Saturday 27 December 2014

Kursus Kahwin 2014: Masjid Jamek Kota Tinggi

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Lama sungguh tak berkongsi cerita kat sini. Sejak pandai guna Instagram memang malas betul menulis. Rasa macam cerita sikit-sikit kat Instagram dah cukup. Tapi, lama-kelamaan saya sedar, saya banyak tinggalkan apa saja yang saya sukai dulu. Hehehe. Mengejar waktu dengan kesibukan kerja. Tapi, pernah ke kerja habis? Tak!


Hari ni kita borak pasal kursus kahwin ye. Dulu, masa kat universiti pernah galak sangat nak ikut kursus kahwin. Sampai pernah tanya mak ayah, boleh tak nak ikut kursus kahwin tuh, mak ayah kata tak payah. Kau belajar kasi habis dulu. HaHaHa. Padan muka! Masa tuh memang Nurul dah ada orang yang kira berkenan kat hatilah kan. Kawan zaman sekolah. Ceh, iye-iyelah ajak kawan baik jom kita gi kursus kahwin, baru RM80, nanti lambat-lambat dah mahal dah penat, tak ada masa. Gitu, bila nak pujuk kawan kan. Sampailah satu tahap tuh, memang nyaris dah nak pergi, tapi Allah swt kata tak boleh lagi, tak dapat pergi jugak sebab kena ikut kursus kokurikulum kat universiti. Jadinya, melepaslah kursus kahwin RM80.... Sedihkan. HaHaHa.


Lepas tuh, memang tak pernah fikir dan ingat dah pasal kursus kahwin. Sebab rasa macam bukan satu kepentingan dah bagi diri sendiri. Kenapa nak kursus kahwin bila kita tak de calon, kan... Tapi ntah kenapa sejak berkawan dengan seseorang ni, terus teringat balik kursus kahwin. Dan terus daftar. Masa mula-mula beritahu mak ayah nak ikut kursus kahwin, masing-masing terpegun. HeHeHe. Mestilah kan. Apasal budak nih nak kursus kahwin lagi. HaHaHa. Masa tuh, belum kenalkan Q kat mak ayah lagi. Mak mati-mati pujuk tak payahlah pergi nanti buang duit buang masa bukan awak nak kahwin pun. HeHeHe. Tapi tak apalah, Nurul anggap macam kalau tak de jodoh dengan Q pun, anggap nih satu kelas pembelajaran. Sangattt. 


Apa yang ada kat kursus kahwin? Macam-macam ada. Termasuk perempuan gedik lelaki miang semua ada. HaHaHa. Ish, tak baik tak baik bukak aib orang. Terus cerita yang baik-baik aje lah kita. Kursus kahwin nih ada 12 slot. Bab pengurusan keluarga ada, bab munakahat ada, bab kewangan ada, bab cerai-berai, poligami semua adalah. HaHaHa. Janganlah mintak Nurul cerita satu-satu. Kursus kahwin nih 2 hari, 8 pagi hingga 4 petang. Bayaran RM 120. Makan 2 kali. Best tambah ngantuk tapi dapat ilmu. Jadi, Nurul nak kongsi sikit-sikit yang Nurul tahu.


1. Baik ustaz dan ustazah kat sini, semua suruh kahwin cepat. Tak yah sibukkan walimah atau majlis kahwin. Sebab yang utamanya nikah. Ustaz ustazah pesan sekarang nih banyak perkara tak baik, tambahan pula kita akan banyak buang masa dengan perkara negatif dengan orang yang tak halal buat kita. Hmm, Nurul akui benda ni. Kita manusia kadang-kadang tak perasan tak pun perasan tapi buat-buat tak perasan.


2. Jangan bebankan pasangan kita dengan hantaran dan mas kahwin yang merepek meraban. Jangan sesekali sebab beban akhirnya, jatuh kat kita jugak taw. Ini khas untuk wanita lah. Kalau mak ayah kita sibuk nak hantaran tinggi, atau kita beriya nak berlawan dengan adik-beradik atau sedara mara atau kawan-kawan, fikir balik betul-betul. Majlis sehari, utamakan yang utama. Kalau kita mintak pasangan kita sampai berbelas ribu, berdulang-dulang hantaran, cuba fikir, macam mana kita nak hidup puluhan tahun, in shaa Allah dengan dia dalam keadaan dia mesti ungkit pada kita, hantaran awak 20 ribu, awak kena buat itu awak kena buat ini. Hah, takut tak?


3. Orang perempuan jugak diingatkan untuk jangan menunggu pada sesuatu yang tidak pasti. Contohnya, kalau awak berkawan dengan kawan awak selama 10 tahun tapi dia asyiklah mintak tangguh kata duit tak cukup, rumah tak beli, takut tak ada duit, dan dengan tiba-tiba ada orang lain pinang awak. Terima. Ustaz kata, kalau tak terima Bodoh. HeHeHe. Ustaz kata bukan Nurul kata. Kenapa? Sebab itu jalan yang Allah sedia tunjuk untuk kita. Terimalah dan in shaa Allah hidup kita lebih diberkati dengan yang halal dan redha pada kita.


4. Perempuan atau bakal isteri kena ingat. Bila kita kahwin, redha kita pada suami kita melebihi mak ayah kita. Tapi redha suami tu tetap pada ibu dia. Jadi, jangan sesekali kita paksa suami atau bakal suami kita tuh ingkar pada emak dia. Kita sayang dia kan, kita mesti nak dia masuk syurga kan? Jadi, tabah-tabahkan hati bila kita terpaksa mengalah pada keluarga dia. In shaa Allah, kita sayang mak ayah dia, mak ayah dia juga akan sayang kita. Kita hormat mak ayah dia, in shaa Allah dia jaga mak ayah kita.


5. Lelaki yang baik tercipta buat wanita yang baik-baik. Jom sama-sama jadi baik. 


Sekian, Assalamualaikum, semoga hidup lebih diberkati.