Friday 12 February 2016

Borak Kosong Je

Assalamualaikum.

Entrinya banyak tapi semua entri peram entri rojak. Emm..entah tahun bila mahu kongsi sini. Kerja tengah banyak sesangat sampaikan satu tahap aku pun berhenti buat apa-apa kerja dan tidur sepanjang hari. Emmm apa agaknya vitamin paling sesuai untuk cikgu ek? Korang tahu boleh share sini ler sama aku ni. Pasal apa, aku kan simptomnya balik kerja tuh mesti terus tergolek tidur langsung takkan bangun selagi tak jam 4 pagi. Ada bangunnya pun kalau mama terpekik-pekik kejut solat Maghrib. Itu pun saja aku langsungkan Maghrib dengan Isyak. Hais memanglah rasanya habis kje waktu kerja tuh mesti bongkang tak membangun. 


Dan tahun 2016 nih impian aku cumalah semua tugas dalam buku pengurusan sekolah tidaklah aku gagalkannya lagi. Biar le jawatannya cuma chepron ke apa harus aku laksanakan dengan sunguh hati. Dah itulah impian akunya. Tak banyaklah impian aku untuk 2016 kalau pasal kerja aku nih. Sebabnya aim aku ni nak kerja sungguh hati dulu baru kencang cerita nak buat modul ke apa. Bukan pe kekadang tu aku tengok orang ni cakap je melebih kalau certa gebang tak nak kalah last-last ku tengok spoil je heh. Gitulah. 


Bukan tak de kakak-kakak senior yang mengata aku. Tapi apa ke aku kesah. Kau buat baik 100% baik berjilbab pun berpurdah pun orang ngata kau jugak heh. Dikatanya kau menunjuk baik pulak. Jadinya kakak senior yang ajet-ajet ustazah Bahiyah ke Prof Muhaya iteww, ketahuilah bahawa daku tak kesah kakak, mu suka aku ke tak. Hiks. Penatlah saya nak melayan semua carutan korang segeng tu. Ingat, kalau kita kutuk orang, cerita tak baik pasal orang, bersepah nun orang gosip pasal kita. alau tak, takkan ku tahu statusmu KAKAK. Ayooo, not me yang gosip-gosip kakak lah tapi bestfriend kakak jugak. Hiks. Maaf kakak....So stop blaming orang ye kakak. Jangan main hentam-hentam kutuk kami cikgu baru ni.. Hiksss...


Dah begitulah watamat saja borak kosong katanya.