Friday 28 June 2013

4 TAHUN...1001 KENANGAN...BERMACAM RAGAM...RUPANYA ITULAH PERSAHABATAN...

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera.
Haiii......hoi....Hahahaha....


Masa masuk universiti, saya tak expect pun akan ada kawan. Sebab, saya nih ada perangai-perangai bangang dan bongok. Kadang-kadang suka suki nak moody. Kadang-kadang suka suki nak ngamuk. Ngamuk pun bukan sebab apalah. Peel tak suka cakap berulang kali bila terangkan kat orang lain sesuatu tuh. Jenis yang konon-konon strict. So, fikir-fikir, akan ada kawan ke aku nih? (berkerut)

Masuk universiti, hari pendaftaran dah pun teruji. Gila kau, dahlah dah lambat nak mendaftar. Kul 5 pagi lebih kurang, baru lepas tol Sungai Besi kot tak silapnya, tayar kereta meletup. Bukan satu tayar, tapi dua tayar yang meletup sekali gus. Biasalah, kereta cuma ada tayar spare satu jek. Termenung kejap sampailah idea datang nak minta tolong sedara yang duduk Sepang. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun lewat. Dua-dua yang datang menolong tuh pun, dah tiada, dah meninggal dunia, arwah Angah Haris dengan arwah Abg Firdaus. Dua-dua tak sempat saya balas jasanya melainkan doa semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang Allah swt redha.


Hikmah disebalik lambat tuh, sangat banyak. Dikurniakan sahabat yang baik. Syafiqa Abd Khadir. Alhamdulillah, 4 tahun bersahabat, tak de masalah. Touching-touching salah faham sikit tuh biasalahkan. Selain tuh, saya kawan dengan kawan sekolah saya, Asni. But, Im blessed, sangat-sangat, dikurniakan kawan-kawan lain yang baik. Macam Fadz Mahad, memberi saya ruang untuk tinggal bersama-sama dia waktu saya berhadapan dengan masalah. Mendengar semua masalah-masalah saya. Menjadi bahu tempat bersandar ketika saya bersedih. Malahan, suami dia Sofian pun sangat baik. Tak habis-habis nak belanja makan, walhal, dah banyak sangat budi yang ditabur. Segan betul. :(

Bukan Fadz Mahad jek, ada Mysara Fira, Hikmah, Amalina, Fedyla dan Pattin. Berkawan dengan mereka membuatkan hidup di UPSI nih dipenuhi gelak ketawa. Malahan saya diperkenalkan dengan lebih ramai kawan termasuk Fatin Fatihah, Su. Kesudian mereka berkawan buat saya rasa sangat-sangat gembira. :)

Sebenarnya saya bukan sombong tapi saya nih memang tak banyak berkawan. Memang tidak. Kalau orang kata saya sombong pun saya tak marah sebab kadang-kadang saya memang tak tegur orang even berselisih bahu. Nak senyum pun jarang-jarang. Tapi, start orang berbual dengan saya dyorang akan tahu, NON STOP ok! Hehehe. Thanks to Seni Rahmat, Ieka Mokri, Suhair, my dearest Mastura, Napi, Kinah, Fid, Mun yang tak jemu melayan saya sejak sem 1. Memang rapat-rapat gitu jek tapi sangat friendly, jumpa mesti tegur. Paling tidak, Hai! Im blessed. :)

Thanks jugak kat Hafidz Hamzah, Shahswan, Moris dan Hindijoe sebab jadi kawan lelaki yang paling baik dengan saya. Yang kalau diminta pertolongan tidak pernah menolak. Thanks buddies. Will missing you. :(

Harapan saya, jauh mana kita berada, jangan terputus ukhwah. Biar jasad jauh jangan hati yang jauh ya kawan-kawan. Saya sayang korang kerana Allah, bersyukurlah dengan pertemuan ini. Terima kasih kerana ada di masa senang dan susahku. Yang percaya dengan kebenaran dan tidak meragu dengan fitnah dan kata dusta. Terima kasih berada di sisiku. Semoga Allah selamatkan kalian daripada segala keburukan, kesusahan dan hasad dengki dunia. Allahumma Ameen.




PERSAHABATAN 

PROUD TO BE UPSIan

Belajar menghargai insan yang ada untuk kita.

Usia perkenalan tidak menjamin kesetiaan.

Just smile and laugh whenever you want.

LOVE and HATE. Its life.

I'm simple but not simple as you thought.

We chat, we smile, we laugh but other than that we trust each other.

Bukan sekadar segulung ijazah.

I LOVE YOU MORE THAN YOU IMAGINE

Terima kasih ada waktu lelah dan peritku.

Terima kasih kerana setia bersama

Priceless

Syukur pada Allah pada semua ketentuannya

Bersatulah untuk hari ini, esok dan selamanya.

Saya sayang korang. Ukhwah fillah abadan abada.

Monday 24 June 2013

MAJLIS MALAM PRAGRADUASI MAHASISWA SEJARAH (BATCH 2009-2013)

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera..
Haiiiii.....


Fuhh...Lama. Sangat lama tak menulis kat sini. Jenguk pun tidak. Dasyat penangan tahun akhir. Hihiks. Padehal, Facebook on 24jam. Puihhh.... Cukuplah intro yang tak bersopan. (^.^)

Rasanya sebab lama sangat menyepi, niat hati lepas nih blog nih nak diprivatekan. Kiranya, blog nih just untuk tatapan diri sendiri sahaja. Mungkin. Tengoklah macam mana. Sebab, makin dewasa nih, terlalu banyak benda yang dipendam, nak diluah, nak dikongsi, bukan semua benda boleh dikongsi dengan orang, hatta mak ayah sendirikan. So, tengoklah macam mana.

Sebelum tuh, dengan rasa syukurnya, saya mengumumkan bahawasanya saya adalah ALUMNI UPSI. That's mean, saya telah tamat pengajian di UPSI. Tamat pengajian secara unofficial lah kan. Sebab, keputusan tak keluar lagi. Kita tak tahu apa akan berlaku. Serius, keadaan ini sangat menakutkan. Grrr....

Apa-apa pun, marilah melayan perasaan dengan sedikit cebisan kenangan ini. Erm, walaupun tak semua baca blog nih (memang pon!) saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan pihak penganjur/pelaksana yang memberi peluang untuk saya berdiri di atas pentas sebagai salah seorang penyampai anugerah. Kecil dan biasa bagi orang lain, tapi besar dan hebat bagi saya. Walaupun dalam batch saya ada terlalu ramai orang hebat yang tak tercapai dek akal kita yang biasa nih. Tapi saya diberi peluang dan kepercayaan, terima kasih sangat. Bagi yang tak suka tuh, maaflah, anda tidak terpilih. Hihiks. (Ada aku kesah kau suka ke tak?)

Baju, sendiri.
Makeup, Fadz Mahad. Just nice. I loike it. 
My love, my soul.
Friends, takkan ada ganti.
Di sini.
Semua di sini. 
Hehiks. Ada sesuatu di sini.
Moments to remembered.
Priceless. Kesempatan terakhir.
Pensyarah saya. 
Antara yang disajikan, semuanya menyelerakan.
Makan. Masa nih makan puas-puas. Sepuasnyalah. Sebesar-besar mulut saya bukak. Puas sangat.
Buddies, hehehe.
Setengah daripada semua. 

Ok, cukup. Setakat ini dulu. ;)