Saturday 26 October 2013

The Day. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Konvokesyen ke-15.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

12 SEPTEMBER 2013.
DEWAN BESAR, KAMPUS SULTAN AZLAN SHAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 
TANJUNG MALIM,
PERAK

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEJARAH KELAS KEDUA ATAS
















JIKA INGINKAN PERUBAHAN,
MULAKAN DENGAN DIRI KITA TERLEBIH DAHULU.


TIDAK ADA MIMPI YANG TERLALU TINGGI
MELAINKAN
USAHA YANG TERLALU SEDIKIT


TIDAK ADA ORANG BODOH DI DUNIA INI
MELAINKAN
YANG WUJUD HANYALAH ORANG YANG TIADA USAHA


TIADA SALAHNYA BERANGAN-ANGAN
MELAINKAN
ANGAN-ANGAN TANPA USAHA



Sekian, coretan anak kampung.

Friday 28 June 2013

4 TAHUN...1001 KENANGAN...BERMACAM RAGAM...RUPANYA ITULAH PERSAHABATAN...

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Haiii......hoi....Hahahaha....


Masa masuk universiti, saya tak expect pun akan ada kawan. Sebab, saya nih ada perangai-perangai bangang dan bongok. Kadang-kadang suka suki nak moody. Kadang-kadang suka suki nak ngamuk. Ngamuk pun bukan sebab apalah. Peel tak suka cakap berulang kali bila terangkan kat orang lain sesuatu tuh. Jenis yang konon-konon strict. So, fikir-fikir, akan ada kawan ke aku nih? (berkerut)

Masuk universiti, hari pendaftaran dah pun teruji. Gila kau, dahlah dah lambat nak mendaftar. Kul 5 pagi lebih kurang, baru lepas tol Sungai Besi kot tak silapnya, tayar kereta meletup. Bukan satu tayar, tapi dua tayar yang meletup sekali gus. Biasalah, kereta cuma ada tayar spare satu jek. Termenung kejap sampailah idea datang nak minta tolong sedara yang duduk Sepang. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun lewat. Dua-dua yang datang menolong tuh pun, dah tiada, dah meninggal dunia, arwah Angah Haris dengan arwah Abg Firdaus. Dua-dua tak sempat saya balas jasanya melainkan doa semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang Allah swt redha.


Hikmah disebalik lambat tuh, sangat banyak. Dikurniakan sahabat yang baik. Syafiqa Abd Khadir. Alhamdulillah, 4 tahun bersahabat, tak de masalah. Touching-touching salah faham sikit tuh biasalahkan. Selain tuh, saya kawan dengan kawan sekolah saya, Asni. But, Im blessed, sangat-sangat, dikurniakan kawan-kawan lain yang baik. Macam Fadz Mahad, memberi saya ruang untuk tinggal bersama-sama dia waktu saya berhadapan dengan masalah. Mendengar semua masalah-masalah saya. Menjadi bahu tempat bersandar ketika saya bersedih. Malahan, suami dia Sofian pun sangat baik. Tak habis-habis nak belanja makan, walhal, dah banyak sangat budi yang ditabur. Segan betul. :(

Bukan Fadz Mahad jek, ada Mysara Fira, Hikmah, Amalina, Fedyla dan Pattin. Berkawan dengan mereka membuatkan hidup di UPSI nih dipenuhi gelak ketawa. Malahan saya diperkenalkan dengan lebih ramai kawan termasuk Fatin Fatihah, Su. Kesudian mereka berkawan buat saya rasa sangat-sangat gembira. :)

Sebenarnya saya bukan sombong tapi saya nih memang tak banyak berkawan. Memang tidak. Kalau orang kata saya sombong pun saya tak marah sebab kadang-kadang saya memang tak tegur orang even berselisih bahu. Nak senyum pun jarang-jarang. Tapi, start orang berbual dengan saya dyorang akan tahu, NON STOP ok! Hehehe. Thanks to Seni Rahmat, Ieka Mokri, Suhair, my dearest Mastura, Napi, Kinah, Fid, Mun yang tak jemu melayan saya sejak sem 1. Memang rapat-rapat gitu jek tapi sangat friendly, jumpa mesti tegur. Paling tidak, Hai! Im blessed. :)

Thanks jugak kat Hafidz Hamzah, Shahswan, Moris dan Hindijoe sebab jadi kawan lelaki yang paling baik dengan saya. Yang kalau diminta pertolongan tidak pernah menolak. Thanks buddies. Will missing you. :(

Harapan saya, jauh mana kita berada, jangan terputus ukhwah. Biar jasad jauh jangan hati yang jauh ya kawan-kawan. Saya sayang korang kerana Allah, bersyukurlah dengan pertemuan ini. Terima kasih kerana ada di masa senang dan susahku. Yang percaya dengan kebenaran dan tidak meragu dengan fitnah dan kata dusta. Terima kasih berada di sisiku. Semoga Allah selamatkan kalian daripada segala keburukan, kesusahan dan hasad dengki dunia. Allahumma Ameen.




PERSAHABATAN 

PROUD TO BE UPSIan

Belajar menghargai insan yang ada untuk kita.

Usia perkenalan tidak menjamin kesetiaan.

Just smile and laugh whenever you want.

LOVE and HATE. Its life.

I'm simple but not simple as you thought.

We chat, we smile, we laugh but other than that we trust each other.

Bukan sekadar segulung ijazah.

I LOVE YOU MORE THAN YOU IMAGINE

Terima kasih ada waktu lelah dan peritku.

Terima kasih kerana setia bersama

Priceless

Syukur pada Allah pada semua ketentuannya

Bersatulah untuk hari ini, esok dan selamanya.

Saya sayang korang. Ukhwah fillah abadan abada.

Monday 24 June 2013

MAJLIS MALAM PRAGRADUASI MAHASISWA SEJARAH (BATCH 2009-2013)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera..
Haiiiii.....


Fuhh...Lama. Sangat lama tak menulis kat sini. Jenguk pun tidak. Dasyat penangan tahun akhir. Hihiks. Padehal, Facebook on 24jam. Puihhh.... Cukuplah intro yang tak bersopan. (^.^)

Rasanya sebab lama sangat menyepi, niat hati lepas nih blog nih nak diprivatekan. Kiranya, blog nih just untuk tatapan diri sendiri sahaja. Mungkin. Tengoklah macam mana. Sebab, makin dewasa nih, terlalu banyak benda yang dipendam, nak diluah, nak dikongsi, bukan semua benda boleh dikongsi dengan orang, hatta mak ayah sendirikan. So, tengoklah macam mana.

Sebelum tuh, dengan rasa syukurnya, saya mengumumkan bahawasanya saya adalah ALUMNI UPSI. That's mean, saya telah tamat pengajian di UPSI. Tamat pengajian secara unofficial lah kan. Sebab, keputusan tak keluar lagi. Kita tak tahu apa akan berlaku. Serius, keadaan ini sangat menakutkan. Grrr....

Apa-apa pun, marilah melayan perasaan dengan sedikit cebisan kenangan ini. Erm, walaupun tak semua baca blog nih (memang pon!) saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak penganjur/pelaksana yang memberi peluang untuk saya berdiri di atas pentas sebagai salah seorang penyampai anugerah. Kecil dan biasa bagi orang lain, tapi besar dan hebat bagi saya. Walaupun dalam batch saya ada terlalu ramai orang hebat yang tak tercapai dek akal kita yang biasa nih. Tapi saya diberi peluang dan kepercayaan, terima kasih sangat. Bagi yang tak suka tuh, maaflah, anda tidak terpilih. Hihiks. (Ada aku kesah kau suka ke tak?)

Baju, sendiri.
Makeup, Fadz Mahad. Just nice. I loike it. 
My love, my soul.
Friends, takkan ada ganti.
Di sini.
Semua di sini. 
Hehiks. Ada sesuatu di sini.
Moments to remembered.
Priceless. Kesempatan terakhir.
Pensyarah saya. 
Antara yang disajikan, semuanya menyelerakan.
Makan. Masa nih makan puas-puas. Sepuasnyalah. Sebesar-besar mulut saya bukak. Puas sangat.
Buddies, hehehe.
Setengah daripada semua. 

Ok, cukup. Setakat ini dulu. ;)

Friday 8 March 2013

Rasa rindu itu....

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.







Kamu tak tahu perasaan cikgu. Cikgu hargai kamu. Walaupun selalu cikgu marah kalian. Cakap itu ini yang tak seronok. Tapi cikgu cuma mahu kamu jadi yang terbaik. Yang sangat baik. Lebih baik dpd cikgu sendiri. Cikgu marah bukan kerana cikgu membenci. Semoga kalian berusaha lebih untuk SPM tahun nih. Love, Cikgu Huda.


Ya. Terkadang timbul perasaan rindu pada mereka ini. Selama lebih kurang 4 bulan bersama. Tipulah kalau langsung tidak ada perasaan rindu. Sungguh saya rindu. =(

Pertama kali masuk ke kelas mereka, saya pulang ke rumah sewa dengan linangan air mata. Telefon mama di rumah. Saya katakan saya tidak sanggup menjadi seorang guru. Saya tak layak untuk menajdi guru sebab saya lemah. Pada masa tuh, saya rasakan saya tak mampu nak berhadapan dengan pelajar. Kebetulan, saya masuk ke sekolah vokasional. Maaf, kalau kata-kata saya bakal menyinggung beberapa hati. Tapi, iya, sekolah vokasional atau dulu familiar dgn nama sekolah teknik memang menjadi 'hantu' bagi saya. Tapi, Allah swt menetapkan apa yang kita takutkan, apa yang kita rasa kita benci sangat itulah DIA beri kita. Uji kita. Seminggu meleleh-leleh air mata tiap-tiap malam. Hahahaha. Bila ingat-ingat balik, macam kena dera pun ada. Sampai kawan praktikal, Asni, pun tak sanggup nak melayan. 

Bukan sebab pelajar vokasional jahat dengan saya. Cumanya, saya masih tak biasa dengan suasana sekolah masa tuh. Kelas pula majoriti lelaki. Mana-mana sekolah, trust me. Masalah rokok memang tak boleh elak. Garang macam mana guru disiplin pun, payah nak capai 0 masalah rokok. Masalah lain in sha Allah ok. But, sekolah perempuan, maybe taklah ada isu rokok nih kan. =)

Sebab rokoklah saya takut dan menangis masa kena ajar sekolah vokasional. Apesal? Sebab dia gini tau. Masa masuk kelas pertama saya, which is kelas JKA, saya nampak putung rokok penuh kat lantai. Masa tuh pulak, saya melangkah masuk je, semua pelajar tengok saya. Pandangan mata mereka tuh bukan pandangan yang mesra tahu. Serius, pandang saya macam, jap lagi aku tumbuk cikgu nih. Hah, gitu rasanya (perasaan saya ker lah). Terus saya macam, saya tak boleh saya tak boleh saya tak boleh. Mesti korang cakapkan. Apa kejadahnya cikgu takut dengan students nih??? Yup, saya tak malu mengaku yang saya takut dgn students saya. Mungkin sebab kelas mereka majoriti lelaki.

Lepas tuhkan. Saya give up tau mengajar. Sekejap. Sebab kadang-kadang macam saya cakap sorang-sorang. Mereka tidur. Berbual. Bergurau senda. And, the worst thing about diri saya. Saya tak hafal pun lagi nama dyorang. Lepas tuh, walaupun saya tengok dyorang tak bersemangat, saya langsung tak kisah. Saya terus jer mengajar. Betapalah lemahnya skill menagjar saya masa tuh. 

Lepas tuh, guru pembimbing saya yang sangat baik hati. Serius. Saya rasa tak rugi UPSI bayar elaun beliau. Teliti, betul-betul bersungguh-sungguh. Dia ajar saya. Kena buat macam nih. Kalau mereka malas, buat macam nih pula. Lama-lama, saya rasa saya dah boleh masuk dengan pelajar kelas JKA nih. Lepas tuh, saya rasa saya macam masuk kelas tadika pun ada. Saya ajar mereka, mereka pun beri kerjasama pada saya. Bila saya soal, tak de lah macam masa awal dulu. Adalah 2,3 orang yang mampu beri respon yang baik. 

Hinggakan masa saya nak tinggalkan sekolah tuh, saya cakap pada diri saya. Hal yang paling sedih bagi saya adalah nak meninggalkan kelas JKA. Banyak sungguh yang mereka ajar pada saya tentang erti kehidupan. Tentang erti perguruan. Saya guru biasa, tak layak dipanggil cikgu, tapi, kerana kelas nih, saya tekad untuk menjadi guru yang baik. Tidak sebaik orang lain, tapi, saya nak berusaha menjadi baik.


Sekian.

Monday 25 February 2013

Pilihan sendiri

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Yes. Dah masuk semester akhir. Seronok sebab lepas nih saya dah boleh berlagak dekat rumah sebab I'm  also a degree holder. So, mama tak boleh nak bebel-bebel to me. Hehehe. Nak berlagak tak ingat. Latihan ilmiah selai tak bertaip pun. Apadah!!! Gini cerita dia. Bukan saya tak nak buat. Tahu tak, saya tak boleh dalam keadaan stress tau. Apesal stress??? Sebabnya saya jenis kalau nak buat kerja, okey, just buat, senyap-senyap. Tak yah bersibuk-sibuk macam kita nih seorang jer yang sibuk. Padahal anjing pun sibuk tau. Tak percaya? Pergi Pekan Tanjung Malim tuh. Bersepah anjing 'mandi' tengah jalan. Tengah jalan jugak dia nak stay! Okey2. Bukan soal anjing senanya nak heboh. Saya nih tak ley tengok ada orang yang kalut. Contohnya camni. 'Weh, aku nak kena present besok weh!' 'Weh, line internet mcm lembap weh, kerja aku tak siap weh!'. 'Weh, aku stress weh kenapa aku kena bentang dulu weh!'. Hah!!! Benda-benda macam nilah yang selalu mengganggu emosi saya tahu. Biasanya benda-benda mcm nih akan mempengaruhi saya and biasanya akan end up dengan saya malas nak layan dan terus layan Running Man. Nampak tak kat situ? Bila orang lain dok stress kan saya dgn masalah rumahtangga depa, saya TERPAKSA cheer up kan diri sendiri. Lol~


Senanya kan. Bukan nak cerita pasal tuh. Senanya nak cerita pasal pilihan. Ye pilihan. Pilihan tentang GEMUK or KURUS. GEMUK or SIHAT. SIHAT or SAKIT. KURUS or SAKIT. Huwahuwahuwa. Actually, saya bukan healthy consultant or what so ever. Sebab saya belum layak or maybe lebih tepat saya malas mencuba. Pilihan jugak tuh. Senanya nak cakap. I'm on my way nak lose weight. Okey, sebilangan kecil cakap 'watpe nak kurus, bukan cantik pun', ada jugak yang kata 'woi, kau bukan gemuk pun'. Nah, selalu buat diet saya cancel tau bila dengar orang kata gitu. Adeh! Tapi, sebilangan besar selalu cakap 'chubbynya', 'montelnya'. Dah rasa macam saya nak tampar ler pulak muka tuh. Agak-agak lah nak kata pun. Kata dalam hati tak boleh ker? Deng!


Saya katakan pilihan sendirikan semua nih sebab banyaklah saya baca kat blog ke fb ke kat mana pun lah. Biasanya orang yang 'berbadan besar', depa semua kata, 'tak pe gemuk janji sihat', 'tak pe gemuk janji ada yang sayang', tak pe gemuk janji hati senang'. Erm....... Tak kurang jugak yang kata, tak leh nak buat apa kalau dah gemuk sebab GENETIK. Hah, yang bab-bab genetik nih malas nak sentuh. Tunggu saya amik ijazah kedoktoran dulu baru mai cter lah. Hahahaha. Senanyakan. Soal kesihatan, berat badan dan kecantikan nih, janganlah ambil enteng. Sebab, mencegah lebih baik daripada merawat. As myself, dulu, saya tak kisah langsung. Makan, makan, makan!!! Duduk hostel, makan petang jam 6 setengah gitu. Sudahlah makan nasi kawah, pegi senduk nasi tuh sampai 2/3 senduk sekali makan. Dah macam kau kebulur padahal pegi sekolah belajar jer! Selalu saya buat alasan, alah, pegi sekolah jalan kaki, nanti lapar camane. Padahal? Memang kuat makan. Yang seronok tuh, after makan petang 6 lebih tuh, sebelum solat Maghrib, for sure pegi melepak dlm dorm baring-baring. Nampak tak situ? Lepas makan baring! Tak yah imagine lah besar mana perut saya.


Perangai keji lain memang saya tak layan air masak/air putih/air kosong or air jarang. Memang macam kau dan aku musuh selamanya. Minum pun macam buat syarat jangan tercekik dan cepatlah masuk nasi dalam perut sebab saya malas nak kunyah lama-lama. Jenis perangai suap nasi dalam mulut, gigit lebih kurang terus telan. Agak-agak tersangkut kat pembuluh darah terus minum air. Oh, lega. Time tuh, tak de sape tegur pun. Eh, tak elok macam tuh. So, rasa mcam tak de pape jer lah kan. Lama-lama, tak sedar tau berat badan dah overweight. Guess what, belum habis sekolah, overweight dah. Masa tuh adalah kesedaran sikit tapi malas nak layan. 


But kesedaran tuh datang dah terlewat but masih boleh diperbaiki. Semuanya bila saya rasa dulu baju M muat but now kena pakai L. Lepas tuh tersembol sana sini. Owh tidak!!! As perempuan, tipulah kalau tak nak bergaya itu ini. Orang pakai peplum, kau pun nak pakai jugak. Tapi, orang lain pakai peplum badan solid, kau pakai peplum dah macam bungkus nangka. Acane tuh? So, kat situ, saya rasa, saya patut buat sesuatu. For myself. Tak mampu nak berjoging bagai, saya try consume dengan produk kesihatan. Produk apa? Sabar. Itu entry lain. Selain consume dgn produk kesihatan tuh, saya jaga makan. Rugilah beli produk memahal kalau kt tak kawal nafsu sendiri. Makan nasi sikit je. Agak-agak lapar, saya boleh ulang lagikan. Tapi saya make sure, sikit jek setiap kali makan. But, bila dah start sem baru nih, saya memang jarang sangat makan nasi. Sebab lauk mahal sangat. So, saya ganti dengan makan salad. Makan berat cuma 1 kali sehari. Alhamdulillah, seminggu dah berlalu. Saya berjaya kawal makan. Untung juga syaa dapat tingkat 3. So, secara tak sengaja dah exercise. 


Tak kisahlah apa orang nak cakap. Ini hidup kita. Pilihan kita sendiri. Kalau kita rasa dengan gemuk tuh kita selesa, tak terbonjol papa yang tak patut tuh, suka hatilah. Tapi ingat, masalah berat badan nih terus bawa kita pada masalah jantung dan sebagainya. Sebab kolestrol dalam badan tuh. So, boleh fikir sendirilah hidup yang singkat nih kalau tak berjaga, sia-sia Allah hidupkan kita kan. Macam saya, walaupun kesedaran tu datang lewat tapi saya percaya masih boleh diperbaiki. Sekian, assalamualaikum.

Thursday 21 February 2013

Hidup

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Semester baru dah start. Hostel so far ok. Tapi. Jauhnya daripada pekan Tanjung Malim. Macam kalau tak ke kampus lama tuh, memang malas lah nak ke mana-mana. Even nak ke library pun rasa macam penat sangat. Bukan nak bermalas-malas. But, boleh tahanlah rasa penat tuh semata-mata begitu. Haih, mungkin peningkatan umur buat saya lebih malas. Erm...Ntah pape. 


Hostel baru nih cantik tuh cantiklah. Berwarna-warni tak hengat dunia. Memula tuh confuse sekejap. Adakah saya nih pelajar unievrsiti atau tadika kemas? Ah, whatever lah semua nih. Bagus jugak kolej berwarna-warni macam tuh. Sebab ia sungguh menaikkan semangat belajar dan sebenarnya semangat berkobar-kobar untuk duduk di kolej berbanding berada di kampus. Walaweh. Apa guna kolej yang berseri kalau tidak dinikmati? Ececeh. Mengada sangat! Bukan sahaja bangunan yang cantik berseri itu. Malahan turut disajikan adalah katil yang selesa. Selesalah sebab baru lagi kan. Turut tersedia tilam keras dan bantal yang empuk. Ewah, pengetua saja tak nak saya bangun tidur pegi kelas nih! Hahaha. Yang paling best di kolej baru ini adalah almari pakaian yang best tak ingat. Serupa berada di rumah sendiri yang mana almari boleh tahan besar yang best lah! Patut yuran kolej naik sem nih. Wakakaka.


Tapi, namanya dugaan semester akhir. Duit KPM tak masuk-masuk dan macam hilang punca bilakan akan masuk. Ada bermacam-macam versi. Katanya nak masuk akhir bulan 3 dan ada yang kata akhir bulan 4. Apakah??? Ada pula yang kata ini semua permainan POLITIK!!! Aduh, jangan begini tuan-tuan puan-puan. Politik dan Islam memang tak boleh dipisahkan. Jadi, walaupun bermain politik, adil itu perlu. Pandanglah wajah-wajah pelajar yang macam kesian ini. Erm..Tapi, ada juga rahmat dan hikmah di sebalik kelewatan KPM masuk ini. Sekurang-kurangnya saya belajar berjimat-cermat. Sedar tak parents di kampung bertungkus-lumus berhempas-pulas nak menyediakan duit. Tak bolehlah mintak saja. Makanlah apa saja yang ada. Untung juga beli seplastik besar sayur-sayuran masa di Cameron hari tuh. Sampai roomate pun terkedu. Boleh makan salad hari-hari. Memang kental budak ini. Ada harapan turun 5kg dalam masa 2minggu. Cewah. Kalau betul, Alhamdulillah ku panjatkan.


Semester akhir kat UPSI nih jugak saya malas nak hirau apa-apa benda remeh-temeh. Dah tahun akhir, malaslah dengan pape yang tak best. Nak pergi kuliah, balik kuliah, buat asignment dan nak enjoy life as student for the last semester. Kalau ada rezeki, umur yang panjang dan dibukakan hati, Master in sha Allah. But, for this time, tak de berhajat untuk master. Erm... Rasanya bebanan Latihan Ilmiah dan cukup menghantui tidur malamku. Uhukuhukuhuk.


Owh ho. For those yang risau dan bertanya bilakan daku mahu menamatkan zaman bujangku. Aduhai, beginilah. Saya ini perempuan. Walaupun tak cantik dan agak menyampah sikit tapi tetap perempuan. Mestilah nak kahwin. But, I thinks bukan sekarang. Sebabkan, saya masih tak mampu nak manage diri sendiri. Dalam erti kata sebenar, saya masih nak have fun sana sini. Well, macam mana nak berhadapan dengan omak mertua den kalau tak de persiapan kan. Tunggulah 2-3 tahun nanti kalau sudah ketemu jodohnya. Boyfriend? Ada. Ramai sangat. Itu pasal tak tahu nak pilih mana satu. Hahahaha.


Untuk mereka yang rungsing dengan perubahan bentuk badan dan wajahku yang nyatanya bertambah chubby. Iya, buat bertenang kerana saya sedang berdiet. Diet sangattt kau!!! Mungkin saya gembira kerana 4 bulan tinggal dengan family selepas membanting tulang di Kuantan. Itu pasal badan saya naik. Nanti kalau badan saya dah turun, itu petanda saya susah hati tahap gila babeng. Erm....

Oke. Nih gambar time chubby nih lah. Please..Please...Please...Doakan saya berjaya mengharungi onak duri sehingga kurus. LOL.

Sekian, nak bersiap soat Asar. Assalamulaikum.

Wednesday 20 February 2013

Short vacation. Cameron Highlands.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Start semester baru 18/02/2013. Adik Huda bersibuk-sibuk nak berjalan. So, demi menjimatkan minyak, mama decide masa hantar saya ni lah kita berjalan. Depa pilih nak pergi Cameron Highlands. Saya ok saja. Tak keluar duit jangan banyak bunyi kan. Hehehe. CH memang best. Dulu pergi pun sejuk menggeletar. Sekarang pergi pun masih menggigil. Tambah-tambah umur dah meningkat. Lagi tinggi vibratonya. Kahkah. Sabtu naik CH, Ahad dah turun dah. Kejap tapi puas hati!!! Sewa homestay. RM280 untuk satu rumah. Selesa amat. Tak mewah tapi bersih dan lengkap. 


Kat CH apa lagi yang dikejarkan kalau bukan teh, sayur, bunga dan strawbery. Semestinyalah kan. NAk usha lelaki memang taklah. Sebab macam bangla je yang ada. Tett. Itu jugaklah tempat kami melawat. Lepas tuh pergi pasar malam Brinchang. Menggila kat sana walaupun dengan cuaca sejuk. Sempat jugak feeling-feeling kat Korea. Fuhh~ Tapi kesian kat atuk sebab terlampau sejuk dan atuk pun tak larat nak mengharungi badai kesejukan itu. Hukhukhuk.


Inilah kediaman sementara kami. Kecil. Tapi selesa. 3 bilik tidur. 1 dapur. 2 bilik air. 1 ruang tamu. tak de aircon mahupun kipas. Tapi sejuk mcm tak mampu berkata-kata. Astro!
Atuk-Ayah-Mama-Saya-Adik. Kakak hilang sebab dia dah menggila kat dalam Strawberry Farm.
My mama at Bharat Plantation.
Me and kakak. Adik dah pengsan dlm kereta. Pengsan bsama atuk dan ayah. Tak cool langsung.
Us being sibling.
Naughty me. Dont menyampah-menyampah.
Strawberry coklat-me at big red strawberry farm-me and sayur. hahaha
Kagum konon kagum nih.
Gambar campur. 
Mama dan ayah saya. Lumrahlah lelaki tak layan bunga-bunga nih. Asyik dengan hardware sesaja.
The cutest thing. Cannot describe with any words.
Me and my cute face. LOL.


Nanti rajin baru masukkan gambar bunga-bungaan dan pemandangan yang lawa itu oke? Sekarang...tataplah wajahku dulu. LOL. Ole-ole tak ada sebab KPM tak masuk lagi. Ahahaha. Untuk diri sendiri sahaja belinya. Itu pun dapatlah satu plastik besar sayur. Selipar strawberry (motif?). Juga si cute miut Strawberry Girl. Anyoyoyoyo. Sekian, Assalamualaikum dan waalaikumsalam~