Friday 31 July 2015

Dapur Cikgu Huda : Resepi Nutella Oreo Cheesecake [non baked]

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.

 
Bila ada masa, kena rajin-rajin update blog ni balik. Kesian kat blog ni. Lagipun, sejak lama berhenti menulis, kosa kata macam kurang. Kegramatisan ayat pun macam tak ada dah. Jadi, saya berazam nak kembali menulis blog macam dulu. Baru jalan sikit otak nih.  HaaHaa. Emmm....

Jadi, hari ni nak cerita pasal apa ya? Yup resepi lagi dan lagi. Alahai sejak-sejak ada dia dalam hidup ni memang saya rajin terajin sangatlah ke dapur. Tapi tak jugak. Rajin buat kek sahaja, masak lain MALAS! Teruja yang entah apakah~

Okey then here the receipi~

Bahan :
275g Nutella (nak yang besar pun tak de hal)
500g cream cheese
100g mentega 
1/2 cawan whipping cream
Setengah paket biskut Tiger dikisar (nak Marie pun suka kaulah)
1/3 cawan gula halus
1 paket biskut Oreo
1 sudu jus lemon

Langkah :

1. Macam biasa, susun bahan, ambil gambar (kakakaka), sukat bahan. 

2. Setengah paket biskut tiger yang dikisar digaul bersama sampai mesra gituuu dengan butter yang dicairkan terlebih dahulu. Ini base kek kita tau. Tahu tak nak cairkan butter? Anje angat tak tahu. HaaHaa. Okey, Biskut tiger tuh agak-agak je sukatan dia jangan banyak sangat sebab tak nak keras sangat base kek kita tuh. 

3. Sejukkan dalam freezer. Okey, langkah yang ni nak beritahu siap-siap. Sejukkan kejap pun dah boleh sebab kalau lama sangat, adunan jadi terlalu keras. Tak sedap tak sedap okey. Mungkin 10 minit pun dah cute dah. Tetiba cute. =)

4. Sementara sejukkan base kek kita, buat topping. Pukul cream cheese, whipping cream dengan gula. Pukul laju-laju sampai sebati. Mesti sebati dan ala-ala aiskrim gitu tekstur dia.

5. Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian cream cheese dengan Oreo. Oreo tuh hancurkanlah. Satu bahagian lagi cream cheese dengan Nutella. 

6. Keluarkan base cake tadi dari freezer. Layerkan atas base cake tadi dengan adunan creamcheese Oreo kemudian layer paling atas adunan cream cheese Nutella. 

7. Freezerkan semalaman atau kalau tak sabar makan lepas 4-5 jam. 


Serius cakap, sedap okey. Ah! Masa tulis pun dah telan air liur terbayang kesedapan cheesecake ni. Macam makan aiskrim Baskin Robbin pun iye. Saje je kan nak melebih hahahaha. Okey, enjoy baca enjoy buat lah. 

Nota kaki :
Masa buat ni tak tahu apa-apakan sebab pertama kali buat, jadi base kek daripada biskut Tiger tuh terkeras sangat. Tak syok sangat makan sebab atas tuh lembut bawah keras sangat jadi bila kita nak makan susah. Faham tak susah? Hahahaha. Apa pun, ramai puji sedap. Yeay!

Tak ada gambar kek dah siap, sobsob. Mungkin masa ni terlalu eksaited sampai lupa nak amek gambar. 


Terima kasih baca.