Friday 23 October 2015

The Sky Tower. The Shore. Melaka Rivercruise.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Merajinkan diri petang ini untuk berkongsi keindahan Melaka Bandaraya Bersejarah itu. Ehem...Perjalanan tajaan sepenuhnya memang menarik iye!!! Nama pun tajaan sepenuhnyakan, so tak yah ‘mention’ lah tajaan siapa dan kenapa. SULIT. Yang penting bukan Nuffnang yang taja. Muehehe.

Selain Kuantan dan Tanjung Malim, rasanya kawasan Melaka ini antara tempat yang selalulah saya kunjungi. Percutian keluarga, percutian dengan sahabat baik malahan dulu pun tunang duk ajak gi sini jugak. Dululah. Kenangan je pun. Melaka ni bagi saya senang je kawasannya. ‘Simple’ gitu. Kalau tak ‘setting’ GPS pun boleh sampai tempat yang dituju. Tapi kali ini, kesabaran saya kat Melaka ni macam nipis sangat. Tak tahulah kenapa. Tak sabar gila dengan ‘jammed’ dan panasnya kat Melaka. Panasnya sampai sentap urat saraf kepala nih. Agaknya sebab Melaka tengah teruk jerebu. Yelah, ‘weolls’ datang Melaka kali ni, Melaka tengah tutup sekolahnya tuu hah. Tapi bukan orang Melaka kot yang kekecoh kat Facebook tuh kan. Alaaaa, kes tak nak jaga anak tuuuu~ ‘Whatever’!!!

Sebabkan Melaka ni dah selalu sangat saya pergi, saya memang elakkan naik CRUISE. Sebab tak pernah pergi Melaka tak naik cruise dia tuh. Ehem...bukan cruise indah Titanic itu ye. Tapi, bolehlah panggil cruise hahaha. Tapi, disebabkan pujuk rayu kak eton-kak eton sekalian, saya terjebak jugak dengan cruise itu. Haih. Mujur tak bayar. Kata dah ‘fully sponsored’. Tujuan naik cruise itu adalah kerana kami dah TERSESAT jalan lalu kaki sudah ketar dan tak larat nak menyelusuri sungai Melaka itu lantas membuat pilihan naik cruise. Hampeh!!! Kami sebenarnya nak ke The Shore Melaka. Alahai, tempat yang guna ‘glass’ ala-ala overseas tuh. Rasanya kat Malaysia baru ada satu kot tempat yang guna ‘glass’ macam ni. Sebab teruja tengok NisaKay tak sesudah bergambar ke The Shore, saya teringin jugak. Hahahaha.
Ceritanya, bukan je tersesat sampai terjebak naik cruise itu, malahan kena bang bang boom pulak bila dah sampai The Shore tuuu. Hahahaha. Kan dah kata, teringin tengok NisaKay asyik ke The Shore, ‘weolls’ pun ingat The Sky Tower tuh free ler kheeennnn. LOL! Sekali kena bayar daaa....RM18 per person. Sudahlah naik sampai ke Sky Tower tuh hazabedahnya kemain. Naik lif itu salah yang ini salah. Pffft~ Kesudahannya bedah-bedah dan tipah-tipah tertipu tak jadilah masuk Sky Tower lantas pulang ke hotel dan MAKAN!!! Lelaju kau balik sebab malam tuh ada kelas lagi 2 jam. Kan dah cakap, pergi Melaka bukan nak berhoyeh-hoyeh sangat, ‘fully sponsored’ untuk menimba ilmu gamaknya. Tapi, kami lupa diri kejap. Maklumlah, bawak bebini yang terlepas laki ni. Hahahaha.










Lepas tuh keesokkan harinya, kakak-kakak bebedah tuh tak buat hati nak jugak masuk Sky Tower sampai sanggup ‘bribed’ ‘weolls’ kekanak ni untuk pergi sama. Tak memasal mereka sanggup membayar duit tiket RM18 itu. Alhamdulillah. Murah rezeki Kak Suzi dengan Kak Nora ye. Adik-adik cute mengucapkan terima kasihlah. Malulah cenggini. (Padahal, sampai atas sana terus lupa diri, tak ingat dah tiket orang bayar!) 








Tapi ambil gambar atas glass ni saya tak ‘suggest’kan sangatlah walaupun macam ‘cool’ kan ambil gambar atas ‘glass’ gitu. Sebab, bayarannya RM45 untuk sekeping gambar!!! Korang akan ‘pose’ segala ‘pose’ tuh sebanyak 5 kali, nanti bila turun bawah boleh ambillah kalau nak. Tapi sekeping RM45. Nepal yang ambil gambar tu cakap boleh dapat ‘softcopy’ tapi jangan tertipu. ‘Softcopy’ tu cuma sekeping SAHAJA yang diletakkan ‘barcod’ nanti korang scan sendiri. Itulah bisnes. Nak ‘cover’ balikkan belanja buat tempat tuh.

Tempat ni bagi saya 2/5 lah ‘rating’ dia kalau nak dibandingkan dengan harganya.  Baiklah tambah duit sikit bawak keluarga naik basikal ke ‘buggy’ ke kat Botanical Garden sana. Tak pun pi lah main air kat Wonderland Melaka tuh. Ada gak faedahnya, peluh pun keluar, sihat sikit. Ini naik atas, saya pun jadi mental lupa diri segala. Kekekeeeee.

Setelah itu, balik semula hotel dan kerja bersambung.
Realiti mana ada seindah mimpi. Till then, xoxo.