Wednesday 29 February 2012

Spaghetti...Without cheese...

Assalamualaikum wbt dan selamat membaca...
Entri lepas dah bercerita mengenai Nasi Ayam Serai dengan Puding Roti bersos Krim, entri kali nih nak share pulak pasal cubaan menyediakan Spaghetti...Dulu, pernah lah Encik Superhero belanja Spaghetti kat Kenny Rogers, tapi, serius tak tertelan tekak nih...Tapi, baru-baru nih, Huda jadi peminat tegar makanan ala-ala western nih...Dulu, Huda langsung tak mahu jejak kaki kat Pizza Hut, alasan, tak makan daging...Sekarang nih, mengidam nak masuk Pizza Hut aje..Sebab, keenakan pizzanya terbayang-bayang...The point is, bila asyik terbayang pizza, Pizza Hut tue, setiap malam, mesti usha website Pizza Hut, nampaklah deretan/pilihan pizza mereka...Hati berbunga-bunga, perut menari-menari...Hiperbola..


Bila check akaun BIMB, duit biasiswa semakin hari semakin menyusut...Memang tak lah nak makan pizza guna duit sendiri...Itu hari, masa balik Johor, ada pujuk mama dengan nada gedik-gedik ajak makan kat Pizza Hut, sebab promotion mereka hebatkan...Harga 50%...Tambah pulak makan lunch, 11pg hingga 2.30ptg...Berganda murah..Tapi, bila ahli keluarga tak cukup, tak sampai hatilah..So, Huda decide, okey, Google resepi Spaghetti paling sedap+simple+guna bahan yang murah...Then beli barang pakai duit mama...Semuanya selamat dan gerenti poket dan hati senang, perut tenang...Haha...Huda pilih resepi spagheti Aunty Nani Rostam lagi...Serius, sedap sangat...Terlampau...Haruslah kan...Sendiri masak, sendiri makan dan sendiri puji..Harapkan korang? Hampeh..HEHE

Untuk resepi spaghetti sedap nih, cuma perlukan beberapa bahan..
Tomato 
Pasta
Tomato cincang
Serbuk lada hitam
2 Bawang besar (Holland)
5 Bawang putih
Ayam cincang
Garam
Oregano
Minyak zaiton
Stok ayam

Cara-caranya:
1. Rebus pasta sehingga lembut.
2. Tumis bawang besar Holland dan bawang putih yang dimayang halus.
3. Masukkan ayam cincang dan masak sehingga ayam setengah masak.
4. Masukkan sedikit garam, serbuk lada hitam dan stok ayam. Semuanya mengikut keperluan.
5. Apabila ayam kelihatan masak, masukkan tomato cincang dan masak sehingga mendidih.

P/S: Untuk spaghetti yang Huda buat, sengaja Huda tambah dengan tomato cincang sebab Huda beli tomato puri jek... Lepas tue, Huda tambah air sebab Huda suka kuah yang banyak...Tapi, kalau anda suka yang pekat, tak payah letak..Terpulang kepada kita untuk hasilkan masakan yang kita suka..Huda juga tak guna minyak zaiton masa nih dan hanya guna minyak biasa..Tapi, hasilnya tetap okey..


Alhamdulillah, hasilnya memuaskan...Huda tak pandai nak hias masakan Huda..Hanya masukkan dalam pinggan biasa dan tabur oregano...Ini jugak pertama kali Huda mencuba oregano dan ianya agak pahit ditekak...Tapi, bila dah lama-lama, sedap lah pulak...Huda harap, korang cubalah...Sebab, tak ambil masa lama dan lebih jimat daripada makan di kedai....Tak percaya, tanya Nelly...Sampai tak tidur malam membayangkan keenakan spaghetti tue...*berani dia condemm spaghetti Huda, memang tidur dalam tong sampah lah jawabnya dia!* HAHAHA...*muka berubah mcm Angry Bird*

Jangan dipandang rupa yang hodoh tak membawa rasa yang sedap...(:


Celoteh: Kalau Morris aka Idris baca blog picisan Huda nih, Huda dah boleh masak spaghetti...Mau ker? Hehehehe....Buat Nelly, thanks sudi menjamah resepiku ini...Lain kali saya belajar buat yang cheese ea...

Tuesday 28 February 2012

Nasi Ayam Serai dan Puding Roti bersos Krim...Kenangan yang tak mampu dibeli~

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Seperti yang digembar-gemburkan dalam entri sebelum nih, Huda cakap Huda balik Johor kan...Balik rumah Hudalah...Kalau kat rumah, memang tak berhenti mengGoogle segala macam resepi untuk dihidangkan buat keluarga tersayang...Memang tak sah kalau tak mencuba sesuatu yang baharu kat dapur usang Puan Rahmah...Balik hari Khamis malam dan sampai pagi Jumaat...Hari Sabtu terus ajak mama, haruslah kan...Mama banker terbaik kat rumah...Ajak mama pergi beli barang-barang dapur untuk aktiviti masak-masak...Mama dan ayah Huda memang senang hati untuk membeli asalkan kita rajin nak menyediakannya...Bukan hangat-hangat tahi lembu...*peribahasa baharu ikut isu semasa*

So, Huda dah pilih resepi Nasi Ayam yang Huda rasakan mudah, sebab nih pertama kali Huda nak masak Nasi Ayam...Selalunya asyik membedal kat Restoran Basir yang sepinggan dekat RM5 tuh...Huda pilih resepi Nasi Ayam Serai resepi Kak Yati..Buat reader yang belum jenguk blog kak Yati, memang agak rugilah sebab kak Yati banyak kongsikan resepi masakannya yang memang beliau masak hari-hari...Resepi nih bagi Huda tak berat sangat lah...Tapi, nama pun masak nasi ayam...Mana boleh siap kurang daripada 3jam kan...Nak perap ayam lagi...So, tak perlulah Huda tulis balik resepi nasi ayam tuh...You guys just klik nama Kak Yati dan tengok sendiri resepinya...Ada banyak pilihan nasi ayam kat situ...Tapi, hasil nasi ayam Huda nih, disukai oleh seisi keluarga termasuk atok yang memang hebat skill memasaknya..Baru atok tahu penangan cucu kedua dia! Sampai telefon pagi-pagi buta mintak resepi nasi ayam nih...Terima kasih buat resepi Kak Yati...Mudah-mudahan, satu hari nanti boleh merasa air tangan beliau...Hasilnya................


Hanya hiasan cincai, tapi, rasa tak menegcewakan...Tambah dengan sup ayam hebat, memang licin pinggan...

Thanx kat mama sebab banyak tolong...Kalau tak, lambatlah makan tengahari kita...Bagi yang ingat, Huda pernah buat sup ayam...Resepi sup ayam nih juga Huda guna untuk makan dengan nasi ayam serai nih...Refer kat sini, SUP AYAM.



Sambil masak Nasi Ayam Serai tuh, Huda buat puding roti sekali...Lama dah nak mencuba sendiri buat puding roti...Sebab, selalunya tengok Aunty Nani Rostam *bajet dah lama berkenalan* selalu buat puding roti untuk santapan keluarganya...So, Huda pun berangan lah nak buat...Tambahan, ayah Huda, pak Taib, sangat suka makanan manis-manis..So far, Alhamdulillah, ayah tak ada masalah diabetes...Buat puding roti nih, cukup simple...Sebab pendek sahaja, Huda kongsikan resepinya di sini ya...

Puding roti:
Roti (Huda pakai roti Gardenia biasa, tapi lebih afdal pakai roti butter)
Telur 6 biji
Susu penuh krim 1 tin
Whipping krim 1 kotak
Butter setengah buku
Gula 5 sudu
Kismis untuk hiasan
Brown sugar untuk ditabur
Esen vanilla setitis

Sos krim: 
Tepung jagung *untuk likatkan sos, ikut kadar kelikatan yang diperlukan*
Susu penuh krim *ikut keperluan masing-masing*
Gula *sedikit mengikut keperluan*
Strawberry atau buah-buahan yang disukai
Esen Vanilla


Cara-caranya:
1. Sapu loyang/casserol dengan butter.
2. Susun roti dalam loyang...Agak-agaklah nak makan untuk berapa orang.
3. Putarkan susu, whipping krim, telur, titisan esen vanilla, gula, butter dan kemudiannya tuangkan ke dalam susunan roti tadi...
4. Biarkan roti tadi kembang selama 1 jam.
5. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 30 minit. Tapi Huda bakar lama, sebab nak puding agak garing. 
P/S : Kalau ikut resepi nih, Huda gerenti, puding roti you all takkan keras...Sedap dan pastinya boleh diratah tanpa sos pun..Macam makan kuih bakar..*tetiba!*

Untuk buat sos pulak:
1. Panaskan susu. Huda letak sedikit air dan masukkan gula mengikut keperluan.
2. Masukkan tepung jagung sampai kadar kelikatan yang kita mahukan. Pastikan tangan sentiasa mengacau dengan api sederhana sebab khuatir sos berketul-ketul apabila tepung jagung dimasukkan..
3. Titiskan esen vanilla. Hanya nak beri bau yang menyegarkan...Jangan sampai masukkan 1 tutup pulak...
3. Sejukkan sos nih. Bila nak makan, masukkan strawberry potong. Gerenti 3x ulang.

Bagi sesiapa yang pernah tengok resepi Aunty Nani Rostam mesti rasa ada kelainan dalam resepi Huda...Biasalah..Huda masih buat ikut cara Aunty Nani, cuma Huda sesuaikan ikut selera Huda dan keluarga..Hasilnya.............









Huda memang suka menyediakan sesuatu untuk keluarga, sebab kadang-kadang nak berkumpul sekeluarga tue sangat payah...Semua dah jauh...Bila dapat bersama, mesti ada moment yang nak diingati bersama...Nak beli kat luar, memang keluarga kami kurang berkemampuan...Yelah, untuk sepotong kek pun menelan belanja RM 5-6...Lebih baik kita beli bahan, buat sendiri dan hasilnya kita puas hati...Soal halal, kita jaga...Selain tuh, pengalaman dan pengetahuan bertambah...Masa bersama keluarga jadi lebih bermakna...Hubungan kekeluargaan jadi bertambah-tambah erat...Tak percaya, cubalah!


Sekian, selamat mencuba...Salam..

Friday 24 February 2012

::: Banyak betul ragam manusia di dunia :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Oh semua, Huda sudah pun berada di Johor, lebih tepat lagi di Tanjung Sedili...Awesomenya rasa berbanding beberapa hari lepas...Sibuk dengan kuliah, mengemas bilik dan bersatu dengan alam persekitaran baharu...Hehehe...

Semalam, masa dalam perjalanan nak balik Johor tue, naik bas dari Tanjung Malim ke Kuala Lumpur...Aduh, peningnya kepala...Nak muntah pun ada...Yelah, dah lama sangat Huda tak naik bas..Selalunya balik naik kereta...Nak menyampaikan diri ke KL tue, azabnya rasa...Lepas tue naik LRT pulak...Berdiri...Mujurlah hanya bawak beg sandang dengan beg laptop..Taklah berat sangat...Tapi, kepala yang pening dengan tekak yang loya, manusia yang bersesak-sesak dan berhimpit-himpit...Adeehh...Mahu jer mengeluarkan isi perut time tue jugak...Oh, bertahan...Dalam pada nak termuntah tue, ada lah pasangan bercintun nih...Lagaknya orang dari seberang, negara jiran...naik dari stesen Pudu tak silap...Sibuk menengok aliran perjalanan sampai nyaris tergolek...Mujurlah Asni gagah perkasa menahan si wanita daripada terjatuh...Asni jugekk...Lepas tue, pasangan nih mulalah berbual-bual...Sibuk bercerita, betul ker laluan mereka nih...Si lelaki tak tahu membaca..Harapkan si wanita memberitahu...Baguslah tue...Kerjasama...Sekali tue, Huda dengar si wanita bertanya kat si lelaki, "Abang, mahu hantar sampai ke kedai ker? ". Si lelaki ketawa malu-malu sambil jawab malu-malu jugak..."Abang mahu hantar sampai langit ke tujuh". Wekk...Lagi kuat perasaan nak termuntah Huda...Dalam hati Huda cuma mampu cakap *&^%$##@#%^! Hahaha..Faham-faham jer lah yer...

Sampai kat TBS, Huda dah cakap kat Asni, memang nak makan dulu...Lapar wei..Perut kosong, nak termuntah menjadi-jadi...Terus gerak ke KFC...Masa tuh dah pukul 10malam...KFC pun dah suram...Order nasi ayam, tapi nasi dah habis...Order snack plate, ayam dah habis..Tapi, cashier kata boleh tunggu 20 minit memandangkan koleksi burger pun dah habis jugak...Apa nak buatkan...Lapar punya pasal, sanggup jer tunggu 20minit...Order jugak cheezy wedges, yelah, sementara tunggu ayam sampaikan...Mula-mula adik tue kata dah habis, tapi lepas tue ada pulak...Tapi, hampa tengok...Cheezy wedges penghujung harilah katakan...Tak menyegarkan..Tapi, syukur boleh isi perut...Order air milo, sebab tak nak minum air gas...Sekali air pun habis...Tinggal orange jer..Sabarlah wahai hati..Bolehlah dik daripada tak ada...Sementara menunggu ayam 20minit tue, ada pulak seorang lelaki nih, mintak makanan sana sini...Lelaki nampak cergas tapi, mungkin kurang sikit mentalnya...Kalau tak, takkanlah sampai seorang lelaki meminta-minta makanan...Tapi, kalau kita ada kelebihan, hulurkan sedikit...Mungkin sedikit yang kita beri, banyak yang dipulangkan kembali kepada kita...

Siap makan, turun bawah kat terminal pelepasan Transnasional...Lagi banyak ragam Huda nampak...Adalah satu lelaki nih, dok tenung seorang perempuan sebelah kami..Tenung maut punya..Macam nak telan jer lagaknya...Seram...Huda dengan Asni pun apalagi, dok gosip sampai herot berot mulut...11.55 macam tue, bas Larkin-Pasir Gudang  sampai...Sekali uncle bas kata, Kota Tinggi-Kulai pun naik sekali..Meang tak menunggu lah...Huda angkat beg terus naik...Seat kami MD dengan MA...Duduk terus...Sekali, ada dua lelaki nih kata, "Eh, nih tempat kami..." Huda pun jawab "Sebab ada dua perjalanan yang sama dalam satu bas, makanya memang ada seat yang sama nombor, awak duduk jer mana-mana ya". Dengan muka tak bersalah...Yelah, siapa suruh uncle bas gabungkan penumpang..Memang akan berlaku kekecohan...2 budak lelaki nih, malas nak bergaduh dnegan perempuan terus duduk belakang...Kih,kih,kih...Tapi mulut mengomel jugak, nada protes, sampai kata nak duduk kat lantai...tapi, tak duduk pun! Tapi, ada satu kes, ada jugak penumpang yang sanggup bertekak tak mahu mengalah...Mujurlah budak lelaki tue bersabar dan beralah...Macam-macam...Then, bas bergerak dengan jayanya...Adalah dalam 1jam perjalanan yang aman, kami dikejutkan dengan bunyi dengkuran yang memang tak boleh diterima langsung telinga! Hampir satu bas terperanjat...Huda pun tak tahu nak bunyikan macam mana...Tapi, Huda rasa, masalah jantung pak cik tue sangat teruklah! Tapi, yang bestnya, pak cik nih berdengkur sepanjang perjalanan, tapi, bila driver on lampu, pak cik nih berhenti berdengkur...Bila off lampu, sambung balik...Memang kena bahan jer lah dengan Huda dan asni..Berdekah-dekah ketawa...Tetiba, nama Dato Sammy Vellu masuk sekali...(okey, tak de kena mengena!) 

Apa-apa pun, Huda selamat sampai ke terminal bas Kota Tinggi dan menunggu ayah pulak selama hampir 20minit...Hurm...Dalam menunggu ayah tue, adalah mak cik ni, sibuk ajak Huda berbual-bual...Last-last baru beritahu maksud tersirat...Nak minta tolong hantarkan dia balik rumah dia...Okeylah...Tak de hal pun...Kalau cakap dari awal kan senang...=) Sampai di sini sahaja ceritanya...Panjangkan...Semput tak semput lah membaca...


Celoteh: Dalam banyak-banyak ragam, takkan boleh lawan ragam Huda yang tengok Running Man kat TBS sambil ketawa kuat-kuat! Biar orang lain pandang semacam, apa den peduli..Hehe...

Terkini : Selepas hampir sebulan setengah menggunakan VCO...Anda cubalah....



Tuesday 14 February 2012

::: MELAKA. KOTA BERSEJARAH ( Taman Botanikal Melaka, Kampung Buku Malaysia dan Zoo Melaka )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Salam kasih sayang dan terima kasih daripada pemilik blog...Kehkeh...

Huda teruskan Edisi Khas Melaka dengan meneroka kawasan rekreasi kat Melaka pulak...Dah tengok warisan sejarah, marilah kita menenangkan fikiran dengan berjumpa flora dan fauna...Kelas kau maria!! (tak ada point) Huda pergi 3 tempat rekreasi...

Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh : Masuk Percuma, tapi untuk ronda-ronda boleh buat pilihan sama ada berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan buggy...Setiap kenderaan yang disewa ada kadar bayarannya sendiri mengikut jenis..Masa Huda pergi hari tue, Huda sewa buggy...Tapi buggy untuk 2 orang tengah servis, so kami guna buggy untuk 4 orang..Harganya RM35/30minit..Setiap 10minit lewat akan dikenakan denda sebanyak RM5..Thanks to Farah Faber sebab kenalkan Huda dengan Taman Botanikal nih...Tak rugi dengan pengalaman yang awesome! (tak payah beli Astro Beyond dah awesome)

Kampung Buku Malaysia : Masuk Percuma..Ada banyak buku untuk dibaca...Boleh dibeli jugak...Suasana yang selesa untuk membaca di sini...Serius!

Zoo Melaka, Ayer Keroh : Bayaran sebanyak RM10 seorang...Ada diskaun harga untuk student yang berpakaian seragam sahaja...Zoo nih boleh masuk siang dan malam...Ada pertunjukan gajah...Bagi yang lutut terketar-ketar, boleh baik tram dengan bayaran RM5...Bagi yang kuat harimau, boleh jalan kaki...Serius, kering tekak korang lepas tue...

Jom layan gambar lah...




















Dua-dua tempat nih serius best bagi Huda...Zoo Melaka macam menakutkan tapi tak bahayalah sangat pun...Cuma, banyak sangkar/kandang yang kosong...Mungkin binatang mati agaknya...Dan, ada binatang yang hanya ada seekor sahaja...Binatang pun tak mesra alam...Masa Huda datang, kebanyakannya tidur...Sabar jer lah...Penat den jerit-jerit, tak ada pun bangunnya...Yang spoilednya masa nih cuma Huda jatuh tergolek depan zirafah...Choi...Nasib baik zirafah sopan-santun...Gelak pun dalam hati...Hahaha...Taman Botanikal okeyhlah jugak...Kurangnya tumbuh-tumbuhan yang menakjubkan macam kat Taman Botani Putrajaya...

Owh yer, berdekatan dengan tempat-tempat nih ada Wonderlands...Boleh lah siapa yang ada anak kecil tue bawak pergi mandi-manda...Tempat nih kurang risikonya..Cuma, Huda tak rasa harga tiket dia sesuai dengan servis yang ditawarkan...Itu sahaja kelemahannya...


Mari berfikir, destinasi seterusnya dan siapa pula teman saya nanti...Thinking!

Sekali lagi, maafkan kekurangan pada kualiti gambar...Enjoylah apa adanya ya...Boleh komen pedas dan manis..Semua saya telan...Ini adalah entri terakhir edisi khas Melaka...=) Jumpa lagi dalam entri ke Pulau Pangkor pula! Much love untuk mama, ayah yang bersusah payah demi Huda...Juga much thanks untuk Bello sebab susah payah datang dalam hujan tolong repair kete. Sobsobsob


Till then, Wassalam..

Monday 13 February 2012

::: MELAKA. KOTA BERSEJARAH ( Jalan-jalan )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua...
Cuti hampir tamat...Masa untuk fokus pada tugas rasmi...Dan sebelum kesibukan menghantui diri, mari menghabiskan masa dengan semua entri tertunggak supaya tiada penyesalan...Ececeh...Boleh pulak ada penyesalan...Gituu~

So, jangan buang masa...Huda nak kongsikan pengalaman berjalan-jalan Huda kat Melaka...Huda masukkan dalam part Jalan-jalan sebab saja nak asingkan daripada part muzium..Boleh terima alasan tue tak? Hehe...Okey, jom start...

Kat Melaka ada sangat banyak tempat untuk anda singgah...Make sure GPS berfungsi lah...=) Tapi, signboard banyak, takkan sesat punya...Huda memang pernah pergi Melaka before this tapi belum habis jelajah Melaka nih lagi pun...Melaka nih bukanlah seluas Johor, tapi serius, tak sempat bhai nak pergi semua tempat...Sebab, kat satu-satu tempat tue, mesti habiskan hampir 3jam...Kenapa? You should go first and find the answer...Hehe..

Pantai Klebang...Hanya untuk rehat dan mencuci mata sahaja...Tidak dibenarkan mandi ya! Juga, maksiat adalah dilarang...=)

Nampak tenang jer...Oh ya, waktu nih pagi lagi...Around 9 am...Kalau petang, ramai main layang-layang...

Jonker Walk...Boleh dapatkan perkhidmatan beca untuk ke sini kalau malas jalan kaki...It will cost you RM10..Huda suggestkan korang kalau nak beli cenderamata beli kat sini sebab lebih murah berbanding kawasan lain...Tak percaya? Surveylah sendiri...

Jonker Walk nih sangat best sebab banyak pameran barang antik dan pelik-pelik...Lepas tue, bentuk kedai pun masih bercirikan tradisional..Rasa seronok jer nak mencuci dompet...Kehkehkeh....

Aha...Tempat nih tak payah cakap pun semua orang mesti singgah selalu...Bukit St.Paul

Boleh baca sejarahnya di sini...

Perkuburan Belanda..Kan??

Terasa macam kat oversea gituu~

Sekitar kawasan bandaraya Melaka...

Runtuhan A'Famosa...

Berdekatan sini, ada banyak kereta warisan yang boleh korang naik dan berpoya-poya...Tapi masa nih, banyak tempat renovated...

Dikatakan inilah kereta yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama...Boleh search nama PM pertama kita ya...

Kereta bomba...

Menara taming Sari...RM10 per person...Bolehlah tahan best...Tapi, sekejap sangatlah...Macam baru naik dah kena turun...

Pemandangan kota Melaka menerusi Menara Taming Sari...sebelum naik menara nih, korang boleh dapatkan perkhidmatan photographer dan jika suka hasilnya, silalah ambil gambar korang berharga RM55 (gambar berframe + gambar dalam botol kaca)

Boleh jugak feeling-feeling dalam menara sebelum kena sound "Sila duduk di tempat masing-masing"..HAHA

River Cruise..Harga ikut umur...RM10 dewasa...RM5 kanak-kanak...Bolehlah daripada tak ada...

Tengok muka, penat gilekan...Belum tidur sejak jam 7 pagi berjalan...Masa nih pukul 10 lebih tak silap...

Masjid Selat Melaka...Cantiknya sebab berada atas air dan luaran nampak cantik...Dalam biasa sahaja...

Kelebihan masjid nih adalah sejuk, ada tempat kanak-kanak, ada Gintell Rest N Go...Yeayy...

Haruslah bergambar dengan bangunan warisan ini okey...Barulah yakin kita sudah berada di kota Melaka...

Mujur abang beca nak tolong photokan kami...Kalau tak, you ambil gambar I, I ambil gambar you...Aww!

Wall of Portugis...Mari feeling-feeling angin bayu di sini...

MELAKA best...Best...Tapi dodol tak dapat murah...Hahaha...


Hei...Edisi Khas Melaka belum tamat tau...Tunggu tau...And, sorry berry-berry...Kualiti gambar sangatlah tak mengkagumkan...Sebab hanya menggunakan kamera hp sahaja...Gambar pun dikecilkan sebab tuntuan design blog...Huhuhu...Harap maafkan orang yang noob nih...Boleh komen ketidakpuasan hati anda...


Till then, Assalamualaikum...

::: Baucar Buku 1 Malaysia :::

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Salam 1 Malaysia...

Mari mengucapkan syukur atas kurniaan Allah swt yang tidak terhingga buat kita ini...Dengan itu, saya telah menggunakan baucar buku itu dengan membeli-belah dengan jayanya....Apa yang selama ini sayang nak beli dengan duit biasiswa, telah saya beli menggunakan baucar buku ini...


Kebanyakannya untuk adik yang akan mengambil PMR tahun nih...Doakan adik saya ya...


Mesti ramai yang rasa menyampah kan...Hahaha...Terpulang...Yang pasti, rasamu bukan rasaku...


Baucar RM200, Alhamdulillah...Namun berharap, kenaikan harga barang dapat dikawal...Baru beli sedikit barangan, dah cecah RM100...Jadinya??? Semoga siapa juga yang memegang tampuk pemerintahan dapat melihat kesengsaraan rakyat...Syukur, nasib saya dan keluarga agak baik, namun, ada yang tidak bernasib baik...Seperti seorang ayah yang saya temui...Anak masuk universiti, tapi, beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti anaknya..Hanya mampu bergembira dengan kejayaan anaknya...Saya berharap, pak cik tersebut dimurahkan rezeki agar beliau dapat datang ketika konvokesyen anaknya kelak...



Sekian, terima kasih..Till then, bye-bye...

Saturday 11 February 2012

::: MELAKA. KOTA BERSEJARAH ( Kompleks Muzium Stadthuys )

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Hari ini Huda mahu kongsikan himpunan muzium-muzium kat Melaka yang Huda dan Zatie dah pergi...Ermm, ini bukan entri untuk menunjuk-nunjuk atau apa, cuma, apa yang Huda lalui mahu Huda kongsikan di sini...Hudakan bakal guru..HEHEHE...Sila tepuk dahi masing-masing...KEHKEHKEH...Itu hari, masa kat Melaka, cuaca sangat panas lah...Huda macam tak larat sangat nak menapak satu-satu...semua tempat parkingkan berbayar, kalau parking sebarangan kena saman, jadi, Huda buat keputusan park kereta kat tempat murah dan selamat (belakang balai polis) dengan harga RM 1.50 sehari suntuk dan berjalan keliling Melaka...Hebat...Sebab panas, perjalanan agak lemau, jadi masa untuk ronda dalam muzium jadi pendek...Banyak benda tak sempat tengok...Kena tengok sekali imbas dan ambil beberapa keping gambar sahaja..Sedih...patutnya muzium tutup malam lah...Lama sikit dapat tengok-tengok...

Huda pergi kat Kompleks Muzium Stadthuys, harga tiket RM 10 untuk semua muzium sekitar tue...Mahal tak? Bolehlah...Besar dan banyakkan...Antara muzium yang boleh dilawati dengan harga RM 10 tue adalah Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan dan Muzium Yang di-Pertua Negeri...Sebenarnya ada banyak lagi tapi kami tak sempat nak pergi...Dah tutup...Semua muzium nih, kat kawasan Banda Hilir...Alah, bangunan warna merah tue...Best sangat..Banyak informasi yang boleh kita tengok...Walaupun anda bukan dibidang sejarah, for sure, anda akan teruja dan terus meminatinya...So, enjoy it...

Pintu masuk muzium...

Wang. Money. Fulus.

Pakaian tradisional Melaka.

Pejabat Gabenor..If I not mistaken...HEHE

Pejabat gabenor lagi..

Barangan tembikar

Pengantin tahun tradisional...HEHE

Pengantin tahun moden...HAHA...

Peragaan pakaian mengikut bangsa di Melaka...

Songket kot...=)

Pakaian Rasmi..

Muzium yang di-Pertuan Negeri, boleh berehat-rehat...

Pengantin Portugis.

War Is A Crime.

Kalau kita ditempat mereka, macam mana...

DESTRUCTION. 

Kesakitan tubuh badan tak sesakit hati...

Penyeksaan demi penyeksaan...

Kekejaman tanpa perikemanusiaan...

Terasa azabnya menjadi mereka...Al-fatihah...

They could be your children...

Hentikan penderitaan mereka..Tapi, bagaimana???

Semakin banyak Huda baca dan lihat, semakin banyak yang Huda tak tahu...Semakin takut untuk memegang title sebagai guru...Besar cabarannya...Bukan sahaja Huda perlu memberi mereka material, tetapi, kesannya yang paling penting...Jikalau mereka mampu menghafal satu kandungan buku teks sejarah sekalipun, mampukah apa yang dipelajari itu membuka mata dan hati mereka? Atau mereka turut menjadi duri dalam daging? SubhanaAllah..Permudahkan urusanku...


Tunggu episod seterusnya ya...=) Keep reading...