Thursday 31 May 2012

Ibu dan anak-anak. Semoga bertahan dan besar dengan sihat

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

IBU


Setakat nih, tak meragam pun.


Tidur di mana ada tempat, tak kisah selesa atau tidak


Menemani kakak pagi-pagi.
Kenangan: Sejadah tue dapat daripada jemaah dari Turkey. Hadiah katanya.

Sebenarnya, masa nak ambil kucing nih dari kak Jue, takut jugak. Sebab pernah jaga baby kucing yang tak ada mak atau ada mak. Semua tak bertahan. Kalau bertahan pun seekor dua. Kali nih, harap sangat anak-anak bulus nih akan bertahan lama. Sampai besar. Biar lima-lima anak dia besar dan sihat. Almaklumlah, di rumah yang menjaganya ayah dan mama. Mereka pula sibuk kerja. Petang baru ada masa nak menengok semuanya. Tapi, harap semuanya akan hidup sempurna. Besar, gemuk, sihat.


Ibu kucing nih, bagi saya lah, sangat adorable. Walaupun tak secomel baka kucing Siam ker Parsi ker, tapi dia comel. Dia betina yang berwajah jantan. Kekekeke. Ibu baik, tak nakal tapi asyik mengiau. Mungkin perubahan tempat buat dia rasa tak selamat. Masa di Kolej Ungku Omar, ibu tak melasak pun. Tak membuang bersepah pun. Sentiasa menjaga tingkah laku. Tapi, anak-anak jangan cerita lah. Buat bilik Huda macam padang ragbi. Arghh..Tapi, bila kita sayang kucing, segalanya akan rasa, ok. Lagipun, masa nak amik nih, Huda dah fikir masak-masak. Sanggup ke tidak. Huda sanggup so tak boleh tak bertanggungjawab lah. Cuma buat masa nih, Huda tak boleh jaga dyorg sepenuhnya dan akan mengharap ayah untuk jaga mereka. Semuanya ayah~


Ayah sampai dah pening lalat sebab pergi Kipmart jumpa kucing, amik. Pergi pasar borong beli ikan kering, jumpa kucing, bawak balik. Kata nak makan kat Pasak, jumpa kucing amik. Tapi, hari-hari biasa, kalau tak cuti, semua ayah yang uruskan. Kucing kat rumah Huda, campur yang dah mati, lebih 200 ekor agaknya. Sentiasa bertukar ganti. Mati/hilang. Kami tak pernah buang kucing. Semuanya ayah jaga. Bagi makan dan bersihkan tempat. Dari ayah kuat, sampailah ayah dah sakit-sakit belakang. Sekarang nih jer, lebih 20 ekor kat rumah tue. Mudah-mudahan ayah dapat kesihatan yang baik. Nanti kak ngah habis belajar, kak ngah ganti tempat ayah jaga semuanya. Janji!




Till then, sarangheyo~

Wednesday 30 May 2012

One day with one of my bestfriend (Jannah)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

Kalau ada yang menyampah dengan blog yang sentiasa memaparkan wajah-wajah ini, anda dinasihatkan, langsung jangan klik. Abaikan sahaja. Kerana, saya adalah manusia yang menulis di sini, saya punyai perasaan dan menulis dengan hati. Kalau tak boleh menghormati, jangan buka langsung.


FUJIFILM






OLYMPUS


 Kota Tinggi.











Hidup ini memang boleh berseorangan. Katanya lebih mudah, senang dan jimat. Namun, bagi saya, saya masih memerlukan teman di sisi. Untuk meluahkan rasa sedih, marah dan gembira saya. Tak dapat dibayangkan hidup tanpa teman. Teman nih, ada banyak jenisnya. Ada teman tikam belakang ada teman penawar suka duka. Nak dapat yang tikam belakang, cukup mudah, tapi yang kekal di sisi masa senang dan susah memang payah.


Adat berteman juga, bukan sentiasa ceria dan mudah. Kadangkala rasa terguris, tersisih dan marah tue memang akan ada. Waima dia adalah sahabat sebelah katil masa dilahirkan. Hehehe. Namun, Alhamdulillah, sakit terguris dan sedih itu mudah dilupuskan dengan kenangan manis yang sangat banyak dan lebih bermakna. Alhamdulillah juga, kawan yang dipercayai, belum membuat onar bagi diri ini setakat ini. Ada untuk menggembirakan setiap kali hati berduka.


Sungguhpun semakin hari, jarak dan masa memisahkan, masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk bertemu mereka. Berbual-bual, bertanya khabar, makan bersama. Macam dulu. Rasanya, kawan karib saya di SMKTH dulu, masih belum berubah minat dan sikapnya. Tapi, saya akui, lebih 5tahun selepas tamat SPM, memang mereka jauh lebih matang. Pandai bergaya, sopan-santun dan lebih tinggi nilai kewanitaannya. Syukur. 


Kerana itu jugalah, saya sentiasa ingin bertemu mereka. Mereka membuatkan hari-hari saya semasa di sekolah dulu penuh ceria. Bagaimana nak lupa mereka, kalau mereka yang sanggup tak tidur malam untuk memberi kejutan semasa hari lahir saya, sama-sama berlari pulang ke asrama untuk 'cop' baldi. Perasaan seolah-olah berada dengan keluarga sendiri tue sememangnya ada. 5 tahun tinggal bersama, kenal hati budi dan perangai masing-masing. Ada juga yang 6 tahun setengah termasuk tingkatan 6. Rindu sentiasa ada. Walaupun bukan dengan semua, tapi, bertemu seorang seolah-olah bertemu semuanya. Saya orang yang ringkas. Kalau berjalan dengan saya tak perlu formal. Makan dengan saya pun tak perlu beradab sangat. Oleh itu, pemilihan kawan saya juga yang begitu. Yang slumber tapi tahu menghormati orang lain, faham saya dan boleh berhoye-hoye bersama. Selesanya.


Natijahnya, teman ketawa senang dicari, teman menangis perlu dihargai. Kalau kita mahu mendapat kawan yang baik, berbaiklah dengan semua orang. Elakkan menabur fitnah terhadap teman kalau kita tak mengenali dia sedalam-dalamnya. Takut kita tersalah faham maksud percakapannya, lantas terus menabur fitnah, hancur sudah sebuah persahabatan. Ingatan ini saya tujukan buat si polan yang dosanya saya maafkan. Kerana Allah juga yang berhak ke atas manusia di bumi ini. Siapalah saya untuk me'neraka'kan insan lain sedang saya juga akan dihisab di akhirat kelak. 



P/s: Seharusnya entri ini entri gembira, tetapi ketika menulisnya, teringatkan sikap bekas teman saya yang menyeksakan itu, lantas, entri ditaip seperti adegan perang dan bunuh. Maaf Jannah. But, you made my day. Thanks a lot.

P/s 2: Sudah 24 tahun usia saya. Tapi, baru hari ini saya tahu yang kalau minum di McD, kita boleh refill. Tak perlu bayaran tambahan. Kenapalah selama ini membuang duit di mamak sedangkan di McD aircond dan wifi tersedia. Tapi, kadang-kadang penangan teh tarik mamak cukup kaw~


Update: 30/5/2012. Rupanya saya muda tapi perasan tua. Umur sebenar saya 23 tahun. Ini adalah kesilapan yang disengajakan sebab masa sekolah dulu malas buat latihan Matematik. Jadi, kelemahannya dapat dikesan sekarang. Huwehuwwhuwhwu

Monday 28 May 2012

OLD TOWN WHITE COFFEE, KOTA TINGGI


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Jom sambung cerita. Itu hari punya cerita tak siap lagi. Dek kerana malas nak menunggu loading banyak-banyak gambar. 20 keping pun sengsarakan korang nak scroll tengok. Padan muka. Hahaha, kejinya. Saja nak upload, bagi hangat sikit siapa yang tak ikut. Contohnya Kiambunx Kembang. Kekeke. Kiambunx, jangan marah. Ini hanya jalan-jalan kosong saja. Senyum sikit.

Cyah sebagai organizer program reunion tempoh hari sibuk dengan tugasnya untuk mengedarkan t-shirt reunion tempoh hari tue, maka, kami dapatlah berjumpa dengan beberapa rakan yang tak hadir wedding Syahida. Jadinya, janji mahu ketemu di OLD TOWN WHITE COFFEE. Asal capslockkan? Suka hati ar! Tak delah. Sebab....Ini adalah pertama kalinya tuan blog nih menjejakkan kaki ke sana. Sebelum nih, taraf makan kat gerai-gerai tepi jalan jer. Mana mampu nak makan-makan kat Old Town White Coffee. Kalau segelas air sudah RM4 ke atas, memang pandang pun tak lah. Tapi sebab Datuk Seri (Am) nak sangat bawak Datin Seri (Qila) minum kat situ, kami anak buah kenalah follow. Tapi, masa tue, dah rasa sadis dah. Sekalikan. Sekalikan. Zatie cakap, saya belanja awak. Macam nak paksa Pyan, cepat sikit ar bawak pergi Old Town tue. Hahaha, macam ini punya orang pun ada!

Berhenti solat kat Masjid Jamek Kota Tinggi. Jalan-jalan jugak, tanggungjawab jangan lupa. Alhamdulillah, untung dapat suami gini. Bukan Huda punya ar. Sobsobsob, kesat hingus. Lepas solat barulah pergi Old Town. Kali pertama nih, tapi still control jakun. Relax ar. Orang belanjakan, tenang. Sampai jek, setting meja. Nak duduk ramai-ramaikan. Order. Nak order pun amek masa ar. Tengok harga, memang untuk orang-orang gaji RM2k ke atas ar. Kalau RM2k ke bawah, boleh jugak, tapi, lepas tue, ikat perut ar. Sekali sekala, boleh lah. Kalau seminggu sekali, parah. Kalau hari-hari, lebur. Okey ar. Tengok gambar ar. Nanti korang bosan lak dengar daku bercerita.


Dah kata kali pertama, mestilah amek gambar semua bendakan. Kalau boleh, kerusi, meja, cashier, semua nak diphotokan

Chocolate Zatie, Tea kot Arif punya dan Pepsi Lemon Huda punya.

Hambek ko harga segelas air dia sama dengan satu set makan tengahari

Walaupun Zatie belanja, tapi, daku telah memilih harga yang murah antara yang termurah. Kesian Zatie kot! Tapikan..Lepas tue zatie tunjuk ada lagi yang termurah. RM3 lebih. Rasa bersalah sangat kat zatie. Tak tahu patut pulang balik air Pepsi Lemon tue atau teruskan minum. Tapi, bila tersedawa, baru sedar, teruskan saja. Hahaha



The only one.
Kita orang bukan pasangan bahagia. Tapi, kita orang bahagia. Understand?

Pilih, jangan tak pilih. Murah-murah saja

Comel dop? Tak tahu status. Minat kena tanya empunya badan.

Ni baju yang digebang-gebangkan tue.

Us. Asal si Zatie nih makin berseri? Kongsilah sikit collagen apa. 

Dua-dua pun aku suka.

Hah, ni May. Kawan aku nih. Asal semua gambar aku nak posing mcm perempuan ayu?


Kami berpisah di sini. Arif comel hantar kami kembali ke kereta yang ditinggalkan demi untuk save minyak. Jangan kawan dengan aku, sebab aku kedekut. Semua nak jimat. Orang lain yang sengsara! Hehehe. Perpisahan dengan mereka membawa ku ke KFC dengan Zatie. Saja nak mengimbau kenangan lama. Kenangan Huda dan Zatie zaman duduk hostel, jalan kaki sama-sama pergi sekolah. Makan KFC nih pun unplanned. Sebab ada masa 1jam lagi sementara tunggu rawatan ibu Zatie, so, okey lah. Lagipun, Zatie nak beli KFC untuk abang ngah dia. Eh, sweet tau panggilan abg ngah Zatie tok dia. Hehehe. 


Dulu mesti beli Snack Plate nih. Beli tue mesti cakap take away. Makan seketul, seketul lagi bawak balik hostel. Malam-malam, menyorok makan. Bukan apa, time tue, mana mak ayah bagi duit belanja. Nak makan, kena simpan sendiri. Bila dapat, aduh, tak boleh nak share. Hehe


Zatie dah tak sabar nak makan tapi kena paksa jadi model. Hangin jer Zatie. Sos pilihan kami adalah Chili Thai

Jumpa pun mak cik nih. Jannah Rafee.

Aiyak. Sorry sebab muka I serabut.

Sebenarnya, Zatie nih eksaited nak mentry makanan baru KFC nih. 

Cilok dari KFC
Gambar sendiri tak sempat amik, Zatie dah lapah-lapah Pokkits nih. 


Sedap ker tak? Cuba dulu baru tahu. Try dulu baru boleh tahu menyesal ker tak beli. Hehehe. Apapun, ini adalah pertemuan yang menggembirakan. Semoga sentiasa berkekalan. Tapi, macam mana pun, Zatie tetap dengan habitnya. Mencurah air ke badanku. Zatie, Zatie. Tak boleh nak marah. Sebab, itu memang Zatie.


Till then, maaf pada yang tak suka blog nih.

Geng bas sekolah pergi kenduri-kendara.

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Sebab takut loading lambat sgt nak combine semua gambar, jadi PART 1 tue ahnya memaparkan gambar pengantin sahaja. Eksklusif gitu. Untuk kali ini, untuk kami-kami pula. Kami lah. Yang cantik dan handsome sahaja. Wahahaha. Act, pertemuan nih langsung tak dirancang. Kadang-kadang rancang seratus empat puluh kali pun selalu tak menjadi. Jadi, kali nih, doa semuanya menjadi dengan baik sahajalah. Ceritanya, Huda ajak Zatie pergi kenduri Syahida, Cyah telefon kami untuk serahkan T-shirt reunion. Jadi, pemutusnya kami bertemu. Begitu sahaja. Syukur. Kalau tidak nak jumpa pun payah kan. Bersiap pun ala kadar. Sebab tersalah baca mesej Zatie. Ingatkan mereka bertolak pukul 12.30 tenaghari. Rupanya 12.30 tue, dyorang dah sampai bandar Kota. Aih, kami nih, orang ulu, mau setengah jam baru sampai bandar. Kalau jem, mau 1 jam. Jadi, mandi selaju mungkin, tepek bedak setebal mungkin, jalan. Ahak! Amik Zatie kat rumah dia, wah, abang dia ada kat depan pintu. Teringat cerita si Khai ngok ngek tue. Aduh, malu guwe nih. Hahaha.

Sampai bandar, budak-budak sudah menunggu. Sudah dibelikan hadiah untuk pengantin. Mudahnya hidup. Haha. Semuanya datang berpasangan, iya. Guwe juga berpasangan. Tapi dengan Zatie lah. Terpaksa berebutkan Arif yang juga seorang. Tapi, sampai ke sudah, nan hadonya nak dapat Arif. Arif nak stok-stok yang cute macam Siti Nurhalijah saja. Haha. Gurau. Ah, malaslah nak bercerita. Nanti korang tak baca. Korang laju jer scroll ke bawah sebab nak tengok gambar. Aish, kaki gosip!!

Ahak!
Dari kiri: Qila-Cyah-Has-Huda-Zatie


Yang hok tinggi tue Alfian. Udah berpunya.

Meet Cyah dan Has. Bestie ever since Form 1

Memperkenalkan, dari kiri, Alfian Lazim-Arif Yoyok-Shapii Omar

Sweeties
Dari kiri: Zatie Rahman-Huda Taib-Qila Amin

Dua di belakang dari kiri: Aien Jenny-Aisyah
5 Sains 2/SMKTH

Makan-makan, jangan risau. Gemuk belakang cerita

Yah, setengah bab baru jumpa gambar dengan pengantin. Hikhihik

Cerianya Izzati dengan pengantin. Hey, I dekat cermin tue. Tengok cepat!!

Lenjan cukup-cukup Zatie katil nih!

The only one. Zatie Rahman


Datin Seri Qila Mat Amin. Gambar sipi, Datuk Seri Saiful Amree.
Dalam mimpi ler....Hahaha


Chak!

Ini kerja gila. Arif di atas kereta Alfian. Cukup skodeng kami

Doorgift rumah pengantin



Hah, cute ke idak?

All taken. Sorry guys.

Korang mampu buat tudung macam Has? Takkan!

Me and Datin Seri


Again. Sama tak? 


Nantikan part seterusnya. Sebelum tuh, siapa tahu, apa beza Huda dalam gambar-gambar di atas. Siapa dapat jawab, kita bagi dia roti jala satu! Haha. 

Till then, zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz