Saturday 28 April 2012

Kawan-Kakak-Adik-Cinta saya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Awak tak kisah pun saya buruk dan hodoh. Awak tak kisah pun kalau saya terkentut depan awak. Awak selalu pelawa saya susu Dutch Lady walaupun saya tak suka susu. Awak selalu bagi bubur lambuk bila Ramadhan. Awak mesti celebrated besday saya pukul 12 malam dengan coklat peberet saya. Waaa. Jauhnya awak dengan saya sekarang.....



Hari ini saya rindu. Rindu pada teman seperjuangan dari Tingkatan 1 lagi. Saya menggelar dia sahabat saya sebab tak kira dalam keadaan apa, dia akan berada di sisi saya. Saya akan mengenang dia sepanjang hayat saya. Sebenarnya saya tak anggap dia kawan pun. Sebab dia lebih kepada kembar saya. Cuma, kembar lain mak lain ayah. Bagi saya, dia sedarah dengan saya. Semoga Allah merahmatinya. I miss you sahabat. sob,sob,sob. 


Rindu. Salam.

Friday 27 April 2012

Nano White. Berkesan tak?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 
Nih entri tentang saya, bukan awak. Jadi semua yang tertulis kerana saya merasainya.

Hatiku sedih+parah. Mengapakah ini berlaku?? Dulu pakai Alaisyah, Safi, Shurah kulit mengelupas tak ingat dunia. Lepas tue pernah try Garnier. Panas yang amat kulit muka sampai macam, aik, kena goreng apa?? Then, cuba pakai Oxy kakak, lagilah kejam penerimaan yang diperoleh. Sekarang, ikat perut beli Nano White. Beli dan pakai almost 1 month. Hasilnya, kulit kurang mengelupas (kecuali bila terlupa basuh muka). tapi, tapi, tapi. Bukan semua masalah selesai. Masalah lain pulak timbul. Muka Huda jadi lebih gelap dan gelap sampai terperanjat tengok muka sendiri setiap hari. Apakah??



Sapa ada solution? Tolong kita wak. Awak semua kat hebat bab-bab nih. Bye~


Updated (16/05/2012): Tadi adik rumah kata, aik, kak Huda nampak putih jer. Aiyoo. Dah nampak kesan ker? sendiri tengok macam makin gelap. Kekeke

Thursday 26 April 2012

Chicken Chop/ Western food

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


RM 12.00

Tengok gambar jek dah buat jantung berdegup kencang kan. Apa nak buat. Tekak nak makan, tapi poket kosong. Ni chicken chop di Easy (Eqsy) Cafe Tanjung Malim. Portionnya gitulah. Sederhana. Sebab dulu lagi mantap kot. Tapi, yang terbaiknya, blackpaper sauce dia tue. Cukup memikat. Aish, aish.


Dan, yang bestnya makan kat restoran ni, bersih, service ok. Bersihnya restoran nih, boleh check toilet dia. Huda, kalau toilet kotor, memang tak sanggup lah nak menjamah makanan dia. Sah-sah tak jaga kebersihan. Betul tak?


So, apa western food yang menjadi kegemaran dan ulangan korang? Share sikit.

Pizza Hut. Edisi keluarga.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bila duduk di perantauan, jauh dari mama ayah, sekali-sekala jumpa, rasa seronoknya. Lebih-lebih lagi bila mama ayah belanja makan. Wow, untungnya adik yang belum keluar dari rumah manis rumah tue. Makan bertanggung, berak  tinggal cangkung jek! Kita nih, meleleh air mata nak makan sedap-sedap. Ceh, ayat nak suruh mama bank in duit leteeew...

Sebab kak long yang nak sangat makan pizza, kami pergilah pizza kat Kota Tinggi. Nie sebelum Huda balik ke UPSI. Cepat-cepat tau keluar rumah sebab takut nanti Asni sampai bandar, kitaorang tengah mentekedarah lagi. Aish! Pilihan pizza memang sangatlah banyak. Huda pun tak ingat apa kiteorang makan namanya tue. Semua pun sedap (macam dah cuba semua). Tapi, pizza nih, kelemahan dia, serve ambil masa 10 minit gitu. Katanya tengah masak pizza tue. Tapi, bila sampai sejuk. Aik?? Tapi, untuk yang kali nih, alhamdulillah, pizza masih panas dan bergetah. Eh, motiff? 

Tapi.....Tetap ada masalah. Side dishes, datang bila kitaorang dah nak balik. Aigoo, aigooo. Macam nak marah, tapi, sabarkan hati. Tapi lagi, yang syoknya, masa pelayan tue datang ambil order, Huda macam terkejut, terkesima dan gembira. Jumpa kawan lama. Yeay, jumpa kawan lama. Lama sangat tak jumpa ini budak. Azizi. Last jumpa dia masa Form 3 lah. Lepas tue, beliau pergi ke sekolah asrama penuh kot.. Hehe. Best student kot. Huda nih, picisan jek kat sekolah. Tapi, emnyesal, tak ambil gambar pun dengan beliau. Contact number pun tak mintak. Fb yang mudah pun tak tersebut. -harap Azizi terjumpa blog nih-. So, nak cerita apa lagi? Tengok lah kegembiraan kami menyumbat-nyumbat kat Pizza Hut Kota Tinggi nih~

Kakak-Adik-Emak
Aish, macam mama lagi muda dari Huda. Sedih!

Ayah-Huda
Muncung ayah mahal tue!

Roti. Serius yang terbaik pernah rasa.

Pizza 1

Pizza 2
Sekian, melaporkan untuk Jalan-jalan Cari Makan. Kih3. Salam. 
Kalau sendiri yang bayar, memang tak pergi sebab gov tax terlampau mahal! Student tak mampu bayar. Hahaha

Berjaya Times Square. Edisi buang duit.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Entri dua minggu lepas yang tak publish sebab malas. Dah bertaip cuma tak click publish jerk. Yekk!! So, cerita bermula..


Huda sekarang di Tahun 3 pengajian kat UPSI, selalu turun KL, sebab pergi UM or PNM, tapi tak pernah pergi merambu ramba. Al-maklumlah, kawan tak ada nak bawak berpeleseran. Sebab tue, orang kata, kawan yang baik akan buat kita jadi baik jugak. Setuju??

Sebab dah Tahun 3, Huda tak pernah jejak kaki kat Times Square pun, satu hari tue ajaklah member bawak ek sana. Tapi sebab balik dari PNM dah petang, sampai kat TS petang jugak lah. Tak banyak benda yang boleh kitaorg buat. So, decide nak main games kat TS jer lah. Ini adalah entri jakun yer..

Macam orang hilang arah sikitlah kat TS. Member pernah pergi dengan kawan dia sebelum nih, katanya. Tapi, member pun agak pelupa. So, pusing-pusing, naik escalator, akhirnya jumpa tempat games. Lincah-lincah bayar RM 32 seorang sebab ada MyKad (motif!). Lepas tue simpan bag dengan token harga RM2 (entah pape!) dan berhajat kat dalam toilet dulu. Surelah kena masuk toilet dulu sebab kalau terkucil ke hape nanti cane! 

So, apa perasaan Huda lepas main games kat TS tue? For sure, itu adalah kali pertama dan terakhir kot Huda nak naik benda-benda tue. Kenapa? Sebab balik dari TS tue, sakit tengkuk+leher (salah urat) dan rasanya sengkek poket bayar yuran masuk tue! Aish~ Layanlah gambar nih.





Yang nih, memang gayat. Setengah pusingan je Huda bukak mata, lepas tue tak dan dah. Gayat tengok sekeliling.


Asni yg drive kereta langar2 nih. Huda cuak nak melanggar orang.


Ni masa nak naik roller coaster. Boleh senyum lagi sebab tak tau papa. Nak tau apa reaksi Huda, tanya Asni. Pekak tak telinga dia.








Dua makhluk nih, langsung tak malu even Huda duduk betul2 mengadap depa. Kita amik gamabr depa pun, wat tak tau jek. Lokasi: Puduraya


Okey. Penat dah. Bestnya, dengan bayaran RM32 tue, kita boleh main berapa kali kita suka. Cumanya, Huda yang tak dan nak main 2,3 kali. Rasanya pembuluh darah Huda mengembang sampai semua darah dah tak tahu pegi mana (luahan hiperbola). Lepas nih, bolehlah kumpul duit dan kekuatan untuk try tempat lain pulak. Kalau panjang umur, dan murah rezeki. Tapi, lau dapat ramai-ramai lagi fun kot.  Opss. Nak main nih, Huda galakkan korang bawak lah bekalan air dan makanan sendiri. Sebab harga minuman kat dalam tue tak masuk dek akal sikit. Walaupun mampu bayar, buat apa kita nak bayar mahal2 kalau kita tahu jenama dan kualiti yang sama dijual lebih murah kat tempat lainkan?? Salam.

Tuesday 3 April 2012

MegaGiveAway by Penmerah.com!!!! Ya Allah..Semoga dimurahkan rezeki untuk menang mega giveaway nih...Amiin~



Tu dia banner..Merah menyala...Okie dokie, nih first time Huda join GA...Sebelum nih nak join tapi malas sebab selalu unlucky girl kan...Kali nih, beberapa hari sebelum tarikh tutp, Huda nak submit jugak lah penyertaan...Siapa yang nak join, boleh klik banner merah menyala eh..Rezeki siapa tahu..Tapi, kenalah ikut syarat-syarat akak Pen Merah nih...

Syarat-syarat:

1. Buat entri "MegaGiveAway by Penmerah.com".
2. Likes Fanpages Penmerah.com.
3. Copy banner dan Link ke Entri GA Penmerah.com.
4. Tag 3 orang kawan yang disayangi.
5. Tinggalkan link entri tadi ke ruangan komen pada entri MegaGiveaway Penmerah.com. Semoga kita sama-sama bertuah tau...InshaAllah.
6. Siapa yang ada twitter tu, silalah follow untuk dapatkan updated mengenai MegaGiveaway nih.


MegaGiveaway nih, hadiahnya disponsor oleh blogger-blogger berjenama jugak tau. Paling tak tahan hadiah Nisa Kay. Sebab tue, Huda nak jugak join. Kehkehkeh. Antara penyumbang GA nih:


Dan, saya mahu tag kawan blog yang comel belaka. Kalau boleh nak tag semua, tapi, akak Penmerah mintak 3 jer..


HEHEHEHE. HAHAHA. HUHUHUHU.

Biarlah percubaan kali pertama ini membuahkan hasil. Salam.