Thursday 31 January 2013

The moment. Which you will remember forever...

Assalamualaikum wbt. 
Salam sejahtera.


Mari kita nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat kawan baik saya kat universiti iaitu FATHMAWATY MAHAD. Fadz nih memang gila-gila orangnya. Tapi, once dia buat sesuatu memang serius. Dia tahu apa yang dia mahu dan dia akan pastinya kemahuan dia jadi kenyataan. Even benda tuh tak 100% perfect tapi benda tuh 90% mesti menjadi. So, pilihan untuk menamatkan zaman bujang tuh mesti dia dah fikir masak-masak. Bukan senang orang nak buat keputusan besar macam nih tambahan pulak belum habis study. Of course lah Fadz dah ada future plan dia. Kahwin masa tengah study nih bukan senang. Banyak yang perlu difikirkan dan banyak jugak yang telah dikorbankan. But, I wish the best for you Fadz. Alam perkahwinan tak mudahkan. Kahwin bukan macam masa zaman bercinta. Apa kau tak suka, boleh blah. Suka, mari sini. Weehee. Dah kahwin nih kena lah banyak bertolak-ansur. Harus setia. Jangan nak usha awek lagi eh Sufian. Hihihi. Okey. Korang nampak dah betapa matangnya saya menulis nih??? Setakat nak ceramah orang lain bolehlah. Diri sendiri bodoh tak ingat jugak. Adehhh...
#Thanks kat Zatie sebab teman pegi wedding nih#


 Sebelum bumi ini diciptakan lagi, setiap orang sudah Allah swt tetapkan jodoh dan rezekinya. Jadi, mari berdoa agar dikurniakan rezeki yang baik. Tak baik pun kita boleh usahakan sampai jadi baik kan. =)


Untuk menutup tirai entry tak semegah ini. Kutitipkan khas buat kaum wanita di luar sana. Actually doa nih kawan saya share di Facebook. Maka saya panjangkan di sini. Bersesuaian lah dengan isi kandungan entry kan. Rajin-rajinlah baca. 

"Allahumma sakhirli zaujan solihan yakthibuni wayatazauwajubi wayakunu sohiban li fiddunya wal jannah"

Maksudnya : Ya Allah ya Tuhanku, Pilihkan aku suami yang soleh, dia yang akan meminangku, dan akan mengahwiniku. Serta, jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di akhirat kelak. 




Lapar weyh lapar
Cecomel
Kek belum siap hias
May pipi gebuuuu
Muka bangga Sen sebab dapat duit. HAHAHA
Jaja-Pian-Fadz-Huda

Tengok kaki Ika Bani
Tengok lagi kaki Ika Bani
Tengok sekali lagi kaki Ika Bani
Amati betul-betul kaki Ika Bani. HIHIHI. Apa pun gaya, kaki tetap maintain.
Tanpa dia, tak sampai ke sini.
BUNCH LOVE
Dan. Kita ada artis jemputan. Siti Nurhaliza yang sedang menghayati lirik. Feel bukan untuk pengantin tapi ditujukan buat ---------> Hanafi Hamzah. Kekekeke. PERCAYALAH......

Amiin.
In shaa Allah, sekiranya anda menjemput saya ke majlis anda, saya akan usahakan untuk menghadirinya. Mudah-mudahan, bila giliran saya mengundang, kalian bersenang hati untuk datang pula. Kata ayah, tetamu tu kan pembawa rezeki. =)

Wednesday 9 January 2013

Kucing : Part 3


Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.


Mari berkucing-kucingan~

Nama diberi beby Momoi.
Sebab kami panggil mak dia Momoi, anak beby Momoi lah.
Kami amik dekat Kedai Borong Kota, dekat dengan SASA Adv.
Siapa tak tahu, nasiblah, kedai jual barang dapur murah tue. Ahak!
Momoi nih, comel, suka makan banyak-banyak.
Lepas balik umrah tue, Momoi ada lgi.
Beberapa hari lepas tue baru dia mati.
RIP beby Momoi.
Maafkan kami, tak tahu beby Momoi ada masalah penghadaman. Patut perut buncit dan susah nak jalan.
Mak Momoi mati jugak beberapa bulan lepas tue, mati lepas beranak. 

Adik manis nie, belum sempat ada nama.
Saya panggil beby, beby.
Menariknya tentang beby nih, saya amik dia kat tengah jalan. Dalam keadaan ketakutan. Dia melekat betul dengan tar. Badan kotor kena habuk, tapi, langsung tak busuk.
Mata ada sedikit luka. Mungkin dia bergegas berlari untuk elak dilanggar kereta.
Jumpa di jalan raya depan Taman Universiti, Tanjung Malim. Ya, jalan berkembar tue.
Saya otw nak pergi kelas, tapi mata nampak macam ada kucing kat jalan.
Masa tue nak berhenti tapi kereta belakang follow laju pulak.
Saya doa, biar balik nanti sempat jumpa dia, bukan tengok dia keras di jalan.
Allah makbulkan doa. This poor kitten, menggigil-gigil. Seronok dia bila saya angkat dan peluk dia. Bayangkanlah, macam mana dia tak takut, kereta, lori, motor dan segala mak nenek kenderaan sangat laju dan berbunyi kuat.
Saya bawak balik KUO. Tapi, sangkar tak ada.
Terpaksa saya lepaskan dia sekitar KUO. Hajat hati nak bawak balik masa hujung minggu. Tapi, tak berkesempatan, sebab petang saya carik dia dah tak ada.
Sampai sekarang langsung tak ada bayang.
Doa saya beby beby sentiasa di bawah lindungan Allah. Maafkan kakak tak jaga awak betul-betul.

Tuesday 1 January 2013

Blueberry Cream Cheese Cake, 3 flavour of ice-cream and Ikan Kerisi Berlado

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera. 



Hari cuti memang bagus sangat nak menyediakan hidangan sedap-sedap untuk santapan family. Santapan kau! Mampu??? Haahaha. Actually, masa kemas-kemas peti ais ternampak banyak gila filling baki buat cheese tart. Ini merbahaya. Kalau sampai mama bukak mulut, memang terbang isi perut peti ais. So, cepat-cepat tengok Google. Apa boleh kita buat dengan filling blueberry dengan kiwi nih. Hah. Terhasillah, cream cheese cake perisa blueberry. Bahannya simple macam buat cheese tart. Petik jari, mustahil jadi. Hahaha. So, nak resepi? Here you go. Credit to Kak Yati.



#Bahan#
250 gm butter
1 1/2 cawan gula halus (tapi huda kurangkan sebab filling dah manis)
250 gm cream cheese
3 biji telur
1/2 cawan susu segar
2 1/4 cawan tepung naik sendiri
Blueberry filling (gunalah perisa apa pun yang kita suka, tak ada masalah, tinggal tukar nama jek, haha)

#Cara buat#
1. Wajib kena ada mixer dan oven. Jugak loyang. Hahaha
2. Masukkan butter, gula halus. Pukul sampai sebati. Lepas tuh masukkan telur satu-persatu. Pukul lagi.
3. Then, masukkan susu segar. Part nih heaven sikit. Harus istiqamah dalam urusan memutar dan memukul. 
4. Bila bahan dah sebati dan berkrim, bolehlah masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dengan memastikan bahan sebati. Ewah! 
4. Pastikan loyang korang telah disapu dengan butter. Untuk pastikan kek tak melekat kat loyang masa dibakar. Masukkan sesenduk adunan tadi, ratakan. Letakkan filling sesudu secara dot dot. Letaklah macam mana pun heh. Lepas tuh lapiskan dengan adunan tadi. Lepas tuh letak filling lagi. Buatlah sampai habis dan siap. 
5. Bakar dalam oven selama lebih kurang 50minit dengan suhu 160. Okey, INGAT, oven kita tak sama jenis. So, korang kena pandai ejas ler oven korang sendiri. Kalau macam Huda, Huda bakar dengan suhu 130 selama 1 jam. 
Erm...lazat...lazat...matik ler puji sendiri masak...hahaha


Lepas tuh, sebab terlebih rajin lagik. Buat aiskrim. Nih memang sedap nih. Makan cheese cake panas-panas dengan krim blueberry meletup-letup makan dengan aiskrim buat sendiri. Ewah. Berseri-seri muka mama kita. Eh, tak de kena-mengena. Hahaha. So, resepi cincai dan mudah. Credit to Adik Epal.

#Bahan#
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1 sudu teh ovalett
1 biji telur
Perisa (Koko, strawberi, oren, keladi, durian, apa saja kau suka ler)

#Cara buat#
1. Mesti kena ada mixer! Tak kira lah stand mixer ker hand mixer. Masukkan susu cair, susu pekat, ovalett dengan telur. 
2. Pukul (hah?, haha)  pukul guna mixer sampai bahan-bahan sebati dan pekat. Macam mana nak tau sampai bila kena pukul bahan nih. Ok, uolls pukul sampai bahan tuh jadi berkrim. Takkan bentuk krim pun tak tahu. Kau yang patut kena pukul nih.
3. Lepas adunan tadi jadi krim, likat, pekat, korang boleh asingkan dalam mana-mana mangkuk untuk diletakkan perisa yang berbeza. Tapi, kalau korang cuma nak buat 1 perisa saja, tak payah asingkan. Boleh terus masukkan apa saja kamu suka. Ok?
4. Dah siap tuh, isilah dalam bekas ikut kreativiti dan kesukaan masing-masing ok. Keraskan dalam peti ais. Mungkin 5-6 jam baru keras. 


Pelbagai perisa sampai tak terkata. Muahaha.
Khas untuk Zati yang tersayang. Mudah-mudahan beliau tak pitam lepas makan.

Takkan makan dessert (bukan padang pasir, hahaha) aje kan. Masak ler ikan kerisi masak berlado. Alahai, nama nak femes aje. Walhal, tumbuk bawang merah, bawang putih, cili merah, perah limau, siap!!! Resepi credit to Kak Yati. 

#Bahan#
Ikan apa saja pun
Perahan limau kasturi
5 btang Cili merah
5 btang Cili api
2 ulas Bawang besar
5 ulas Bawang putih
1 btang Serai
Lengkuas
2 biji Buah keras
Kunyit
Tepung gandum
Garam

* Ini untuk 1-2 ekor ikan. Kalau ikan besar atau banyak, doublekan jumlah bahan. Baru sedap.

#Cara buat#
1. Basuh ikan, peram dengan perahan limau dan garam. Lepas tuh basuh dan lumur dengan tepung gandum. Bersihkan. Lepas tuh lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing. Angkat dan toskan.
2. Tumbuk hingga lumut bawang merah, bawang putih, buah keras, cili merah, cili api, lengkuas. 
3. Tumis bahan tumbuk dengan serai hingga naik bau.
4. Masukkan perahan jus limau kasturi, masukkan garam.
5. Curah atas ikan dan hias cantik-cantik. Selamat makan!


Jangan kata nak nampak kepala ikan, badan pun tak nampak bayang. haha.

Be nice to me 2013. 
Mohon maaf pada semua, seandainya tutur kata banyak menyakitkan hati. Tulisan di blog mengguris hati. Sesungguhnya saya manusia biasa, kurang adab dan etikanya. Semoga 2013 semakin mendekatkan kita. =)
With love, 
Nurul Huda Binti Taib