Monday 3 August 2015

Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) : Bengkel Kerja Penulisan Blog GM1M Peringkat Daerah Kota Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari yang sungguh gembira kerana hari ini merupakan hari terakhir bengkel kerja ini. Alahai padahal bengkel kerjanya dua hari sahaja. kihkihkih. Tapi yelah mood hari raya kan masih ada siapa juga yang gembira bekerja di hari cuti.
Tapikan, yang bestnya masa bengkel kerja ini, dapat satu bilik dengan ahli bilik yang tersangatlah best!!! Mula-mula datang aceh biasalah macam poyo-poyo buat hal memasingkan. Lepas tuh barulah mula hai awak buat apa tuh buat apa tuh teruslah kita bermesra-mesraan. Gitu~ Dah mesra barulah ada mood nak buat kerja dengan yahoo, yahoo. Serius, habis je taklimat pertama kami tentang bilik, makan etc tuh lah kan terus naik bilik dan bermulalah episode 'round table' kami. Makanan sendiri sponsor, buka TV terus masing-masing berbual riang gembira. Tak tahu nak kata camne, tapi rasanya ini pertama kalilah pergi kursus jumpa 'team' yang sama jenis sama kepala sama cerita. Pelik tapi inilah jodoh. Macam mana kita boleh dipertemukan dengan orang yang sama cerita dengan kita? Apa ceritanya biarlah kami berempat kurang satu je yang tahu. Apa pun, kami tengah WAITING!!!



Emm, bengkel kerja penulisan blog GM1M nih sebenarnya merupakan satu hasrat GM1M terutamanya untuk Negeri Johor dalam usaha menaikkan peranan guru muda dan mempublisitikan segala usaha-usaha yang dilaksanakan GM1M untuk anak bangsa. Yelah kan, ada benda ni kita kena simpan, ada benda ni kita kenalah jugak war-warkan. Lainlah macam saya nih, semuanya nak diwar-warkan. Terlebih eksited bak kaa geng E103.
Cerita asal E103, itu nama bilik kami. Kami menginap di Pusat Latihan Guru dalam Perkhidmatan. Serius tempat ni best sangat-sangat. Bersih. Cantik. Menarik. Tapi saying, macam sunyi sahaja. Mugkin lepas ni peranan tempat ni boleh dinaikkan lagi. Sayang juga kalau dah tersedia tempat cantik dan kelengkapan baik tapi sunyi sepi. Ke....saya yang tak tahu? HEHEHEHE. (????)
Apapun. balik daripada begkel kerja ni, kerja yang menunggu sangat banyak ok. Jadi.....redhalah cikgu Huda yeee...
Till then,xoxo