Friday 20 March 2015

Hari Pertunangan : Yang dinanti

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Terlalu banyak cinta yang ingin disampaikan. Ye, cinta. Cinta kepada Allah kerana telah mengurniakan sebuah kehidupan yang begitu indah buat saya. Cinta kepada kedua orang tua yang melahirkan, membesarkan dan menjadikan saya yang hari ini. Dan cinta kepada insan yang sudi menerima saya sebagai sebahagian daripada dirinya dan keluarganya. Terima kasih cinta. 


Tanggal 13 Mac 2015, termetrai sudah janji kami untuk mengikat tali pertunangan. Sebelumnya 26 Februari 2015, keluarga AQ dah datang ke rumah untuk proses merisik eceh kononlah merisik hahaha. Zaman sekarang nih sweetnya macam tuh je lah tak adalah rasa meriah special macam zaman dulu kala kan. Memang pilih hari Jumaat daripada banyak hari sebab kami rasa hari Jumaat macam terlalu indah untuk hari yang diharapkan bahagia untuk kami.


Persiapan pertunangan memang awal. Bulan 12, lepas AQ datang jumpa ayah kat rumah je, AQ terus ajak beli cincin. Masa tu otak still jammed taw. Yeke nak tunang yeke nak kawen nih. Yeke dengan AQ nih. Betul ke dia suka ke main-main eh. HEHEHE. Yelah dia tuh bukan jenis cakap I LOVE YOU ke apa kan. Adalah satu frasa tuh dia cakap. Itulah satu frasa dia nak beritahu yang dia suka kita. HEHEHHE. Tapi kita dah dewasa kan kita tahu lah dia suka kitakan. HAHAHHA. 

Sebab kitaorang macam eksited nak kawen hahaha masa tuh terus beli barang tunang. Tarikh tunang tarikh merisik semua ikut AQ. Bukan saya tak ambil tahu atau AQ tak bagi peluang, cuma saya lagi selesa hah biarlah lelaki yang tentukan. Bukan ke dia perlukan kita untuk dia? Jadi biarlah dia tetapkan. 


*** Sedikit tips lah, tak tahulah berkesan ke tak. Tapi sebab kami beli barang masa hujung tahun, terlalu banyak SALE. So, dapatlah penjimatan yang sangat banyak dan alhamdulillah tak ada isu over bajet malahan ada baki lagi. Contoh, beli kasut AQ 50% tau diskaun. Tahu je lah kasut lelaki macam mana kan. HUHUKS, Tapi, takkan nak berkira, asalkan dia selesa, kita pun selesa. Tapi, mati ah AQ kalau pakai kasut kita bagi pegi dating dengan girl lain. Memang masa tuh jugak kita ketuk dia dengan kasut tuh. 


Untuk baju tunang, semua mak yang arrangekan untuk saya. Mula-mula tak nak buat baju. Tapi mama kata tak pe buat pun. Pergi JAKEL saja lah kan nak usha kain untuk letak kat dulang hantaran. Sebab memang dah cakap kat AQ, awak kita beli barang yang kita nak guna tau. Untuk guna sekali masa nikah. Jimat sebab masa depan kan kita nak honeymoon kat Australia hahaha, Itu tipu. Memang nak berjimat sebab AQ pun anak lelaki sulung, saya plak satu-satunya keje kerajaan dalam keluarga. Kami baru kerja, tanggungjawab pun besar. Kena pandai manage duit. Jadinya baju tunang kami mula-mula mama nak warna peach oren, cantik, and saya dah boleh agak macam mana cantiknya saya. HAHAHA. Tapi last minutes tukar, sebab mahallah. Saya pilih jenis yang murah sikit dan mama nak warna purple. RM190 untuk sepasang baju wanita dan lelaki. Tapi, nak dijadikan ceritakan, kat Kota Tinggi ada satu kedai nih jual sama jugak tapi add sampin satu taw. Even sampin murah tuh tapi still boleh gunakan. Pastu pak usu yang jahitkan untuk saya. Lega, situ boleh save bajet. 


So, ceritanya, saya bagi AQ kasut, kain baju melayu dengan sampin, coklat, kek, sireh junjung mestilahkan, wallet dan tali pinggang serta minyak wangi.
Qayum pulak bawak sireh junjung, kek, kain baju kurung, beg tangan dan kasut serta duit hantaran dan cincin wajiblah kan. Saya memang pilih yang terpaling murah dan yang AQ suka apa yang saya akan pakai. Sebab yelah kita pakai pun untuk dia tengokkan. Kalau kita pakai pastu dia tak suka camne pulakkan. Haish. Tapi, nak beli barang tunang buat saya tahu, perkahwinan itu bukan yang menyenangkan tapi sangat menggembirakan. Yelah, teman AQ beli kasut sehari semalam kot.(-__-)

Kami pilih sendiri semua barang tuh kecuali sampin. Sampin tajaan mama tersayang sebab ini kali pertama mama nak dapat anak lelaki. Mama eksited terlebih HEHEHE. Jauh dari Terengganu taw AQ sampin awak tuh, Mama bukan main susah hati nak dapatkan sampin yang berkualiti dan mesti menepati cita rasa awk yang high taste tuh. HAHAHA. 


Untuk makanan semasa majlis, bajet memang 100 orang tetamu je, terdiri daripada ahli keluarga AQ yang datang 9 kereta, keluarga saya, sahabat-sahabat saya dan anak murid tersayang. Semua nih orang kuat majlis saya okey. Wak Ju dengan isteri dia yang handle bahagian dapur, Mama ayah belikan barang-barang yang Wak Ju mintak yang lain semua Wak Ju sediakan. Memang terhutang budi sangat-sangat kat Wak Ju. Saya sikit pun tak tolong Wak Ju that day. Yelah pagi tuh kan sibuk dengan kelas BM FEP. Apapun, me ikhlas dengan tugas sebagai cikgu walaupun hari tu hari bahagia saya. Yang penting majlis berjalan dengan cukup lancar. Without any single mistake. Ya Allah, Alhamdulillah.


1. Fall in love dengan inai. No doubt dari zaman budak-budak lagi, So memang nak pakai and sedia dengan segala tohmahan. TEEHEE.
2. Solekan sponsored by Auntie, mak Airaa,

3. Kipas made by Pika and saya decorate sambil dengar Pika maki hamun hahahaha.
4.Mujur si Pika sanggup amek cuti untuk bantu saya.

5. Katil beli sendiri separuh harga dan alas tilam beli 3 hari sebelum hahaha sponsored by mama.
6. Mini photobooth made by me, Pika, mama dan ayah by 3 am tak siap lagi. Fiuh!

7. Shawl cinta sejati sponsored by mama. Headband daripada thefairies. Do check on IG. Beli harga promo sampai segera. Selamat walaupun beli 3 hari sebelum majlis.
8. Keadaan diri yang macam sopan.

9. Tak ada mama ayah tak ada lah saya untuk awak AQ, HEHEHE.
10. Mama ayah yang tercinta

11. InshaaAllah my future family.
12. May Allah blessed us till Jannah,. Terima kasih sudi terima saya ibu ayah, kak Ain, Intan. Tak lupa juga abang Ijam. Shahirah dan Am yang tak ada time ni.

13. Sesi kenal-kenal antara keluarga kita. Awak ni AQ, saya berpeluh tau kat dalam bilik tunggu awak sampai. Kata punctual, HEHEHE

14. Kek saya untuk AQ
15. Kek AQ untuk saya.
We both beli kat Secret Receipi dan beli asing-asing so surprised lah kononnya kek apa aku dapat esok. HAHAHAHA.

16. Anak murid saya merangkap tulang belakang majlis. Daripada sekecil-kecil pertolongan sampai sebesar-besarnya saya dengan rendah diri ucapkan terima kasih sangat-sangat. Mana ada strangers yang sanggup tolong kita berpeluh-peluh tak ada proper layanan makanan ke air sejuk tapi yang ada kena buat keje gila-gila.


17. Dalam banyak-banyak kawan yang saya kenal, saya tolong, buat baik lagi, inilah kawan yang sentiasa ada bila mana saya susah jatuh bangun. Kawan yang menghadapi segala tohmahan dan cercaan orang dengan saya. Worth to be friend ye. Bukan yang muka tapak kasut either tapak kaki. Semoga Allah kurniakan syurga terharum buat Izzati, Asni juga kak long.

As for me, saya tak de masa nak berlawan hantaran siapa paling gah, duit hantaran siapa paling mahal paling banyak. Yang ada dalam hati saya, kemampuan AQ nak jaga saya pada masa akan datang dalam masa yang sama we both ada tanggungjawab yang sangat  tinggi untuk our families. Hope we can do it well. Sambil-sambil tuh, AQ bolehlah hadiah-hadiah sikit hahaha.



For AQ, thanks for being in love with me. As you know, orang yang awak jadikan tunang nih langsung tak sempurna mana. Banyak kurangnya berbanding jutaan wanita kat luar sana. InshaaAllah kalau Allah perkenan doa kita, saya nihlah yang akan masakkan sarapan pagi awak, tunggu awak balik dan teman awak tidur malam-malam, buatkan jadual kelas awak (HAHAHAH) dan teman awak ke mana-mana. InshaaAllah. Dan awaklah lelaki yang akan jaga saya, sambung tugas mama ayah saya jaga saya, dan bawa saya ke syurga. Sama-sama doa ok?


Kadang-kadang kita akan gaduh sebab hal remeh-temeh, tapi siapa juga yang in a relationship tak gaduh, kucing kat rumah kita pun gaduh sampai tanggal bulu dia yang. So, kena sabar. Bila kita nak buat benda baik mesti ada banyak cabarankan, tapi kita kena ingat balik macam mana mudahnya Allah aturkan pertemuan kita sampailah kita beli barang hantaran etc semua Allah mudahkan. Dan ingatlah semua yang Allah hadiahkan sepanjang perkenalan kita bila mana kita cuba nak pandang orang lain dalam erti kata lain jangan curang yang. Korek biji mata tuh, HAHAHAHA.



 Much love,
-your sayang-