Monday 30 July 2012

Self-reflection penting ker self-treatment?

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Today is Saturday. Bulan puasa cikgu cuti Sabtu. So, seronok. Tapi, ada ker istilah cuti bagi seorang guru? Pretty sure semua cikgu sibuk menyediakan bahan pengajaran untuk seminggu kemudian. Sibuk membaca buku dan sesak nafas memikirkan method terbaik untuk memberi ilmu kepada anak didik sekalian. Anak didik saja tak mahu memahami hati dan pengorbanan cikgu. Sob,sob,sob. Sebab sibuk buat bahan bantu mengajar (BBM) cikgu Huda sampai terlupa dah 2minggu tak berpeleseran. Hahaha. Balik sekolah, duduk rumah, menaip, mengarang, melukis, menggunting dan menampal. Ulang laku seminggu. Sabtu Ahad, bangun lambat sebab ganti weekdays tidur jam 1 pagi, bangun jam 5 pagi. (membebel macam Senah Ketupat Palas)

Saya ada habit dari kecil. Bila sebut dari kecil, memang kita akan istilah habit/hobi/kegemaran/perilaku tak bagus. Hahaha. Cuba ubah tapi hanya berjaya bila jatuh miskin. Jatuh miskin maknanya, kita pergi ATM, mesin tue minta maaf sebab permintaan melebihi baki. Miahahaha. Sebut pasal ATM, dah boleh tahukan apa habit tue. Habitnya, kalau duduk sorang-sorang, saya nie mesti akan bukak semua online shopping blog. SEMUA. Ditelek, dan mulalah miang buluh. Senyum sengsorang. Entah kenapa saya tak tersenyum bila tengok KPOP tapi mesti senyum sampai ke telinga bila bukak online shopping punya blog ker Facebook. Lepas tue gatal tangan meng'order'. Bila dah order, malamnya mesti mimpi ngeri. Termimpi-mimpi mama datang marah-marah sebab banyak membazir. Memang suka sangat membeli. Baju-baju dibeli dan kekadang cuma dipakai sekali. Tapi, bila nak keluar berjalan, still merungut, ala, tak ada baju yang sesuai. Walhal, ayah sampai terpaksa repair bilik simpanan baju bila tempat gantungan sampai runtuh akibat kepadatan baju. (yang sebenarnya baju mama yang banyak!) Sampaikan ayah menggeleng-geleng kepala bila rungutan kekurangan baju. Hahaha. Pesanan mama supaya bijak berbelanja, jangan membazir, berbelanja ikut kemampuan, macam tak dapat nak diaplikasikan buat masa sekarang. Aish, kenapa, kenapa, kenapa???? Ini macam, kalau dapat jodoh anak menteri pun, harus gulung tikar. 

Terkadang tue, datang keinsafan. Tak mahu membeli langsung. Pandang pun tak nak. Tapi, bila malam, mulalah rasa nak menangis. Kenapa tak beli? Kenapa pulak tak boleh beli? Uwaaa,uwaaa. Sekarang tak kerja lagi, terpaksa bersekat-sekat semuanya. Kadang-kadang, bukak, tengok, berangan dua tiga saat, tutup dan mulalah berbaring-baringan. Keduniaan sungguh keadaan tue. Tapi, harus berfikir dengan waras. Beli banyak-banyak pun, masa bila nak pakaikan. Terpaksa simpan hasrat yang menggunung tinggi dan terus kata, ah, bukan cantik pun. (dalam hati, guruh berdentum-dentam!). Hari tue lastlah membeli untuk hari raya. Walaupun beraya sendirian berhad, tapi, sesaja membeli. At least tak adalah sedih sangat sendiri. Pakai baju cantik-cantik, duduk depan cermin sambil makan kuih raya. Hahahaha. Gila sangat dah nie. 

Tapi, macam mana pun, kegilaan saya nie tak adalah sampai apa orang pakai, kita nak jugak. Ramai yang macam tue. Walaupun tahu tak sesuai dengan tubuh, nak disarungnya jugak. Berpada-padalah. Nie, bulan Ramadhan, sesuailah sangat siapa yang nak loose weight tue. Bukan sahaja mudah mencari size baju yang sesuai dan lebih kemas, tapi, kesihatan adalah yang terpenting!!! (tetiba pesanan khidmat masyarakat pulak!)

Apapun, beringat-ingatlah. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Stay tuned.

Sebab cikgu pemalas sama macam anak muridnya, cikgu sengaja menggabungkan entri Sabtu dan Ahad. Hari Ahad, ada orang baik hati mahu belanja cikgu makan-makan di luar. Kali ini makan di Johnny's. Yeah yeah yeah. Orang kampung ler katakan. Dulu, tercengang-cengang bangang jerk bila orang lain dok gebang makan kat Johnny's. Sekarang, den masuk sendiri weyh! Tapi, kalau sesiapa tanya, best ker tak, saya akan jawab, best lagi LAGI BEST BBQ & STEAMBOAT kat Johor!!!! Sesuai dengan harga pelajar. Macam Johnny's nie tak berapa lah, selain daripada makanan dicatu~ 

Masuk sini, ambil pakej steamboat. Tambah nasi goreng satu pinggan makan kongsi dua orang. (bajet halus, hahaha). Masakan dia bolehlah boleh masuk tekak. Nasi goreng dia thumbs up! Tapi, boleh pulak Lime Juice dia tue, ibarat ibu limau ditambah ais sahaja! Adoyaii. Boleh membunuh pembuluh darah tau. Layanan memang 100% terbaik dari ladang. Dari awal sampailah ke masa penghantaran bil memang serius terbaik! Kiranya, tak rugi pun makan kat sini. Dessert dia hantar ngam-ngam kita habis membedal main menu kita. So, tak de istilah dessert cair ker apa ker. Bagi sayalah, memang oklah, tapi, TAK BOLEH SELALU! Dan, TAK BOLEH KALAU PAKAI DUIT SENDIRI. Nanti jatuh miskin sebab total adalah RM 69.00. Sedangkan harga makanan tak sampai pun. Yang mahalnya adalah TAX & SERVICE CHARGES. Uwaa uwaaa. (patutlah mat bangla waiter tue asyik tuang air kat aku jer!)

Siapa perasan, saya pakai baju yang sama masa makan kat Lagi Best BBQ & STEAMBOAT. Maknanya, gerobok baju masih kurang pakaian!!! Mama, sila alert dengan kemiskinan anakmu ini. Sekian, terima kasih.

Elianto tengah promotion 50% dan 70%. Dapatlah satu barang. Untunglah saya jenis yang free make-up~



Nota : Bersyukur sebab masih berpeluang berpuasa hari ini dan berbuka yang enak-enak dan bermewah-mewah. Sedangkan ada lagi yang susah dan untuk mendapatkan sesuap nasi juga payah. Allahu akbar. Murahkan rezekiku untuk terus membantu insan lain. Walau sedikit.... Termasuk anak-anak bulus yang kelaparan di luar sana.



Till then, countdown untuk berbuka dengan mama ayah. Rindu sangat dengan orang Johor, termasuk si Chebes.

Saturday 28 July 2012

Hari ke 23, 24 dan 25 : Diterjah dan menerjah!! Gonna miss you.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Minggu nie tidaklah sesibuk minggu lepas, namun begitu, kenapa erk, langsung tak ada hati nak menaip di sini. Mungkin keletihan dengan tugas di bulan Ramadhan ataupun sesuatu kuat mengganggu fikiran. Erm.... Tapi, tentu mama ayah di rumah nak tahu perkembangan diri di rantau orang. Ceh, hehe. Tapi, mama saya memang pembaca setia blog yang ramai orang anggap tak ada value nie. Pandangan kita tentunya tak sama, tak begitu? Mana yang baik, ambil sebagai teladan, mana yang busuk, tegurlah agar tak berulang~

Rabu (25 Julai 2012)
Rabu hari yang tak busy mana pun. Unless saya diberikan relief. Tapi, minggu nie, kebanyakan cikgu dah pun kembali daripada cuti dan MC, makanya, relief kurang. Dan Rabu, saya hanya ada 1 kelas which is 40 minutes sahaja. Yeahhh. Kelas pulak penghujung pagi iaitu jam 10.10 pagi. Ajar BM kelas 4 JKA. Mood pagi tue swing swing sahaja. Tapi, hampa betul bila masuk kelas tue semua dah pengsan. 4 orang sahaja yang masih selamat. Saya cuba jugak kejut mereka. Bangun, bangun dan bangun. Alhamdulillah, bangunlah jugak sikit demi sikit. Saya pun kata, kita akan buat pembetulan untuk Ujian Bulanan Julai lepas. "Sekarang, buka buku Rumusan dan salin apa yang cikgu tulis di whiteboard". Jap lagi boleh pulak ada student kelas lain datang memekak-mekak dekat pintu, ketuk-ketuk pintu seolah-olah saya adalah manusia yang bersifat transparent!!! Saya cakap dengan nada biasa, "Yes, ada apa masalah? Kalau awak rasa nak berjumpa dengan students saya, please, beri salam dan cakap bebaik dengan saya, if tak, you may go". Lepas tue, boleh pulak dia mengekek-ngekek dan menganjing-anjingkan saya dan students saya. Manusia berdarah setengah Jawa nie agak pantang bila ada yang adabnya melepasi tahap pemikiran macam tue. Saya keluar, follow dia dan jerit. "Awak fikir awak tue siapa? Awak ingat, awak biadap macam nie saya suka? Awak ingat cikgu praktikum tak layak dihormati? Kalau awak betul jantan yang berani, meh sini face to face dengan saya! Jangan fikir sekolah nie tak ada peraturan dan jangan fikir saya hanya tahu senyum saja!". After saya menjerit macam cikgu yang hilang akal tue, that guy menikus dekat kelas dia. Bukan saja saya menghamburkan kemarahan pada dia, tapi, kadang-kadang, teguran cara halus tak mampu diterima oleh sesetengah orang yang malas menggunakan akal semacam budak itu~

# sekembalinya saya ke kelas, pelajar 4JKA sedang tekun menyalin penulisan saya di whiteboard. Yang tidur pun terbangun. Apakah? Tak adalah suara-suara manja tanya "buku apa cikgu?" "pen habis dakwat cikgu" "cikgu, nie untuk apa cikgu?". Mungkin dalam fikiran mereka, "GARANG JUGAK CIKGU HUDA NIE, SEBELUM AKU DIMAKI JUGAK, BAIK BUAT SEGERA!" #

Khamis (26 Julai 2012)
Kalau semalam saya berkesempatan tidur di sekolah, ya, lepas sesi amukan raksasa, saya tidur dari jam 11.20 pagi until 3.10 petang di surau guru. Tanpa membuka sedikit pun mata saya sepanjang tempoh tersebut. Uwaaa. Uwaaa. Ratu tidur sudah dikenal pasti. Yeah~

Khamis adalah hari busy sedunia walaupun cuma 3 kelas sahaja termasuk relief. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa saya macam senang lenang di SMVK nie. Erm, pertamanya, ini sekolah vokasional. Kelas ada lebih kurang 20 sahaja. Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Saya hanya ada 10 waktu pengajaran. So, relax sikit. But a bit tired sebab pengajaran lebih teruk dan berhempas pulas berbanding mengajar di sekolah biasa. Or, ada sekolah biasa yang mempunyai students hyperactive macam nie, tak tahulah. 

Minggu nie, saya akan mengajar menggunakan teknik tayangan filem dan pelajar akan keluarkan isi penting. 1 filem memuatkan fakta sejarah untuk 1 bab. Alhamdulillah, teknik pengajaran menerusi filem ini saya istilahkan sebagai berjaya kerana rata-rata mereka boleh menyatakan, menghuraikan serta menghubungkait. Malahan pelajar berhasil menjelas dengan contoh. Setakat nie, saya gembira tapi, saya bimbang juga seandainya ia adalah ingatan jangka pendek sahaja. So, will be study for the next method. Still in learning process and biasalah kalau cikgu praktikum tetiba blurr.

Saya juga masuk ke kelas 4 ABM untuk ganti Cikgu Yushaniza yang sibuk dengan tugas pengedaran komputer riba 1 Malaysia. Tahniah DS NAJIB atas penggunaan wang negara ke jalan yang betul. Eh?? Harapnya, cukai yang dibayar kedua orang tua saya itu, digunakan oleh penerima-penerima laptop tersebut ke jalan yang betul dan diredhai Allah swt. Kadang-kadang benda tujuannya baik terus jadi tak baik. Kelas 4 ABM nie, memang sentiasa ceria, suara sentiasa mantap dan tenaga tak pernah berkurang walaupun masing-masing sibuk kata, "Cikgu, kita puasa!". Kehadiran sentiasa terbaik. Doa saya, kerajinan hadir ke sekolah tue, semoga result mereka juga baik.

Hari berakhir dengan tenang, big thanks to Cikgu Ahmad Jeffery for your kindness. May Allah bless you and your family. 

Jumaat (27 Julai 2012)
Jumaat supposed to be a enjoying's day. (sorry for broken Eng). Miahahaha. Belajar! Kat SMVK nie, kena banyak belajar, malu? Jangan jadi cikgu. Erm, jap eh. Sebelum cerita tentang Jumaat, nak tazkirah sikit mentaliti rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia nie memang baik budi pekerti, ramah-tamah dan suka menolong orang. Buktinya, rakyat Malaysia cukup suka mentertawakan silap dan kesalahan orang lain. Kalau orang tue cakap Eng, tapi broken, kaw kaw diketawakannya. Siap cakap lagi, "Der, lu baik cakap Melayu jer lah, daripada cakap Eng tapi salah Grammar dah jadi lain maksud!!!" Ehem,ehem. Meh, saya perbetulkan. Kalau awak tahu Grammar dia salah, why not, awak pergi kat dia dan cakap, "Salah tue, sepatutnya begini, begitu. Keep it up kawan!". Orang Melayu memang kena perjuangkan bahasa Melayu, tapi, orang Melayu kena banyak belajar tentang hal lain juga termasuk bahasa Eng. Bukan bererti kita belajar bercakap bahasa Eng, kita akan hilang jati diri dan adat resam kita! Saya tengok orang yang all the time cakap bahasa Melayu pun, masih kurang ajar dan kurang adabnya. Macam mana tue?? Jangan sempitkan pemikiran kita wahai anak bangsaku. Kita bangsa yang pernah unggul suatu ketika dulu kerana keintelektualan kita, nah, bangun dan kembali martabatkan MELAYU itu. Jangan asyik menjatuhkan dan mencari silap orang lain!!!

Ok, sambung cerita Jumaat. Dalam jadual mengajar, Jumaat free. Langsung tak ada kelas. Khamis dah check, tak ada sekeping relief pun. Tapi, sedang enak membuai perasaan dalam bilik guru dengan memikirkan buka nanti nak makan apa erk? (walaupun jam baru pukul 8 pagi!!!) dikejutkan dengan kehadiran Adib, pengawas Ting 5, membawa pesanan Kak Ifah supaya saya relief kelas Kak Ifah sebab Kak Ifah sangat sibuk. Ya, guru pembimbing aka kakak saya tue, memang supergirl. Thats why kak Ifah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Kerja dia, ya Allah, smooth, smart. Patut dicontohi. Sepanjang saya di SMVK nie, kak Ifah akan sampai sekolah sebelum jam 7 pagi. Everyday. Mana kau nak cari cikgu yang 16 tahun mengajar, belum pernah culas dengan tanggungjawab dia??? Kau yang jadi cikgu praktikum pun, pergi tidur dalam surau sekolah bila masa terluang!! (merujuk kepada diri sendiri!). Sampai ke waktu baliknya saya diminta relief. Termasuk kelas kak Sham, 4 KFL. 4 KFL nie pun saya suka. Bila nakal sikit, saya sound jer, terus, maafkan kami cikgu. Except budak-budak yang dah tertulis perkataan HANTU kat dahi dia. Yang tue memang tak dapat nak diperbaiki lagi melainkan jahit mulut dia, buang kaki dia. Baru senyap, agaknyalah. Hahahahaha.

# Sedang khusyuk menulis RPH minggu hadapan, datang pelajar menegur saya. Cikgu Huda, nah! Erm, apa tue? (sambil tangan menyambut huluran kertas daripada pelajar) Eh, masa bila nie? Wah, sukanya. (muka ceria dan eksaited). Rupanya ada juga yang sudi memfotokan saya sewaktu sibuk mengajar, berjalan-jalan dan bererobik di sekolah. Malahan dengan baik hatinya mencucikan filem tersebut untuk tatapan saya. Yeah yeah. Terima kasih anak! #


Nota : Maaflah blog tanpa bahan ilmiah, hanya coretan rasa supaya mama ayah di rumah tahu anaknya di sini baik-baik sahaja. Makin gemuk, tapi masih dalam kategori comel. (Lempang dari tempat duduk masing-masing)

Till then.

Wednesday 25 July 2012

Hari ke-22 : ENNYAU, saya suka awak!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Selasa (24 Julai 2012)
Hari nie 4 Ramadhan, terbangun lewat untuk bersahur. Uhuk uhuk uhuk. Mujurlah cuma ada dua kelas sahaja. Kalau tak, apalah nasibnya nanti. Kurang sedikit tenaganya untuk menghambur kata. Kikiki. Sungguhpun rumah sekangkang kera dengan sekolah, namun, target punch card adalah tak lewat daripada 7.15 pagi sebab macam tak cantik kalau punch card lambat. Jadi, lincah bersiap untuk ke sekolah. Keluar jer pintu, ternampak budak comel banget nie tengah panjat pagar nak buat aksi kura-kura. Ewah, kucing multiple agaknya dia fikir diri dia. Dah jadi kucing, nak berangan jadi kura-kura. Sempat jugak snap-snap gambar si comel yang dipanggil "ENNYAU" nie. ENNYAU nie baik tau, dia hanya bergerak, bermain dalam rumah tuan dia saja. Tak merayap pun. Hehhehehe, kakak suka kamu tau. =)


Pagi-pagi lagi dah bertemu dengan guru pembimbing yang disayangi iaitu Kak Ifah, Semoga Allah merahmatimu kakak. Ditegur, diajar, diterangkan, dinasihati dan diberi begitu banyak nasihat dan curahan pengalaman serta tunjuk ajar yang perlu dalam proses dan perjalanan menjadi seorang guru. Kak Ifah sempat berpesan, jangan pernah rasa sedih atau risau seandainya kita tidak diberikan A untuk markah praktikum ini kerana itu hanyalah ukuran mata kasar seorang manusia. Yang penting adalah berapa banyak usaha yang telah kita lakukan, berapa banyak pengalaman yang telah kita kutip dan berapa banyak pelajaran yang telah kita belajar. Kita bukan buat semua ini kerana markah, tapi kita buat semua nie kerana kita memilih jalan ini. Usah merungut, usah rasa sedih dan usah gusar. Hadapi semuanya dengan tenang, hadapi semuanya dengan senyuman. Insha-Allah, Allah swt permudahkan urusan kita, Allah swt mudahkan niat kita. 

# Mana-mana sekolah pun, kita akan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar. Jangan pernah menyesali takdir yang tertulis untuk kita. Allah swt menguji kita kerana kemampuan kita menghadapi ujianNya. #

Hari nie jugak masuk kelas 4 ABM. Ohoho, walaupun mulut mereka pot pet pot pet macam orang tak puasa, tapi, semuanya baik dan rajin belaka. Semua hantar latihan yang disediakan untuk mereka. Kalau rajin merujuk buku teks dan membuat latihan, insha Allah, mari kita doakan mereka semua berjaya, lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan dan berkehidupan yang baik dan lebih baik. Sayang korang. Hiks.

Petang semalam membeli barangan dapur. Jugak memasak sup sayur untuk di makan bersama ikan masin. Yuhuu. Sedapnya. Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat berbakti kepada bangsa.

Till then, ZZZZZZZZ.

Tuesday 24 July 2012

Hari ke-21 : Ini Ramadhan yang penuh erti!!! Pertama kali dalam hidupku~

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Isnin (23 Julai 2012)
Setiap orang ada pengalaman tersendiri. Begitu juga saya. Ini adalah Ramadhan penuh erti walaupun penghujungnya nanti akan ada titisan air mata selaju air gunung. Ewah, bersastera di Ramadhan ketiga~ Ramadhan kali ini dengan status seorang guru. Apabila berstatus guru, tak perlulah nak anggap, Ah, guru pelatih saja. Ah, guru praktikum saja. Bukannya semua guru itu sentiasa ada amanah dan tanggungjawabnya? Sibuknya tak mengira guru tetap atau guru pelatih? Tak gitu???

Walaupun kurang tidur (Yeke?) sebab baru tiba daripada Johor yang tercinta, tapi, semangat hadir ke sekolah untuk mentamadunkan manusia sentiasa berkobar. Lega dan riangnya hati bila tengok pelajar-pelajar masih bersemangat walaupun tekak masing-masing haus dan perut berkeroncong. Oh, kelegaan ini waktu jam 7 pagi. Habis perhimpunan mingguan, masuk kelas 4 PPN. Hati sedikit resah dan sayu. Mana anak bangsaku???? Hanya beberapa kerat pelajar sahaja yang dilihat. Wajah yang sama yang dilihat setiap minggu. Irfan, Umarul, Rosdie, Sulhi, Hasnornadhirah, Nabiela Syuhaida, Sariela, Zubaidah dan beberapa nama yang masih kabur di ingatan. Maafkan cikgu. Nama-nama yang disebut ini yang acapkali saya lihat dalam 4 PPN. Dan nama ini jugaklah yang akan memberi perhatian dalam pengajaran saya. Menyiapkan tugasan saya. Yang lain mana? Dimana letaknya tanggungjawab seorang pelajar itu? Erm, macam nie rupanya kecewanya seorang guru kalau anak muridnya acap kali ponteng sekolah. Bab 7 habis diajar hari ini untuk 4 PPN. Pelajar yang tak hadir hampir 10 orang. Bagaimana mereka nak ujian bulan 8 nanti? Belajarkah mereka di rumah? Walaupun malas, datanglah sekolah. Tak banyak, sedikit yang guru hamburkan, ada jugak melekat di minda masing-masing. Belajar bukan lama mana pun. Cikgu pun tahu penatkan, jadi hargailah masa belajar yang hilangnya nanti pasti tercari-cari. Tak percaya? Tanya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran, apa kata mereka??? Jangan tepuk dada, nanti tersedak-sedak. =)

Lepas rehat, masuk pula 4 JKA. Hari nie mereka diserang, dimarah, nyaris dimaki oleh guru kelas mereka. Kenapa cikgu kelas sanggup bertindak begitu? Nampak macam cikgu-cikgu tak cukup sabar. Dalam kes begini, jangan asyik nak salahkan cikgu sahaja. Ingatlah bahawa cikgu juga manusia. Macam situasi saya, mungkin saya baharu lagi. Masih ada kesabaran lagi untuk menyimpan semua kemarahan dan kesedihan daripada terhambur kepada pelajar. Tapi, saya memahami perasaan guru tersebut. Kalau pelajar terlalu malas, ujian pun tak nak buat, apa lagi yang cikgu nak cakap? Nak biarkan? Ini amanah. Jatuh bangun, menjadi atau tidak seorang pelajar tue, cikgu juga penentunya. Seorang guru yang mementingkan kualiti dan tanggungjawab, tentulah tak boleh nak biarkan pelajar-pelajar buat tak endah arahan. Tentulah kemarahan terluah juga walaupun niat di hati bukan nak menghamburkan caci maki. Guru kelas tersebut bukanlah orang yang kasar. Mengenalinya sebulan nie, saya tahu dia komited dengan kerja. Kalau sampai dia terhambur kesat, tentunya kerana pelajar-pelajar terlalu berlebih laku. Saya masuk kelas tersebut, pelajar-pelajar tidur. Ada yang ketawa menganjing cikgu tadi. Saya terus panggil nama yang tak jawab exam bahasa Melayu dan paksa mereka jawab. Mereka mendengus. Saya katakan, ilmu tak berkat kerana tidak ada redha cikgu! Saya tunggu kamu siapkan exam hari nie dan masa nie jugak sebab hari nie saya nak key in markah ujian. Dan, untuk pelajar lain, saya mengajar mereka karangan. Aduh, mengajar di bulan puasa, bukan mudah. Memang mereka senyap kerana tengah hari begitu, tekak masing-masing kering, tapi sikap angkuh dan sombong tetap ada. Masing-masing berkeras tak mahu buat arahan guru. Bagaikan saya mengajar hantu dan toyol! Akhirnya, saya katakan kepada mereka, kebencian mereka pada saya tidak saya pedulikan asalkan amanah saya jalankan. Kalau mereka tak mahu belajar, sudah, pergi balik rumah. Jangan terus-terus menyakitkan hati guru yang beriya-iya mahu mereka cemerlang. Bila air muka saya berubah ke awan mendung, barulah, seorang demi seorang terhegeh-hegeh datang bertanya, macam mana nak buat karangan cikgu? Ajarlah. Hah, tahu pun cikgu berkecil hati. Allah, kuatkan hati, kuatkan semangat dan letakkan pelajar-pelajarku dalam kalangan hamba yang Engkau redhai dan berilah mereka petunjukMu. Jangan Engkau sesatkan mereka dan jangan Engkau ketepikan mereka daripada pandanganMu.



Nota : Saya bukan mahu jadi cikgu yang popular kerana mesra pelajar, tapi, saya mahu saya diingati dan semangat saya menjadi semangat pelajar saya. Mama kata, cikgu yang rajin akan buat pelajarnya rajin. Tapi, kalau cikgu ke sekolah, selenge, selebet, lemau, memang pelajar lemau tahap berjalan pun terhegeh-hegeh. Jadi, biarpun Ramadhan mengujiku, maka semangat mengajar tak boleh luntur. Kalau nabi Muhammad saw dan umat Islam dahulu boleh berperang dan membina parit ketika peperangan, mengapa kita mahu mengeluh hanya kerana naik tangga tingkat 4 dan menggunakan suara yang tidak seberapa??? Ayuh, muhasabah diri, motovasi diri, pelajar perlukan kita~


Till then, menghitung hari.

Saturday 21 July 2012

Hari ke-17, 18, 19 dan 20 : Bila cikgu Huda mengamuk!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Selasa (17 Julai 2012)
Hari nie cuma ada satu kelas sahaja dan sangat bersyukur. Tapi, hari nie adalah Ujian Bulanan II (Julai) dan subjeknya adalah SEJARAH. Pergh..... Sekali tue, habis exam,kak Ifah bagi kertas 4 BB 1. Kak Ifah kata, Huda, you belajar tanda kertas. Kakak mahu kamu tengok skema jawapan dan belajar macam mana nak menanda dan macam mana nak bagi markah kat students. Wink,wink,wink. I loike~

Sebab kelas jam 12.30 tengah hari, tak menangguh lagi terus menanda kertas 4 BB 1. Memang rasa nak cubit satu-satulah kalau mereka ada depan mata. Erm, Huda start mengajar 4 BB 1 nie bab 7, tapi ujian kali nie masuk bab 5 dan 6. Memanglah bukan Huda yang ajar, tapi, mustahillah benda senang pun tak jawab. Ya, tak jawab. Bukan salah, tapi MALAS nak jawab. Geram sampai ke malam!

Masuk pulak kelas terhebat di abad ini, 4 ABM. Mereka nie bukan jahat, tapi, nakal, macam budak tak cukup umur memasing. Bila kita marah, buat muka tertelan belacan. Tapi, tau terasa hati pulak. memang macam-macam!

Sehingga ke petang hari, Huda diberi tanggungjawab untuk menanda kesemua kelas yang Huda ajar termasuk bahasa Melayu. Yoyoyo. Tetiba pening kepala sebab macam keletihan. Tapi, itulah yang manis~

Rabu (18 Julai 2012)
Hari nie macam biasa teruskan ujian bulanan dan teruskan relief. Kelakar pulak tengok gelagat budak-budak jawab exam. Erm, masuk kelas 4 JKA, mereka tergelak-gelak mengusik cikgu Huda nie. Kali nie cikgu Huda digosipkan pulak dengan Ustaz Salah. Ntah apa salahnya tak tahulah. Hahahaha. Budak-budak, manalah tahu apa. Tahu menyakat, siap cakap lagi, jodoh cikgu di tangan kami. Kata mereka, "teacher, Ust Salah ada kereta, rumah banglo 3 tingkat yang teacher nak akan diusahakan.". Hahahaha. Ketawa saja cikgu Hudanya. Sekali saya bukak rekod kehadiran guru dan pelajar, memang Ust Salah ada masuk kelas tue sebelum saya, aish, apalah agaknya budak-budak nie gorengkan Ust Salah pasal saya. Memang nak kena cubit sesekor nie.

# Ust Salah tak ada kena mengena pun dengan saya. Never. Sekian.

Kelab bilik guru buat Potluck (jamuan makan-makan). Ianya majlis yang sangat seronok. Sangat seronoklah. Heheheh. Siapa tak seronok kalau makanan depan mata? Auwmmm.


Khamis (19 Julai 2012)
Masuk kelas 4 JKA macam biasa. Tapi sebab tersalah faham mengenai jadual ujian, saya tak buat RPH sebab ingat masih ujian. Rupanya tak. Automatik terus ambil latihan Tatabahasa sedia ada yang memang saya prepared awal-awal kalau ada kes emergency yang saya tak boleh masuk kelas atau apa sahaja, pelajar dah ada latihan untuk diselesaikan. Budak 4 JKA, alhamdulillah, semua mendengar kata. Seronok. 

Tengahari pulak, saya kena handle penggambaran untuk majalah sekolah. Alhamdulillah, untuk Tingkatan 4 semuanya settle. Dan, happy sungguh bila Kak Wan bagi kepercayaan untuk saya mengendalikannya dan sekaligus berjaya memasukkan diri dalam sekeping gambar kelas. Untuk pelajar 4 JKA. Tapi, tak tahulahkan. Kalau last minit guru kelas sebenar nak gambar dia jugak. Terpulanglah. Dia lebih berhak kan. Tiada apa yang harus disesali. =)

Petang pulak, seperti yang dijadualkan dan dijanjikan, saya diobserved oleh guru pembimbing saya. Alhamdulillah, kelas berjalan dengan baik. Pelajar-pelajar tak perlu disuruh berlakon kerana mereka bertindak biasa, saya pun senang hati. Sebab kalau kelas yang ceria, riuh-rendah tiba-tiba sunyi sepi, nanti saya pula kekokkan. Alhamdulillah, Allah swt permudahkan urusan saya ketika saya diobserved guru pembimbing. Keputusan sebenar saya tak tahu, tapi, kak Ifah buat thumbs up. Hoye!

Hari berakhir dengan kepenatan yang teramat sangat sampai saya tak sedar ada 38 miss call dan 10 mesej~


Jumaat (20 Julai 2012)
Hari yang paling horror sepanjang sebulan menjadi guru pelatih. Cikgu Huda buat penggambaran KL Drift sepanjang jalan dari Indera Mahkota ke SMVK. Sebabnya, dah terlambat!!!! Akhirnya, sampai sekolah, dan punch card pukul 7.35 pagi!!!! Ko buat sekolah macam sekolah kau kan!!! Hahaha. Pertama kali dalam sejarah. Itulah penangan bangun jam 6pagi. Kelam-kabut. Yang bestnya, parking kereta terbaik punya, sekali bukak pintu kereta, PENGETUA ada kat sebelah. Boleh bayangkan tak ketaq lutut cikgu Huda macam mana masa tue????? Masuk bilik guru, kak Hafzan pesan, Huda, pergi jumpa GPK 1, beritahu dia, Huda datang lambat. Sekurang-kurangnya dia dah tahu sebab Huda lambat. Jangan masa spot check nanti baru mengaku. Memang kena bebellah. Jadi, pergi mengaku dengan GPK 1. Alhamdulillah, GPK 1, yang membahasakan dirinya Kak Jah, kata, okey, tapi, janji jangan bangun dan datang lambat lagi. Teehee. MALU!!!!

Pagi sebelum ke sekolah tue, Kak Ifah dah pesan, Huda, you ganti kakak ajar kelas 4 BB 1 untuk hari nie. Sambung pengajaran semalam dan pastikan pelajar buat latihan. Yeyyeyeye. Saya suka mengajar. Walaupun saya penat dan ketiduran. Kikikiki. Pagi tue mengajar kelas 4 BB 1 dan penat melayan kerenah mereka yang tak abis-abis salah faham pasal cikgu Jeffery. Weyh budak-budak, sila belajarlah, bukan mencari jodoh tok cikgu hang!!!

Abis rehat, tak ada apa yang seronok melainkan kena mendengar ceramah sempena awal Ramadhan pada hari Sabtu tue. Ada ceramah untuk cikgu, untuk pelajar lelaki dan untuk pelajar perempuan. Malangnya, dewan panas berdentum sampai cikgu Huda sendiri berkipas-kipas. Bila tengok budak ketiduran masa ceramah, teringatlah zaman muda kita dulu yang tidur masa ceramah. Ingat tak Zatie?? Hehehe. Tapi, budak-budak nie lagi teruk, siap boleh mengerekot macam udang!! Hahahah. Yelah, tengahari, waktu sedap berbulan madu dengan katil. Kuikuikui.

Kelas berakhir, balik rumah masak sebab lapar teramat sangat walaupun sudah dijamu dengan bubur lambuk. Tapi makan sikit sebab diet. Dalam hati dah tak sabar nak balik rumah, berkemas dan bersiap untuk balik Johor bersahur dan berpuasa bersama keluarga!! Yeayae. Tapi sebelum tue, pergi hantar barang-barang ke rumah baru yang lagi dekat dengan sekolah. Yeayeas. Alhamdulillah.

Hari berakhir dengan menaiki bas Transnasional ke Kota Tinggi dan dijemput oleh mama ayah dengan senyuman. Oh, i miss Mama Ayah so badly and anak-anak bulus yang comels sesangat!!!!


Nota : Kadang-kadang kita tak diberikan peluang seperti insan lain, tapi, kadang-kadang, kita yang sengaja mencipta alasan terhadap sesuatu peluang itu. Apa pun, SELAMAT BERPUASA, SELAMAT BERAMAL IBADAH, JAUHI PERKARA MUNGKAR dan KEJI dan PERBANYAKKAN PERKARA BAIK seolah-olah ini RAMADHAN TERAKHIR bagi kita~ Hargai kedua IBU BAPA kita selagi mereka masih ada kerana apabila mereka sudah tiada, bersendirilah kita di dunia ini~

JUTAAN TERIMA KASIH ATAS LAKSA PINING YANG SANGAT SEDAP BUATAN IBU IZZATI. LAIN KALI MAHU LAGI. Seronoknya hidup ini sebab Allah swt kurniakan saya SAHABAT yang sentiasa ada waktu susah dan senang. Jauh macam mana pun kami, kami sentiasa ada dalam hati masing-masing. Selain family dan anak bulus, IZZATI adalah orang yang sentiasa dirindui di Johor~

Till then, berat hati nak meninggalkan home sweet home~

Monday 16 July 2012

Hari ke-16 : Cikgu punya pasallah!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

16 Julai 2012 (Birthday Bello)
Minggu keempat bergelar guru pelatih. Minggu nie Ujian Bulanan 2. Macam biasa, pagi Isnin Perhimpunan Mingguan. Cikgu Wan Maimunah, kakak saya sebagai guru bertugas. Teehee. Perhimpunan nie yang seronoknya macam-macam gelagat pelajar boleh kita tengok. Ada yang tidur sambil berdiri. Ada yang sempat bertepuk-tepuk punggung lagi. Tapi, yang menariknya minggu nie, akibat terlampau eksaited, pengawas bertugas boleh pulak tersalah menaikkan bendera. Nyanyian lagu negeri Pahang, tapi, bendera SMVK pun naik sama. Macam-macam, itulah, pengawas pun manusia jugak. Kan3.

Lepas tue masuk kelas 4 PPN untuk jaga pelajar ujian Bahasa Melayu. So far kelas tue, okey-okey sajelah. Alhamdulillah, tahu format menjawab. Tapi, ada sesetengahnya yang langsung tak masuk format!! Saya tertanya-tanya jugak. Kenapalah boleh jadi begitu. Sepanjang saya mengajar (SEJARAH) pelajar tersebut ada dalam kelas dan sentiasa menumpukan perhatian. Kenapa pula Bahasa Melayu yang mudah tak boleh buatkan. Saya balik bilik guru dan check buku markah. Erm, banyak G. Tak hadir peperiksaan. Saya fikir, kena kerja keras lagi nie untuk students yang macam nie. Bukan dibebel atau disisihkan, tapi, kena kaunseling jer. Sebab dia bukan bermasalah dari segi attitude, tapi, mungkin seru belajar tak sampai lagi.

Habis rehat, masuk kelas 4 JKA. Mereka ujian Bahasa Inggeris. Serius, kelakar. Mereka minta saya terjemahkan then mereka akan jawab. Katanya tak fasih. Saya pun bantulah mereka menterjemah. Hambek seketul. Selama nie pandang enteng saja Bahasa Inggeris. Sekarang, bukan sahaja kena brain wash students, tapi, brain wash diri sendiri jugak. Yelah, cikgu pun banyak kelemahan, kadang-kadang, pengalaman macam nie lah yang menyedarkan dan mendewasakan kita. Kan3? Kalau students boleh belajar 5-6 subjek sehari, kenapa tidak cikgu??? AYUHH..... Yang kelakarnya lagi, setiap kali saya mengajar, saya akan ulang-ulang sebut setiap satu perkara tue. DAN... Tadi, pelajar JKA buat soalan rumusan sahaja!!! Alasan mereka, itu jer yang mereka tahu sebab itu sahaja yang saya ajar!!! Erm, saya baru ambil alih kelas tue, memanglah hanya sempat ajar beberapa topik, tapi, sebelum niekan mereka dah belajar dengan cikgu lama. Adesss... Nak kata geram tue taklah, tapi, rasa nak suruh sorang-sorang lari keliling padang tue memang!!! So, lepas nie, nak gegarkan otak memasing baca novel! Ya, novel Renyah. (tapi, pelajar tak ada buku teks, macam mana?)

Now, tak ada kerja dan menaip blog kesayangan. Hehehe. Cikgu-cikgu lain sibuk dengan kursus pengaplikasian berkomputer. Kami tak bolehlah menyibuk sebab itu untuk pengisian data peribadi. Jadi, bolehlah berehat-rehat. Kikikiki. 


Nota : Tak faham dengan sikap sesetengah manusia yang suka sangat mengkritik hasil kerja orang lain sedangkan diri sendiri tak berjaya buat apa-apa pun. Lepas tue, suka sangat men'down'kan kebolehan orang lain atau keistimewaan orang lain. Cuba untuk buat orang lain kecewa. Sedangkan hakikatnya kita tahu ebnda yang dikatanya itu, SAMA SEKALI TAK PERNAH DIUNGKAPKAN OLEH YANG DITUDUH. Aish.... Kesian. Mungkin si polan masih tak mengerti bahawa dalam hidup nie kekadang orang suka kita dan kekadang tidak, maka, redha dan berdoa semoga dipermudahkan sajalah. Jangan suka meletak pasir dalam periuk nasi orang lain. Ingatlah, Allah swt sediakan rezeki setiap hambaNya, dengan syarat, USAHA+DOA+TAWAKAL. 


Till then, counting days for my hometown and Chebes........

Saturday 14 July 2012

Hari ke-14 & 15 : Macam-macam berlaku sampailah ke PIZZA HUT dengan ARIF WAHID dan SHERIL CANTIK

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Khamis (12 Julai 2012)
Jumaat (13 Julai 2012)
Iya, semakin culas dalam menaip blog kesayangan ini. Blog ini semacam diari yang sengaja dikongsi bersama kalian yang setiasa membacanya. at least, sesiapa yang ada masa terluang, bolehlah membaca corat-coret kehidupan saya. Walaupun tiada kena mengena dengan kalian, mungkin satu dua hal, kita boleh berkongsi. Tak gitu? Saya sibuk sampai tak ada masa nak berlari menaip, sebab tue gabungkan saja hari Khamis dan Jumaat punya cerita.


Khamis, jadual cukup pack sebab macam biasa kelas, dan ditambah pula dengan kelas ganti (relief). Erm, Alhamdulillah, kelas yang harus diganti tue kelas yang memang saya ajar. So, tak lah malu-malu kucing kan. Erm, even saya dah mengajar 3 minggu, saya masih lagi malu. Sebab, saya belum dapat status guru sebenarkan, perasaan malu+takut+berdebar-debar tue sentiasa ada. Bila berselisih dengan pelajar, mesti saya tunduk or pandang tempat lain. Hihihihi. Tak berani lagilah sebab persekitaran penuh lelaki, beza sangat masa belajar dan dekat U. Yang kita nampak adalah majoriti perempuan. Kikiki. Alhamdulillah, minggu ke-3 masuk kelas 4 JKA, pelajar-pelajar semakin baik. Bukan sebelum nie tak baik, tapi, Allah swt sahaja tau kegembiraan saya setiap kali nak ajar kelas nie. Mereka sangat menenangkan hati. Nie adalah satu-satunya kelas, bila saya mengajar, tak berbual pun. Semua lelaki, tapi, sangat menghormati gurulah, bagi saya. Kemudian, muka masing-masing memang bersungguh-sungguh betul untuk belajar. Tak faham tanya. Seronoknya. =) Kelas lain bukan tak bagus, cuma hyperactive sangat. Dicepuk pun tak insaf. Contoh, kelas 4 ABM. Tapi, kelas 4 ABM tue, budaknya tak jahat pun. Lelaki, nakal tue biasalah. Kalau saya tegur, masih mendengar kata. Cumanya, kena dengan caranyalah. Kelas 4 BB 1, ada pelajar perempuan. Erm, seronok mengajar kelas nie sebab pelajarnya jenis faham ditegur. Cuma, ada seorang dua penjenayah yang tak boleh dikata. Haha. Tapi, nakal-nakal masa cikgu mengajar pun, latihan mesti buat. Bila kena ugut tak siap tak boleh balik, lincah tangan memasing menyelak buku teks.


Tapi, ada cerita tak best semalam. Budak-budak sambut birthday, tapi, saya kena tegur dengan cikgu disiplin sebab melayan kehendak pelajar. Tapi, bila budak-budak nak berceria sikit, macam kesian pulak kita nak halang. Yang penting bagi saya, mereka tak melakukan vandalisme. Ntahlah, mungkin, saya muda lagi, baru lagi kat sini. Jadi saya agak terbuka. Apa pun, teguran dan kemarahan cikgu tue, saya terima sebagai peringatan diri saya. Dalam mentamadunkan pelajar, guru pun kena bertamadun gak kan. 


Dan, seronoknya semalam, kawan sekolah datang ke Kuantan dan dapat berjumpa walaupun sekejap cuma. Thanks Arif Wahid yang gojes. Jugak buat temannya, Sheril cantik. Memang cantik banget. Teehee. Thanks kat Arif untuk pizza pepparoni dan chicken supreme tue. Sampai terbeliak biji mata nak menelan. Hehehehe. Next time datang lagi tau tau tau. Syok sangat gelak-gelak dgn student UNITEN yang memang happening gila bila keluar dari Muadzam. Kikikiki.





Nota: Semalam pergi timbang berat badan, ada ker bagusnya penimbang tue tulis berat badan Huda cuma 13.5 kg. Hapa??? Ingat Huda ni baby apa berat segitu. Erm, kalau cuma 13.5, hai, senangnya dalam hati. Memang hari-hari aku masuk Secret Receipi~


Till then, I miss mama, ayah dan anak-anak bulus. Cepatlah masa balik tiba...........

Thursday 12 July 2012

Chebes, kakak rindu kamu!!!!

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Waktu balik dari Tanjong Malim dulu kami singgah kedai makan kat simpang Pasak, Kota Tinggi. Beli makanan dan tapau. Masa tue lah jumpa anak bulus comel loteh nie. Mama tanya boleh tak nak bawak dia balik. Saya okey saja. Sebab kesian kat dia mintak makan sana sini. Sampai sekarang, kami bela dia. Comel, pembersih, tak nakal pun. Tapi, manja tue memang. Selalu kena buli dengan kucing rumah lain. Kesian. Tapi, nak buat macam mana, kalaulah kucing berakal, mesti dia tak pukul kucing lain. Eh, manusia yang ada akal pun saling memusuhi insan lain. Apatah lagi binatangkan?


CHEBES. Kesayangan ayah!
Manjanya, makan pun kena ayah teman.


Chebes ada habit dan kesukaan mengangkut dan menyepah barang ke sana ke mari. Kemahiran mengigit barang-barang Amie dan mengumpulkannya di satu tempat rahsia sehingga Amie tension~ Haha. Go Chebes go. Jugak berkebolehan mencopet ayam di pinggan Amie dan dibawa lari. Kikiki.
Nota :  Mama kata perut Chebes dah sampai lantai sekarang. Macam mana nie Chebes? Kenapa obesiti? Minum Herbalife eh sayang. Kikikiki.

8 jam bersama Siti Nurhaliza di Pahang

Assalamualaikum wbt...
Salam sejahtera...

Entri lapuk, publish jugaklah. Daripada terperam jadi jeruk....
Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan berduka lara, masih sempat lagi berseronok-seronok di malam hari. Suka hatilah kan~ Partner in the crime tak lain tak bukan tentunya Asni Seman. Siapa lagi mau jalan sama saya nie. Izzati jauh di oversea. Kekekeke. Tapi, raya nie, akan beraya bersama. Hihiks, tak gitu Izzati?

Sebenarnya, tak plan pun nak menonton filem 8 jam semalam, sebabnya, Ahad tue ada bengkel Bahasa melayu SPM 2012. Takut mengantuk pulaks. Tapi, disebabkan kami nak tengok SUKMA XV secara live kat Stadium Darul Makmur, makanya, plan lelaju, bersiap lelaju, kita nonton dulu di EC Mall, Kuantan tentunya. Dapat tiket pukul 6 petang. Ngam-ngamlah tue kan, 8.30 malam, SUKMA XV start. So, tak adalah melanguk lama sangat kat bandar tue. Masa nak beli tiket tue, terperanjat eden. Bertembung dengan si Yati dengan si Kili. Nak dijadikan cerita lagi best, dalam wayang tue, boleh pulak tiket kami bersebelahan. Allah dah aturkan, begitulah. Hihihihi. 

Filem 8jam nie, bestlah jugak. Ada motif, ada jalan cerita dan adalah pengajarannya. Cumanya, sebab dia adalah filem aksi Malaysia, makanya, faham-faham sajalah. Tapi, ada juga part yang memang terperanjat den. Masa Shaheizy Sam tetak jari along tue (tak ingat nama pelakon). Kalau adegan bertumbuk tue, biasalah, orang Malaysia bertumbuk, nak macam mana lagikan. SS nie kiranya dia macam ada sakit mental agaknya dalam cerita nie. Sebab, mudah marah, sikit-sikit mengamuk. Sebab tuelah, pengalaman masa kecil dia. Erm, ada dalam cerita tue, dia kata, nak salahkan siapa bila keadaan persekitaran membentuk dia jadi sebegitu. Buat saya terfikir jugak. Tak ramai dalam dunia nie yang lahir dalam persekitaran yang menyelesakan, tapi, biar macam mana pun dugaannya, tabah dan berusahalah ke arah yang lebih baik~ Cerita tamat dengan kematian SS di tali gantung apabila membunuh cinta hatinya, Yana Samsudin yang diketahui telah bertunang dengan lelaki lain. Erm, boleh jadi cinta itu sesuatu yang menggembirakan dan mendamaikan, dan boleh jadi juga cinta itu penyebab kebencian dan kemusnahan. Maka, apabila kamu terasa jatuh cinta, dekatkan diri kami dengan Allah, semoga kamu dikurniakan hati yang berbahagia.


Lepas wayang, terus bergegas cari musollah, solat Maghrib dulu then cepat-cepat pergi stadium. Sebelum masuk stadium tue, memang lincah kaduk beli makanan, perut tak diisi daripada tengahari kot. Mahu tak masuk angin. Masuk stadium sesak yang amat. Nak menangis rasanya. Nie kes Dato Siti datanglah nie. Erm, malas nak review pasal SUKMA XV sebab kat berita semua boleh tengok. Yang penting, saku terpekik-pekik time kontigen Johor lalu. Wahahahaha. Masih dengan semangat Johor lagi tue. Tapi........daku terpikat dengan mascot Pulau Pinang. Alolo, comelnya dia. Siap joget-joget lagi. Cute~ Time paling tak boleh blah adalah bila Dato Siti Nurhaliza muncul, manusia pun dah tak kenal manusia sebelah dah. Sampaikan daku disimbah dengan air pun dieorang tak sedar. Memang hilang mood betullah. Apa daa. Itu pasal malas nak tunggu sampai akhir. Cepat-cepat balik membongkangkan diri. Siapa jugak yang call dan mesej memang tak dilayan, gegara mata dah pejam, roh dah sampai Tanah Jawa. Hahahha.

Dan, hari nie pulak, pagi-pagi bangun pergi bengkel Sejarah. Ajar Asni bawak kereta laluan Kuantan nie. Dan, we all makan kat Kenny Rogers. Hambek ko!!!

Gambar SUKMA tak edit lagi. Sikit nie ler yg wujud~
Sabarkan tahap malas nak edit gambar, main campak-campak saja
Jemput makan grilled Kenny Rogers yang terbaharu. Serius terbaik~ Walaupun daku  masih setia dgn blackpapper. Thanks tukang belanja. Memang daku menadah perut saja.
Mari membengkel. Repair otak memasing~
Suka hatilah haku nak letak berapa banyak muka haku. Ko kutuk, ada aku kesah?


Dan, saya juga sudah mempunyai broadband sendiri. Walaupun menitis air mata nak keluar duit RM 150 tue, namun, ku gagahi jua menghulurkannya kepada taiko tue. Anggaplah aku beramal jariah kepada Malaysia tercinta. Wah, patriotisme tetap diselitkan walaupun bukan dalam P&P. Hahahaha.


Nota : Belum ada mood lagi sebenarnya.......Sesedih, sesedu.



Till then, wassalam. Besok nak mengadap GPK 1.

Wednesday 11 July 2012

Hari Ke-13 : Cemburu itu racun berbisa.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Rabu (11 Julai 2012)
Hari nie cikgu masuk kelas macam biasa. Allahuakbar, terperanjat sangat cikgu sebab ada dua orang pelajar kelas 4JKA menyiapkan latihan yang cikgu arahkan. Iya, dua orang pelajar nie, siapkan latihan di rumah. Mungkin cikgu-cikgu pelatih sekolah lain tak heran, tapi, cikgu di SMVK memang hairan. SubhanaAllah. Cikgu bersyukur. Cikgu sangat mengharapkan Ujian 2 yang bakal berlangsung 16 Julai 2012 nanti memberikan cikgu lebih banyak perkhabaran baik seperti ini. Allah, please help us~


Yang bestnya, pelajar-pelajar jumpa cikgu tue cerita sebutir-sebutir nista mereka tue. Ahaks. Kesian kalian. Cuba untuk melobi budak-budak, akhirnya, apa jadi?? Ingat, jangan suka menceritakan keburukan orang lain, apatah lagi memfitnah orang. Tudung labuh tue dah jadi macam hapa dah cikgu tengok. Inilah rambut sama hitam, hati dah berkarat. (peribahasa baharu)


Entri akhir-akhir nie memang bersifat kejam dan membebel saja. Bukan niat cikgu, tapi, cikgu mahu kita semua kembali pada niat kita. Kalau kita cemburukan kejayaan seseorang, kenapa tidak kita mengikuti jejak langkahnya?? Kenapa guna taktik kotor? Kemon ler, kemon. Hahaha. Nie zaman IT tau, sekejap saja berita tersebar. Okey? jaga diri, hiasi peribadi, tingkatkan prestasi.



Till then, sedih rasa hati bila mama telefon ajak balik sambut puasa sesama. Nanti lagi sedihkan.. Kuat, kuat, kuat.

Monday 9 July 2012

Hari ke-11 : Bila seorang guru memohon kemaafan pelajarnya~

Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera....


Isnin (9 Julai 2012)
Pagi nie kacau bilau sungguh perasaan ke sekolah, bukan kerana malas, tapi kerana terlewat bangun pagi!!! Mood spoiled sungguh. Boleh pulak tersalah jadual. Ingatkan pagi tue akan mengajar BM dulu, rupanya, subjek Sejarah dulu. Hish, kecewa sungguh~ Tapi maintanlah tak gabra sangat sebab last week and this week, memang Bab 7 & Bab 8 harus digalas untuk Sejarah dan Bahasa Melayu still mengajar Rumusan dan Tatabahasa. As I mention before, students kat sini agak lemah membaca dan memahami sesuatu perkara, so, harus ditekankan itu dulu barulah disogokkan Komsas. Macam mana nak ajar Komsas kalau basic pun lemah. So, kena jugak ulang yang sama beberapa minggu~ Matlamat kita bukan sekadar habis silibus, tapi, kita mahu pelajar bersama kita dalam P&P.

Perhimpunan mingguan pula habis lambat hari nie. Pengetua membebel bla bla bla. So, pelajar hilang mood belajar. Conclusionnya, cikgu Huda ajak mereka bersama-sama buat peta minda cute-cute untuk tengok sejauhmana pelajar kelas 4 PPN boleh pilih mana fakta dan mana huraian. Pelajar sekarang ni, kalau kita bagi cerita Sejarah yang berjela-jela, mahu dia menguap 100x. Kita kat depan pun stress tau. Jadinya, langkah paling baik, terus ajar mereka macam mana nak pilih fakta. Bak kata mereka, make it simple teacher! Opssss, sebelum terlupa, mereka memanggil saya Teacher Huda, serius, tak tahu kenapa. Adakah saya berbahasa Inggeris dengan mereka? Memang taklah, tapi, semua kelas, panggil teacher Huda bila saya start mengajar. Tapi, kalau jumpa luar kelas, mereka boleh panggil cikgu Huda, kadang-kadang panggil gak teacher Huda. Ya Allah, sweet jer rasa! Padahal MUET cuma band 3 jer.

Hari nie jugak saya masuk kelas 4 JKA. Pelajarnya okey saja dari segi attitude. Tapi, hari nie, dyorang macam moody. Masuk-masuk kelas jer dah bergaduh sesama sendiri. Saya try pujuk mereka, Alhamdulillah, tak jadi bergaduh. Saya tahu, mereka tak jahat, tapi, semua pun letih. Rumah jauh, lepas tue P&P sampai jam 4. Saya pernah jadi pelajar, saya tahulah. Keluar rumah jam 5.30 pagi, balik rumah, sampai rumah 5.30 petang. Kena masak dan membasuh, lepas tue study. Confirm mengantuk. Tapi, saya pujuk jugak mereka. Belajarlah, cikgu nak kamu lulus. Penat memujuk, tetiba darah saya naik pulak bila ketua kelas yang malas. Tak mahu belajar. Sudah saya ulang penerangan sampai 10x, orang lain pun dah start menulis, dia sorang yang kata tak faham pebenda cikgu ajar. Saya sabarkan lagi, saya ulang sekali lagi. Saya pujuk dia buat, buat dan buat. Yelah, orang lain boleh buat, boleh faham, sedangkan ketua kelas yang IQ dia lebih baik dari pelajar lain, kata tak faham pulak. Selalunya molek saja. Makin lama makin malas pulak. Buku dah dibelikan percuma pun masih beralasan. Saya memang naik hantulah tadi. Saya tinggikan suara sampai dia agak merajuk. Tapi, saya pulak yang nak menangis. Kalau boleh tak mahulah marah-marah, tapi, terpaksa. Habis kelas tue, saya minta maaf dengan mereka. Saya katakan, saya tak berniat nak berkasar bahasa dengan mereka, niat saya datang untuk beri ilmu sebaik mungkin. Mereka perlulah hormati saya sebagai pemberi ilmu. Gunakan peluang nie untuk belajar dan belajar. Bukan sahaja lulus peperiksaan tapi untuk hidup di masa akan datang. Bila saya cakap saya minta maaf, semua sedih pulak! Tahu pulak touching. Datang jumpa saya mintak maaf, janji tak nak degil-degil lagi. Teacher jangan kecil hatilah. Jangan merajuklah. Saya katakan pada mereka, saya akan mengajar kelas lain kalau mereka tak sukakan saya. Semua pandai pulak memujuk. Tapi, tak tahulah tue besok macam mana. Kalau nakal lagi, tahulah saya nak buat apa pulak. Tapi, terkejutnya saya, ada seorang budak, tak pernah buat latihan sebelum saya mengajar, tapi, bila saya tulis nota kecil untuk dia, dia jadi pelajar yang tekun dan berubah sama sekali. Alhamdulillah. 

Asalnya, saya sedih sangat dapat sekolah nie. Tapi, itulah, Allah swt maha besar. Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Maha adil pada hambaNya. Saya diberikan sekolah ini mungkin jugak untuk mengajar saya erti SABAR, erti IKHLAS, erti BERSYUKUR dan erti KASIH SAYANG. Alhamdulillah, saya akan buat yang terbaik untuk mereka. Allah swt is the best.


Nota : Tidak menjadi hina seseorang itu jika dia merendahkan dirinya di hadapan insan lain untuk meminta maaf. Saling bermaafan, sebab HARI RAYA nak dekat dah~ Hihihihi.



Till then, merindui orang jauh.

Saturday 7 July 2012

Hari Kesepuluh + 12 minit 09 saat + Bengkel Sejarah

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

6 Julai 2012 (Jumaat)
Semalam adalah hari yang kacau-bilau. Hari yang menyedihkan sampai tengah malam pun tersedu-sedu. Erm, tak mahu cerita sekarang, cerita lain kalilah. Buat masa nie, kita lupakan semua yang sedih-sedih, kita gembira-gembira saja eh. 

Kalau ikut jadual rasmi, Huda free setiap hari Jumaat, eeh, dah macam kuliah pulak. Ada hari free, ada hari sibuk gila. Hihihi. Free, maksudnya tak ada class nak attend. Tapinya, sekarang nie, Huda akan banyak relief kelas cikgu-cikgu yang ada kerja. Buat masa nie relief banyak kelas Tingkatan 5 lah. Dengan kelas 4 KFL, which is, kelas yang semua lelaki. Apalah nasib kan. Asyik-asyik masuk kelas, sokmo lelaki. Mujurlah lelaki yang nie tak agresif sangat. Boleh dilentur-lentur dan dipijak-pijak sikit. Hahahaha,. Jahat~ Tak adalah, kelas 4 KFL nie, dah dua kali Huda mengajar, ya, walaupun relief, we should do something, biasanya kena mengajar jugak, even bukan subjek major minor kita. SMV Kuantan memang terapkan disiplin guru yang kuat. Kalau pelajar belajar 10 subjek, guru pun should learnt too. Terus den jerit, haiyak!!! Seronoknya mengajar kat sini nie, budak-budak nie sentiasa curious. Macam-macam nak tahu. Masalah besar bagi Huda pulak, Huda tak ada adik-beradik lelaki and enviroment semua girlish, jadinya, topik lelaki memang tak tahu langsung. But, kat sini, Huda jadi cikgu yang super duper ROCK. Hah, amacam?? Ada berani nak belajar dengan cikgu Huda?? Disebabkan relief sangat banyak, Huda selalu culas dan lambat bab menulis RPH sebenar. Kat SMV nie, even you adalah guru praktikal, cikgu-cikgu tak pernah anggap macam tue okey. Korang kena hantar jugak hari Jumaat tue Buku Rekod Persediaan Mengajar. If tak, nanti kena tegur, malu. Itu yang selalu seriau setiap kali Jumaat~

Then, Huda diberikan peluang untuk ikut sama dalam Seminar Sejarah SPM 2012 as emcee. Owh, best sangat. Maybe ramai yang tahu dan tak nak ambil tahu pung~ Huda adalah sangat suka jadi emcee. Itu memang super seronok okey. Walaupun tidak dilahirkan dengan vokal yang best macam orang tue, tapi, Huda tak kisah pun. Dia ada caranya dan saya dengan cara saya. Dan, dan. Tentulah asyik menyusahkan Amir Batrisya. Dulu pun masa nak jadi emcee program BM, Amir jugak yang dicari. Seorang kawan yang baik dan tak jemu membantu. Terima kasih Amir. And, program tue berlangsung dengan baik dengan 8 ketul roti jala berjaya dihadamkan berserta dua mangkuk puding kastard. Huwa huwa huwa. Seronok sangat Seminar Sejarah nie sebab Puan Rashidah Derasid, penceramah tue, sangat berpengalaman. Dia tahu apa yang penting dalam mengajar Sejarah. Yelah, zaman berubah, kalau kita mengajar Sejarah dengan cara tradisional, semua lentok. Menariknya, budak tak tidur pun sepanjang dua jam ceramah. And, seronok juga bagi cikgu Huda adalah, pelajar-pelajar banyak tanya cikgu macam mana nak buat itu dan ini. 


And, korang tahu. Pengetua sekolah saya tue tegas, but, saya baru dengar cerita tadi, last week dia denda budak, suruh beratur depan dia. Sekali, ada orang call dia dan dia jawab. Mula-mula dalam barisan tue ada 4 orang, bila dia jawab call, tinggal 2 orang jer. Cuba korang bayangkan betapa beraninya pelajar kami. Tapi, biasalah, budak nakal, tapi mereka tak jahat. Mari sesama kita doakan students kita menjadi secomel kita. Hahahha..

SEBAHAGIAN pelajar Tingkatan 5
From left to right.
Kak Yah-Kak Yus-Kak Sham dan KAK IFFAH. I love Kak Iffah so much much. Minta belanja boleh? Hihihi
Belajar rerajin semua.
PUAN RASHIDAH DERASID

Cerita hari nie ditutup dengan sebuah perasaan yang agak pelik. Saya pelik kenapa lelaki zaman sekarang berundur apabila diminta mengimamkan solat atau berundur apabila diminta membaca doa sebelum jamuan. Kenapakah??? Bukan sepatutnya lelaki harus ada sifat pemimpin? Kalau baca doa makan pun boleh mengelak, tentulah minta jadi imam solat terus lesap~ Tapi, bukan semua. Saya pernah keluar makan beramai-ramai dengan kawan-kawan. Itulah sekali sepanjang makan-makan beramai-ramai, ada seorang lelaki yang berani untuk mengimamkan doa makan kami. Seronok tak? Seronok tak? Itulah lelaki sebenar. Hey, janganlah fikir nak baca doa makan sampai 5 minit. Saya pun naik jemu. Orang dah berkeroncong, nak baca lama pulak. Cukup sekadar basic doa makan, sudahlah. Ini tidak, mintak ketuai bacaan doa pun, lari berdesup. Macam-macam ragam. Belum lagi pak mertua suh azan ke hape. Doa makan jer tue.


Nota : Daku mahu bersosial ke SUKMA XV di STADIUM DARUL MAKMUR. Nak berduet dengan Dato Siti Nurhaliza. Pap pap pap. Eh, korang, lupa nak cakap, tadikan Huda pergi Berjaya Megamall nak teman Asni cari sport shoes dia, sekalikan lif terbuka and saya nak masuklah, tetiba, ada sekumpulan lelaki dalam tue. And, mata terus tertancap kat wajah yang dikenali. Cer teka siapa???? Saya tergamam dan hanya sempat berkata, "EH?" sebelum saya mengundurkan langkah ke belakang. Tak jadi masuk lif. Mak KAGET you alls. Hahahahahaha. Siapa bagi jawapan betul, akan kuhadiahkan seekor hamster yang kiut miut. Cepat, ini tawaran terhad~



Till then, daku pening mahu belikan hadiah apa buat sayangku Izzati yang jauh di oversea. Hihihi. Masuk kedai baju tak kena, masuk kedai kasut lagi rasa spoiled. Tetiba, datang ilham nak bagi ******. Tapi, tak tahu mana kedainya kat Kuantan nie. Haish!

Friday 6 July 2012

Hari kelapan & kesembilan : Ringkas dan padat. Guru praktikum dibuli secukup-cukupnya. Bukan oleh pelajar tapi oleh kerani~

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Pendek jer sebab kejar masa dan malas nak menaip. Tapi, pendek ker? Pendeklah sebab gabung dua hari dek kemalasan yang tak terkawal.

Sepanjang bekerja dan belajar menjadi guru di SMV Kuantan, banyak benda saya belajar. Termasuklah hal-hal peribadi jugak. Serius! Erm, kami diajar oleh cikgu Jeffery untuk gunakan bilik APD atau bilik tayangan, perpustakaan dan bilik-bilik mengajar. Erm, mungkin entri praktikum nie banyak menyentuh cikgu Jeffery. Erm, mungkin sebab dia cikgu Sejarah yang saya take over kelas dia, mungkin sebab dia duduk dekat dengan saya dan mungkin sebab dia rasa tanggungjawab pada saya dan kawan-kawan barangkali. Tapi, serius, beliau baik hati, tapi garang! Bilik APD nie nak guna masa penyeliaan kedua oleh Dr Yunus nanti sebab Dr Yunus nak tengok dua kaedah pengajaran yang berbeza, tradisional/biasa dan jugak penggunaan berkomputer. Apa tah sebutannya. Malam-malam gini, otak kurang berfungsi. Hahaha, maafkan saya.

Hidup sebagai guru macam biasa sahaja. Malam-malam pergi bersosial dan melepak di stadium Darul Makmur, tengok pelajar-pelajar kecintaan berlatih menjadi pasukan sorak dan persembahan. Well, well, well, terjumpa pulak cikgu-cikgu pelatih daripada UPSI yang berkhidmat di sekolah berhampiran. Ewah, rasa macam reunion gitu. I suka you know. Tak tahu kenapa, tapi ada habit yang begitu. Contoh, macam berada di Kuantan, tapi bila tengok kereta-kereta berflatkan J, mesti hati berbunga riang. Semangat kenegerian sungguh!

Mengajar macam biasa. Budak-budak is pembuli yang comel. Tadi mereka suruh saya lukis tanjak. Bila saya lukis, saya tanyalah, nie apa. Boleh dijawabnya KON. Memanglah kan. Lepas tue, saya tanya, nafiri tue alat muzik yang melambangkan kebesaran apa? Dijawabnya kebesaran Allah. Haish, kenapakan budak-budak sangat nakal bila dengan cikgu pelatih tapi menikus dengan cikgu lama? Nak kata tak garang, dah bulat mata menjeling, tapi dieorg boleh pulak relax-relax dengan cikgu. Apa pun, cikgu suka korang sangat-sangat. Walaupun korang makan nasi lemak masa cikgu mengajar. Walaupun korang sampai terjatuh daripada kerusi bila cikgu marah! Hahaha, comelkan kelas kita. Ada pelajar kelas 4 BB 1, dia suka tegur saya bila jumpa, saya agak pelupa, maklumlah, semua lelaki. Mana saya boleh ingat semua nama. Jadi, mesti saya tanya, kelas mana ek? Then, satu hari tue, bila dia tegur, saya tanya gitu, dia dengan nada marah cakap kat saya, "Cikgu, saya Aisamudin, Aisamudin, Aisamudin!! Berapa kali nak cakap!". Hahahaha. Tadi, saya masuk kelas dia, saya dah kenal dialah kan. Habis kelas, dia jumpa saya. "Cikgu, terima kasih sebab dah ingat saya". Alahai, anak-anak murid sekalian, maafkan cikgu. Satu kelas ada 30 orang, kalau 4 kelas dan 120 orang. Cikgu baru 2 minggu, mustahil cikgu dapat ingat semuanya. Insha Allah, minggu depan, cikgu akan tambah lagi memori cikgu nie. Tambah ram. Okey?

Kat SMV nie, cikgu-cikgu okey. Yang tak okeynya kerani. Sombonglah. Setiap hari saya akan berurusan kat pejabat untuk photostate dan macam-macam lagi. Tapi layanannya hampeh. Melainkan ENCIK WAN. Hanya dia saja yang baik, dia saja yang melayan saya, dan dia saja yang boleh diharap untuk buat kerja. Kenapalah orang lain tak ikhlas dalam bekerja macam dia. Datang, solek tebal-tebal, lipstik 5inci tebal, tapi, buat kerja malas. Bayangkan, ada cikgu minta saya ke pejabat ambil stapler besar, untuk kegunaan seminar, tapi, orang pejabat tak nak bagi. Cikgu tue pun cakap, orang pejabat nie, yang boleh harap Encik Wan saja. So, memang tak salah tanggapan dan tekaan saya. Harapnya makin lama di sini, mereka boleh menerima kehadiran cikgu pelatih nie.

Tak sabarnya nak balik rumah Johor. Rindu nak baring-baring kat rumah. Erm, tapi, saya terikat dengan peraturan, dengan kerja. Saya tak bolehlah nak lepas tangan saja. Saya sedih tapi, mama kata nak datang sini. Macam menyusahkan tapi, nak buat macam mana, saya betul-betul tak boleh balik buat masa sekarang. Saya ada banyak tanggungjawab tak terlunas lagi. Inilah harga untuk menjadi seorang pendidik.


Till then, tadi naik hangin betul, sampai satu badan menggeletar. Sebabnya, ada pemandu yang tak berhemah di jalan raya. And, first time saya hon orang dan menariknya, saya hon dia lama-lama dan panjang-panjang. Biar semua orang tengok. Biar semua orang tau bahawasanya, jalan raya adalah hak bersama. Jangan nak kurang ajar dan jangan amalkan mempermainkan orang lain terutamanya driver wanita. (ceritanya, dia potong kiri, saya tak bagi dia masuk line lah. Sebab, semua orang nak cepatkan, jadi dia naik hangin, lepas tue dia himpit kereta saya, bila dia di depan saya, dia berada di line kiri, saya kanan, bila saya nak potong dia, dia terus himpit kembali kereta saya dan masuk ke lorong kanan. Nie keretanya. Saya memang cukup marah. Drivernya perempuan!)

Maaf kalau tak puas hati saya pamerkan di sini. Tapi, saya mahu anda ingat, jalan raya bukan tempat bermain!