mak aku sampai tak makan dia siapkan makan bulan jugaklah. Siapa yang buang bunga telur dari rumah aku tuh memang teruklah punya orang, yelah pi ko tanya kedai kalau beli sekuntum tuh bape kos dia. Walaupun kristal tiruan taw. Bagi buah epal lagi. Hahahaha. Bangga aku ada mak rajin dan kreatif. Kalau aku, aku dan bayar dah kat Cina kota tu suruh sap sap soi bunga bajet RM1 sekuntum. 

Untuk makan memang aku daripada awal dah serah kat ayah aku. Tapi bukanlah ayah aku masak. Kerana aku tak nak lah ayah aku berlecak didapur itu. Soal makan memang aku tak risau sebab pak cik aku memang tukang masak terhandal. Anak-anak pak cik aku pun memang aku tak susah hatilah. PAsti jadi punyalah. Dan aku tak pernah tanya pun orang dapur okey ke tak hahahaha. Serius pak cik aku buat kerja 'smooth' je tak kacau aku pun. Aku tahu aku mendiva je. Serius aku tak jejak kaki pun kat dapur masak walau seminit. Semua pak cik mak cik aku dengan sepupu sepapat aku buat. Aku tahu sepupu aku yang rapat-rapat tu memang takkan berkira dengan aku walaupun aku ni bukanlah sepupu pujaan hahaha. TQ TQ TQ team wak ju. 

So, inilah sedikit sebanyak hari menikah aku tuh. Terima kasih kat suami sebab menerima diri ini seadanya. Sampai kurus aku sebab nak kahwin taw. (Tapi aku tak pernah diet)

Alhamdulillah, kahwin dah kita.

Aku paksa mak aku nangis. Mestilah kena nangis. 

Nampak tak pengantin lama datang majlis aku pakai baju tunang dyorang, ekeke

Cikgu kahwin bajet biasa-biasa aje

Pelamin indah daripada MIZA COLLECTION

Caras aku pulek mereka ni. 

Jemputan aku memang tak ramai, cukup yang aku jemput semua datang

Nampak tak inai aku yang pakai setengah jam kot


Aku paling risau kalau pempuan2 ni lagi vogue daripada aku, nasib baik tak. hahaha

Keluarga belah suami

Keluarga kecil aku

Sekian, nanti rajin sambung part bersanding. Sebenarnya ada lagi gambar tapi aku tak begitu tabah nak tengok dan pilih. Apa pun, aku akan sentiasa tambah kalau aku rajin. Sebab korang tetamu datang adalah rezeki. 

Friday 12 February 2016

Borak Kosong Je

Assalamualaikum.

Entrinya banyak tapi semua entri peram entri rojak. Emm..entah tahun bila mahu kongsi sini. Kerja tengah banyak sesangat sampaikan satu tahap aku pun berhenti buat apa-apa kerja dan tidur sepanjang hari. Emmm apa agaknya vitamin paling sesuai untuk cikgu ek? Korang tahu boleh share sini ler sama aku ni. Pasal apa, aku kan simptomnya balik kerja tuh mesti terus tergolek tidur langsung takkan bangun selagi tak jam 4 pagi. Ada bangunnya pun kalau mama terpekik-pekik kejut solat Maghrib. Itu pun saja aku langsungkan Maghrib dengan Isyak. Hais memanglah rasanya habis kje waktu kerja tuh mesti bongkang tak membangun. 


Dan tahun 2016 nih impian aku cumalah semua tugas dalam buku pengurusan sekolah tidaklah aku gagalkannya lagi. Biar le jawatannya cuma chepron ke apa harus aku laksanakan dengan sunguh hati. Dah itulah impian akunya. Tak banyaklah impian aku untuk 2016 kalau pasal kerja aku nih. Sebabnya aim aku ni nak kerja sungguh hati dulu baru kencang cerita nak buat modul ke apa. Bukan pe kekadang tu aku tengok orang ni cakap je melebih kalau certa gebang tak nak kalah last-last ku tengok spoil je heh. Gitulah. 


Bukan tak de kakak-kakak senior yang mengata aku. Tapi apa ke aku kesah. Kau buat baik 100% baik berjilbab pun berpurdah pun orang ngata kau jugak heh. Dikatanya kau menunjuk baik pulak. Jadinya kakak senior yang ajet-ajet ustazah Bahiyah ke Prof Muhaya iteww, ketahuilah bahawa daku tak kesah kakak, mu suka aku ke tak. Hiks. Penatlah saya nak melayan semua carutan korang segeng tu. Ingat, kalau kita kutuk orang, cerita tak baik pasal orang, bersepah nun orang gosip pasal kita. alau tak, takkan ku tahu statusmu KAKAK. Ayooo, not me yang gosip-gosip kakak lah tapi bestfriend kakak jugak. Hiks. Maaf kakak....So stop blaming orang ye kakak. Jangan main hentam-hentam kutuk kami cikgu baru ni.. Hiksss...


Dah begitulah watamat saja borak kosong katanya.