Wednesday 23 November 2011

Kerana manusia dibekalkan hati~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
Hidup sangat sibuk..Banyaknya benda nak join..Tapi banyaknya benda nak buat..Kawan-kawan kahwin, tak dapat nak menunjuk muka..Nak tunggu diri sendiri kahwin, lamanya...orangnya pun masih samar-samar...Tapi, mengikhlaskan diri dan redha nampaknya membuatkan Huda rasa tenang dan syukur..Alhamdulillah, tak da apa yang bermasalah bila kita jaga hati kita daripada bersikap kotor...

Mula-mula dulu, Huda berperang dengan diri Huda sendiri...I was busy with my asignment...So, tak dapat nak fokus pada tanggungjawab...Ya, tanggungjawab yang saya sendiri mahu memikulnya...I'm not blaming anyone for this...So, pada awal tue, rasa macam, everybody on that organization macam tengok 'hantu' bila tengok Huda...Macam tak suka Huda lah..Macam nak marah Huda lah...And, Huda siap buat surat letak jawatan...Before nak hantar surat letak jawatan, ada juga berbual dengan somebody yang Huda boleh tahan hormat dia ni..Mungkin sebab dia nampak rasional...Macam-macam dia nasihat...semua yang dia cakap tue, truly menenangkan hati..And, from that, Huda try untuk tidak berfikir tentang apa-apa pun...Datanglah macam mana jelingan pun, datanglah macam mana sindiran pun, Huda tak mahu memikirkannya..Sebab, fikiran Huda tue akan bawa Huda kepada sikap negatif..Huda tak mahu kerana 'mereka' itu, Huda menjadi seorang yang hilang kepercayaan diri..Sebenarnya Huda cuba mempositifkan apa jua keadaan dan perlakuan dengan mengatakan yang baik-baik sahaja kepada diri...


So, boleh tengokkan...Kita yang menentukan macam mana diri kita..Bukan kita tak mengambil kira pandangan orang luar...Tapi, sampai bila kita nak bersikap begitukan..Biarlah mereka nak updated status apa pun kt Fb..Nka kutuk sampai ratusan komen yang menyokong mereka..Biarkan...Kerana Allah swt sukakan orang yang sabar...Bukan orang yang suka mencari permusuhan...Kata nak jadi cikgu...Bersihkan hatilah wahai insan....

Wassalam..Bye...

Sunday 20 November 2011

Suka Atau Tidak?

Assalamualaikum wbt dan salam hormat untuk semua yang meringankan jari menekan blog picisan ini malahan sanggup membuka mata membaca dan melihat apa sahaja blogger picisan ini menulis..Saya insan biasa..Menulis apa sahaja yang berlingkar dalam kehidupan saya...Tidak berniat mengguris siapa jua..Hanya meluahkan apa yang saya rasa...Sebarang kata yang mengguris hari, mohon dimaafi...Sekian, saya mengundur diri...Hehehehe...



Apa yang saya suka, mungkin kalian tidak suka dan begitu juga dengan apa yang kalian suka, berkemungkinan besar saya tidak menerimanya...Bersamalah kita belajar menerima kelebihan dan kekurangan insan lain sebagai suatu fitrah hati...Jangan rosakkan hati kita dengan kebencian...


Sentiasalah menerima teguran dengan redha..Pahit dan malu menerima teguran kesalahan diri kita, tetapi ingatlah, merendah diri dan menerima teguran itu akan menjadikan kita lebih baik dan anggun...Elakkan mencari kesilapan orang lain, tapi carilah kesilapan diri sendiri...Tatkala hati cuba beremosi, kembali muhasabah diri..Cukup sempurnakah kita untuk menilai orang lain? Hanya Allah swt yang mampu menilai kita...Berbaik sangka terhadap sahabat sekeliling, mudah-mudahan bersama kita melangkah ke syurganya..Insya-Allah...




 Saya suka bergambar, mungkin anda tidak..Tapi, kita masih boleh berkawan...Betul tak?



 Anda rasa saya bajet cun sebab suka letak gambar kat blog? Saya tak kisah.. Minat setiap orang berbeza... Teguran anda tetap saya terima...



Thanks buat adik yang selalu menjadi teman bergambar walaupun sudah bosan melayan diriku..Hik,hik...




Saya berterima kasih berada dalam lingkungan manusia yang bermacam ragam...Ada yang suka mengata, mengumpat, ada juga yang rasional dalam bekerja...Ada yang suka memuji, ada juga yang talam dua muka...Tak kurang juga yang suka mendengki, cemburu berapi-api...Setiap yang saya kenali, berbagai ragamnya, tapi, saya tahu, manusia sentiasa alpa..Terimalah kekhilafan mereka sebagai kekurangan diri ini jua...



Bersyukurlah jika ada yang mengkritik anda, kerana sesuangguhnya ada yang mengambil tahu kehidupan anda...Malangnya bagi mereka yang bersendirian tanpa teman memuji mahupun mencaci...



Sudah menjadi lumrah manusia, satu kejahatan/kesilapan yang kita lakukan, secara automatiknya akan menutup sejuta kebaikan yang kita lakukan...La Tahzan...Muhasah diri...Kembali kepadaNya...Jangan berputus asa...Eratkan kembali ukhwah kita...Lihat kembali diri, sayangi teman yang juga penentu jalan ke syurga...



Wassalam...

Thursday 17 November 2011

Rindu dengan Kenakalan Lampau!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...



Malam tadi, sebelum tidur, Huda tengok video-video yang Huda rakan dengan roomate Huda, Nelly..Bila tengok je video tue, serius, Huda rindu sangat zaman sekolah..Bagi kawan-kawan SMKTH mesti kenal Huda macam mana kan...Huda bukan pelajar skema ke baik ke..Jahat nie masa sekolah..Bukan nak dengar cakap...Ikut suka jerk...Yang paling best, Huda ada kawan-kawan yang sangat sekepala...Walaupun masa sekolah dulu, ada lah juga berpuak-puak, siap ada title nie geng apa, nie plak geng siapa...Macam-macam...Tapi indah wooo....Nak lupakan tue memang sampai mati pun Huda akan ingat...Nie menangis nie masa tulis...*menangis dalam hati jek*

Peristiwa yang paling Huda takkan lupa, peristiwa panjat pagar sekolah...Sorry, i can't remembered all the participant because it's happen long time a go...*ada chance tak nak jadi exchange student?* Tapi, Huda ingat..Masa tue kiteorang yang buat kerja jahat nie adalah orang-orang yang stress, tension dan memberontak jiwanya kerana tak terpilih untuk ke Cameron Highlands menyertai rombongan sekolah pergi bercuti..Kawan baik Huda, Izzati pun dapat pergi Cameron time nie...So, memang sedih tak ingat woo..But, Huda paling ingat, peserta aktiviti panjat pagar sekolah, nak cabut sekolah masa nie adalah Aqilah Mohd Amin...What!! Aqilah join? Memang tak cayalah kan...Coz, she's always jaga perangai dialah...Buat yang baik-baik jek...Teehee Qilah...Good job...

Kiteorang panjat pagar yang agak tinggi jugak lah...Kiteorang buat benda nie lepas jiwa memang dah tak boleh nak berada kat sekolah masa tue...Nak balik jek kan...Geng-geng ramai tengah bercuti kat Cameron..Mana ada mood belajar..Masa tue, pagar sekolah tengah revovate...So, agak tak teruruslah keadaannya..Masa tue library SMKTH kat bahagian bawah lagi...Kiteorang terhendap-hendap kat situ tengok line clear ker tak...Huda ingat lagi, masa tue ada Cikgu Kassim...Hehe...Kelakarlah...Huda rasa Sirna pun ada masa nie...Bila tengok line clear jek, kiteorang panjat pagar dan terus lari naik bukit nak balik asrama...Masa nie memang cuak dalam hati...Tapi, boleh agakkan macam mana si Aqilah punya feel...Dahlah cabut panjat pagar, minah nie boleh plak buat lelambat, cecuak dia tue..Elak Cikgu Mahat nampak jek...Dah lah kiteorang nie pengawas sekolah...Memang kena jalan itik bawak pelepah kelapa lagilah jawabnya...

Eeh, denda jalan itik dengan pelepah kelapa pun Huda rindulah...Memang style cikgu Mahat le tue...Hye Has, ingat tak kita sesama jalan itik dengan pelepah kelapa?? *lari topik* Semua nie Huda rindu sangat...Huda tak tahu korang masih ingat atau tak, tapi serius, zaman kenakalan tue Huda ingat sampai mati...Bila lagi kita nak ada peluang buat macam tue, ketawa sama-sama bila buat jahat...Urm...

And, Huda pun ingat macam mana batch kiteorang nie jadi RAJA kat Asrama Pusat Kota Tinggi..Kiteorang bajet otailah..Tapi still jadi tikus depan Kak Lin...Hahaha...Batch kiteorang nie memang tersenarailah dalam list kaki kena denda...Duduk asrama hampir 7 tahun, dah merasa dah study dalam longkang, study bawah meja tanpa kerusi selama sebulan, kena rotan...Tapi, bila benda tue Huda ingat balik, sronoknya...Orang lain tak merasa keseronokan flashback nie sebab dieorang tak jahat macam kami...Hehehe...Yang seronoknya bila memekak-mekak dalam bilik study (Huda ler tue), Ustazah Rohana datang...Awak nie kenapa? Mulut, macam jual ikan kat pasar...Pergh...ingat tue kata-kata pujian dia...Hahaha...Belum lagi kes kantoi keluar bandar tanpa kebenaran...Ingat tak Siah, Has, Qila, Nessak..Korang ler tue kan...Pergi KFC tak ajak...Kan jumpa Cikgu Jidah dah...Hehehe...Dulu, Huda dan Izzati, suka gak outing setiap masa...Tapi, cover line baik punya...jumpa Cikgu Jidah, ampu-ampu sikit, belikan cendol RM2, dapat lah pelepasan...Hehehe...nakalnya zaman sekolah...

But, apa yang Huda miss sangat-sangat adalah kasih sayang kiteorang sesama sendiri...Walaupun macam Huda cerita, kiteorang ada jugak puak, geng tapi once ada orang buli batch kiteorang, kiteorang akan bergabung...Sama-sama rasa sakit dan sedihnya orang tue...Bila kepala Has terantuk kat besi bilik air, Siah risau macam ada hubungan darah..And, hubungan nie bukan setakat girls only..Tapi, dengan boys pun rapat..ada banyak benda yang tak mampu nak diluahkan kat sini...Cuma, bila kiteorang dibuli oleh otai atasan sebab kes Huda dilantik jadi Exco Domestik menggantikan &^%$#, kesian kawan-kawan lain masa tue..Masa Huda dan Siah dikecam teruk oleh golongan nie, our boyfriends sangatlah baik..Tak tergambar dengan kata-kata...Pian, Che Tom, syafiq Monk, bila korang back-up kiteorang giler-giler, sound-sound dieorang dalam dewan makan, Huda memang rasa sedih sangat...Agaknya, bila sekarang nie girls ada problem, korang akan jadi superhero lagi tak?? And, ingat juga pengorbanan Pian and Kicap Besar masa kes gaduh tue...Sangat tak percaya, macam tue sayangnya korang kat kawan...


And, last part, miss my moment wif Izzati, Jannah, Dian, Apai, dan Idah...Ingat tak bila Idah tekad nak pergi sekolah teknik? Macam mana sedihnya kita...Sampai nyanyi-nyanyi lagu sedih...Masa tue, Huda dah jangka, selepas tamat sekolah, mesti berpisah..Mesti tak serapat masa sekolah...Rindunya korang...Rindunya stay kat Aping, naik motor jenjalan...Sampai Izzati buat aksi 18sg, terbang menyusuri longkang...mesti Izzati rindukan saat tue, sebab tandanya masih ada..Maknanya tak boleh lupa kenangan kita tue...Suraya pun tentu tak lupa..Masa nielah ada cik abang tunjuk hero..Izzati yang parah, Suraya pulak yang disibukkannya...Hehe...And Jannah..Rindu nak tengok dia mengamuk macam dulu...Rindu gak nak blender air batu letak sirap kat rumah Dila...Miss all the moments...

Kawan-kawan...Ingatlah, ke mana korang pergi pun, bawalah kenangan kita nie bersama...Korang memang ada jumpa kawan yang lebih baik...Tapi, Huda yakin, kawan masa sekolah tue tetap anugerah terindah yang Allah berikan...Permusuhan, sakit hati memang akan wujud, tapi kenangilah saat manis yang kita kongsi bersama...Ada banyak lagi nak kongsi tapi nantilah...Mungkin kawan-kawan lain boleh cerita dan tag Huda...Walaupun tak semua nama Huda statekan di sini, tapi, orang ettap dalam ingatan k...

Huda dah scan gambar-gambar kenangan kita..Malangnya bila ditransfer tak dapat buakk..So, next entri mungkinlah..Yang terpapar nie hanyalah sebahagian yang berjaya dicilok daripada Fb rakan...


 jamuan raya...sweet jek semuanya...


barisan exco APKT...


 kursus asrama..tak ingat nama kursus...hehe...


 moment..walaupun pertemuan nie bukanlah dirancang sepenuhnya..tapi, so far ok je...


 muka memasing..nampak cute jek...cecari yang mana Huda...rolling eyes..


 dikir barat..memang acara wajib kami le tue...


 forever love...nie bukan seksualiti bebas...kang, blog nie kena haram pulek...


 beraya kita...



bila tinggal Huda berada di Form 6 dan korang pergi...that was....erm....


hye!! dont break my heart okey...haha....


Entri terpanjang kot setakat nie...Tapi puas hati dan nak cerita lagi...Cuma tak best sebab gambar belum ada...Nantikan yang lucucah dari kami ex-SMKTH batch 2002-2006/2008..Ok,bye...

Tuesday 15 November 2011

Biarlah..

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...Entri pendek sekadar menunjukkan sekeping gambar yang mengandungi makna yang mendalam..Enjoy it...Fikir-fikirkan maksudnya...


gambar disedut dari  Fb rakan...sebab ayatnya best sangat...

Ok. Bye.

Sunday 13 November 2011

Aidiladha yang ceria~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...Selamat Aidiladha....uhuk..lambatnya nak wish..better then neverkan...hahahaha...act, Huda kurang sihat balik aritue..tak tahu kenapa, keluar rumah nak balik JB, sakit belakang, terus ke bawah...sampai mcm nak nangis, tpi tak nagis pun..Nama pun student power..*tagline UPSI*..hehe....


Raya nie mesti seronokkan, tengok orang berkorban..Huda dan keluarga belum ada kesempatan dan kemampuan nak buat korban...Insya Allah, selepas segalanya selesai, kami akan laksanakan juga...Tak banyak pun sikitkan...Apa yang kita rasa, kita bagi jugak mereka yang kurang kemampuan rasa...Eh, tapikan, cuba suggest, negeri mana yang ramai fakir miskin? Yang betul-betul tak berkemampuanlah...Macam gaji RM1000 ke bawah...Sebab, kat sini, tengok macam daging korban diberi + direbut oleh orang-orang yang memakai Honda Civic, Toyota Wish, tak pun Naza Kia..Menyampahlah...Patutnya, benda baik yang kita buat tue, biarlah sempurna. Bukan kita korban, then kita berebut nak...So, baik, kita beli daging kat pasar dan balik rumah masak..Buat apa nak buat ibadah korban tue kalau last-last kita yang beriya-iya nak balik? No manners and how shameless you are...

Back to my story..Aidiladha...urm and ahh...Aidiladha bagi kami seleluarga adalah sangat simple...Masak malam raya and terus pergi rumah atok kat Bandar Tenggara II...Sembahyang raya, balik makan-makan..Tak tengok orang berkorban pun sebab bukan tempat sendiri..Malu-malu kambing bhai...Hahaha...Bila dah duduk-duduk sekeluarga tue mestilah berbual, bergelak ketawakan...Hehehe...Best sebab my atok sangatlah gonjeng...Suka buat lawak bodoh tanpa tapisan...Bukan lah atok bodoh cuba itu adalah istilah...Faham?? Ni dialog Huda dengan atok gonjeng...


    Huda : Eh..ada bunyi ayam...ayam sapa tue atok?
    Atok : Ayam orang rumah depan..Yang kereta besar tue...
    Huda : Jauhnya dia jalan..Sampai datang sini tue...
    Atok : Tuan dia suka lepaskan dia..Banyak tue...
   
Ancik Yaya join this conversation...


    Ancik Yaya : Eh, macam makin banyak pulak bunyinya abah...
    Atok          : Yelah..dia(ayam) call kawan dia tue soh datang sini ajak
                      makan..Dieorang nie sangat mengacau makanan beb(kucing
                      kesayangan atok)..Beb kalau dieorang datang terus
                      larilah...Takut kena patuk...
    Huda         : Ketawa sopan...Bising lah ayam nie...*sebab tak berhenti
                      berkokok*
    Atok          : Dieorang bagi salam tue kat kita..Soh sembelih dia...Kan raya
                      korban nie..Dia datang rumah nak soh kita sembelihlah... 
                      *sambil buat bunyi ayam bercakap,"sembelihlah
                      aku..sembelihlah aku"
    Huda         : Kui..Kui...*mata menjeling, nafas dihembus*


Suasana sunyi, ayam berdiam diri...


    Huda : Dah senyap dah tok ayam tue...Hehehehe...
    Atok  : Urm, too-up dia habis tue...*AYAM=TOP-UP*
    Huda  : Ada plak top-up...Merepek jek...


Ayam kembali berbunyi...Riuh rendah...


   Atok  : Hah..tu dah beli top-up dah tue...Bising balik telefon kawan
             dia...Pandai ayam tue...
   Huda : Suka merepek *malas nak layan*





Lawak? Bukanlah cerita lawak Ujang pun..Tapi cukup tok buat kami senyum sumbing...Itulah atok..Selalu buat kami senyum+marah+naik angin+merajuk...Dari kecil lagi atok jaga Huda..Hantar pergi sekolah, masakkan makanan..Atok nie jujur walaupun benda yang dia cakap tue sangat lah menyakitkan hati kiteorang..Huh...Apa pun, itu kenangan Aidiladha Huda..Korang? Tulislah cerita korang and share dengan Huda..




Okey then..Thanks for reading...OK,BYE...








Friday 11 November 2011

Huda dan Izzati. Serasi bersama.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Wehee...Happy dowh...Happy giler...Happy sampai bangun lambat...Sebabnya? Semalam jumpa my bestie..Real punya bestie...NUR IZZATI ABD RAHMAN...Lama giler tak jumpa dia..So semalam, macam mana pun paksakan diri untuk memenuhi undangan beliau..Bukan terpaksa okey, cuma pendekkan masa untuk berada di Arkib Negara Cawangan Selatan (proper sangat) dan bertemu Izzati di rumahnya seterusnya berjimba jimbo...Rindu kaw..Cuma dah lama tak jumpa, macam formal cikitlah...Aduhh...



Act, Huda salah faham pasal pertemuan nie..Kesian Zati..Harapnya dia tak marah...Masalah kelewatan tue gara-gara penjaga Arkib Negara banyak kerja nak kena settle dan bahan lambat nak dikeluarkanlah Zati sayang...Pulak tue jalan jamm..Memang terpaksa lama menunggu..And Zati, kawan tue bukan sebab berapa banyak manfaat yang kita terima dari dia tapi sebab adanya dia selalu di sisi kita walau hanya dalam doa...Ingat tue...Saya hargai awak dan mereka kerana kalian sahabat saya bukan kerana banyaknya kalian beri saya mnfaat..Jangan terasa hati, jangan cemburu dan jangan susah hati, sebab saya masih sahabat awak dan belum ada pengganti lagi...Okey bebeh..Check it out gambar yer...



Peace no war..Remember you always sayang...


Love Zatie tak jadik...Practise lagi taw...


Candid tapi Huda tak...

 Thanx Zatie tok jamuan special nie...A lot and big thanx..

Ayah telefon suruh balik. Anak daranya berjalan memang 24jam kena calling...Hek..hek..


Itu sahaja cerita Huda untuk cuti kali nie..Cuti pendeknya..Sebab cuti pun asignment kena hantar jugak...Nama pun student..Nak merungut? Nak cakap bosan? Pilihan di tangan sendiri.. Tak nak terbeban, berhenti belajarlah kan...So, redha dengan keperitan nie sebab ini pilihan kita dan yang penting, usaha ini bukan suatu yang sia-sia....Urm..Nak try makan VCO lah..Jom...

Thursday 3 November 2011

Here.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..Pukul 5.58 pagi..Belum tidur lagi..Urmmm...Sangat penat yer..Tapi tetiba mood nak update blog...Tak nak cakap banyak..Nak tunjuk gambar saja...Hehehe...Suka boleh tengok, tak suka tekan X kat belah atas kanan korang..Check it out ya...


















Juz nak share sesuatu yg indah untuk dikenang...Korang pun silalah amik gambar secantik yang boleh kat sawah padi..Seronok sangat...Bagi Huda sangat seronok lah kan..Sebab, Huda anak jati Johor, belum pernah jumpa sawah bendang gini..Owh yer..Maaf ler lau pose tue sangat mengannoyingkan korang..Huda bukan model..Mujur jugak Kak Rin yang jadi tukang amek gambar..Molek ler cikit rupanya..Hehe...

Thanks yang tak terhingga tok Asni and Kak Rin sebab bagi pengalaman yang best..Even penat kena jadi driver, tapi, Huda happy. Happy after penat nak settlekan tanggungjawab as a student and at the same time jadi JMK,tired. I'm happy and really appreciated it. 


Okey..Selamat beramal ibadah and Pagi! Mula bertugas!